Pemilihan UMNO pada hujung Mac ini nampaknya, sudah 2 perancangan kerajaan yang akhirnya perlu dibatalkan. kenaikan harga tol dan kedatangan PADI ( Pendatang Asing Dengan Izain ), pada hujung Feb. 2009 pihak Kementerian Pengangkutan telah mengumumkan kenaikan tol khususnya di PLUS, tapi atas dasar prihain kerajaan terhadap rakyatnya, kenaikan ini di tangguhkan selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO hujung bulan ini.
Perancangan kedua ialah untuk mengimpot PADI yang telah diluluskan dan visa kemasukan telah pun disediakan serta bayaran levi telah pun diterima olih pihak-pihak tertentu, semua kemasukan telah diberaskan hanya tunggu masa yang sesuai sahaja. Masyarkat jadi riuh, gundah gulana atas kelulusan tersebut. Kerajaan telah menyediakan visa untuk sejumlah 70k warga Bangla untuk diimpot.
Oleh kerana, perhimpunan UMNO akan menjelang tak berapa hari lagi, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Syed Hamid Albar, yang juga Presiden MAYC ( Malaysian Association of Youth Clubs ) dengan pantas mengumumkan pengimpotan PADI dari Banggle ini di haramkan, pengharaman ini hanya sementara dan akan ditarik balik selepas pehimpunan UMNO nanti. Alasan membatalkan kemasukan mereka, kini pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri baru menyedari bahawa 70k tidak ramai kerana 700k ahli pemuda UMNO masih ramai dari jumlah tersebut yang masih menganggur, ada lebih baik, digunkan tenaga pergerakan pemuda ini untuk kerja-kerja di ladang, pembinaan dan sebagainya.
Dengan menggunakan tenaga mereka di lokasi tersebut, sudah pasti mereka tidak akan melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan yang pada ketika ini sedang hebat dilaksanakan oleh semua pihak yang berkepentingan. Atas rasa sedar dan prihatin ini serta untuk memastikan kemenangan dalam pemilihan di pehimpunan agung nanti. Tindakan Syed Hamid ini boleh lah diberikan kredit. Agaknya masih banyak lagi agenda yang telah dirancang akan di batalkan kerana memastikan kemenangan memihat kepada agensi dan kementerian yang diterajui.
No comments:
Post a Comment