Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 11, 2009

Pakatan yang tidak BERMUAFAKAT

PRU 12, memang tidak dapat dinafikan, tsunami politik melanda tanah air, BN yang selama ini gah dengan slogan Berkhidmat Untuk Semua, Bersih Cekap Amanah, Cemerlang Gemilang dan Terbilang telah gagal untuk mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dan disamping gagal merampas semula Kelantan Darul Naim sebaliknya, Darul Aman, Darul Ridzuan, Darul Ehsan serta Pulau Mutiara terlepas kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaiman pun keujudan Pakatan Rakyat di Perak Darul Ridzuan menjadi panas semenjak ianya dicadangkan untuk penubuhannya lagi. Bukan kerana apa, kerana majoriti kerusi hak DAP 18, PKR 7 dan PAS 6.

Undang-undang tubuh Perak, MB perlu dari kalangan Orang Melayu. Disinilah mula pergesaran yang diperhatikan oleh UMNO yang kecundang cuma dengan majoriti 3 kerusi sahaja. DAP tak sangguh menerima kalangan PAS untuk menerajui Perak. Kalangan PKR pula hanya 3 Melayu dan 4 lagi juga bukan Melayu. ( kenapa dipilih wakil PAS, wallah waalam )

Pakatan = kata akarnya pakat : mengikut kamus Dwi Bahasa keluaran Sasbadi: to discuss dan come to an areement, to agree, to collaborate. Sepakat pula: to be in agreement, aggreed. Bersepakat: to agree.

Bagi kamus digital eleksis; pakatan bermaksud persetujuan daripada perundingan.

Kini benar-badi apakah selepas dipercayaai oleh pihak istana, dan persetujuan semua pihak dari ADUN ( DAP, Keadilan & PAS ) bersetuju melantik YAB dari kalangan PAS, EXCO 6 ke DAP, 2 PKR seorang PAS.

Kesan sampingan yang diluar jangkaan dalam kabinate yang dibentuk, suara-suara jahat melaporkan, DAP memonopoli semua keperluan yang ada di Perak, semua EXCO penting di bawah kawalan mereka termasuk melantik pegawai GLC juga dari kalangan DAP, PAS pula seolah memonopoli semua yang berkaitan dengan pentadibran di peringkat keagamaan. Difahamkan ada kalanya keputusan tidak mengikut apa yang sepatutnya cara bermuafakat tidak ada consensus kalangan exco, kata-kata kasar seperti kami ramai ADUN dan EXCO, kami pula mengepali pentadbiran negeri, jadi ini sudah pasti akan mengecilkan hati kalangan tertentu.

Adala diharapkan apa yang berluku kini dijadikan satu pengajaran kepada gabungan ini, memang bukan mudah untuk menjaga semua kehendak setiap indivudu atau pun kumpulan tapi gunakan pepatah ' seperti menarik rambut dalam tebung, rambut tak putus, tepung tak bertaburan '.

Kepada DAP perlu memahami hakikat walaupun gabuangan pakatan ini diujudkan ianya juga bergerak seperti BN, ' give n take ' kalangan antara ketuanan Melayu juga perlu difikarkan. Pakatan Rakyat mampu pergi lebih jauh lagi jika kesefaman dapat dipupuk dan rasa pertanggongjawaban ada dikalangan pemimpin, tak kira DAP, PAS & Keadilan. Tugas yang hampir ialah untuk memastikan Bukit Gantang dan Bukit Selambu menjadi hak Pakatan.

BERSATU KITA TEGUS BERCERAI KITA ROBOH


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA