Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label 1M. Show all posts
Showing posts with label 1M. Show all posts

Friday, June 15, 2012

ANWAR ICON SEBENAR 1MALAYSIA



            ‘Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara’. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini. Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Ungkapan Najib dan kepimpinan UMNO yang lain dalam isu PM dan Anwar ini juga telah memberikan satu signal kepada BN, apakah benar Anwar akan menguasai Parlimen selepas PRU13 nanti. Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan individu Anwar untuk PM adalah satu isyarat dan ianya amat membimbang sekali sekutu BN terhadap postensi Anwar dan rakan-rakan gagasan PR menguasai Putrajaya.

Kebarangkalian gagasan ini khususnya Anwar ke putra jaya memang ada, kerana setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud. Para penganalis politik mau pun peminat politik melihat apa yang sedang di lakukan oleh UMNO / BN terhadap Anwar, mereka cukup takut dengan mereka meneruskan pejuangan untuk menidakkan usaha PR dengan terus menerus mereka menyerang khususnya Anwar. Lebih hebagt dan kuat serasngan ianya menujukkan ketakuatan yang amat sangat oleh UMNO itu sendiri.


Anwar icon 1M

Di manakah agaknya kekuatan Anwar yang memastikan Najib dan rakan-rakannya sering melatah, mungkin kejayaan Anwar bertindak sebagai pencetuk kesedaran rakyat terhadap kezaliman UMNO / BN. Atau apakah dengan tercetusnya Gagasan PR ini juga menjadikan Anwar sebagai musuh No. 1 UMNO / BN? Dengan tercetusneya Gagasan PR ini Anwar telah berjaya " menyatupadukan " rakyat berbilang kaum di Malaysia, mereka kini saling faham memahami. 

Dengan keujudan gagasan PR juga, kalangan "kafir " dah mula sedar, mereka dah tahu apa yang di katakan hukum " Hudud " siapa yang perlu pakai hukum ini, mereka tahu hukum ini untuk Muslim sahaja. selama ini mereka di " tipu " oleh UMNO bahawa islam itu hanya potong " punai " sahaja, yang di dedahkan semuanya menakutkan.

Penyelewangan ; Rakyat akan hukum mereka

Penyelewaangan demi penyelewangan di dedahkan, pendedahan penyelewengan bukan sekadar kata-kata tapi siap dengan fakta yang sahih. Seperti NFC berjumlah Rm250juta, dan mereka yang terlibat bebas bagitu sahaja. Amalan rasuah, kornisme, salah guna kuasa, ugutan dan sokongan menjadi-jadi oleh kepimpinan dari UMNO / BN. 

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti. Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Peranan katak-katak

Rakan-rakan Anwar sama ada semasa penubuhan PKR mau pun semasa menjawat jawatan dalam kerajaan tempoh, merka yang terlibat dengan parti yang juga sebagai YB, melompat untuk mencari rezeki yang lebih. Lompatan mereka sebagai katak-katat. Katak-katak yang dilahirkan melalui PKR mengambil peluang untuk membantu UMNO / BN. Katak-katak ini dijadikan seperti anak emas oleh media perdana. Tugas mereka hanya mengeluarkan kenyataan khusus kaitan dengan Anwar, sudah tentu mereka banyak " cerita " kaitang dengan Anwar. Tohmahan yang  dilemparkan hanyalah retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno. Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang ‘kuat’ menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya. Contohnya kepada Ezam Mohd. Nor bekas ketua AMK di lantik ke senator bersama-sama dengan Datok S Nallakurappan - bagi mereka Najib di ampu Anwar di serang.

Peranan Akhbar

Akhbar sudah lari jauh dari peranan sebenar, peranan untuk menyampaikan maklumat bertukar dengan penyampaian fitnah, pembohongan, cerita unsur-unsur seks. Ketajaman pena sudah berperanan untuk mengadu dumba kalangan rakyat. Akhbar juga bertindak untuk tidak berlaku adil, sebaliknya memilih orang tertentu sahaja. Mereka sudah tidak bebas.

Tepi masa menentukan segala-galanya, kini dunia masuk zaman IT, lahirnya " zaman IT " internate telah mengambil tempat, rakyat sudah menikmati maklumat yang tanpa sempadan, maklumat sudah dihujung jari dan akhirnya akhbar di tinggalkan. Jualan akhbar dari hari ke hari terus merosot.

Sebagai contoh, cuba kita lihat berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan. Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral. Penambilan isu fitnah juga gagal untuk meraih jualan yang di harapkan.

Dengan kata lain peranan akhbar untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar telah gagal.

Kerajaan Pakatan Rakyat

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah. Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara dan untuk Selangor Anwar adalah penasihat ekonominya.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno. Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan.

Media gagal berfungsi

PR membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri,  dengan adanya sembilan saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini. Sebaliknya pembangkang dan PR hanya mempunyai tiga saluran PAS dengan Harakahnya cuma diterbitkan 2 kali seminggu, PKR dengan Suara Keadilan, terbitan pula tidak berkala dan kerajaan Selangor dengan Selangor Kini di terbitkan seminggu sekali, bagitu pun penjualannya adalah terhad. Sudahlah keluarannya terhad dia ianya pula sentiasa di perhatikan oleh pihak KDN. Silap langkap akan ke penjara.


Untuk itu, jelaslah kini peranan yang dimainkan oleh media sama ada cetak, eletronik gagal memain dan membantuk UMNO / BN untuk meneruskan kepimpinannyal.

Pemimpin perlu jiwa yang besar

Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujuan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.


Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut. Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.


Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme. Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.


Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Kesimpulan

Kesilapan dan apa yang terjadi pada masa kini khusus kaitan dengan politik ianya adalah bermula dari " kesilapan " Mahathir, dari peristiwa mengambil sebahabian tugas Istana, sehinggalah menidakkan peranan Anwar dalam UMNO itu sendiri.


Bagi Anwar yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang jitu, walau pun ditahan, dipenjarakan, di maki hamun malahan setiap hari beliau dan keluarga dijadikan bahan cerita di dada-dada akhbar harian. Malahan beliau terus berdiri megah.


Peranan dan idea beliau menggabungkan PAS - DAP - PKR telah melemas dan merimaskan UMNO itu sendiri.  Mereka UMNO / Perikatan / BN telah hidup selesa dan senang lenang selama 54 tahun tapi dengan kewujudan gagasan PR ( Pakatan Rakyat ) menyebabkan mereka tidur tidak lena.

Anwar adalah musuh No 1 untuk UMNO / BN

Saturday, July 16, 2011

BAH. 1 - 1M MEMBUKA KOTAK PANDORA POLITIK MALAYSIA



najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabeth

Najib - 1M di sambut oleh Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham dengan berpakaian kuning, apakah ratu " memperli " Najib atau memang jadual pakaian baginda mesti kuning. Selain itu, himpunan aman " kuning " juga menyambut Najib semasa di England.





Barat meletakkan negara yang yang bermasyarakatkan " Masyarakat Majmuk " yang mana perpaduan amat di dahagakan. Dan Masyarakat Majmuk yang berbaza dari segi budaya, bahasa dan agama secara hakikatnya akan berkonflik antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu cara tak langsung kuasa luar masih diperlukan untuk " mendisplinkan " rakyat. Kuasa luar itu tidak lain ialah " kolonialisme ". Jadi apakah dengan kelahiran Gagasan 1M juga tidak terlepas dari cengkaman barat terhadap keperluan perlunya satu instrument untuk memastikan keujudan perpaduan tersebut.

Dalam hal lain pula apakah budaya politik di sebuah negara membangun seperti Malaysia setiap pemimpinnya perlu mencipta simbol-simbol politik yang dapat memberikan keabsahan atau legitimasi politik kepada pemimpinnya? Ini Satu Persoalan. Dan apakah Gagasan 1M dapatlah kita klasifikasikan sebagai satu bentuk simbol dan slogan politik?

Setelah pentadbiran konolia memberikan kemerdekaan, peranan pengurusasn dan pentadbiran diambil alih oleh UMNO / BN. Sejak 1957, kemerdekaan dan UMNO / Perikatan ( BN ) memerintah tidak ada perubahan radikal yang berlaku kepada sistem politik dan pentadbiran, yang jelas dan nyata perubahan hanya pada kulit sahaja, secara sinis perubahan luaran ini juga boleh disebut sebagai " old wines in new bottles " kalau bagitulah hakikatnya apakah benar yang Gagasan 1M itu ianya di imput dari luar? Apakah persamaan dengan 1I ada benarnya?

Berbalik kepada Gagasan 1M - Apakah benar 1M yang di lahirkan untuk melakukan perubahan dalam pengurusan dan pentabiran negara? sedangkan YAB PM yang melahirkan gagasan ini juga menafikan 1M:

1- ada persamaan dengan Malaysian Malaysia,

2- tidak menghakis struktur asas Perlembagaan -
dimana kedudukan orang Melayu masih terjamin. Keistemaan Agama islam

3- Kedudukan Raja-raja tidak akan diusik

Melalui 3 faktor di atas, menyebabkan rakyat terkeliru dengan gagasan ini, bangsa asing tertanya-tanya apa perubahan yang ingin dilakukan, orang Melayu pula turut keliru kerana dari segi amalannya - ekomomi masih merugikan orang Melayu. Sebagai contoh, musnahnya 2 kementerian yang memberikan banyak menafaat kepada Orang Melayu - kementerian yang bertanggongjawab melahirkan keusahawanan Melayu.

Faktor dan peRubahan ini boleh melahirkan kekeliruan yang besar ( great confusion ) dan bukannya satu tranformasi besar ( great tranformation ) untuk Melayu. Atas dasar itu 1M merupakan sesuatu yang lompang dan tempang kerana mempunyai kontradiksi yang tersendiri.

Bah. 2 1M dari sudut ekonomi

Wednesday, April 20, 2011

INISIATIF EMEL 1MALAYSIA - BUKAN DUIT RAKYAT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia yang diumumkan Najib semalam.

Perkara itu didedahkan portal berita dalam talian, MerdekaReview dalam artikel mereka hari ini.

Projek emel 1Malaysia yang bernilai RM50 juta diberikan kepada Tricubes Berhad dan setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas bakal memperolehi satu akaun email untuk urusan komunikasi terus dengan jabatan kerajaan.

Menurut artikel itu, pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group.

“Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).

“Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group,” menurut artikel itu.

Menurut artikel itu lagi, Tricubes yang merupakan syarikat bertaraf GN3 di Bursa Malaysia dan berhadapan kemungkinan dinyahsenarai pernah cuba membida 32.2 peratus saham Pos Malaysia daripada Khazanah Nasional Berhad namun gagal memperoleh saham itu.

Penganugerahan projek emel 1Malaysia bernilai RM50 juta itu dipercayai untuk membantu program penstrukturan kewangan Tricubes.

“Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober,” artikel itu dipetik.

Menurut artikel tersebut, perkara yang paling menghairankan, adalah tindakan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang mendakwa mengutamakan meritokrasi dan ketelusan tetapi pada masa sama melantik sebuah syarikat yang berdepan masalah kewangan untuk melaksanakan projek kerajaan.- keadilandaily

Saturday, February 12, 2011

1M, TERUS CELARU

Budaya politik di Malaysia kini - " Malaysia negara membangun " setiap pemimpin yang memimpin amat perlu sekali mencipta slogan kepimpinannya, untuk itu 1Malaysia boleh dilihat sebagai satu bentuk simbol dan slogan politik buat Najib sebagai PM k6 Malaysia.

Pada asasnya 1Malaysia sebagai " ubat " untuk masyarakat majmuk yang sentiasan ' dahagakan ' perpaduan, dan 1Malaysia adalah " panadol " yang mustajab untuk pembentukan perpaduan yang diimpikan. Tapi jika tioriti ini di ambil kira untuk pembentukan perpaduan, ianya juga sudah menyerupai keperluan negara-negara lain didunia untuk tujuan yang sama, sudah tentu asas cengkaman Model Barat ini juga menjadi ikutan kita di Malaysia. Untuk itu model klasik barat yang diperkenalkan oleh Furnival merujuk kepada setiap negara yang rakyat nya terdiri dari pelbagai budaya, bahasa dan agama secara hakikatnya akan berkonflik antara satu sama lain. Untuk mengatasinya satu kuasa luar perlu hadir untuk " mendisiplinkan " mereka. Siapakah mereka kalau bukan kononialisme. Tapi bagi Malaysia setelah baliknya penjajah ke negara asal mereka, UMNO / BN telah mengambil alih tugas ini, tapi UMNO / BN gagal untuk mentadbir negara sedang mereka hanya melakukan perubahan kepada kulit bukan isinya. Masalah perpaduan bangsa masih lagi ujud di Malaysia.

1Malaysia adalah simbol dan slogan politik dan ianya tidak menjanjikan apa-apa perubahan radikal dalam pentadbiran negara, 1M juga tidak sekali-kali menghakis struktur asas Perlembagaan Malaysia yang menjamin kedudukan istemawa orang Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan sudah tentu kedudukan raja-raja Melayu. Untuk itu sama ada masyarakat Melayu atau bukan Melayu juga menjadi lebih keliru. Masyarakat Melayu sendiri pun turut keliru kerana dari segi amalan - ambil contoh dasar liberalisasi ekonomi - mengapa pihak kerajaan bersedia untuk menamatkan khidmat kementerian yang dikhususkan menjaga dan bertanggongjawab melahir dan membina keusahawan orang melayu?

Sudah tentu ianya boleh melahirkan rasa kekeliruan yang besar dan bukan satu transformasi di kalangan masyarakat Malaysia. Asas pekiraan ini 1M merupakan sesuatu yang lompang dan tempang kerana ia mempunyai kontradiksi dalaman yang tersendiri.

PM juga mengaggapkan 1M telah melangkah satu langkap ke hadapan untuk merealisasikan Wawasan 2020 serta mampu mencapai Malaysia ke Negara Maju, 1M juga sebagai penunjuk haluan kepada pembinaan " Bangsa Malaysia ". Matlamat ada tapi penghurai kearah untuk pencapaian tersebut masih kabur, kekaburan ini di jelaskan dalam satu majlis perbincangan tentang " Bangsa Malaysia, Perpaduan Nasional, Integrasi & Assimilasi " pihak dari UMNO juga keliru untuk memberikan penerangan yang tepat ke arah mana sebenarnya 1M nak pergi. Untuk itu huraian Gagasan 1M masih kabur di kalangan masyarakat kelas sederhana dan bawah.

Ambil sahaja slogan " teras-teras perpaduan " dengan " nilai-nilai aspirasi ". Hubungkait antara dua komponen ini tidak dihuraikan secara yang baik dan mudah difahami. Misalnya, apakah yang dimaksudkan dengan ' penerimaan ' antara kaum? sudah pasti kalau ada yang ' menerima ' mesti pula ada yang sanggup memberi. Disini tak jelas, sekiranya tidak jelas di bimbangi ia akan menjurus kepada usaha yang boleh ditafsirkan oleh sesetangah pihak sebagai lebih besifat ' assimilasi " dan bukan ' integrasi ' Bagi gulongan bukan Melayu amat sensitif kepada usaha-usaha yang dilihat mempunyai unsur-unsur ' assimilasi '.

Najib juga memperlihatkan kontradiksi antara ucapan dan tindakan, ini jelas 1M tidak akan menghakis ketuanan Melayu, perlembagaan negara, kedudukan agama islam, tapi dasar yang dilaksananakan sebaliknya. Dasar liberalisasi ekonomi menidakan kelahiran usahawan Melayu terutama usahawan kecil dan sederhana. Jadi konsep 1M dari sudut ini bloeh dilihat sebagai satu bentuk liberalisasi politik ia itu ada kesakamaan politik yang tidak bersifat perkauman.

Contoh kes penggunaan Allah dalam Majalah Herald, mahkamah meluluskan dan pihak gereja memberikan reaksi " ini satu keputusan yang baik dan ianya selari dengan semangat 1M " ( ini bermakna 1M merupakan anak kunci pembukaan kotak Pandora Politik Malaysia. Ini bermakna 1M telah menyanggah perkara 3 ( 1 ) Perlembangaan Malaysia yang memperuntukan Agama Islam adalah Agama Rasmi ), isu ini juga ada kaitan dengan Model Ekonomi Baru ( MEB ) juga menyanggah perkara 153 Perlembangaan Malaysia.

" Kelahiran Gagasan 1M yang tidak berlandas sumber-sumber Islam muktabar ( alquran & Sunnah ) ianya mempunyai kontradiksi dalam yang agak jelas. Terkandung di dalam percanggahan yang serius antara tiori dan praktik. Iakan merugikan semua pihak dan sekirnya tidak di tangani secara yang betul ia boleh menyumbang kepad ketidakstabilan politik " - Riduan Mohamad Nor - Teori Domino: PRU13 BN Tumbang.

Selagi kehidupan masyarakat majmuk coba difahami berdadarkan Modea kionflik tajaan Barat dan bukan Modeal Harmoni tajaan islam, maka samalah yang dihadapai oleh masyarakat tidak akan dapat diselesaikan secara berkesan. Kita ambil contoh bagaimana PAS dalam Pakatan Rakyat dapat menerima pakai Model Harmoni dalam gerak kerja politiknya. Dasar Bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat memperlihatkan betapa DAP bersedia untuk menerima peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembangaan Malaysia seadanya.

Apa yang menjadi cita-cita murni Pakatan Rakyat ialah dalam memprakitkan peruntukan-peruntukan yang ada dalam Perlembangaan Malaysia, ianya bebas dari unsur-unsur rausah dan penyalagunaan kuasa yang sebahagian besarnya dicetuskan oleh semangat perkauman yang melampau. UMNO / BN di bawah pimpinan Najib dengan dasar-dasarnya boleh dikatakan sedang menghakis dan merongkai struktur asas Perlembagaan itu sendiri.


CARIKAN IDEA DARI
TEORI DOMINO:
PRU13 BN TUMBANG: WAN ABD. RAHMAN WAN ABD. LATIF


Tuesday, December 28, 2010

Saturday, October 16, 2010

MALAYSIA KE ARAH NEGARA NUKLEAR


Lakaran stesyen - gambar haisan

Adakah Malaysia tanah air kita akan menjadi satu kuasa nuklear pada masa hadapan dan memacu negara-negara Islam yang lain bagi mengimbangi kuasa-kuasa nuklear barat yang sedang bermaharajalela dengan kuasa mereka menjadi polis-polis dunia kononnya. Padahal semua pihak sudah tahu mereka hanya bermuka-muka dengan menjaga keamanan dunia. Merekalah yang sebenarnya mengatur segala peperangan dunia serta konspirasi dan kononya menjadi pendamainya. Adakah kerajaan sekarang boleh mencapainya ???

Pada pendapat saya dasar kerajaan sekarang adalah pembinaan loji nuklear ini lebih kepada tujuan keamanan dan bukannya untuk ketenteraan. Namun, saya percaya ada sedikit peruntukan yang dikhaskan untuk tujuan ketenteraan negara kita. Saya yakin akan diwujudkan satu jabatan untuk penyelidikan pertahanan nuklear atau jabatan ini sudah tertubuh sebenarnya berdasarkan kepada maklumat saya perolehi. Yang mana, seorang bekas pegawai tinggi pertahanan pernah bersembang dengan kakak saya.

Beliau memberitahu bahawa Malaysia sebenarnya sudah ada satu pasukan khas untuk kajian dan pembangunan pertahanan nuklear. Katanya, pasukan itu telah berjaya menemui formula untuk mempertahankan negara kita daripada serangan peledak nuklear yang mana negara kita adalah yang pertama menemui formula untuk menangkis peledak nuklear namun hal ini dirahsiakan lantaran bagi menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara.

Walaupun dalam akhbar mengatakan Jerman adalah negara pertama yang menemui formula tersebut, namun hakikatnya negara kita sudah menemuinya jauh lebih awal daripada mereka cuma dirahsiakan. Kalau tidak silap saya berita ini ada disiarkan pada 4 atau 5 tahun lepas.

Saya sertakan laporan berkenaan loji nuklear yang mungkin dibina dalam masa terdekat. Adakah kerajaan sekarang dapat menguruskannya dengan baik, bergantung kepada keupayaan dan bajet semasa.

Laporan :

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021. Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.
"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir. "Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal. "Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini. Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa

kini. Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.

Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta boleh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu. "Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya. Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran. Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu. - ehsan : blogger hijabul crews / Bernama

Wednesday, August 18, 2010

DISINI BUMI DIPIJAK DISINI LANGIT DI JUNJUNG


BAGINIKAH - PATRIOTIK YANG DIPERLUKAN



IMAGE BARU - JALUR GEMILANG
PATRIOTIK KAKI AMPU


Pemasangan yang tak betul
( paparan ini pernah dikritik oleh pengunjung )


Kedua-dua potrait ( berkaitan dengan bendera ) yang di terterakan menunjukan bagaimana rakyat negara ini meraya dan menunjukan semangat patriotiknya semperna 53 tahun Malaysia Merdeka.

Di Ipoh pula Datuk Bandarnya, Datuk Roshidi Hashim memberi kata dua kepada peniaga sekitar Ipoh, Perak untuk mengibar Jalur Gemilang atau berdepan tindakan lesen perniagaan tidak diperbaharui, dilihat sebagai agak keterlaluan.

Apakah kini negara sudah kehilangan rakyat yang patriotik, rakyat yang bersemangat untuk mempertahankan negaranya, atau rakyat sudah bosan dengan kerenah demi kerenah yang dijelmakan oleh kepimpinan. Atau apakah rakyat yang sudah mendiamai Malaysia yang dulunya Persekutuan Tanah Melayu " kurang belajar " kini sudah pandai, sudah boleh berfikir, sudah di asuh dengan berbagai jenis daya fikir - atau kanak-kanak KBSR yang mula di ajar pada awal 80an kini sudah cukup dewasa untuk menganalisa tata kelakuan pemimpin. Mereka juga mampu mengkritik secara kritis, mereka juga mampu memberikan satu-satu penjelasan yang di terjemahkan dengan bukti dan fakta yang kukuh.

Mereka sudah dapat mengandaikan ucapan pemimpin, mereka sudah tahu selok belok tipu daya pemimpin, mereka sudah faham dengan cara pemimpin mempermainkan rakyat. Rakyat sudah tidak kisah dengan slogan " Rakyat di dahulukan "

Sebenarnya Patriotisme ini datang dari perasaan sayang dan cintakan negara dan ianya daripada dalam atau adakah rakyat sudah mula memberikan protes dan rasa tidak
puas hati dan kecelaruan itu mereka tunjukkan secara senyap dan aman dengan tak mahu pasang bendera Malaysia. Walaupun bulan ini bulan Merdeka, mereka enggan bendera tanda mereka protes.


Monday, August 2, 2010

POLIS - KEMANA ARAH HALA TUJUAN MEREKA

Apakah kini Malahsia akan bertukar dari sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kepada sebuat negara yang berorientasikan " kepolisan " Apa saja yang dibuat oleh rakyat berkaitan dengan memaklumkan perkara yang benar semua dihalang oleh polis. Sudah tentu GMI ( Gerakan Memansuhkan ISA ) yang diperjuangkan selama ini, memang tidak disenangi oleh pihak pemerintah. ISA kini sudah berusia 50 tahun hanya kurang 3 tahun dari kemerdekaan tanah air. seusia tersebut sudah tentu keujudan ISA 50 tahun dulu fungsinya sudah tidak sama dengan peranan yang di mainkan oleh ISA masa kini. Sebab itu ianya ditentang.




Terkini, di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin
bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku. Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasn dataran tersebut. Dalam tragedi kejar mengejar itu seramai 30 aktivitis termasuk lapan wanita di tahan. Kerana mereka adalah sebahagian dari peserta himpunan tesebut.






Gambar satu perhimpunan membantah ISA yang dianjurkan di ibu negara. Gambar ini diambil di MPSA











Di Ipoh, Pulau Pinang juga kumpulan GMI mengadakan tunjuk perasaan berkaitan dengan ISA. Di Pulau Pinang contohnya, polis terus melarang orang ramai untuk turut sama di perhimpunan yang dianjukan. Penolong Pesuruhjaya George Town, Encik Gan Kong Meng - melarang diadakan pidato sekitar Sudut Pidato di Georgetown.


Siti Kasim ( gambar ) dari Majlis Perguan. Mengesahkan anggota polis menggunakan kekerasan dan hilang bertimbangan bagi mengatasi masalah tesebut.Seterusnya mereka menangkap orang awam yang berada dan ingin membelibelah di Amcor Mall berhampiran.




Di Kelantan, polis menangkap penyelaras upacara memasang lilin - Zaidi Musa dan Hamidi Musa - ditahan selepas ianya selesai diadakan. Sementara itu, dalam kenyataannya, Suaram mengecam tindakan polis yang menurutnya terus menerus menyerang kebebasan bersuara, hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.




lah Ong


Kua Kia Soong, berbincang dengan ketua Polis Petaling jaya Arjunaidi Mohamed untuk mendapatkan kepastian mengapa perhimpunan tersebut perlu di gagalkan oleh pihak polis.

Ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini. "Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.










Lagi gambar perkaitan dengan tunjuk perasaan tersebut yang sempat di rakamkan di ibunegara pada hari tesebut.

Tuesday, June 8, 2010

1M - HANYA 10% KEJAYAANNYA.

Kini Gagasan 1Malaysia telah menjadi topik dan perbincangan secara terperinci oleh semua pihak, selain pihak pembangkang, ada kalangan cendikiawan dan ahli profesional yang mendakwa bahawa gagasan ini gagal untuk mencapai kejayaan sebagaimana di rancang.

Bagi Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim, kini bertugas di jabatan sejarah UM, mendakwa dengan meninggalkan Mata Pelajaran Sejarah khusus di peringkat rendah memastikan remaja akan lupa bagaimana ujudnya negara ini, bagaimana sejarah keujudan Malaysia dari Persekutuan Tanah Melayu, dan sebelumnya zaman negera di jajah semua dilupakan sahaja oleh Gagasan ini. Negera yang pernah di jajah hampir 500 tahun kemudian di ganggu oleh kominis dan bagaimana permuafakatan terjalin antara 3 bangsa, Melayu, Cina dan India untuk proses kemerdekaan tanah air. Mungkin juga pelajara kini lupa tarikh bila Malaysia di bentuk dan bagaimana Singapura boleh memerdekakan negera nya.

Bagi Khoo, pihak pemerintah lebih memetingkan kuasa politik perkauman daripada kuasa negera bangsa. Peranan yang dimainkan sejak merdeka hingga kini tidak berubah dari memberikan tumpuan meletakan kekuatan sesuatu bangsa atau kaum. Mereka tidak berusaha untuk mewujudkan bangsa Malaysia. - laporan di Kabar terbitan 7 - 21 Jun.

Rasa prajudis antara kaum masih menebal dan ianya ditambah dengan kegiatan politik yang mengarah kepada kepentingan satu kaum sahaja. Ianya di tambahkan dengan adanya kegiatan dari NGO yang terangan anti kepada kaum lain, seperti Perkasa. Kemudian kita lihat pula peranan yang dimainkan oleh kementerian Belia dan Sukan, hampir semua badan sukarela di bawah kementerian ini menjurus kepada kepentingan bangsa. Lihat saja Pergerkan belia 4B, semua Melayu, bagitu juga dengan Gerakan Belia Bersatu ianya dianggotai oleh semua bangsa Cina. Ini menunjukan dengan jelas sealiran tidak ujud di pembentukan Gagasan 1Malaysia ilham PM.

Dalam pembentukan sesebuah negera, sistem pendidikan memainkan peranan yang penting, melalui sistem pendidikan yang " mesra " rakyat sudah tentu dapat dan berjaya membentuk masyarakat majmuk dalam negera ini. Berbagai-bagai dasar termasuklah Dasar Perpaduan negera, tapi dasar tetap dasar dan sikap pemimpin tetap cara mereka di mana mereka lebih mementingkan kejayaan politik dari segala-galanya. Dengan mengaplikan " dasar perkauman" pemimpin mudah untuk menang dan terus berjaya memerintah.

Kesimpulan dalam kecapaian Gagasan 1Malaysia ini perlu adanya perubahan secara total di semua peringkat, dasar pelajaran. perlu kembali ke aras membentuk nilai murni dan berteraskan adat, budaya dan sejarah bangsa, sikap pemimpin serta kesudian semua kaum untuk memastikan gagasan ini untuk berjaya. Pemimpin politik perlu mengelakan diri dari bermain dengan api perkauman serta kembali kepada politik berteraskan keadilan, ketelusan dan keikhlasan.

Teras pembangunan sesebuah negera terletak kepada pembangunan modal insan, serta pembentukan nilai moral dan budaya kaum yang bermastautin di sesebuah negera.

Thursday, April 8, 2010

AKHBAR DAN TANGGONGJAWAB

Konvensyen BN Selangor dengan dan berthemakan " BN Mampu Berubah " telah melakarkan beberapa masalah yang telah dihadapai yang membawa bencana kepada UMNO selaku rakan terbesar dalam komponen tersebut. Salah satu permasalahan yang dihadapi ialah penggunaan media alternatif, seperti media cetak - Harakah, Suara Keadilan, Wasilah, Sinar, Roket dan berbagai-bagai lagi. serta yang penting ialah penulisan melalui internate seperti " Malaysiakini " dan penulisan melalui blog.

Pengerusi Konvensyen Dato Seri Mohd. Zain Mohamed secara rasmi melakarkan di mana kepimpinan di semua peringkat dalam UMNO dan BN tidak mesra dan memanafaatkan teknologi maklukmat, dan kepimpinan juga tidak menjaga selera kalagan muda, serta sebilangan besar kepimpinan dari peringkat akar umbi ke pucuk pimpinan lebih mementingkan perjuangan untuk kaum kerabat daripada untuk kepentingan rakyat. ( dah 52 tahun memerintah baru kini sedar )



Editor Kanan UM Sdr. Zaini Hassan ( gambar ) menyelar dan menyerang " MalaysiaKini " serta menyifatkan editornya sebagai " orang media yang kecewa " dan mendakwa mereka di tunggangi oleh kelompok tertentu. Sehingga sanggup melebalkan " adanya Malaysiakini " ujudlah permasalahan di negara.

Sebagai renungan, kenapa agaknya masa kini kita asyik menyalahkan orang lain jika ada satu-satu kebangkitan dari rakyat. Rakyat kian sedar, rakyat tahu apa peranan yang dimainkan oleh Akhbar perdana ( berita harian, utusan malaysia, strait times, star ) akabar ini semuanya dimilik oleh parti kompenan BN. jadi sudah tentu peranan mereka dan bertindak sebagai penyalur maklumat yang kadang-kadang terlalu mengampu dan mengadakan yang tak ada dan mentiadakan yang ada.

Kita Lihat isu APCO, mana ada akhbar perdana sanggup menyiarkan berita apa yang dilaporkan oleh DSAI semasa di parlimen, mana ada berita berkaitan dengan penyelewangan berbentuk ( komisyen ) berkaitan dengan pembelian kapal Tengku Abdul Rahman, mana ada laporan berkaitan dengan salah laku yang dilakukan oleh pemimpin YBK, semua disembunyikan oleh mereka. Jadinya akhbar perdana adalah penyimpan maklumat sebenar berkaitan dengan apa yang sebenarnya.

Dengan itu tak salahlah gulongan muda mula meninggalkan UMNO khususnya, kerana hasil dasar pendidikan yang dilengkapi dengan perseimbangan dunia dan akhirat. JERI ( jasad, emosi, rohani dan intelek) Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggongjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehamornian dan kemakmuran masyarakat dan negera.

Sebagai seorang akhbar tulislah mengikuti apa yang sebenarnya bukan menjadi pak turut dan menjaga kepentingan orang tertentu sahaja, rakyat sudah tahu untuk berfikir dan rakyat kini tak seperti 50 tahun yang lalu.

Wednesday, March 31, 2010

GAGASAN 1M MENUJU KEHANCURAN

Dato Ahmad Ismail, adalah wira Melayu yang perlu diberikan sokongan oleh Ahli UMNO kerana beliau berani menegor hak dan memastikan keistemewaan orang melayu terjamin. Dengan sebab itu beliau berani menegor dan memaklumkan bawah " orang cina " adalah pendatang.


ahmad ismail Kini bahagian UMNO Bukit Bendera telah mengikut jejak langkah apa yang dibuat oleh MCA, cara mana MCA nak buang Ong Tee Keat dan memasukan semula Chua Soi Lek, dah jadi ikutan. Ini lah tandanya kita bertindak untuk mencari kebenaran, untuk memastikan perjuangan dan hak kita sentiasa di hormati, baru le namanya kepimpinan itu " anak jantan "

Kesemua 26 cawangan UMNO di Bukit Bendera berdiri teguh dan ketua bahagian yang ada kini juga memberikan laluan kepada perletakan jawatan yang memungkinkan AGM luar biasa perlu diadakan seterusnya mengembalikan semua jawatan ketua bahagian tersebut kepada Ahmad Ismail. Kritikan yang mengatakan Cina adalah pendatang dan Tsu Koon tidak membela Melayu semasa kempen di PRK Penanti memberikan pengajaran kepada Ahmad Ismail.

Kini Pengerusi perhubungan UMNO Dato Zahid pula mengarahkan semua akhbar khususnya akhbar Cina tidak menimbulkan lagi isu berkaitan dengan keadaan kepimpinan UMNO di Bukit Bendera. Arahan ini seolah-olah Zahid juga bersubahat dengan tidak menyokong Gagasan 1M, dimana rakyat Malaysia perlu mendapatkan kesamarataan. Akhirnya Gagasan ini akan terbenam dan terjun dengan labulabunya.





Wednesday, March 17, 2010

ORANG ASLI BERDEMO DI PUTRA JAYA



Kini negera telah memasuki era zaman dimana rakyat serba tahu dan serba mengetahui, walaupun tinggal di alam dan suasana berbeza dengan rakyat yang lain, kita pernah dengar kalangan orang asli yang berjaya menjawat jawatan doktor, ada juga kalangan mereka yang di lantik menjadi senator dan menganggotai dewan negara, menjadi guru, serta kakitangan kerajaan yang lain memang tidak di nafikan, kalangan mereka juga sudah ramai.

Feseyen dan budaya hidup juga telah berubah, mereka yang perempuan sudah pandai menggunakan gincu bibir, sudah pandai menggunakan shampu dan rambut mereka sudah tidak mengerekod lagi, pakaian sudah pandai menggunakan jenama " johnmaster " sudah pandai berkasut, jadi kesimpulannya mereka sudah keluar dari kepompong hidup di hutan.

Akhirnya mereka tidak lagi perlu di perkotak katikkan daya fikir dan ilmu pengetahuan mereka, walau pun memang tidak dinafikan masih ada yang ketinggalan.



Gambar di atas menunjukan kepada kita mereka kini sudah pandai juga menggunakan budaya " demokrasi " mereka juga sudah mampu menunjukkan perasaan, mereka juga sudah pandai melaungkan bantahan malahan mereka juga sudah berani ke Putra Jaya dan " menziarahi " PM dengan pakaian traditional untuk menyatakan jangan lagi tipu kami. Kami sudah lama di tiup, di mana letak dan hak asasi kami yang di janjikan. hak kami perlu di hormati dan kami juga perlu hidup seperti rakyat lain yang ada di Malaysia, Kami juga rakyat Malaysia.



Mereka mempertikaikan lantikan senator, memorendum oleh Majid, mereka mempertikaikan pemberikan hak milik tanah, memorenduk di sampaikan oleh Tijah. ( gambar bawah )


Menteri Shafie Afdal menyangkal dan memaklumkan kepada pemberika mereka datang untuk melawat PutraJaya dan mengisi masa lapang masa cuti persekolahan.

Saturday, February 27, 2010

760 NGO, UGUT PM MELAUI 1M

Kini konsep 1M terus menjadi bahan tawaan, terus menunjukan ketidak relevenannya, konsep gagasan ini sudah lari jauh dari matlamat asal, sejak peristiwa di Melaka, di ikuti dengan peristiwa di luar negera ( Britain ), pegawai PM dan Petugas UMNO, terus mecemar dan menidakan konsep gagasan tersebut.

1M, 1Pembohongan, 1Fitnah,1Rasuah,1Kezaliman,1Tipudaya, 1Buang Bayi, 1 rogol, 1 dadah akhirnya 1 malapetaka untuk rakyat Malaysia.

Setelah tunjuk perasaan kaitan dengan tidak adanya perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang komen seorang Prof. Dr. Mohd. Mustafa Ishak dari UUM, kita marah kerana sensitivi keagamaan sebab yang membatalkan orang cina, tapi jika orang Melayu seperti di Johor, Pahang serta Perlis tak apa kerana pemimpinnya orang melayu. Jadi betapalah BODOHnya prof ini. Melayu ingkar tak apa, cina tak boleh, Cina pandai tak apa Melayu bodoh buat tak tau sahaja. Apa punya prof jenis ini. Agaknya mentelitiknya sama dengan Dr. Nordin Kardi. Yang penting beliau terus menjadi prof. dan perlu menyokong serta memberi rebah kepada UMNO.

Lambang 1Malaysia dengan gagasan untuk perpaduan 760 organisasi non goverment ( NGO ) bergabung tenaga dengan diketuai oleh YB Lompat katak melalui Perkasa telah bersatu padu untuk memastikan ketuanan dan hak orang Melayu tidak diabaikan. Gabungan tenaga mereka akan bergerak sebagai pelindung kepada untuk memastikan orang melayu di malaysia sentiasa terbela, tanah hak melayu perlu diberikan kepada orang melayu, tanah rezeb melayu yang di juang perlu ditebus kembali, Perkara 153 dalam Perlembangaan negara perlu di praktikan.

Yang peliknya bagaimana Cuepec juga boleh menyertai gabungan ini, sedangkan ianya bergerak atas kepentingan orang Melayu manakala Cuepec adalah kesatuan yang mewakili anggota kerajaan yang terdiri dari bilangan kaum, apakah presiden Cuepec juga sudah silap baca dan dah hilang keyakinan untuk menunaikan konsep dan gagasan ciptaan PM ini?

disamping perlu menjaga kepentingan orang Melayu, gagasan 760 NGO Melayu ini pula, memberi ugutan kepada PM agar sentiasa memberikan perhatian kepada mereka.

Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa, apa yang tersirat dan tersurat daripada YB katak ini adalah untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Kepada kepimpinan NGO yang bergabung fikirkanlah siapa YB Katak ini.

Tuesday, February 16, 2010

MAULIDUL RASUL - RAKYAT TERUS KELIRU

Kini isu Sambutan Maulidul Rasul pula menjadi isu yang cukup di minati, ini lah " feel " pemimpin negaraku Malaysia. Selepas PRU12 sebagaimana yang biasa di khabarkan memang keadaan negara menjadi kucar kacir, apa tidaknya 5 pada asalnya dan kini cuma tinggal 4 negeri yang masih di bawah pentadbiran PR menjadi duri dalam daging untuk kepimpinan UMNO / BN. Yang aneh dan ajaibnya, bukan pemimpin parti saja yang melihatkan " kebangangan " mereka dalam kepimpinan, tapi yang sedihnya mengapa mereka yang menjadi pelindung dengan di lengkapi ilmu pengetahuan keagamaan juga turut membantu dan memihak kepada UMNO / BN

Cuba kita lihat - apa dah jadi dengan peristiwa di mana satu tuduhan rasuah oleh YAB Menteri Besar Selangor yang dituduh memalsukan sumbangan lembu untuk tujuan qurban, akhirnya Istana selangor bersetuju dengan YAB menteri besar, dan SPRM tutup kes salah laku tersebut, pemimpin menyumbang perkara biasa. Tambahan pula sumbangan haiwan ternakan untuk qurban.

Terjadi pula kisah, dimana sebilangan pemuda pembawa kepala lembu ke perkarangan SUK Selangor, seolah-olah memberikan amaran kepada kerajaan PR Selangor untuk bersedian satu rampasan kuasa sedang di rancang, tapi akhirnya penunjuk perasaan itu dari gulongan yang sama dengan tragedi di atas.

Kemudian berlaku pula insiden di mana ada kalangan pemuda yang bersedia dengan upahan untuk membakar gereja, kononnya penyalahgunaan " God " sama juga dengan " Allah " oleh pihak Kristian. Tapi apabila ada kalangan kepimpinan PR mengatakan pemuda terlibat dari ahli pemuda UMNO, terus lenyap kes tersebut, yang anehnya ramai kalangan ahli agama dari UMNO juga mengambil kesempatan mengatakan tindakan dan sokongan penggunaan " Allah " itu seperti menjual agama.

Tapi kenapa UMNO / BN, dan akhbar pedana tidak mengkritik YAB Haram Perak yang menganjurkan rumah terbuka Tahun Baru Cina? bukankah ini pelik, selalunya pemimpin UMNO / BN bersama-sama di majlis tersebut tapi kali ini Pemimpin Melayu pula yang menjadi tuan rumah, Nasih baik yang buat Dr. Zambry terus di diamkan oleh akhbar tapi apa kata kalau ianya dilakukan oleh pemimpin PR? sendiri tahu leh jawapannya.

Kini nampaknya peranan alim ulama UMNO bukan lagi untuk membimbing dan memperbaikai akhlak pengikutnya tapi malang alim ulama ini juga bersama-sama kearah memporak perandakan keimanan tipis yang ada pada mereka. Ahli agama dalam UMNO kini sudah hilang taring, sudah hilang hala tuju dan seolah-olah " cakap tak serupa bikin " pengetahuan keagamaan tidak di dahulukan tapi kepentingan peribadi diutamakan.

Sunday, February 14, 2010

TAHUN BARU - HARIMAU



Selamat tahun baru kepada seluruh Masyarakat Cina yang bermastautin di Malaysia, moga-moga di Tahun Harimau ini semangat juang yang ada pada Haiwan ini akan menjadi " idola" dan ikutan kepada perjuangan setiap rakan Cina dalam politik tanah air kini.

Teruskan perjuangan untuk keadilan rakyat Malaysia, pastikan semangat kekeluargaan dalam Pakatan Rakyat di teruskan.

SELAMAT TAHUN BARU DARI GAJAH MENTA

Sunday, February 7, 2010

UMAT ISLAM MULA KELIRU


Hari kelepasan dan hari-hari yang perlu dingati oleh umat Islam adalah seperti Hari Raya Adil fitri selepas menunaikan kemenangan berpuasa sebulan, kemudian di ikuti dengan Hari Raya Aidil Adha atau Raya Qurban semperna juga Umat Islam menunaikan Rukan Ke5. Selain itu Umat islam juga menyambut ulang tahun Tahun Hijrah serta hari kelahiran junjungan besar nabi Muhammad.

Hari-hari cuti ini penoh di isi dengan aktiviti keagamaan untuk kepentingan juga sebagai peringatan sejarah perkembangan islam.

Tapi ini rakyat telah berfikiran terbuka dan sentiasa mengisi cuti-cuti Malaysia dengan aktiviti riadah yang mungkin memberikan kepuasan kepada generasi waktu ini. Lihat saja poster di atas, ianya diadakan semperna dengan Maulidul Rasul yang insyallah akan diadakan pada 26 Februari ini. Apakah ianya menepati sasaran cuti dan pengisiannya tepat dengan cuti yang diberikan.

Sunday, January 24, 2010

SIAPA YANG SALAH, IKIM BERTANGGONGJAWAB

Terlebih dahulu tahniah kepada IKIM kerana mengambil satu inisiatif untuk mententeramkan keadaan umat Malaysia dengan isu " God " yang dituntut oleh The Herald sebuah majalah yang KDNnya hanya untuk cetakan ahli sahaja itu dan ianya tidak jual secara terbuka.

Penglibatan wakil dari semua pihak kecuali " UMNO " melambangkan betapa badan ini yang dipengerusikann Oleh Tun Dollah mengambil ketetapan untuk mententeramkan kekelamkabutannya. Akhirnya keluarlah satu kenyataan dari Pengerusi yang mengatakan satu resolusi telah diambil dan memastikan The Herald ( majallah orang Kritian ) tidak boleh menggantikan The God kepada Allah.

Tapi apa yang menyedikan dalam Harakah Edisi Isnin Bil. 1508. Wakil Pas iaitu Presidennya sendiri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menemplak dan tidak mengiktiraf keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dollah. Sehinggakan TGHH mengesahkan muzakarah tersebut lansung tidak mengambil atau pun menetapkan resolusi sebagaimana yang dinyatakan oleh Tun Dolah. Bil. 1508"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul." jelasnya ketika di hubungi - rujuk Harakah

Sdr. Dr. Mohd. Nur Manuty wakil dari Majlis kepimpinan Tertinggi PKR pula semasa berceramah di GEGAR - Gerakan Gelombang Rakyat Keadilan Untuk Anwar pada 21 Januari bertempat di Pusat Aktiviti PAS Chenderong Balai juga melaporkan perkara yang sama di mana " The God " diterjemahkan sebagai " Allah "

Kini muzakarah tersebut telah dicemari dengan satu kenyataan yang tidak bertanggongjawabg, akhbar lapor lain, hasil muzakarah lain, dan kenapa agaknya Tun Dollah sanggup melakukan sedemikian? Apakah Tun juga ada agenda khas untuk kepentingan masa depannya atau adakah ini rencana tersirat dalam pelaksanaan Islam Hadari? Rakyat terus di kelirukan.

TGHH berpendapat IKIM perlu menjelaskan keadaan dan hasil muzkarah untuk tatapan semua. Hanya IKIM yang boleh mententeramkan keadaan, berpijaklah dibumi nyata.
Majlis perundingan IKIM khusus berkaitan dengan " god " di terjemahkan sebagai " Allah " telah di politikkan, walau pun dalam majlis itu tidak melibatkan wakil dari UMNO tapi Pengerusi IKIM ialah mantan PM - Tun Dolah Dawi. Dolah Kata The Herald tidak boleh guna Allah menggantikan God tapi ahli penal dari PAS TGHH kata tidak ada resolusi yang di muafaktan di perjumpaan tersebut. Siapa yang benar?

Wednesday, January 20, 2010

PEMILIH MUDA - KEMANA ARAH MEREKA

Dunia berubah, cara berfikir berubah, cara pentadbiran berubah, olahan pembangunan ekonomi negera perubaha, gaya hidup perubah, dunia kini " dihujung jari ", ketahanan daya kepimpinan pemimpin juga berubah, cara mereka bertindak juga berubah, semua gulongan " berubah " dari alam tak tahu ke alam yang lebih tahu sehingga sanggup menyalah gunakan setiap ilmu pengetahuan yang ada.

Untuk memastikan rakyat setiap negera berubaha dari tak tahu ke alam tahu, dari tak pandai ke seorang yang pandai maka " pendidikan " adalah diperlukan oleh mereka. Sejak seorang bayi dilahirkan mereka terus di " belenggu " dengan alam pendidikan. Kerana pepatah " seroang bayi dilahirkan putih bersih, kitalah yang akan mencorakkan kepada yahudi atau nasrani "

Pembangunan pendidikan memang hebat. Ada Penyata Rahman Talib, ada Penyata Razak ada juga Penyata kabinate. Dasar pembangunan pendididkan juga sentiasa berubah dari KLSR ke KBSR juga terus ke PPSMI. Makan lahirlah generai waktu ini. Jika diambil kira dari KBSR mereka kini sudah pun hampir 20 tahun. Sudah pun diketahui KBSR adalah dasar pendidikan yang melahirkan manusia yang berkonsepkan JERI ( Jasmani, emosi, rohani dan intelek )ianya termaktub dalam FPN ( Falsafah Pendidikan Negera ) dan akhirnya menjadi PFK ( Falsafah Pendidikan Kebangsaan ).

Akhirnya kini remaja di Malaysia adalah remaja yang dilahirkan melalui dasar FPN / FPK. Apakah kesan kelahiran mereka ini pada pengurusan pentadbiran negera? Mereka berfikiran terbuka, mereka mengamalkan konsep " futuristick Thingking " mereka mengamalkan konsep pendidikan secara global, mereka juga mengamalkan konsep daya fikir yang liberal.

Golongan remaja ini kini hampir 4.3 juta ( kenyataan dari Wan Ahmad Wan Omar- tim: SPR )nyawa berkeliaran di seluruh negera. Mereka juga ada rasa benci kepada sifat ketidak jujuran, sikap pilih kasih, sikap dan amalan kronisma dan nepotisma, sikap pecah amanah, mereka juga benci kepada ketidak adilan yang amalkan di peringkat pengurusan di mahkamah, mereka juga benci kepada corak hidup yang berpuak-puak serta benci pada kalangan yang terus menerus dengan cara penghidupan yang mewah.

Untuk itu, memang tidak dinafikan, bagaimana susahnya pihak tertentu untuk menjemput mereka mengisi borang untuk menjadi pemilih masa kini dan akan datang. Mereka lihat SPRM tidak jujur dalam menjalankan tugas, tipu helah yang dimainkan untuk mementingkan pihak tertentu sahaja. Mereka lihat parti politik pula, menggunakan tenaga generasi muda untuk kepentingan gulongan tertentu sahaja. Ujudnya gerakan muda/mudi atau putera/puteri semua bermatlamatkan kepastian kepada pucuk pimpinan hidup dengan lebeh mewah dan bergaya.

Untuk itu sebagai renungan kalangan muda memang tidak berminat untuk menjadi pemilih kerana keandaan yang memaksa mereka bertindak demikian. Baikilah pengurusan pentadbiran negera baik dari sudut parti politik mau pun SPRM itu sendiri. Bukan kerana tiada kesedaran, bukan kerana lokasi mereka tinggal bukan kerana tanpa pengetahuan mau pun ambil tahu berkaitan dengan kepentingan " suara " untuk pemerintahan tapi sebagaimana yang ditulis tadi kerena mereka benci dengan kerenah dan keadaan yang ditunjukkan, sedangkan mereka adalah gulongan yang dilahirkan melalui dasar dan falsafah yang di reka cipta untuk melambangkan sesoerang itu berdaya fikir yang tinggi, dan tahu membezakan antara buruk dan yang baik

Tuesday, January 19, 2010

PASIR MALAYSIA - BOLEH BUAH MIKROCIP

Kalau kita tuduh semua orang kata kita terlambau memihak kepada sebelah pihak, kalau kita lapor mereka buat tak penduli, kalau kita sebut mereka kata buat fitnah, kalau kita tulis silap-silap kita akan di dakwa oleh pihak yang berkuasa. Huraian ini adalah jelas menunjukan apa yang sedang berlaku di negara kini, negera yang kita cintai, negara tanah tumpah darah dan sudah pasti tidak ada negera lain yang boleh menerima kita kalau terjadi apa-apa pada negera ini.

Lihat saja setiap tulisan dalam blok yang menulis berkaitan dengan individu " pembangkang " hatta mereka yang bergelak tuan guru sudah pasti pihak berkuasa akan menjalankan siasatan secara menyeluruh. Lihat saja apa yang terjadi kepada TGNA atas sumbangan kek RM500 riuh rendah negara, keluar dalam akhbar perdana, TGNA pilih anak menantu untuk perkhidmat dengan agensi kerajaan negeri terpekek terlolong semua pihak mengasak untuk memastikan anak menantu meletakkan jawatan.

Ada kalangan pemimpin politik yang cuma di tuduh rasuah hanya pada kadar RM2000 di siasat sampai mati, ada kalangan pemimpin di heret ke mahkamah dengan pertuduhan yang dirancang walau pun sudah terbukti kesalahan tidak memihak kepadanya, pertuduhan mesti dijalankan juga.

KENAPA INI BERLAKU, KENAPA, KENAPA,

Tapi di mana akhbar perdana, di mana Pemuda, Puteri, Putera, kepimpinan NGO rapat dengan parti pemerintah apakala di dedahkan satu pembunuhan, satu rompakan kewangan negara, tragedi jualan enjin jet, ramai kalangan pemimpin yang di tuduh rasuah.

Kenapa pihak berwajib tidak berperanan seperti pertuduhan kepada pihak pembangkang, mengapa mereka tuli setuli-tulinya, Pemuda UMNO kaku langsung tidak berminat untuk bersuara hatta menunjukkan " kejantanannya "

Ini terbit pula kisa jualan pasir negera ke Singapura, kata Menteri Kerjaraya, hampir 500 lori setiap hari, tapi dinafikan oleh Tun M, bukan 500 tapi 700 kerana pasir ini berkhasiat untuk dijadikan " mikrochip " yang memberi komen bukan calang pemimpin, tapi dari seorang menteri dan bekas PM.

Dimana SPRM, Dimana PDRM, DI Mana Pemuda UMNO, Dimana Ibrahim Ali, mengapa tidak berkokok, bersuara untuk kepentingan negera? Sudah pasti mereka tidak akan berkata apa-apa, akhbar perdana tidak ada ruang langsung untuk melaporkan tragedi ini, hanya kerana yang buat ialah orang tertentu, mungkin dari kalangan pimpinan negera.

Alahai negera ku, apakah ini pratanda kepimpinan yang ada akan tamat tempoh perkhidmatan mereka, hanya Allah saja yang tahu

Tuesday, January 12, 2010

ISU ALLAH - SIAPA AKAN MENGAUT KEUNTUNGAN

Malaysia yang kini dengan slogan barunya 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam keadaan tenat, masyarakatnya sedang dilanda dengan berbagai-bagai masalah buang bayi, penagihan dadah, rumah tangga yang di penohi dengan penceraian, remaja yang penoh hidup dengan hiburan. Ekonomi merudum teruk, harga ikan kembong kini mencecah RM12 sekilo, gula dinaikan sehingga RM0.20sen sekilo. belanjawan anak-anak di asrama di potong, peruntukan makan dari 250hari kini hanya tinggal 200 hari sahaja.

Politik juga turut porak peranda, semua parti yang ada sedang dilanda masalah, sedang berubut kepimpinan, pihak kerajaan tidak lagi bergerak dengan berteraskan perlembagaan, prinsip rukan negera sudah tidak di indahkan, bagi orang Islam, kesucian agama telah dinodai, masyarakat sudah menampakkan ketidakpercayaan kepada Rukan Islam dan pertanggojawaban sebagai seorang Muslim.

Lihat saja penyelewangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pihak pemerintah, boleh dikatakan semua agensi kerajaan perlu mengikut telunjuk dan kehendak pemimpin yang pemerintah bukan mengikut apa kata perlembangaan. Agensi yang paling teruk mengubah haluan kerja ialah SPRM. Nyata dan jelas mereka bekerja untuk memastikan kepimpinan UMNO / BN sentiasa terjamin. Lihat saja hari ini, YAB Kelantan di arah siasat hanya cuma di tohmah dengan menerima kek berharga RM500 tapi mereka yang menghilangkan RM berbilion dinafikan hak mereka untuk di soal siasat.

Selain SPRM, PDRM juga demikian, badan kehakiman juga turut terlibat, jadi kini rakyat Malaysia sudah hilang tempat bergantong, semua sudah di campur adukan, yang penting bagaimana kuasa boleh terus dalam genggaman. Tindakan yang diambil seperti kata pepatah " seperti tikus membaiki labu " bukan bertambah baik tapi keadaan terus meruncing.

Kita lihat saja apa yang sedang berlaku di negara waktu ini, semuanya jenis jenayah meningkat, yang sedihnya majoriti yang telibat dari kaum sebangsa iaitu orang Melayu. Sebut saja apa jenayahnya, buang bayi, kes salah guna dadah, kelakuan maksiat, pergesaran sama sendiri, lakuan adu dumba, keimanan yang terhiris. Di jalan raya kemalangan yang mengorbankan nyawa saban hari dan penglibatan yang amat tinggi, di mana dan siapa yang patut di salahkan?

Apakah tidak ada penguatkuasaan, apakah kerajaan tidur dan leka, apakah pemimpin sudah tidak hiraukan dan tidak mau bertindak atas permasalahan yang sedang menghantuai rakyat.? Dan akhir ini pula isu agama menjadi topik perbualan.

Ada orang kata ini mainan politik adu dumba untuk kepentingan pemimpin tertentu, ungkapan ini berdasarkan sejarah 1969, 1987 dan mungkinkah 2010 ianya mengulangai tragedi sedemikian. Kita berdoa kepada Allah agar apa yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA