HAYATI LAGU WARISAN INI.
Anak kecil main api
Terbakar jarinya sepi
Air mata darah bercamputr keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman
Idahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
perbumi merintih sendiri
masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini Kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri
kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara.
dengan lagu ini teringat nostalgia semasa menjai pemimpin dalam MAYC di penghujung 70an dan awal 80an. Cukup ' touching ' dan rasa amat simpatai kepada keadaan kepimpinan dan pengurusan negara ketika itu, tapi ianya hanyalah satu igauan kerana mereka yang mencipta lagu ini, terus menjadi pemimpin dan kini mereka yang memporak perandakan Melayu itu sendiri.
Apa nak jadi dengan kepimpinan orang Kita,
Siapa yang harus disalahkan, salah
Adakah salah ibu yang mengandung
Tepuk dada jawablah sendiri.
( terima kasih tok perak - lagu sedutan dari blog tuan )
Zaman saudara pegang tampok kepimpinan MAYC mmg hebat. Mmg saya respect.
ReplyDeleteBila diserahkan kepada pelapis setrusnya dan sehingga sekarang MAYC hanya tinggal nama di pasir salak.
Ruang Belia inipun sudah mula diserapi dengan agenda politik.
Belia harus lebih terbuka terhadap mana-mana kepartian dan bagi saya biarlah mereka ini lebih cenderung dalam aktiviti-aktiviti yang sihat.
Anasir politik suka menyelar masuk ke dalam badan-badan ini demi kepentingan peribadi pada hal badan tersebut hendaklah bersikap bebas dan boleh disertai oleh para belia tanpa mengira idiologi politik.
Terkini suka saya maklumkan pada saudara bahawa akan diujudkan Majlis Belia Daerah di kwsn saudara dan ini juga ingin dikawal oleh org2 yg berkepentingan dalam politik.
Saya dapati, mereka ini juga tidak aktif dalam pergerakan Belia masing2 namun kerana jawatan tersebut, mereka mula menonjolkan diri.
Tujuan MBD nak ditubuhkan juga pada asasnya mmg murni tetapi cenangau yang nak berpaut inilah yang menjadi masalah.
Benih-benih rasuah sudah mula ingin disemai. Ini baru peringkat menaja MBD. Sekiranya lulus sudah pasti akan ada perebutan.
Rosak lagi le jawabnya. Apa pandangan saudara?
terima kasih kerana sudi melayari blog teman, memang la ni persatuan belia telah menjadi medan untuk mereka yang berpolitik, walaubagaimana pun kalau sdr. sudi kita sama gembeling tenaga untuk memastikan apa yang dirancang dapat di laksanakan untuk kepentingan para belia, tapi teman hanya tingal semangat hanya memberi buah fikiran kot-kot boleh dalam pengurusan belia ni. we can discuss about it soon. see you later.
ReplyDeleteTerima Kasih atas kesudian saudara dalam perkara tersebut.
ReplyDeleteSedikit pesanan buat To' Jabor yg saya tidak berapa kenali dan mungkin saudara kenali.
To'Jabor :- Sedarlah "Perjuangan Masih Belum Selesai" adakah ini yg menganggu sedara? Ada maksud tersirat dibaliknya..hilangnya bangsaku disitu.Wajar!!
Adakah perjuangan sedara sudah selesai? Sudah pasti jawabnya belum. Kerana jawapan yang pasti selesainya perjuangan hanya apabila hayat dikandung tanah.
Seandainya pewarismu meneruskan pejuanganmu, sudah pasti kamu akan mendapat ganjaran dariNya.
Serkap jarangmu menjengkelkan telinga mendengar. Sedara kenal saya? Sudah pasti tidak sekiranya sedara mengatakan saya exco ameno. Kerana sedara sudah silap serkap. Kita mencari kawan ada pula menuduh lawan....bagus sikap mu To' Jabor.
Sebaliknya saya juga boleh katakan saya kenal sedara sekiranya sedara tokey cabai bawang.
But anyway TQ to To' Jabor yang cepat lagi cekap dalam ilmu serkap jarang cuma jgn jadikan langkah ini sebagai satu tindak tandukmu apabila mendapat amanah.
~wassalam~