kementerian pelajaran kini bertambah kelam kabut, tak tentu hala arah tuju yang bersimpang siur, mana satu yang di guna pakai, sebagai contoh, para pelajara yang akan menduduki SPM tahun 2010, YAB Menteri memaklumkan sah dan sudah termaktub semua pelajar hanya akan mengambil 10 mata pelajaran ( semua mata pelajaran teras ) bagi mata pelaran elektif tidak ada ruang untuk mereka.
Untuk itu untuk memecah rekod Nor Amalina yang berjaya sampai ke 18 mata pelajaran kini tertutup. Dasar Baru dari Menteri Pelajaran yang baru. Atas desakan politik akhirnya KP mengakui, perlu ada kalangan pelajara yang menuduki dan mengambil mata pelajaran Bahasa Cini dan Tamil untuk pelajar Cina dan India, serta mereka juga digalakan mengambil sastera kedua-dua mata pelajaran yang dinyatakan. Apa yang peliknya ambil periksa "ok" tapi kelulusan tidak boleh mempengeruhi memberian biasiswa, keputusan hanya boleh mempengaruhiuntuk jawatan guru sahaja. Esoknya dengan cepat dan pantas KPPM menyatakan sebaliknya. Antara KPPM dan Menteri mereka tidak fikirkan sebelum membuat kenyataan sedemikian rupa atau KPPM juga kini sudah pandai bermain politik.
Belum pun reda dengan isu mata pelajaran sekali lagi dunia pendidikan di kejutkan dengan penurunan kuasa kepada Guru besar dan Pengetua dimana mereka boleh memecat, membuang, memilih staf guru untuk kepentingan sekolah. Idea ini jelas menunjukkan kepada kita, bagaimana tersiksanya jika mereka di KPM, respon dari kesatuan dan persatuan semua menyatakan sedih dan jauh hati atas kenyataan tersebut.
Kenapa perlu di heboh-hebohkan perkara ini, " pertukaran " seseorang guru bukan lah jalan penyelesaian dalam sesebuat institusi pendidikan, malahan ianya akan menyulitkan pengurusan dan pentadbiran. Membangunnya sekolah adalah komitment semua pihak, guru, staf sokongan, serta di iringin dengan pengurusan dan pentadbiran yang cekap.
Memang tidak dinafikan satu dua membuat hal, itu perkara biasa, walau pun ianya dirancang untuk pertukaran ianya dibuat seperti kata pepatah " seperti manarik rambut dalam tepong, tepong tak berselerak dan rambut tak putus "
FIKIR-FIKIRKAN LAH ORANG KEMENTERIAN PENDIDIKAN
No comments:
Post a Comment