Homestay untuk di sewa
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Wednesday, November 15, 2017
DAP SETUJU MUSLIMAH BERHIJAB
Saturday, November 5, 2016
DAP TAK SEKATA KAITAN DENGAN NOMBOR RAMALAN
Friday, January 8, 2016
UMNO - AKHIRNYA DAP DI BENCI OLEH MELAYU
Kemarahan orang Melayu khasnya di kawasan luar bandar terhadap DAP semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, sesuatu yang dianggap penganalisis, kejayaan besar kempen Umno memburukkan parti itu sejak sekian lama.
Dalam kajian melibatkan 1,716 responden di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Selangor itu, IDE mendapati sentimen anti DAP sangat tinggi di kalangan Melayu, khasnya luar bandar.
Bagi soalan "DAP adalah parti perkauman yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Cina", 72% responden Melayu mengatakan "Ya", 12% berkata "Tidak" dan 16% lagi "Tidak pasti".
Bagi soalan "DAP adalah parti yang anti Melayu dan anti Islam", 64% pengundi Melayu di Selangor berkata "Ya", 18% berkata "Tidak" dan 19% lagi "Tidak pasti".
"Namun, kami dapati angka anti DAP ini rendah di kawasan wakil rakyat Cina seperti Parlimen Serdang yang diwakili Dr Ong Kian Ming dan Subang Jaya diwakili Hannah Yeoh," kata Redzuan.
Kini, selepas kira-kira 2 bulan kajian itu berlalu, kemarahan terhadap DAP dikatakan meningkat ekoran serangan terhadap parti itu juga dibuat PAS, parti yang selama ini didakwa Umno sebagai kuda tunggangan DAP.
Baru-baru ini, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohamad Zuhdi Marzuki dalam satu kenyataan mendakwa DAP akan bekerjasama dengan Israel, negara yang diklasifikasikan haram oleh gerakan Islam seluruh dunia, termasuk PAS.
DAP didakwa menerima tawaran RM1.2 bilion sebagai balasan membenarkan Israel membina pangkalan tentera di Port Dickson jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum lalu.
Serangan Zuhdi dibuat berdasarkan kenyataan Mohamad Razali Abdul Rahman, yang mendakwa pernah bertugas sebagai bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Susulan itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata parti itu akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa ia ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson, tanpa menyebut nama.
Bagi sesetengah pihak, serangan Zuhdi terhadap DAP, dengan mengaitkannya dengan Israel, adalah usaha terancang memburukkan DAP dan rakannya, termasuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa, sasaran sebenar PAS ketika mengaitkan DAP dengan Israel adalah Amanah, yang kini mengadakan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.
"Dalam strategi peperangan, kawan kepada musuh kita adalah musuh kita, manakala musuh kepada musuh kita adalah kawan kita," kata Dzulkefly mengulas tindakan Zuhdi itu, merujuk kepada Amanah yang dianggap PAS pengkhianat kerana ia ditubuhkan bekas pemimpin parti itu.
Sunday, August 5, 2012
DAP - 13MEI ANGGARA SIAPA
Friday, August 3, 2012
RASIS ANTARA DAP DAN UMNO - SIAP UNGGUL
Wednesday, August 1, 2012
DAP - DENGAN MASYARAKAT MELAYU
Friday, June 22, 2012
BENARKAH DAP ANTI ISLAM ?

Monday, January 23, 2012
DAP - KINI TERBUKA LUAS UNTUK MELAYU
IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud.
Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam.
Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat.
Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Dalam sidang media itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mengalu-alukan penyertaan Fairuz dan Dyana berkata, kemasukan mereka ke dalam DAP mengingatkan beliau kenangan manisnya menceburi bidang politik 46 tahun yang lalu.
Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini.
Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu.
“Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut.
“UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” jelas beliau.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya.
“DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO.”
“Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri.
“Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak,” katanya.
Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN.
Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat.
“Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera.
“Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan.”
Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya.
“Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama?
“Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?” katanya. –
Roketkini.com
