Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 24, 2009

KECEMERLANGAN BUKAN HANYA DARI SBP

Kepada semua keluarga dan penjaga yang anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan PMR ( Penilaian Menengah Rendah ) 2009, syabah dan tahniah atas kejayaan tersebut. sudah semestinya selaku keluarga merasakan kejayaan ini satu imbuhan buat penat lelah mendidik dan mengajar mereka untuk memastikan masa depan yang cemerlang dan terbilang. Walau bagaimana putus asa tidak perlu ada pada kalangan yang anak-anak mencapai tahap kecemerlangan yang sederhana kerana masa berlum berlampat untuk meraih sesuatu kejayaan buat masa mendatang.

Disamping KPM ( Kementerian Pelajaran Malaysia ) sedang menyusun penempatan ke asrama penuh SBP ( Sekolah Berasrama Penoh ) untuk lulusan cemerlang UPSR ( Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ) 2009, juga ibubapa / penjaga yang risau dan pening kepala untuk memikirkan apakah kecemerlangan anak-anak mereka akan memastikan tempat di asrama menjadi milik mereka. Persoalan ini memang sentiasa memeningkan kepada kepada pihak mereka di KPM. Pencapaian cemerlang setiap tahun bertambah dan pada tahun ini mereka yang cemerlang berjumlah 48,171 dan pemohon ke asrama sejumlah 95,286 orang. ( rujuk sinar 23.Dis.09)

Pihak KPM melalui KPPM ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia )Tan Sri Alimuddin cuma seramai 6,600 calun yang mampu di tempatkan ke SBP, yang lain sudah pasti menetap di sekolah asal. Semua pihak perlu memahami keadaan dan kemampuan dan halangan yang di hadapi oleh KPM.

SBP pula terbagi kepada bebarapa jenis dan kelolaan, ada yang terus dengan KPM, kelolaan MARA juga bawah Kerajaan negeri. Asrama pula ada antaranya dikenali dengan Asrama harian di sini pihak KPM menempatkan kepada Rancangan Khas - dimana para pelajar mengambil bidang mata pelajaran yang dikhususnya di samping mata pelajaran teras, mata pelajaran seperti Bahasa Arab.

Sebagai contoh Kerajaan Perak dengan bantuan Kerajaan Pusat pada masa ini berjaya menubuhkah 3 sekolah berasrama yang berorentasikan keagamaan - SM sul. Azlan, SM Slim river dan SMK Krian. mata pelajran wajib bagi pelajar ialah Bahasa Arab. kegagalan pada PMR subjek ini memaksa pelajar tersebut dikeluarkan dari asrama. Dan kelolaan Kerajaan Negeri pula seperti SMK Izzuddin dan SMK Takyah. Kini kerajaan memperbanyakan SBP dengan jenama SAINS ( Sek. Menengah Sains )

Untuk itu dengan kemampuan cuma hampir 7ribu dengan permohonan hampir 100ribu sudah tentu pihak KPM gagal untuk memenuhi tuntutan tersebut. Sabagai penjaga / ibubapa janganlah mengharapkan setiap yang 5A mesti ke SBP kerana ianya tidak terdaya dipenuhi oleh pihak KPM. Untuk meneruskan pengajian sebenarnya masih banyak tempat yang ada cuma daya keinginan yang tinggi perlu dimiliki oleh pelajar untuk memastikan kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

Ini terbukti, bukan semua pelajar ke SBP akan terus cemerlang, dan bukan semua pelajar yang berada di sekolah harian akan terus ditimpa kegagalan, pucuk pangkalknya kepada ingin untuk terus cemerlang. Daya usaha dan daya keinginan untuk terus maju perlu dipupuk kepada semangat para pelajar dan pemantauan yang teratur oleh pihak ibubapa / penjaga dilaksanakan dengan penoh rasa tanggongjawab.

jika usaha gigih, semua pihak pelajar dan ibubapa / penjaga insyallah kejayaan akan dicapai oleh kita.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA