Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 30, 2009

GAGASAN 1M SETUJU MANSUH ISA

Rakyat kini mulai sedar dan insaf serta ada rasa pertanggongjawaban ( sense of responsibility )terhadap keharmonian hidup dalam satu keluarga. Tanggal 1 ogos ini membukitkan betapa Gagasan 1M - dimana himpunan seluruh massayarak majmuk akan turut sama dalam perhimpunan " kata mansuh pada ISA ".

Penyertaan Gerakan, parti komponan dalam BN juga melambangkan betapa perlunya Akta ini di hapuskan, selain dari Gerakan, gabungan mahasiswa sejumlah 26 buah persatuan akan turut sama dan 15 buah NGO dari masyarakat Tionghwa sudah bersetuju untuk ikut sama dalam perhimpunan ini. jadinya jika komponan PR yang memestinya terdiri dari berbilang kaum, penyertaan ngos juga dari berbilang kaum, serta mahasiswa juga dari berbilang kaum, jadinya GAGASAN 1M menjadi kenyataan dalam usaha menghapuskan akta ini.

Tapi lain pula yang terjadi di kelompok "brahim ali" yang masih menyangjung ISA ini mereka dari satu kaum sahaja walaupun dari berbagai NGO, contoh dari GERAK, BBPM, Perwaris, Pasokan Silat Lincah serta PPIM dan entah apalagi, tapi Pemuda UMNO terus hilang di tengah lekok, tidak ada komitmen langsung, puteri sedang sibuk dengan " Benteras Rogol dan Ragut " putera UMNO pula sibuk dengan sukan komuniti di peringkat parlimen masing-masing. Nampaknya semua NGO yang sukakan ISA adalah dari kalangan orang kita semuanya. Mungkin agaknya kepimpinan mereka ini ada masalah dengan kepimpinan negera, kerana mereka masih mengharapkan wang saku untuk terus hidup dengan memastikan kepimpinan yang ada terus memimpin.

Bagi menterinya pula, sudahlah kementerian pelajaran di porakperandakan kini, sampai pula giliran kementerian dalam negeri menerima nasib yang sama, ikutlah suara ramai, kalau Obama boleh menutup kem tahanan di Guantamo ngapa tidak Kem Kemunting, maknyanya Amerika telah berjaya menaiktarapkan corak penghidupan pesalah tapi tidak di malaysia. Inilah daya pemikiran yang melambangkan " dulu, kini & selama-lamanya " daya fikir masih di tahap awal tahun 50an.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA