Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label IKLAN. Show all posts
Showing posts with label IKLAN. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Haire Othman & Leman Raja Lawak di Kampung Gajah

Penampilan pertama artis dan juga pelakon utama Lt Adnan , Hairie Othman di pentas PAS Kampung Gajah pada 14 Julai 2012 ini. bermula jam 9 malam, ceramah ini juga akan menampilkan Pengaran Kanan Akbar Harakah yang juga kenalan saya iaitu Dato Tarmizi b. Mat Jam, Aiman Atirah al-qundi, Leman Raja Lawak & pimpinan Pas tempatan. 

Hairie Othman, Leman Raja Lawak, Dato Tarmizi , Aiman Atirah & Pimpinan Tempatan
Mari kita sama-sama hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kita mencari kebenaran. Mereka yang baharu berjinak mengenali pejuangan sebenar kebenaran Islam pun telah mula berani dan bangkit bersama jemaah Islam , bagaimana mereka-mereka yang sememangnya mempunyai pengetahuan agama sejak kecil namun tidak bersama jemaah Islam menegakkan kebenaran. Sama-sama kita fikirkan dan menyeru kalian untuk terus mendokong dan memenangi dalam diri berdasarkan syariat-syariat Islam. Moh kita .... 

Friday, January 27, 2012

MALAM DERITA BANGSA TERLUKA DAN SENGSARA...

Penampilan khas barisan pencinta Agama , Bangsa & Negara
Akan hadir bersama : Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaludin, Sdra Mazlan Aliman, Sdra Hj Razman Zakaria, Dinsman, Sdra Hishamudin Rais, Pyan Habib, Mel Wings, Zua XPDC, Rahmat Haron, Pak Salleh Bakar, Dr Muhaimin Sulam & Ust Ishak Shaari.

Monday, September 19, 2011

Bicara Umum Isu Semasa di Pasir Salak : Moh Kita Datang...

Jam 9.00 Malam
Mohon diperhebahkan bersama sambil menjadikan diri kita ejen penyampai yang berkesan. Insyallah, kita punyai peranan yang sama memastikan 'Kemenangan Islam Dalam Genggaman'.

Terima kasih.

Saturday, December 18, 2010

'BAPA' diharap akan bertindak SEGERA

Majlis Pelancaran Badan Bertindak Peserta FELCRA 'BAPA'
Peringkat Kebangsaan

Pelancaran Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) secara rasminya akan diadakan pada 25 Disember 2010 ini bertempat di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping. Ianya Insyallah akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. BAPA ditubuhnkan dengan pelbagai tujuan dan yang pastinya untuk mengembalikan keadilan , kebenaran , kesedaran dan hak seluruh warga FELCRA MALAYSIA.

Kehadiran dan hebahan kalian sangat2 dialu-alukan.

Muslimin muslimat dijemput untuk hadir dan sebarankan maklumat ini agar sama-sama kita menjadi insan pejuang kebenaran dan bukan sekadar menjadi kuda tunggangan pihak-pihak yang sering membolot kekayaan hasil ketidaksempurnaan dan keringat insan bawahan.

Wednesday, July 7, 2010

SEBARKAN : HIMPUNAN WARGA FELCRA KEBANGSAAN


Tentatif utama :

Seminar Warga Felcra & Felda,
Penerangan tentang Hak Warga Felcra & Anak Peneroka,
Pembentangan Kertas Kerja, Pameran & Jualan,

Ceramah Perdana
Tn. Hj. Mohammad Sabu
YB Dato Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin
Sdra Mazlan Aliman

Anjuran ;
Lajnah Tanah & Pembangunan Wilayah
PAS Pusat

Kehadiran dan kesedaran tuan / puan amat diperlukan bagi memastikan kelangsungan hak dan kebenaran sebagai warga peneroka di Malaysia dapat dimantapkan.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA