Dipagi yang hening dengan tiupan angin agak kuat, tanda hari akan hujan, sudah pasti ramai jemaah tidak akan ke masjid untuk fardhu subuh, maklumlah kerana kesejukan dan tarikah selimut yang sedang membaluti tubuh, tapi alangkah ruginya mereka yang mendahului tidur dan malu untuk menanggalkan selimut di pagi jumaan ini, kerana subuh padi jumaah ada sujud sejadah, memang tidak dinafikan masih ada di kalangan kita yang tidak bisa dengan sujud sejadah ini, tapi alhamdulillah, masjid di kawasan ini setiap subuh jumaat sujud sejadah sudah menjadi satu kemestian, kalau tertinggal sujud ini akan jadi buah mulut pula.
Itu adalah mukadimah tulisan pada pagi jumaaat ini, Malaysia tidak gempar walau pun Zahid telah bersalam dengan Ehud Barack dari Israel, menteri pertahanan. Kenapa Malaysia tidak gempar agaknya kerana Zahid adalah dari spesis UMNO, dan menteri pula dan Menteri Pertahanan lagi. sudah tentu akhbar perdana, berita TV semua channal akan menyembunyi cerita beliau, agaknya apakah yang akan terjadi jika zahid itu dari PR ( PKR, PAS, DAP ) cuba bayangkan.
Cerita Zahid di tenggelami dengan bakaran lilin YAB Niza, Kematian Teoh Beng Hock, semua di dedahkan seolah-olah peritiwa itu akan menggagalkan kecemerlangan Malaysia yang di bangga-banggakan semasa ini.
Inilah amalan dan budaya, pemerintahan negera, sungguh tidak telus, sungguh tidak bermoral dan sanggup terus menipu rakyat, apakah ini yang dimaksudkan dengan " Rakyat di dahulukan ". Kini menjadi rakyat malaysia, adalah rakyat yang cuba di tidakan penguasaan pengetahuan dan perkembangan semasa. kalau boleh tutup ianya akan ditutupkan.
Kenapa kerajaan dan pemerintah terus menerus melakukan kesalahan tersebut, tidakkan mereka terasa yang semua maklumat dan kemana saja dan apa saja peritiwa yang berlaku akan diketahui, dimana mereka nak sorok lagi setiap peristiwa yang berlaku. kenapa agaknya isu kematian Beng Hock tidak perlu "dipolitikan" tapi isu pegang lilin bagai nak rak di perbahaskan, kenapa penyelewengan cuma 1500 unit bendera perlu disiasat berakhir dengan kematian, dengan kepada penyelahgunaan kuasa, penyelewangan kewangan yang ribuan ringgit tidak diambil kira?
Apa nak jadi dengan negara ku, dimana leteknya integriti kepimpinan, dimana semangat kekitaan yang dipupuk selama ini, dimana janji " bersih, cekap dan amanah ", pemupukuan budaya " cemerlang, gemilang dan terbilang " melahirkan " islam hadari " dan di bawah pentadbiran Najib mencanangkann pula " rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan " apakah ini satu retorik yang baru untuk membuai memimpi rakyat semata-mata, tapi semua kerja seperti dulu, kini selama-lamanya.
Kenapa Malaysia hebat dalam pengurusan negera dengan " berpolitik sepanjang masa ?", fikir-fikirkanlah wahai pemimpin Malaysia, baik dari pendokong mau pun pembangkang yang penting ialah bagaimana rakyat boleh hidup dalam keadaan aman tenteram, serta menikmati kekayaan negara secara samara dan sama rasa. fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment