Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, March 11, 2019

TERJADIKAH GABUNGAN PAS / UMNO?








 Pengerusi Amanah Pahang, Dr Hamzah Jaafar - gambar - menyifatkan hasrat pimpinan Pas dan Umno untuk mewujudkan kerajaan campuran bukanlah mudah untuk dilaksanakan kerana dasar dan asas kerjasama itu sendiri tidak jelas. 




Hamzah berkata selama ini ahli Pas amat sukar membuat pendirian keluar dari Pas apabila diwar-warkan bahawa Pas akan bekerjasama dengan Umno kerana majoriti ahli Pas tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan parti itu. 




Katanya lagi, jika kerjasama dua parti politik tersebut dibuat atas dasar demi bangsa Melayu dan menyelamatkan negara, beliau mempersoalkan apakah Pas selama ini tidak tahu bahawa Umno yang selama ini memerintah Malaysia, bukannya DAP. 




“Sepanjang pemerintahan Umno, tanah rizab Melayu telah berkurang sehingga berbaki 12 peratus, manakala tanah kem askar di Sungai Besi, Forest City dan seumpamanya dijual kepada pihak asing. 




“Penyalahgunaan kuasa juga berlaku sehingga wujudnya skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia iaitu skandal 1MDB. Tambahan pula, pihak berkuasa telah membongkarkan rampasan harta berupa barangan dan wang tunai yang besar bernilai hampir RM1 billion daripada beberapa pemimpin Umno,”katanya kepada Malaysia Dateline. 




Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Umno menerusi Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam, bahawa parti itu sudah kemukakan kepada Pas untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri antaranya di Pahang selain Kelantan, Terengganu dan Perlis. 




Menerangkan lebih lanjut mengenai kerajaan campuran itu, Dr Hamzah berkata, Pas pastinya tidak melupakan nasib yang menimpa Tabung Haji dan juga Felda yang merupakan aset besar orang Melayu yang telah disalahgunakan oleh pemimpin Umno. 




“Apakah Pas tidak mengetahui semua ini? Mustahil mereka tidak tahu kerana perkara tersebut telah didedahkan oleh pihak berkuasa sendiri. Tentu mereka tahu.




 “Kalau benar mereka (Pas) cintakan bangsa dan negara, mereka tidak seharusnya bekerjasama dengan Umno sebaliknya mereka wajib bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah sekarang. 




“Andai kata mereka terus bekerjasama dengan Umno wujudkan kerajaan campuran, saya yakin ahli Pas akan bangkit membantah dengan cara mereka bersuara dalam muktamar atau mereka keluar dari parti,” katanya. 




Hamzah yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Amanah Nasional berkata, bagi pihak Umno, tidak mungkin parti itu dan ahlinya akan melupakan isu kafir mengkafir yang telah mereka lalui sebelum ini. 




Tambahan pula mereka (Umno) sudah melihat aksi pimpinan Pas sekarang ini yang begitu mudah menggunakan ‘pembohongan syarie’ untuk mengiyakan segala tindakan yang mereka lakukan. 




“Saya percaya pimpinan dan ahli Umno tidak selesa dengan sikap pimpinan Pas yang bukan sahaja bertentangan dengan Islam malah tidak boleh diterima oleh agama-agama lain juga.




 “Sudah tentu ahli Umno akan bertanya ‘ajaran Islam jenis apakah yang Pas bawa’ jika begini sikapnya yang amat bertentangan dengan Islam yang sebenar-benarnya,” ujarnya. 




Beliau menegaskan andainya Pas-Umno tetap bekerjasama, beliau merasakan ada sesuatu pemimpin Pas-Umno harapkan antara satu sama lain untuk kepentingan mereka yang bermasalah dan juga parti yang sedang menghadapi masalah akibat tangan mereka sendiri. Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerajaan-campuran-umno-pas-tidak-mungkin-terlaksana-kata-amanah-pahang/


SITI NUR ZAWANI MISCON 
Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Thursday, February 14, 2019

TAK HABIS LAGI KISAH NAJIB DENGAN PROBLEMNYA

Saman AES: Najib kelirukan rakyat?

Bekas Perdana Menteri yang sedang menghadapi puluhan pendakwaan penggubahan wang haram Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya sedang gelabah menghadapi kes beliau sehingga keliru dengan tindakan sendiri dan kemudian cuba mengelirukan masyarakat.
Terbaru, bekas Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan berbohong AES dikendalikan oleh syarikat swasta sebaliknya dikendalikan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Najib berkata Menteri Wilayah tidak memberitahu yang sebenar bahawa syarikat swasta tersebut ialah LTAT di mana pencarumnya ialah anggota angkatan tentera bukannya mana-mana syarikat swasta atau kroni.
Najib juga berkata projek AES ini dimulakan dan dipilih sebelum beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2005 dan meletakkan beban kepada Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir. Kesian Najib menggelabah hingga keliru dengan diri sendiri. Kenapa gelabah sangat Bossku?
Untuk makluman Najib yang sedang menggelabah keliru, AES ini dicadangkan pada tahun 2010 dan kemudiannya dilaksanakan pada September 2012. Pada permulaan perlaksanaannya, AES dikendalikan oleh dua (2) syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES (M) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat dikatakan mengeluarkan modal sebanyak RM717 juta untuk keseluruhan projek tersebut yang mana konsesinya selama lima (5) tahun berakhir 31/08/2018.
Apabila dibantah oleh masyarakat, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib yang sedang membina empayar kleptokrasi ketika itu melalui Kementerian Kewangan telah memohon kepada Dewan Rakyat untuk menubuhkan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (sama seperti 1MDB) untuk mengambil alih pengendalian AES daripada dua (2) syarikat tersebut.
Dewan Rakyat walau pun dibantah, meluluskan penubuhan AES Solution Sdn Bhd dengan modal RM10 juta. 2 September 2013, AES Solution dengan rasminya tertubuh.
Walau bagaimana pun, AES Solution telah gagal mengambil alih pengendalian AES dari Beta Tegap dan ATES. Lebur RM10 juta. Ini tidak disebut oleh Najib yang sedang gelabah.
Najib kemudiannya atas kapasiti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempengerusikan sebuah mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.
Melalui mesyuarat tersebut, LTAT dicadangkan mengambil alih perlaksanaan AES daripada kedua-dua syarikat swasta tersebut. Cadangan tersebut tidak lebih daripada menyelamat dan memberikan keuntungan segera kepada pemilik Beta Tegap dan ATES.
LTAT telah mengeluarkan sejumlah RM555 juta bagi pengambil alihan dua (2) syarikat pengendali asal AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES (M) Sdn Bhd. Dalam proses pengambil alihan oleh LTAT ini juga terdapat seorang individu menerima habuan ratus juta ringgit.
Apa yang pencarum LTAT dapat? Adakah Najib terlupa atau buat-buat tak tahu atau sengaja tak nak beritahu? Nak sembunyi apa Bossku?
Janganlah gelabah sangat sampai keliru dengan diri sendiri. Kawal sikit gelabah tu takut dari keliru jadi nyanyuk pula.
Apa pun yang Najib cuba gambarkan sebenarnya akan membongkar segala kerja buat Najib dan konco-konconya mengaut untung melalui AES.
Baik… itu hal Najib yang menggelabah sehingga keliru dengan diri sendiri samada dia tu bekas PM atau budak wechat.
Berbalik kepada perlaksanaan AES di bawah Kementerian Pengangkutan. Janji PH menghapuskan AES. Betul ke PH menipu?
Selama ini penentangan perlaksanaan AES atas beberapa faktor utama.
a) dikendalikan oleh syarikat swasta yang sememangnya mempunyai unjuran keuntungan. Bagi tempoh konsesi 5 tahun, syarikat mengunjurkan keuntungan RM3.84 bilion. Setahun keuntungan RM769.6. Modal hanya RM717 juta. Itu pun bukan keseluruhan RM717 juta dibelanjakan.
b) lokasi kamera yang tidak munasabah. Tujuan asal AES adalah untuk mengurangkan kemalangan maut BUKAN untuk mengurangkan kesalahan lalulintas. Tetapi lokasi kamera AES tidak pernah dibuktikan di kawasan kemalangan maut.
c) menggabungkan AES dengan Sistem mata dimerit menjadi AWAS.
Apa yang Kementerian Pengangkutan di bawah PH lakukan?
a) Menteri Pengangkutan membatalkan keseluruhan saman AES yang telah dikeluarkan sejak September 2012 sehingga 31 Ogos 2018 yang nilainya lebih kurang RM4.3 juta. Ini antara TUNTUTAN PALING UTAMA semasa era BN.
b) Konsesi syarikat swasta walau pun di bawah LTAT tidak disambung selepas tamat pada 31/08/2018. Sekarang AES di bawah kawalan dan pengendalian JPJ sepenuhnya.
WALAU BAGAIMANA PUN masih ada perkara yang perlu diperbetulkan oleh Kementerian Pengangkutan dalam perlaksanaan AES ini iaitu :
a) Kaedah perlaksanaan Saman dan kompaun.

b) Lokasi pemasangan kamera perlu dinilai semula.
c) Asingkan AES dengan sistem mata dimerit.
PH sewajarnya mengambil pendekatan lebih holistik dalam melaksanakan AES yang menjadi beban kepada masyarakat pengguna dan Kerajaan.
Jangan ditambah pedih pada luka sedia ada. Ubatilah masyarakat dengan berhemah.
Kalau Menteri, KSU atau KP JPJ kabur macamana nak laksana, aku sentiasa berlapang dada untuk membantu memberikan pandangan dan cadangan.
______________________________________________________________________________
Penulis sebelum ini adalah seorang peguam dan penentang AES. Kini beliau bekerja dengan Kementerian Wilayah Persekutuan. Ini adalah pandangan penulis.

Saturday, February 9, 2019

ISU WANG I MDB ADA KAITAN DGN PAS ......SR



Peguam Hadi akui ada bukti terima wang dari Umno

Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang beliau tidak menerima wang daripada Umno bercanggah dengan penjelasan peguam di mahkamah, dakwa blog Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, peguam yang dilantik Hadi untuk mengemukakan saman ke atas blog tersebut mengakui mengenai penerimaan wang dari Umno.
Sarawak Report menyatakan demikian dengan memetik kenyataan peguam tersebut, Carter Ruck yang mengakui pemimpin PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengakui menerima wang dari Umno.
Namun Hadi menafikan menerima wang dari Umno, tulis editor blog berkenaan Clare Rewcastle-Brown.
Rewcastle-Brown menjelaskan, pengakuan tersebut adalah dalam rakaman ucapan Nik Abduh dalam satu mesyuarat pada Ogos 2017 berhubung penerimaan wang berkenaan.
Nik Abduh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang menyebut perkara berkenaan, apabila rakaman itu didedahkan di media sosial pada tahun lalu.
Beliau turut mengecam tindakan tersebut sebagai fitnah dan minta individu yang membangkitkan dakwaan tersebut supaya bertaubat.
Namun, peguam Hadi dalam kenyataan yang difailkan di London berhubung dakwaan dalam pita tersebut mengakui Nik Abduh pemilik suara tersebut.
“Dalam satu kenyataan yang difailkan oleh peguamnya di London, Carter Ruck, Hadi mengakui bahawa penceramah dalam rakaman itu sememangnya pemimpin kanan partinya, Nik Abduh,” tulis Sarawak Report.
Menurut Sarawak Report, kenyataan peguam itu berhubung kes saman dikemukakan Hadi ke atas blog berkenaan di mahkamah London, yang diselesaikan di luar mahkamah minggu lepas.
Satu syarat yang dipersetujui dalam penyelesaian itu adalah supaya Sarawak Report dapat mengekalkan laporan asalnya pada 2016 yang mendakwa PAS menerima wang dari Umno.
Penyelesaian saman itu menerima kritikan pelbagai pihak yang melihat PAS hilang kewibawaan untuk menafikan tuduhan tersebut.
Pemimpin parti Amanah – yang asalnya tersingkir ekoran dakwaan PAS bekerjasama dengan Umno – kini menggesa ahli parti Islam itu supaya mengadu kepada pihak berkuasa atas skandal tersebut.
Ini memandangkan Umno disiasat dan akaunnya dibekukan berhubung kaitan penyelewengan wang berhubung skandal kewangan mega 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan menyalurkan wang kepada Hadi dan PAS.
Najib juga kini menggiatkan kempen untuk menonjolkan imej baharunya sebagai individu yang sederhana dan dekat dengan masyarakat.
Kempen itu digerakkan susulan penemuan barang kemas, beg berjenama dan wang tunai berjumlah hampir RM1 bilion di apartmen dikaitkan dengan Najib selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-14.
Najib kini menghadapi 42 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Sarawak Report seterusnya hari ini menyiarkan beberapa gambar didakwa bukti Umno menyalurkan wang kepada PAS.
Antaranya adalah satu gambar didakwa menunjukkan bukti transaksi dilakukan pegawai yang dikaitkan dengan Bendahari Umno Salleh Said Keruak.
Transaksi itu dipercayai untuk membiayai perbelanjaan pemilihan parti itu pada 2018 dan mengukuhkan lagi punca kerjasama PAS dan Umno.
“Sumber memberitahu bagaimana pada 21 Mac tahun lalu pegawai Umno ke cawangan Bank Islam dengan membawa tunai tidak kurang RM2.5 juta dalam sebuah beg dan wang itu didepositkan kepada dua akaun PAS,” kata laporan itu.
Laporan itu turut menamakan seorang individu didakwa pegawai khas yang bekerja di bawah pengikut Najib iaitu Salleh.
Blog itu turut menyiarkan gambar dokumen didakwa bukti penyaluran RM1juta ke akaun tiga pemimpin PAS Terengganu iaitu Saitiful Bahri Mamat, Shukrimun Shamsudin dan Muhydin Abdul Rashid.
Satu lagi gambar menunjukkan dokumen didakwa membuktikan RM1.5 juta lagi dimasukkan ke akaun Tabung Pembangunan Jabatan Pembangunan PAS Pusat.

Monday, January 21, 2019

EKONOMI MALAYSIA - PH MENGHANCURKANJYA......




BN Wariskan Ekonomi Kukuh, Kedua Terbaik Di Asia Tapi PH Hancurkan – Tok Mat Hasan January 21, 2019 rhg 

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak bertanggungjawab dalam mengurustadbir ekonomi negara. 

Hakikatnya kata Mohamad, kesuraman ekonomi negara kini adalah disebabkan kesan tindakan kerajaan PH yang menjaja ke seluruh dunia kononnya Malaysia akan bankrap serta memanipulasi hutang negara. 

Walhal katanya, ekonomi negara ketika di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) berkembang pesat serta diwariskan dalam keadaan yang amat baik. 

“Padahal ekonomi negara kita berkembang pada tahun 2017, ekonomi kita ditutup bukunya pada Disember hampir enam peratus, negara kedua yang terbaik dalam Asia selepas negara tanah besar China. 

“Macam mana nak katakan kita (kerajaan BN) tak uruskan ekonomi dengan baik.

 “Tetapi inilah katanya negara nak bankrap, menjaja negara kita pergi ke Jepun, pergi ke China, tetapi lepas itu pula minta orang Jepun datang melabur ke negara kita.. balik dengan tangan kosong,” ujarnya. 

Beliau berkata demkian dalam program ceramah Pentas Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, di Dataran Felda Sungai Koyan 1, di sini, malam tadi yang turut disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Turut hadir, calon BN, Ramli Mohd Nor serta kepimpinan UMNO dan Pas sama ada di peringkat pusat mahupun negeri dan tempatan. 

Ribuan rakyat sekitar kawasan Parlimen Cameron Highlands hadir ke ceramah perdana BN dan Pas itu yang bergabung di pentas yang sama. 

Seterusnya, Mohamad yang pernah berkhidmat sebagai ahli majlis kewangan negara menjelaskan bahawa isu hutang sengaja dimanipulasi oleh kerajaan PH. 

“Inilah masalahnya mengatakan hutang kita sampai RM1 trilion.. Tak pernah. Saya adalah ahli majlis kewangan negara, tak pernah nampak kita punya akaun (hutang RM1 trilion).

 “Sebagai ahli gabungan badan Bangsa-bangsa Bersatu setiap enam bulan akaun kita akan diperiksa oleh badan-badan penarafan antarabangsa, IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan mereka memperakui akaun kita.

 “Tak pernah disebutpun hutang sampai RM1 trilion, mana datangnya? Dia mengambil tanggungan-tanggungan lain,” tegasnya. 

Tanggungan lain tersebut jelas bekas ketua pengurusan tertinggi sebuah syarikat korporat itu adalah seperti bon-bon, surat hutang atau sukuk contohnya yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Maybank yang disokong oleh aset masing-masing. 

“Ia dijual berasaskan aset yang kukuh dan kuat ‘balance sheet’ masing-masing, tiada kena-mengena dengan kerajaan tetapi ia dimasukkan (kerajaan PH) ke dalam akaun kerajaan Persekutuan sebagai tanggungan luar biasa. 

“Dia kata kita punya aset tanggungan RM1 trilion, sebenarnya hutang adalah sebanyak RM685 bilion,” tekannya lagi. 

Tetapi ujarnya, dalam masa yang sama kerajaan PH menyembunyikan perkara berkaitan wang rizab negara. 

“Dia tidak pernah pula kata berapa kita punya rizab negara, rizab negara kita melebihi RM400 bilion.

 “KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita melebihi RM1 trilion, jadi kita tidak ada masalah kerana duit rizab kita ada RM400 bilion, hutang kita RM685 bilion,” tambahnya. 

Sehubungan itu jelasnya, disebabkan itulah ia menjadi kemusykilan kepada masyarakat antarabangsa sehingga mereka turut hairan mengapa kerajaan Malaysia sekarang ini memburukkan diri sendiri.

 “Inilah yang telah berlaku. Kerana apa, kerana mahu melihat saham-saham dalam negara kita jatuh merudum maka ramailah nanti yang datang ‘memfaraidkan’ saham-saham termasuklah saham yang ditanggung oleh Tabung Haji. 

“Saham TH Plantations sebelum pilihan raya (umum) diniagakan di pasaran saham Kuala Lumpur RM1.68, tetapi bila pasaran saham jatuh merudum 40 peratus, TH Plantations dah tinggal 52 sen,” ujarnya lagi. 

Begitu juga dengan harga komoditi asas seperti kelapa sawit sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, April 2018, CPO (Minyak Sawit Mentah) didagangkan RM2,850 satu tan tetapi pada Oktober, ianya turun menjadi RM1,700 ke RM1,800 satu tan.

 “Bayangkan sekarang harga kelapa sawit boleh jadi RM200 ke RM300 setan sahaja. Harga getah teruk dan macam-macam lagi,” katanya. 

Kesannya, rakyat terpaksa menanggung keperitan disebabkan negara mempunyai sebuah kerajaan yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu berbuat apa-apa, bidasnya lagi. 

“Saya tidak nampak langsung usaha mereka membantu rakyat, dalam belanjawan yang dibentang untuk tahun ini, 2019 langsung tidak ada disebut peruntukan untuk penduduk luar bandar. 

“Yang dia (kerajaan PH) risau adalah harga rumah yang telah terbina tetapi tidak boleh jual sehinggakan berpakat dengan syarikat insurans supaya rumah-rumah ini dibeli syarikat insurans ditanggung jamin oleh kerajaan kerana nak menolong dia punya ‘kuncu-kuncu’,” sinisnya. 

Justeru Mohamad merayu kepada pengundi di kawasan Parlimen Cameron Highlands agar mengundi calon BN sebagai satu referendum kepada kerajaan PH. 

“InsyaAllah jika di Cameron Highlands ini kita menang, ini merupakan referendum terjemahan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia terhadap kerajaan Pakatan Harapan. 


“Terjemahan ketidakupayaan kerajaan… supaya kita beritahu mereka jangan lagi menipu kami rakyat Malaysia,” tegasnya.  – Media UMNO

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Saturday, January 19, 2019

HISHAM - THE OPPOSITION LEADER


Lewat malam semalam, Najib Razak memuat naik di laman Twitternya gambar pertemuan beliau dengan Presiden UMNO tanpa kuasa, Zahid Hamidi;  Mohamad Hassan, Timbalan Presiden  UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO dan Hishammuddin Hussein, bekas Naib Presiden UMNO.

Bersama gambar itu Najib turut menulis kata-kata  - Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara.

Berdasarkan gambar perkahwinan anak Najib yang terdapat di bahagian dinding di mana pertemuan itu diadakan, adalah dirasakan ia berlangsung sama ada di kediaman Najib di Jalan Duta atau di kondo milik anaknya di tengah-tengah ibu kota.


Ini sekaligus menunjukkan pertemuan itu adalah diinisiatifkan oleh Najib sendiri dengan tujuan melibatkan sekali sepupunya itu.

Jika pertemuan itu hanya melibatkan Najib dengan Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan saja ia mungkin tidak menghairankan sangat kerana beliau adalah bekas Presiden UMNO, manakala Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan pula adalah peneraju UMNO ketika ini.

Tetapi, mengapa mesti ada Hishammuddin sekali dalam pertemuan tersebut?

Apa tujuannya, sedangkan Ahli Parlimen Semberong itu tiada sebarang jawatan di peringkat UMNO Pusat?

Jika pertemuan itu bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan UMNO, kenapa tidak dilibatkan sekali Naib-Naib Presiden UMNO, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan lain-lain penjawat kanan dalam parti?

Apakah pertemuan itu diadakan dengan tujuan mahu mencadangkan sesuatu jawatan penting buat Hishammuddin - seperti Setiausaha Agung misalnya dan kemudian diprojekkan untuk bertanding sebagai Presiden UMNO pada pemilihan tahun 2021 nanti?

Apakah untuk tujuan itu, Hishammuddin mungkin akan mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang daripada Zahid Hamidi tidak lama selepas ini?

Dan hari ini, sehari selepas pertemuan lapan mata itu, Hishammuddin didapati tidak semena-mena telah turun berkempen di Cameron Highlands sambil mengatakan beliau tetap setia bersama UMNO.

Mengapa hanya kali ini saja Hishammuddin turun berkempen, itu pun sehari selepas pertemuannya dengan Najib, Zahid Hamidi dan Mohamad Hassan, sedangkan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, beliau langsung tidak pernah menampakkan muka?

Tidak mustahilkah semuanya ini saling berkaitan? (ShahbudinHusin 16/01/2019)

HISHAMMUDDIN BAKAL KETUA PEMBANGKANG?



Sunday, January 13, 2019

UMNO - NAJIB MASIH HERO.......

Malaysia General Election 2018 : News Photo

Sama ada suka atau tidak, kita harus mengakui Najib Razak ketika ini bukan saja paling aktif bersuara di media sosial, tetapi juga rajin turun padang dalam isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Dalam media sosial, hampir semua isu disentuh serta dikritiknya dan beliau selalunya akan membandingkan apa yang berlaku sekarang dengan ketika era pentadbiran BN dahulu.

Kerapkali kali juga beliau bersikap sinis dan menyindir, terutama berhubung pendekatan kerajaan yang disifatkannya sekadar “copy paste” daripada pendekatan yang pernah dilakukannya ketika beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini atau lebih mendatangkan kesusahan kepada rakyat.

Baru-baru ini, susulan penurunan harga minyak, bekas Perdana Menteri itu telah turun ke Pasar Keramat untuk meninjau keadaan harga barang-barang dan kemudian beliau juga pergi ke sekitar kawasan Masjid Jamek untuk melihat pembangunan projek "River of Life" yang merupakan tarikan baru untuk pelancong di Kuala Lumpur.

Kedua-dua tindakannya turun padang itu akhirnya menyebabkan pihak kerajaan sendiri memberi respon positif dengan Saifudin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengucapkan terima kasih kepada Najib, sementera Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mahu Ahli Parlimen Pekan itu melihat lebih dekat keseluruhan pembanginan "River of Life" itu.

Di dalam UMNO sekarang ini nampaknya hanya Najib satu-satunya pemimpin parti itu yang rajin bersuara, baik menegur dan mengkritik kerajaan atau turun padang ketika timbul isu-isu tertentu.

Yang lain-lain, termasuk Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO tanpa kuasa dan Ketua Pembangkang, Mohamad Hassan, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas selaku Presiden UMNO dan Ahli-Ahli Parlimennya, sama ada yang pernah menjadi menteri atau tidak sebelum ini, semuanya seolah-olah tidak berfungsi atas kedudukan mereka sebagai wakil rakyat pembangkang sekarang ini.

Kalau ada pun seorang dua Ahli Parlimen yang kerap menulis di media sosial, tumpuan mereka selalunya lebih mengkhusus kepada persoalan politik dan tidak berkaitan dengan susah senang kehidupan rakyat.

Selari dengan keinginan rakyat untuk melihat pembangkang yang kuat dan benar-benar berperanan membela rakyat, sikap dan pendirian Najib ini memang boleh dipuji dan diberikan penghargaan, meskipun kekalahan UMNO dan BN dalam PRU14 lalu banyak berpunca daripada dirinya.

Beliau nampaknya tidak lemah semangat di sebalik kekalahan dan hilangnya kuasa sebagai Perdana Menteri, malah mahu terus berjuang memastikan “ada sinar cerah di hujung terowong” bagi BN dalam pilihanraya akan datang.

Dengan yang demikian, selari dengan falsafah “seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak dijatuhkan bersalah oleh mahkamah” dan bertembung dengan keadaan Zahid Hamidi yang langsung tidak berfungsi sebagai Ketua Pembangkang, adalah wajar UMNO segera melantik Najib sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Kedudukannya beliau yang berdepan dengan banyak kes di mahkamah tidak akan mencacatkan jika dilantik sebagai Ketua Pembangkang kerana ia juga sebahagian proses bagi bekas Perdana Menteri itu membersihkan dirinya.

Yang penting, dengan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang itu, Najib boleh terus memainkan peranan dengan berkesan dalam menegur dan mengkritik kerajaan berdasarkan keupayaan serta pengalamannya sebagai bekas Perdana Menteri.

Dengan menjadi Ketua Pembangkang juga, beliau bukan saja dirasakan mampu bersuara dengan lebih baik di media sosial dan kerap turun padang apabila isu-isu tertentu yang melibatkan masyarakat, malah turut diyakini berupaya menghidupkan perdebatan yang menguntungkan rakyat di Parlimen.

Berbeza dengan Zahid Hamidi, sudahlah lemah dan tidak berfungsi di lapangan rakyat, dalam perbahasan Belanjawan 2019 baru-baru ini juga beliau gagal menampilkan kemampuannya membahaskan perkara itu atas kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Khairy Jamaluddin untuk membahaskan Belanjawan 2019, sedangkan semua Ketua Pembangkang sebelum ini tidak pernah melepaskan peluang untuk berucap setiap kali belanjawan dibentangkan.

Mengekalkan terus Zahid Hamidi sebagai Ketua Pembangkang tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada UMNO, BN serta rakyat yang mengharapkan kerajaan sentiasa dipantau melalui proses "check and balance" oleh pihak pembangkang.

Oleh kerana tidak ternampak pemimpin lain dalam UMNO sekarang ini yang seaktif dan segigih Najib untuk terus berjuang di era kekalahan ini, sebaliknya ramai yang "patah semangat" dan cuba mencari "pintu belakang" untuk kembali menjadi kerajaan, beliau rasanya paling sesuai serta diyakini boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang yang berkesan sehingga PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 08/01/2019).

Friday, December 21, 2018

LOMPAT - APAKAH UMNO SUDAH KARAM?

Image result for umno





Apa sudah jadi pada laungan “Hidup UMNO”?. Laungan ini nampaknya kian sirna daripada arena politik Malaysia. Bukan pemimpin kecil – kecil yang melompat keluar dari UMNO, tetapi pemimpin senior berpengalaman juga kecut lari menyelamat diri.

Mungkin mereka ini khuatir dengan contoh – contoh yang ditunjukkan depan mata mereka. Najib Razak yang dulunya mereka ampu puji kini kerjanya masuk lokap dan keluar lokap. Azeez Rahim yang dulu singa garang kini menjadi tikus yang tertambat dengan kemelut Tabung Haji. Presiden UMNO sendiri, Zahid Hamidi pula nampaknya hanya menunggu masa.
Maka bergetarlah hati – hati para pemimpin UMNO yang merasakan giliran mereka juga sudah berada di hujung simpang.
Beranilah Kerana Benar, Takut Kerana Salah
Pesan saya kepada pemimpin UMNO yang sedang khuatir ini, beranilah kerana benar dan takutlah kerana salah. Teruslah berjuang sebagai pembangkang yang jujur, ikhlas dan berani. Setiap pemerintah memerlukan pembangkang yang berkesan.
Pembangkang yang kuat akan menjadi agen semak dan imbang yang penting dalam memastikan urustadbir negara sentiasa terpandu mengikut kepentingan rakyat. Jika pembangkang benar – benar berkerja jujur, tekad, ikhlas dan konsisten, lambat laun pihak pembangkang yang baik akan menjadi kerajaan juga seperti yang diperolehi Pakatan Harapan hari ini.
Tapi kerjanya tidak mudah. Pihak Pembangkang suatu ketika dahulu terpaksa menempuh lokap, berbaring di atas jalan raya, badan dipijak, baju dikoyak, pedih mata dek gas pemedih mata, diaibkan melalui media – media arus perdana, malah ada yang dipenjara bertahun – tahun.
Kerja Pembangkang Hari Ini Lebih Mudah
Bukan niat untuk bernostalgia dengan romantisme lama, tetapi ingin memberitahu kepada para pemimpin UMNO betapa beruntungnya mereka. Kerja mereka sebagai Pembangkang hari ini sangat mudah hasil usaha Pembangkang terdahulu. Rakyat sudah cukup matang dan kritikal dalam menilai. Kebijaksanaan rakyat ini menjadikan tidak terlalu susah untuk Kerajaan bertukar tangan.
Pembangkang juga hari ini ada ruang seluas – luasnya untuk tampil menerusi media arus perdana. Berdemonstrasi juga bebas tanpa ada provokasi daripada pihak Kerajaan. Lalu apa sebenarnya yang ditakutkan pemimpin UMNO yang melompat ini?
Apa Yang Pelompat Risaukan ?
Jika alasannya mereka tidak biasa menjadi pembangkang, maka inilah masanya untuk mereka menerima hakikat yang rakyat telah memilih Kerajaan baharu dan meletakkan UMNO sebagai pembangkang. Jika alasannya mereka ingin menyumbang tenaga sebagai Kerajaan, mereka perlu tahu bahawa Malaysia baharu ini tidak lagi seperti Kerajaan terdahulu yang meminggirkan Pembangkang. Mereka boleh pada bila – bila masa terlibat, memberi pandangan dan sumbang saran untuk memantapkan agenda rakyat.
Atau sebenarnya para pelompat UMNO ini gelisah kehilangan elaun beribu-ribu ringgit sebulan?, atau mereka terlalu janggal untuk hidup tanpa kuasa untuk meluluskan projek dan menerima lobi – lobi para kontraktor?, atau mereka tak biasa hidup tanpa menggunakan aset – aset Kerajaan yang digunakan seperti harta peribadi sebelum ini?
Atau yang paling mungkin adalah, mereka – mereka ini sedang merayu untuk tidak diberi nasib yang serupa seperti Najib Razak, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi.
Pembangkang Yang Kuat Perlu Lebih Dihormati Berbanding Para Pengecut Yang Melompat
Sewajarnya jika pemimpin dan anggota UMNO merasakan UMNO tidak lagi kuat seperti dahulu, maka mereka perlu berusaha untuk membawa kembali UMNO ke landasan perjuangan yang lebih relevan. Bukannya masing – masing melompat untuk menyelamatkan nasib sendiri. Betapa palsunya kesetiaan yang dicanang sebelum ini apabila begitu mudah para pelompat ini meninggalkan bahtera lama mereka yang sedang diuji.
Justeru, saya merakam setinggi – tinggi rasa hormat kepada rakan – rakan UMNO yang masih setia dalam UMNO. Saya merasakan UMNO akan tampil lebih kuat setelah gelombang ini berlalu. UMNO yang kuat bermakna pihak pembangkang juga akan lebih kuat. Pembangkang yang kuat akan membawa banyak manfaat untuk rakyat.
Pakatan Harapan Perlu Berhati – hati Menerima Sang Pelompat
Kerajaan Pakatan Harapan juga perlu berhati – hati dalam menerima kehadiran bertali arus para pelompat ini. Jika mereka ini benar – benar mahu membantu Kerajaan, mereka boleh saja berperanan daripada meja pembangkang. Kerajaan baharu juga perlu sentiasa bermuhasabah. Apakah layanan yang sewajarnya telah diberikan kepada pihak Pembangkang ?. Jangan sampai Pembangkang hari ini merasakan perkara yang sama seperti yang dilakukan Kerajaan terdahulu. Suara Pembangkang tidak didengari dan kehadiran di Parlimen sekadar untuk mendengar pengumuman – pengumuman sebelah pihak Kerajaan.
Malah para pelompat ini perlu melalui proses tapisan yang ketat. Majoriti rakyat telah menghukum UMNO pada Pilihan Raya Umum yang lepas, lalu bagaimana Pakatan Harapan boleh mudah – mudah menerima pelompat ini dengan anggapan mereka sudah ‘bertaubat’.

Tuesday, December 18, 2018

UMNO & DR. M



Foto Ron Salem.
Foto Ron Salem.

Yang tersurat dan tersirat UMNO dan Dr Mahathir Mohamad.
Pagi ini tersibar photo perjumpaan pemimpin UMNO dengan PM Dr Mahathir Mohamad. Itu bukan rahasia. Perjumpaan itu lanjutan dari Perhimpunan Damai 812. Kejayaan perhimpunan damai yang aman itu, sangat memberi kesan kepada peribadi Dr Mahathir Mohamad.
Dia bimbang akan kerjasama UMNO/PAS seterusnya ke depan itu akan memberikan jarak yang lebih luas kepada kestabilan politik Malaysia dari berbagai bangsa dan kaum. Pada Dr Mahathir Mohemad perhimpunan damai itu amat bahaya kepada parti melayu berasaskan kaum selain dari UMNO dan PAS. Kelompok melayu akan menjadi dua kubu dalam pertarungan politik Malaysia jika tidak berterusan, sekurangnya lima tahun ke depan sehingga PrU ke 15.
Dalam satu segi kebimbangan Dr Mahathir Mohemad itu ada kebenaran. Demontrasi damai yang kedepan yang melibatkan 99.9% orang Melayu memang tidak baik untuk negara. Polarisasi kaum dengan perhimpunan damai yang di dominnan orang Melayu.. bila2 masa akan berlaku di masa depan. Jika isu-isu yang merugikan Melayu dan Islam di lakukan oleh Kerajaan PH.
Maknanya Dr Mahathir Mohamad memandang dari segi perpektif itu dan kemudian masalah UMNO itu. Sebagai seorang berpengalaman dan punya ilmu pengetahuan yang luas Dr Mahathir Mohamad juga tahu dan sedar akan kedegilan ahli UMNO akar umbi yang sudah bertahun sebagai penyokong UMNO walau pun tidak di asuh dan disiapkan sebagai kader UMNO akan tetap berjuang didalam UMNO.
Keduanya Dr Mahathir Mohemad mencari jalan bagaimana mencari satu perhentian yang mana beliau boleh turun dari perjalanan sebagai Perdana Menteri, dimana penurunan di perhentian itu di sambut dengan tepok sorai dan dianggap sebagai Pahlawan dan tidak dengan ejekkan..
Kerana bukan semua orang Melayu memberikan sokongan kepadanya. Bertambah lagi orang melayu melihat bahawa beliau telah membuat kerosakan kepada orang Melayu sejak berkerjasama dengan DAP, satu parti di atas permukaan sebagai parti multirasial dan di dasarnya satu parti chauvanis perkauman Cina.
Ketiga. Reputasi Dr Mahathir Mohemad akan tercemar jika dari mulutnya membuat pengumuman bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi pengantinya. Adakah kata-katanya di tahun 1998, 20 tahun yang lalu akan di telannya semula? Ini yang menghantui beliau, kerana visinya untuk memanjarakan Najib Razak adalah misi dan visi nombor satu. Dan ini sudah dilakukan di peringkat permulaan dan itulah intisari dan tujuan perjumpaan itu.
Adakah Ahli Parlimen UMNO dan UMNO sendiri akan digunakan untuk menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 8?. Ini persoalannya. Sama-sama kita melihat perkembangannya.

Bandar Sri Permaisuri.
Dis 13, 2018.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA