Kementerian pelajaran amat terdesak kini, semua projek yang dibuat dan dilaksanakan secara " mee segara " telah meninggalkan kesan yang cukup menyiksa dan menampakan bagaimana mereka di kementerian tidak membuat " reaserch " sebelum melaksanan dasar-dasar dalam pembangunan pendidikan. Sebagai contoh kita ambil saja PPSMI, memang pada awalnya lagi PPSMI ini ditentang habis-habisan oleh cendiakawan Melayu, para pejuang pendidik, para ilmiah tapi kerana pada ketika itu, kantong UMNO kosong, pelaksanaan PPSMI amat diperlukan. Yang rosak dan meninggalkan kesan negatif ialah penguasaan berbahasa - khususnya bahasa Inggeris, tapi malangnya yang dibaiki ialah bahasa Inggeris melalui Sains dan Matematik.
Mengikut keperluan, kekurangan guru Bahasa Inggeris, khususnya diluar bandar amat ketara sekali, Pengajaran Bahasa Inggeris ini, kadang kala kalangan gurunya mengikut istilah tangkap muat sahaja. tapi bagaimana pula mereka dapat melaksanakan PPSMI, kesannya sudah pasti KEGAGALAN yang akan dikecapi.
Sehari dua yang lepas Timbalan Menteri Pelajaran dari MCA semasa menarik pengundi di Manik Urai, mengumumkan semua kuarter guru yang tidak perpenghuni akan dijadikan "markas" untuk melaksanana kursus-kursus untuk guru-guru. Kenapa agaknya kalangan guru tidak berminat menginap di kuaters yang disediakan, jawapannya kerana pembinaan kuarters tersebut langsung tidak dibuat kajian. Contoh di sebuah daerah dalam sebuah negeri di negera malaysia, pembinaannya di luar kawasan penempatan orang ramai, mudah cakap dalam hutan, siapa nak duduk. akhirnya premis ini menjadi tempat melepaskan geram dan gian. Semua kemudahan asa di banguna tersebut di ambil oleh mereka yang memerlukan.
Kini ujud pula pemberian biasiswa mengikut metriokasri pencapaian - suara menentang telah kedengaran tapi akhbar yang mengambil kesempatan memberikan padangan keburukan cadangan ini hanyalah akhbar-akhbar alternatif, sebaliknya akhbar perdana semuanya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, cukup baik, cadangan yang ada misi, cadangan 1Malaysia, kita tak tau siapa pula yang akan rugi nanti.
PM juga mengumumkan ekuti 30% untuk bumi di hapuskan, cadangan ini untuk menarik lebih ramai lagi pelabut asing untuk hadir ke negara ini.
Apakata kalau cadangan ini diutarakan oleh DSAI, apa agaknya reaksi akhbar-akhbar perdana? rasanya sdr. dapat meneka apaa tajuk yang sesuai untuk DSAI. Inilah cara mana untuk menjual maruah bangsa. Fikir-fikirlan untuk masa depan generasi kita.
No comments:
Post a Comment