Selepas memenangai 100% PRK di Semenanjung dan juga kalah 100% PRK di Malaysia Timur ( cuma menang 7 dan kalah 1 ) kini PR telah mengorak langkah sebaik sahaja ADUN Bagan Pinang meninggal dunia, kekosongan dan PRK ini adalah kali yang ke 9 sebaik sahaja selesai PRU ke 12 tempoh hari. PRK di Bagan Pinang ini walau pun BN mengistiharkan mereka menang mudah kerana undi pos sudah ada lebih 4ribu, tapi mereka juga perlu memberikan perhatian kepada beberapa isu yang cukup hebat pada ketika ini, dan pada PRU12 tempoh hari pun undi pos menyembelahi PR lebih 1 ribu undi. Jadi mereka perlu berhati-hati, isnyallah kali ini BN / UMNO boleh kecundang.
Penasihat PKR telah membuka langkah dengan mengadakan ceramah di kawasan tersebut, dan ianya tiada sambutan kata KJ Ketua Pemuda UMNO yang malang. Menang KP tapi dinafikan hak menjawat sebarang jawatan. Apakah hanya DSAI saja yang berperanan untuk kemengangan PR. Apakah DSAI dianggap super hero oleh KJ dalam menentukan kemengangan PR. Disinilah dangkalnya daya berfikir KJ, PR adalah satu gagasan yang di anggotai oleh pemimpin yang bergerak dan bertindak secara kolektif dan pada ketika ini bermuafakatan di tahab paling maksiman dan cukup payah untuk di goyah oleh BN - lihat sahaja semua isu yang di reka cipta oleh UMNO / BN, alhamdullillah dapat di atas dengan cara muafakatan.
Sambutan ceramah DSAI tiada sambutan ini tanda PR sudah hilang kayakinan dan kepercayaan oleh masyarakat. Walaubagaimana pun UMNO / BN perlu berkerja lebih kuat dan di tahap yang paling maksima, 100% gerak kerja, jentera pilihanraya perlu turun padang. Kerja kuat ini bukan kerana apa, inilah masa seperti biasa, UMNO / BN akan menyediakan budget dan di masa inilah ada antara pemimpin mereka yang menangguk di air keroh, di pergentingan arus air, untuk menimba laba yang cukup banyak. Sehelai poster, atau bendera atau bena pasti kos tinggi, bukan kerana apa HANYA KERANA CERAMAH DSAI SUDAH TIDAK PEMINATNYA.
Bagi PR pula, mereka sentiasa bernasib baik, kerana setiap kali PRk diadakan ada saja isu untuk dimainkan, di Bagan Pinang, pergelutan dalam BN - MCA dengan isu Chua Soi Lek, MIC isu S. Subramanian, T. M mencabar Samy. Pengikut dan penggiat UMNO memijak kepala lembu, terakhir disiarkan pula kertas cadangan pengagihan PKFZ. Yang lain-lain masih ada lagi, yang lepas juga akan diungkit semula.
Bagi orang India, dengan peristiwa memijak kepala lembu, dan Tun M pula mengistiharkan Samy sebagai "liabiliti" kepada BN ( liabiliti ni seperti menggendong biawak hidup ), larinya penyokong Subra sudah pasti ianya memberikan kredit kepada PR, harap-harap undi 2 ribu lebih dari masyarakat India akan memihak kepada PR.
Isu saman pihak istana kepada pengurusan perundang negera juga dapat memberikan kredit kepada PR, walau pun ianya tidak jelas, kerana memamg sah perundangan negera kini mengamalkan perundangan terpilih. Pernah Karpal Singh menyaman pihak istana tapi dinafikan haknya, tapi kini bagaimana pula yang akan berlaku yang menyaman dann disaman dari pihak istana. Yang pasti Hisyamuddin akan menyebelahi istana Johor, kerana beliau anak Johor, kalau tidak memihak, beliau akan di pindahkan ke Singapura.
Untuk PR menang di Bagan Pinan lebih muda dari UMNO / BN - kemenangan mereka cuma berpaut kepada undi Pos sahaja. Ayuh SPR, jika anda iklas dan takutkan hukuman tuhan bekerjalah dengan niat, untuk memastikan kebaikan dan ketelusan, insyaallah seleruh tenaga SPR akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat.
No comments:
Post a Comment