Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label REALITI POLITIK LAWAN. Show all posts
Showing posts with label REALITI POLITIK LAWAN. Show all posts

Tuesday, March 10, 2009

70k lawan 700k

Pemilihan UMNO pada hujung Mac ini nampaknya, sudah 2 perancangan kerajaan yang akhirnya perlu dibatalkan. kenaikan harga tol dan kedatangan PADI ( Pendatang Asing Dengan Izain ), pada hujung Feb. 2009 pihak Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan kenaikan tol khususnya di PLUS, tapi atas dasar prihain kerajaan terhadap rakyatnya, kenaikan ini di tangguhkan selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO hujung bulan ini.

Perancangan kedua ialah untuk mengimpot PADI yang telah diluluskan dan visa kemasukan telah pun disediakan serta bayaran levi telah pun diterima olih pihak-pihak tertentu, semua kemasukan telah diberaskan hanya tunggu masa yang sesuai sahaja. Masyarkat jadi riuh, gundah gulana atas kelulusan tersebut. Kerajaan telah menyediakan visa untuk sejumlah 70k warga Bangla untuk diimpot.

Oleh kerana, perhimpunan UMNO akan menjelang tak berapa hari lagi, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, yang juga Presiden MAYC ( Malaysian Association of Youth Clubs ) dengan pantas mengumumkan pengimpotan PADI dari Banggle ini di haramkan, pengharaman ini hanya sementara dan akan ditarik balik selepas pehimpunan UMNO nanti. Alasan membatalkan kemasukan mereka, kini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri baru menyedari bahawa 70k tidak ramai kerana 700k ahli pemuda UMNO masih ramai dari jumlah tersebut yang masih menganggur, ada lebih baik, digunkan tenaga pergerakan pemuda ini untuk kerja-kerja di ladang, pembinaan dan sebagainya.

Dengan menggunakan tenaga mereka di lokasi tersebut, sudah pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan yang pada ketika ini sedang hebat dilaksanakan oleh semua pihak yang berkepentingan. Atas rasa sedar dan prihatin ini serta untuk memastikan kemenangan dalam pemilihan di pehimpunan agung nanti. Tindakan Syed Hamid ini boleh lah diberikan kredit. Agaknya masih banyak lagi agenda yang telah dirancang akan di batalkan kerana memastikan kemenangan memihat kepada agensi dan kementerian yang diterajui.

Sunday, March 8, 2009

PR akan berkubur selepas 10 Mac

Kes sodomy DSAI yang sepatutnya di dengar Peringkat mahkamah sesyen kini akan di pindahkan ke mahkamat tinggi, walaubagaimana pun pendekar DSAI sedang dan akan berjuang untuk memastikan perbicaraan masih lagi di mahkamah sesyen. Jika perjuangan ini gagal, dan ianya masih diteruskan juga di mahkamah tinggi, beberapa andaian telah dibincangkan di peringkat Pokok Ketapang untuk diberikan keutamaan:

Adalah di ingatkan, DSAI waktu ini dapat kemudahan dengan jaminan serta persetujuan pihak mahkamah untuk membebaskan sementara menunggu hari perbicaraan, hatta pasport beliau juga tidak di rampas. Pada ' hearing ' 10 Mac ini, puak pelampau negar akan memastikan DSAI, sementera menunggu perbicaraan pelu di simpan dan berehat di Sungai Buluh, jika ini berlaku maka misi untuk memastikan 2 bukit dan satu batang untuk di rampas dan dipertahankan akan menjadi isu. Untuk itu, kita perlu memohon restu dari Allah agar perkara sebagini tidak terjadi.

Bagitu juga apa yang akan berlaku pada Mr. Speaker DUN Perak, selepasa perhimpunan UMNO penghujung Mac ini, angin merancang untuk memastikan beliau juga turut di simpan atau direhatkan dari berpolitik dan tempatnya akan di ambil alih oleh ADUN OKU yang kini menjadi ahli bebab, pada ketika itu, BN pasti riang gembira dengan majoriti memihak dan Speaker pula dari kalangan mereka. Pastikan ianya tidak menjadi, pada Mr. Siva dan gerombolan PR berhati-hatilah di jalan raya.

Thursday, March 5, 2009

KEBAL - SALAH SIAPA

Isu ini telah menjadi buah mulut kini, apatah lagi masing-masing individu di negara yang mana masyarakah glokal ini telah tahu dan menjadikan Perlembagaan negara mau pun negeri sebagai tungguk ujudnya sesebuah negera mau pun negeri. Selama ini rakyat tidak tahu akan peranan dan tanggungjawab ' speaker ' dewan, tak tau bidang kuasa, kekebalan dan hak yang menjadi kewajipan mutlaknya.

Rampasan kuasa oleh BN di Perak DR, memberikan satu ilmu pentadbiran sesebuah negara, yang man tunggak keujudan sesebuah negera, tiang serinya adalah perlembangaan, atau pun undang-undang tubuhnya. Setelah di kaji dan diteliti, memang benar tegoran yang diberikan oleh SPRM terhadap tingkah laku ' speaker ', mana ada kekebalan pada batang tubuhnya, tapi kenapa SPRM bagitu tidak berilmu, yang kebal ialah undang-undang tubuh sesebuah negeri itu, manusia atau penjawat awam hanya menjadikan undang-undang tubuh itu sebagai garis panduan bagi melaksanakan tugasan harian. Ujudnya SPRM juga adalah kerana ianya termaktub dalam perlembagaan negera, yang digubal oleh ahli perlimen, tapi dukacita pengerusinya meletakkan diri nya diperbodoh dan di buli olih orang lain.

Tapi jangan pula lupa, SPRM juga melaksanakan undang-undang mengikut selera yang memihak, jadi kepada mereka yang dipihak SPRM terasa diri mereka kebal, sebab semua aduan tidak kesampaian untuk diambil tindakan. Untuk itu siapa yang menzahirkan adanya individu kebal dan sebaliknya. SPRM, PDRM, SPR ini adalah sebahagian badan yang mencetuskan kekebalan kepada rakyat Malaysia.

MEMANG TIDAK UJUD INDIVIDU KEBAL DI MALAYSIA, KEUJUDAN KEKEBALAN ADALAH KERANA ADANYA UNDANG-UNDANG TERPILIH OLEH PIHAK TERTENTU.

Wednesday, March 4, 2009

Tan Sri Isa Samad, Dato Seri Dr. Zahid & Melayu UMNO

Rasanya pada malam tadi 3 Mac 2009 di TV9 segmen " Hujah " ramai kalangan perwakilan UMNO sudah dapat menilai salah saorang dari calun ini akan di singkirkan atau pun kedua-duanya sekali, kerana dapatan berkaitan dengan hujah amat dangkal, cara penyampaian bukan seperti seorang bertaitle "Dr" panas baran, ingin memuniplate para perwakilan dan pemerhati yang berada dalam dewan, serta ingin mendapatkan tepokan tanda sokongan " akulah calun naib presiden yang patut diberikan peluang.

Prof. Dr. Mohamed Agus Yusuf, tahniah kerana dapat dan berjaya menjadikan mereka hilang pedoman dan hilang pertimbangan sehingga Tan Sri Isa sanggup mengatakan orang melayu ini malas membaca dan tidak ada tv untuk di tonton di rumah. Kesanggupan Tan Sri Isa turun padang untuk menjelaskan semua isu berbangkit menampakan " cakap tak serupa bikin " calun naib presiden ini.

" Kenapa diperlukan pemimpin turun padang untuk membalas semua isu semasa ? kankah kita ada TV perdana, akhbar perdana ?" soalan Prof kepada Tan Sri Isa.

" Orang kita, malas membaca menonton TV bukan menonton program yang berbentuk keilmuan tapi asyik dengan hiburan semata-mata " jawab Tan Sri Isa.

Dato Seri Dr. pula bangga dengan apa yang berlaku di Perak, rampasan kuasa ini akan dilaksanakan pula di Selangor, sungguh anggoh, sombong, erogan sikap dan tingkah lakunya, rasanya haji yang ditunaikan baru-baru ini agaknya tidak diberkati oleh Allah.

Kenapa otak pemimpin UMNO tidak jauh seperti otak Tan Sri P. Ramli, beliau dapat menjangkaukan apa yang akan berlaku dalam pemerintahan negara kita 60 tahun yang lalu. Senang aje, Sudin mengeja " alif min nun tendang waw " jadinya sarkas. Nampaknya budaya " Melayu Mudah lupa " juga ada betulnya.

Tuesday, March 3, 2009

Kata dulang paku serpih

Peritiwa bermesyurat di bawah pokok, setakat ini menjadikan isu ini paling top dalam sembang-sembang di warong mau pun di pejabat-pejabat, kerana kini hampir semua ruang pejabat telah ditakluki pemikiran PR, pemikiran dinamis, pemikran perjuangan serta perjuangan yang amat benci sekali kepada cara kepimpinan yang di "shit"kan oleh UMNO.

Setelah mendapat Tan Sri, P. Ramli telah pun diwar-warkan untuk menerima " Tun " pula, jika nak dibandingkan daya pemikiran beliau memang tak perlu dibincangkan lagi, terus saja di anugerahkan dengan Darjah kebesaran tersebut. Sumbangan baktinya kepada kehidupan masyarakat Malaysia amat jelas sekali. Apa yang dipaparkan dalam setiap filem terbitan 50an dan 60an dulu kini menjadi kenyataan. " Musang Berjanggut ", " Laksamana Doremi ", Pendekar Bujang Lapuk, Nujum Pak Belakang dan lain-lain lagi, semuanya mempunyai kiasan yang hebat dan malahan menjadi tontonan setiap oleh media elektronik. TV 2, Astro, TV9 dan TV3 bergilir-gilir menayangkan filem-filem tersebut.

Ulasan pemimpin UMNO berkaitan dengan persidangan di bawah pokok, semua nya melambangkan bertapa ceteknya daya pemikiran mereka. Contoh, YB dato Azlina - tindakan PR amat mengecewakan dan hanya tidakan orang bodoh saja bermesyuarat di bawah pokok, Dato Seri Zahid pula mengatakan hanya orang gila yang sanggup berjubah dan suit di kawasan panas.
Tapi apa yang sedihnya mereka tak ulas pula, kenapa ruang pejabat SUK di kunci, kenapa dewan persidangan juga turut di kunci. Kenapa pihak polis menghalang semua ADUN untuk memasuki dewan, Apakah ini tindakan orang yang bertamaddun.

Akhir-akhir ini, pemimpin UMNO seolah-olah sudah hilang akal, tidak tahu membezakan yang mana baik dan yang sebaliknya, cakap mereka juga sudah terbali, jika dikatakan ' ada ' maknanya ' tiada ', mereka melaung-laungkan keburukan apa yang dilakukan oleh pihak PR, tapi sebaliknya BN lah yang kini di ambang cukup teruk dan sentiasa menyalah gunakan kuasa, gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni sahaja.

Kalau di ikutkan hujah yang diberikan semasa ' hujah ' di TV9, hanyalah perwakilan yang bodoh dan datang dari Tanjung Rambutan sahaja yang akan memberikan undian kepada Zahid dan Mat Isa, langsung kedua-duanya tidak memberikan hujah bagaimana agar kalangan muda yang sudah muak dengan UMNO dan memang tak ingin kembali ke UMNO dapat mempelawa mereka ini bersama-sama dalam menganggotai parti keris tersebut.

Hanya orang kurang sempurna akal sahaja yang ingin bersama UMNO. Jelas kalangan gabungan BN juga tidak bersama-sama UMNO dalam menangani setiap isu yang ditimbulkan, tidak seperti PR, semua parti gabungan turut serta. " Kebukit sama di daki, ke luruh sama dituruni "
" bagai aur dengan tebing " UMNO pula bertindak dan bergerak dengan pepatah yang berlawanan " seperti aur dalam belukar, melepaskan diri masing-masing "

Saturday, February 28, 2009

HISYAMUDDIN RESTUI GENGSTERISM

Memang Negara Malaysia, sebuah negara yang malang setelah 51 tahun merdeka, kehidupan rakyat bukan bertambah bertemaddun tapi melapetaka satu demi satu menimpannya, mungkin agaknya Allah ingin menunjukkan kebesarannya atau pun menguji kepimpinan yang ada agar " dapat menrendahkan " diri di mana Allah maha berkuasa. Allah adalah penentu segala perancangan yang di rancang. Kita boleh merancangan tapi perancangan Allah adalah segala-galanya.

Sebagai seorang Menteri Pelajaran, beliau sentiasa mengharpkan semua pelajar-pelajar di bawah jagaannya menjalani penghidupan yang sempurna dan berhemah, setiap pelajar sama ada di IPTA / IPTS, peringkat menengah mau pun rendah, masalah disiplin sentiasa di tekankan. Di Bahagian Sekolah bawah Sektor Pengurusan Kemanusiaan, setiap pelajar di pastikan apakala tamat pengajian nanti lahir sebagai manusia yang berdisiplin.

Aktiviti-akitiviti salah salah laku, seperti buli, vendalism, anti rokok, ponteng sekolah, dan banyak lagi dan yang hebatnya di tiada atau meminimaiskan gengsterism di sekolah-sekolah. Buli di sekolah rendah dan gengsterism di peringkat pengajian tinggin, malah kalangan menengah adalah generasi belia dan mereka ini adalah kalangan pemimpim muda, termasuklah Pergerakan Pemuda.

Tragedi di Parlimen tempoh hari, di mana sekumpulan Pergerakan Pemuda UMNO menyerang ahli Parlimen dan bergaduh amat memalukan. Tapi apa yang menyedikan lagi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri merestui tindakan Ahli pergerakannya. Sehinggakan pihak Speaker Parlimen pun meresa sedih dan malu perbuatan sedemikian tapi tidak pada Hisyamuddin.

Dimana wibawah Menteri ini, di peringkat persekolahan aktiviti ini di larang dan cuba di tiadakan dengah melaksanakan bebeapa program tapi di peringkat Pergerakan Pemuda mereka di halalkan pula. Apakah ketua pemuda ini sudah hilangan identiti diri kerana kepentingan politik atau pun memang Malaysia mempunyai menteri-menteri yang bodoh dan bangang.

DALAM BAIK GERAKAN BUNUH " MELAYU "

Kecoh penderhakaan terhadap sultan berlarutan, yang peliknya ianya tidak melibatkan negeri-negeri di bawah pentadbiran BN. Lepas satu-satu peristiwa yang di iktirafkan sebagai durhaka telah ditimbulkan. Yang terakhir di Negeri Kedah pula.

Dengan tegas KJ memaksa untuk membuat siasatan, agar peristiwa ini tidak berlaku lagi. Yang peliknya, GERAKAN juga tumpang semangkut. Yang sedihnya oleh kerana Raja-raja adalah hak rakyat Malaysia, jadi GERAKAN mencadangkan agar raja-raja Melayu di gantikan dengan Raja-raja Malaysia - hai pemuda UMNO di mana anda waktu ini, tunjukkan keris dan bantah Melayu tetap Melayu. Yang dah hilang, Bahasa Melayu, Tanah melayu, Keratapi Tanah Melayu, Tanah Rezeb Melayu, Baju Melayu dan yang tinggal ialah keris melayu itu pun dah karat.

Dato Zahid, amat murka setelah speaker Perak akan menagadakan sidang DUN tergempar pada 3 Mac. Speaker menderhaka katanya. Agaknya semua ADUN Pakatan Rakyat bodoh, tak tahu baca perlembagaan Tubuh Kerajaan negeri, kalau Undang-undang tubuh kata 'Ya' dan tercatat dalam undang-undang tersebut. keseimpulannhya bolehlah, jadi apa yang nak dibisingkan. Agaknya YB Zahid dah kecut perut kot. Apakah ini identiti bakal Naib Presiden UMNO yang akan karam tak lama lagi? Walau bagaimana pun tahniah lah kerana dapat DR. beli kot?

BUDAYA TAMADUN RIMBA - GAYA HIDUP UMNO

Setelah ujud sekian lama, dan diberikan kepercayaan oleh rakyat dan berjaya memerintah negara dari bernama Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya ujud Malaysia dari Semenanjung Tanah Melayu yang di rangkumkan dengan Singapura, hingga Singapura terlepas bebas merdeka dan di jemput pula negeri-negeri di Borneo ( Sabah & Sarawak ), pemerintahan pula dari kerajaan ' kapal layar ' dengan di naungai oleh UMNO, MCA dan MIC akhirnya ujud pula gabungan berbelas-belas parti gabungan, dengan nama Perikatan ditukarkan ke Barisan Nasional.

Dari Tunku Abdul Rahman dan sampai saat ini di perintah pula oleh Abdullah Ahmad Badawi. Pemerintahan UMNO dari masa ke semasa langsung tidak menunjukkan sistem pemerintahan yang melambangkan kekitaan untuk masyarakat. Kita lihat sahaja peristiwa " MENDERHAKA " kalangan pemimpin mereka sejak ditubuhkan lagi, hingga hari ini, raja yang di pertanggongjawabkan sering menjadi bahan kritikan dan rasa tak puas hati. Apabila ianya tidak memihak kepada UMNO siapa saja akan menjadi bahan kutukan mereka.

Sistem pentadbiran negera sudah cukup baik, keujudkan kementerian sudah cukup baik, perjalanan pengurusan pentadbiran negera boleh dikatakan baik, tapi apa bila pemerintahnya lebih mementingkan personnal dan kaum kerabat, semua sistem yang baik akan punah. Kita perhatikan saja bagaimana kuasa digunakan oleh Tun Mahathir, semua agensi di bawah naungan kerajaan dipergunakankan dalam kes " Mata Lebam " DSAI. Peristiwa ini juga memual dan memalukan. Perbicaraan di atur, keputusan di bincang dengan TM, para pendakwa di berikan imbuhan untuk memastikan yang bersalah tetap bersalah. Rakyat terus melebelkan hakim yang bertugas sebagai " Hakim Hacks ".

Polis sanggup mencederakan OKT ( orang kena tahan ) sejak akhir-akhir ini ada pun yang mati dalam lokap, apakah ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam pemerintahan negara ini? Timbang rasa dan rasa perikemanusiaan sudah hilang dalam daya pemikiran dan ingatan yang jelas dan diharapkan hanya untuk memastikan pemerintah dalam keadaan yang benar walau pun tak benar.

Kita lihat sahaja, ketidak mampuan mereka menerima tamparan dan perubahan yang rakyat maukan, peristiwa di DUN Perak DR, amat mengecewakan sekali, sultan di permainakan dan diugut untuk mendengar kehendak mereka saja, perlembagaan dan undang-undang tubuh sudah tidak releven dan tidak menjadi tiang kepada pemerintahan. Yang tinggal kepuasan " Nafsu " saja.

Peristiwa " pencerobohan " di parlimen oleh Pemuda Balaci UMNO tempoh hari, ( Pemuda Serdang, Gombak & PJ Utara ) jelas kemerdekaan 51 tahun, menteliti pemimpin pemuda UMNO masih saperti orang-orang di zaman batu. ( kenapa ini berlaku - kerana setiap kesalahan mereka ada tangan ghaib yang memastikan perlakuan mereka dapat di bela ) inilah tamaddun rimba. Yang sedihnya perlakuan hanya untuk orang UMNO sahaja.

SILEMAH MAKANAN SI GANAS
SIBODOH MAKANAN SI CERDIK
RAKYAT MAKANAN PEMIMPIN ( pemimpin yang rakus )

Friday, February 27, 2009

15 - 1 = UMNO Derhaka

Sejak tahun 1920 sampai ke 2009 jelas membuktikan UMNO dengan kepimpinan terus melakukan sikap derhaka kepada raja, walaupun sejarah raja-raja dan kesultanan dari benih parameswara dari sumatra.

1- Dimana peristiwa, pengasas UMNO Almarhum Dato Onn Jaafar, dinyahkan dari istana kerana sentiasa mengkritik kedududkan sultan
2- 1974 MB Perak, YAB Tan Sri Ghazali Jawi pak kepada Tajul Rosli juga, menderhaka dengan tidak mengindahkan perintahkan tuanku agar meninggalkan jawatan MB, hinggakan sultan pula yang meninggalkan istana pergi betapa dengan niat menyimpan misai dan janggut selagi Tan Sri menjadi MB di Perak.
3- Perselisihan faham antara MB Pahang DAto Rahim Bakar pada 1979, telah menyebabkan seluruh anggota UMNO merasakan tidakan MB tepat dan betul dan istana yang salah, UMNO terus menderhaka.
4- UMNO cuba menguncupkan kuasa istana, dengan cubaan meminda perlembagaan dengan kuasa-kuasa pengisytihayaran darurat dikurangkan, pihak istana menolak tragedi ini berlaku pada di tahun 1983.
5- Kekalahan UMNO di Kelantan pada 1991, pihak UMNO menuduh pihak istana telah campur tangan dan kesannya UMNO kalah.
6- Perhimpunan agung UMNO bersetuju sebulat suara agar pihak istana di siasat, khususnya bagaimana pihak istana memainkan peranan yang menyebabkan UMNO kalah, bukan itu saja, harta benda yang dimiliki mereka ( istana ) juga perlu disiasat.
7- Pengikut dan balaci UMNO terus memusuhi istana, tak puas dengan kritikan dan siastan akhirnya balaci dan pendukong UMNO mengadakan demo khusus untuk menanamkan rasa benci kepada pihak istana.
8- Klimat dan urutan peristiwa dari 1 - 7, kesanggupan UMNO melontarkan satu tindakan dimana pada 1993, pindaan perlembagaan di persetujui dengan membolehkan istana di bawa kes ke mahkamah. Pihak istana gagal untuk merayu agar pindaan ini tidak diteruskan.
9- Untuk menguatkan tuntutan ini, pastinya peranan dimainkan di semua pelusuk negera dengan tunjuk perasaan khusus menentang raja. Tempat seperti Bagan DAtoh, Seremban dan lain-lain dijadikan lokasi demo.
10- Peristiwa pertabalan Sultan Ismail di Kelantan pada 29 April 1993 cuba di cabuli dengan menggantgikan kepada Tengku Ibrahim Inderputra - perancangnya ialah Dato Annuar Musa. Allah bersama dan rampasan pertabalan di kecundang.
11- Kedudukan Sultan Ismail, di derhakai oleh Shahidan kassim dengan melafazkan baginda tidak layak menduduki takhta Kelantan dan saranannya mempunyai bukti kukuh
12-Peritiwa melarikan puteri sultan Selangor, yang melibatkan secara langsung Mohd. Taib seterusnya berkahwin, ini tidak derhaka, bawa duit berjuta-juta keluar negara dan terangkap diAustralias tak salah, kerana beliau pemimpin UMNO.
Kemudian akhir-akhirnya peristiwa perlantikan MB di dua buah negeri selepas PRU 12, iaitu di Perlis dan Terengganu:
13- Shahidan menidatakkan perlantikan MB yang dipersetujui oleh Sultan Perlis,
14- 24 dari 23 ahli DUN di Terengganu tidak berminat untuk hadir di majlis angkat sumpah MB Tok Mat Said di Terengganu, kerana MB yang ini dipilih oleh sultan yang juga Agong. hingga keluar kata-kata " kami mau Deris Natang "
15- Niza hanya melafazkan, mohon tuanku patik mohon menyembahkan sembah derhaka - terus dilebalkan derhaka.

UMNO dah gila - apa yang dicakap semua terpalat kepada diri mereka sendiri.

Thursday, February 5, 2009

KATA PEPATAH: BAPA BOREK ANAK RINTIK

Jika diperhatikan kenapa agaknya, DSN/TPM sanggup menerima kedatangan DUN Behrang dan Changkat Jering? Ini semua adalah budaya dan mainan sebilangan besar kepimpinan dalam UMNO yang sentiasa mengamalkan rasuah. Apa yang digembar gemburkan berkaitan dengan TPM tentang, erocopter, kapal selam, shukhoi, cubaan mendapatkan IJN semua ada ' link ' antara satu sama yang lain.

Akhirnya dirancanakan dengan tertangkapnya kedua-dua DUN tersebut sebelum PRK Permatang Pauh, khusus untuk dijadikan isu kempen PRK bagi memastikan ' orang PKR ' perasuah dan mungkin dapat mengurangkan majoriti undi DSAI, walaubagaimana pun isu ini tidak mencurigakan pemilihan di Permatang Pauh, sokongan untuk DSAI semakin bertambah majoritinya.

Mereka mengaku tidak bersalah dan pendengaran pertuduhan akan diadakan pada 10 Feb. ini. Ketika dan menjelangnya tarikh ini, pihak tertentu dengan budaya rasuah yang tinggi telah memerangkap kedua-dua DUN ini agar menyertai BN kerana hanya BN / DSN yang dapat menggugurkan pertuduhan tersebut. Lantas yang demikian bergolaklah kerajaan PR di Perak semata-mata survival masa depan kedua-dua DUN ini.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan pemimpin yang rasuah hanya berminat kepada pengamal-pengamal rasuah sebagai pemimpin. Keputusan kehakiman berkaitan dengan kes ini semua peminat politik dah tahu. SPRM adalah agensi kerajaan, dan kerajaan adalah di kuasai oleh BN dan BN di ketuai oleh DSAB dan DSN.

Didoakan agar mereka diberikan petunjuk oleh Allah dengan meletakkan pertanggongjawaban kepada rakyat lebih penting dari kepenting peribadi.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA