Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 23, 2009

PROVOKASI DEMI PROVOKASI

Menjelang syawal setiap tahun, semua pemimpin akan menyampaikan ucapan raya melalui banner atau kain rentang, ianya sudah menjadi semacam satu amalan, kalau dulu pemimpin sudi melayangkan kad raya tapi kini ianya lebih profesional kerana, kalau melalui kiriman kad mungkin ada yang tak terima, tapi dengan kain rentang, semua akan membaca dan terus mengingati pemimpina yang menyampaikannya.

Tapi kenapa sejak akhir ini, ada pula antara masyarakt yang sudah tidak mengitiraf pemimpin, kenapa gambar pemimpin perlu di conteng, di tabur dengan cat, di gores dengan pisau mau pun kadang kala ianya di ubah suai dengan bebagai-bagai keperluan yang tidak diperlukan sehingga mengucap rupa yang asli.

Kita juga lupa, perkara begini mungkin rakyat dah benci dengan pemimpin tersebut, persoalannya kenapa perlu dibenci? apa salah pemimpin sehingga diperlakukan sedemikian rupa?.

Persoalan ini perlu di jawab dengan rasa bertanggongjawab jangan ikut emositonal tapi berhujjah lah dengan lebih profesional. Masyarakat marah pada kita kerana kita ada buat salah, masyarakat benci kerana kita telah menyalah gunakan kuasa yang diamanahkan, masyarakat meluat kerana kita terus dengan tingkah laku rasuah. Kita lihat sendiri bagaimana sistem penghakiman waktu ini, ianya lebih memihak kepada kerajaan yang memerintah, mahkamah juga sudah tidak telus dan penghakiman secara berpilih. Pemimpin mengamalkan " The Carrido of Power " .

Cuba kita imbas kembali gulongan atau kumpulan mana yang mencemarkan Islam dengan tunjuk perasaan di Shah Alam tempoh hari? Apakah kumpulan dari spesis ini juga yang menconteng gambar MB Perak? kenapa kita katakan demikian, di Shah Alam setelah di siatas mereka yang berarak mereka rupanya penganut dan pengikut dari satu parti. Apa tujuannya, pasti untuk satu provokasi. jadi apakah ianya tidak mustahil contengan tersebut juga di buat untuk satu provokasi untuk memaklumkan perbuatan itu datangnya dari pihak lawan, kerana pihak lawan memang sudah membenci MB dan Kerajaan negeri yang ada.

Contengan ini berkemungikanan ada kaitan dengan satu provokasi untuk tujuan politik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA