Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label KE ARAH PRU 14. Show all posts
Showing posts with label KE ARAH PRU 14. Show all posts

Monday, September 3, 2018

HISHAMUDIN - TERLIBAT SALAH GUNA WANG PRU14

Hishammuddin mungkin disiasat dalam kes bekas bos agensi perisik - Peguam   





Peguam Hasanah: SPRM akan siasat Hisham, dua putera Arab Saudi Koh Jun Lin  |  Diterbitkan 2 Sep 2018, 1:11 petang  |  Dikemaskini 2 Sep 2018, 1:28 petang     



Peguam Shaharuddin Ali berkata beliau diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat dua putera diraja Arab Saudi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung dakwaan penyelewengan dana jutaan ringgit melibatkan pegawai risikan kerajaan. 



Peguam yang mewakili bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid itu berkata, perkara berkenaan dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya semasa prosiding tahanan reman hari ini. 



"Nama Datuk Seri Hishammuddin disebut sebagai orang yang mungkin juga disiasat oleh SPRM berkaitan dengan isu Datuk Hasanah dan tujuh pegawai MEI0 yang lain. Jadi mereka mengatakan bahawa mereka akan menemuduga Datuk Hishammuddin tak lama lagi. 



"SPRM juga mengatakan mereka juga ingin mengesan dua orang putera raja Saudi Arab. I have no idea how these people are involved (Saya tidak tahu bagaimana orang ini terbabit). Saya difahamkan perkara-perkara yang disebut oleh SPRM ini hendak dilakukan dalam tempoh tujuh hari – tempoh yang mereka pohon. 



"Datuk Hasanah juga menafikan Datuk Hishammuddin dan dua (putera) Arab Saudi terlibat dengan apa cara pun dalam kes ini," kata Shaharudin kepada wartawan selepas prosiding reman hari ini. 



Malaysiakini sedang cuba menghubungi SPRM bagi mengesahkan perkara itu.



Beliau menambah Mahkamah Majistret Putrajaya hanya membenarkan lanjutan tahanan reman selama sehari, berbanding tujuh hari yang dipohon SPRM. 






Hasanah dijangka akan dibebaskan pada pukul 5 petang esok. 



Wanita itu ditahan oleh SPRM pada 28 Ogos lalu sebelum mahkamah memerintahkan tanahan reman selama lima hari pada hari berikutnya. 



Ini berikutan dakwaan penyalahgunaan dana oleh pegawai risikan kerajaan yang membawa kepada penahanan Hasanah dan tujuh bekas pegawai MEIO yang lain. 



Ketika membantah lanjutan tahanan reman berkenaan, Shaharudin berkata beliau memberitahu mahkamah bahawa siasatan sedang berjalan dan anak guamnya tidak sepatutnya dibebankan dengan lanjutan reman.



 Di samping itu, beliau memberitahu mahkamah bahawa reman selama lima hari yang diberikan lebih awal sudah memadai. 


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Tuesday, June 19, 2018

PRU 14 - MENANG KALAH ADALAH KEHENDAKNYA....

Kesempatan kali ini penulisan kaitan dengan pahit manis melalui ranjau-ranjau PRU14, suka duka dan riang tawa untuknya, menang kalah ada dalam setiap pertandingn, menang dan kalah adalah dengan kehendakNya.


Sebelum pru 14, parti baru kawasan penulis terus bergerak melaksanakan program. Penambahan ahli baru dan cawangan terus berjalan tapi agak perlahan kerana banyak tumpuan kepada pilihanraya. 



Program kebajikan parti baru sama macam parti lama berjalan lancar malah lebih banyak sumbangan kebajikan disampaikan kepada yang memerlukan. Program seumpama cakna rakyat ajuran parti lama turut dapat dijalankan parti baru dengan nama lain iaitu mini karnival harapan. 



Setahun sejak tulisan terakhir , tumpuan lebih banyak kepada gerak kerja pilihanraya. Zahir Nampak macam parti baru tak banyak program politik . Dalam masa setahun , program politik terbuka yang dibuat hanya tiga ceramah besar sahaja, ceramah kelompok langsung tiada.



 Benarkah tiada program politik ? Inilah yang membezakan parti baru dengan parti lama. Dunia politik sekarang sudah banyak berubah. Pengundi berumur 55 tahun ke atas semakin kurang. Pengundi di bawah umur 55 tahun semakin bertambah. 



Justeru, kempen paling berkesan adalh kepada kumpulan umur 55 tahun ke bawah. Pengundi kumpulan umur ini rata-ratanya mempunyai handphone yang boleh akses internet walaupun tinggal di kampung-kampung. Majoritinya mempunyai facebook dan Whats Apps . 



Selama setahun, kempen melalui media sosial ditumpukan kepada kumpulan umur ini setiap hari. Selama setahun sehingga hari pilihanraya , pengundi ini menerima bahan kempen. Mereka melihat dan membaca walaupun tidak ramai yang memberi maklum balas, menekan ‘like’ di facebook kerana takut dilabel dan diketahui menyokong pakatan harapan. 



Yang ‘like’ hanya yang berani dan kuat menyokong PH. Yang melawan pun tak ramai, Cuma yang melawan ini mereka zahirkan penentangan mereka melalui komen yang penuh dengan maki hamun, caci nista, cemuhan dan sindiran kepada parti baru. Komen melawan sebegini datangnya dari penyokong tegar parti lama 



Setahun lamanya, pengundi atas pagar melihat gelagat penyokong parti lama memberi komen tidak berakhlak. Mereka mendabik dada, merekalah pejuang Islam tapi komen mereka sungguh tidak berakhlak dan lari terus dari akhlak pejuang Islam. 



Yang pastinya mereka tidak sedar bahawa pengundi atas pagar melihat setiap komen yang mereka tuliskan. Pengundi atas pagar yang hendak menyokong parti lama berubah kepada menyokong PH atau BN. 



ila bubar parlimen, kecaman dan maki hamun semakin teruk . Macam-macam yang mereka komen merendahkan parti baru sehingga ke tahap meletak parti baru terlalu rendah, tidak ada petugas, tidak ada bendera , tidak akan mendapat sokongan langsung dan akan hilang deposit . 



Sememangnya, penulis risau dengan petugas, berapa ramai petugas yang berani menunjukkan muka bekerja semasa tempoh berkempen. Penulis tahu, ramai yang menyokong tapi tak ramai yang berani ke depan kerana takut dilabel dan dipulau. 



Percubaan pertama , hendak melihat ramai atau tidak petugas pilihanraya adalah dengan mengadakan pelancaran pusat operasi dan petugas pilihanraya pada waktu siang hari. Jika buat pada waktu malam , tidak dapat melihat keberanian petugas. 



Alhamdulillah, kehadiran pada petang itu melebihi 500 orang, semua kerusi penuh. Petugas semua parti dalam PH hadir menunjukkan komimen untuk bertugas. Penulis rasa lega melihat kehadiran pada petang itu kerana risau juga jika tak ramai hadir pasti hari penamaan calon lagi teruk. 



Pada hari penamaan calon , 600 helai baju habis dipakai , ramai yang tidak dapat baju namun tetap berarak menunjukkan sokongan. Memanglah tidak dapat mengatasi jumlah kehadiran parti lama tetapi menjawab tohmahan mereka bahawa parti baru tidak ada sokongan. 



Tempoh kempen pilihanraya, strategi kempen semasa dalam tempoh kempen memang berbeza dengan parti lama dulu. Tumpuan kempen berfokus kepada Daerah Mengundi (DM) yang mampu melonjak undi PH. DM lain sudah cukup setahun pengundi menerima bahan kempen PH. 



Pendekatan kempen yang lebih terbuka dan mesra pengundi memang menampak kejayaan. Pengundi lebih yakin dengan kemampuan calon PH melalui kempen terbuka. Ucapan terbuka di pasar , pasar malam dan pasar sehari diikuti ceramah terbuka menarik kehadiran dan keyakinan pengundi 



Berbeza dengan parti lama dan BN, pendekatan kempem mereka lebih tertutup . Masih dengan cara lama, ceramah kelompok di pos parti masing-masing, ceramah kepada penyokong parti . Strategi mereka lebih kepada mengepung pengundi parti masing-masing. 


Tidak ada ceramah terbuka menyebabkan pengundi tidak dapat melihat penampilan dan kewibawaan calon. Sahabat penulis dalam parti lama ada bagi tahu parti lama juga buat kempen media sosial diurus student u . Namun bagi penulis kempen yang mereka lakukan tidak sepenuhnya, ala kadar sahaja. 

Mereka mungkin dah yakin boleh menang bila tengok peningkatan ‘like’ page parti lama. Mereka tidak sedar yang ‘like’ itu bukan semua pengundi tempatan sebaliknya dari seluruh negara. Memang jika dilihat ‘like’ page-page facebook parti lama mengila semasa tempoh kempen pilihanraya. 

Calon BN pun ada buat kempen media sosial selepas hari penamaan calon. Namun, page facebooknya dihentam teruk penyokong parti lama. Penuh dengan caci maki, cercaan, sindiran yang penulis sendiri tak sanggup baca. Kesilapan calon BN ini ialah melayan komen-komen ini. 

Penulis simpati dengan calon BN ini kerana dia juga pernah menjadi rakan sekerja penulis. Sebelum pilihanraya , Bilik Operasi kami  dah menjangkakan PH akan menang di parlimen dan satu Dun yang mempunyai lebih 35% pengundi bukan Melayu. Kami jangkakan akan sengit di Dun yang mempunyai hanya 25% pengundi bukan Melayu dan kami jangkakan persaingannya adalah dengan parti lama bukan dengan BN kerana BN sememangnya sebelum-sebelum ini sokongan pengundi Melayunya di bawah 40% . Tambahan pula dengan pelbagai isu negatif yang ada pada BN. Tentulah undi Melayu BN akan makin berkurang. 

Pada hari pengundian, semua pusat pengundian dikuasai oleh pondok panas parti lama dan BN. Sememangnya, pondok panas PH tidak banyak didirikan terutama di kawasan majoriti Melayu kerana tahu penyokong PH tidak akan berani berada di pondok panas PH takut dilabel dan dipulau. Justeru lebih baik tiada daripada ada. Kami lebih menumpukan kepada persiapan penyediaan petugas PACA di semua saluran peti undi. Semua saluran mempunyai PACA PH, ramai sukarelawan dan NGO yang membantu . 

Pun begitu kebanyakan petugas PACA adalah pengundi dalam kawasan yang ditugaskan di pusat mengundi berlainan. Setengah jam sebelum tamat pengundian, penulis dimaklumkan masih ramai yang beratur di beberapa pusat mengundi. Pada masa dah rasa peratus mengundi meningkat. Tamat masa mengundi, PACA mula memaklumkan jumlah yang keluar mengundi. Lebih 83% keluar mengundi, ada harapan untuk menang. 

Walaupun tinggi masih kurang dibanding pru 13 iaitu lebih 86%.  Mungkin kerana pilihanraya pada hari Rabu yang menyebabkan rendah sedikit . Sejam kemudian, Whats Apps borang 14 petugas PACA mula masuk dan ternyata benar jangkaan bilik operasi parlimen dan satu Dun dimenangi PH. Hanya satu Dun sangat sengit untuk ketiga-tiga parti. Di sinilah kita dapat melihat keberkesanan tumpuan kempen di beberapa Daerah Mengundi (DM).  Semua DM tumpuan mencatatkan lonjakan sangat tinggi menutup kekurangan undi di DM yang lain. Semua kaum Melayu, Cina dan India memberi undi yang tinggi di DM tumpuan. 

Hasilnya, setelah ditolak undi pos dan undi awal , calon PH menang dengan majoriti 140 undi mengatasi calon BN di kedudukan ke 2. Paling mengejutkan ialah kedudukan parti lama yang mempunyai sejarah parti terkuat di kawasan penulis berada di kedudukan ke 3 di ketiga-tiga kerusi. Undi parti lama berkurangan berbanding pru 2004 kerana pru 2004 adalah pilihanraya di mana parti lama mendapat undi solid hanya dari penyokong parti. Jelas, pengundi parti lama berkurangan kerana pengundi parti lama telah memberi undi kepada PH dan BN. 

Kesilapan parti lama ialah terlalu yakin akan menang apabila melihat ‘like’ di page facebook yang melonjak, bendara yang banyak dan pondok panas yang meriah. Namun, mereka tidak tahu bahawa PH sudah berkempen terus kepada pengundi sejak setahun lamanya. 

Pengundi sekarang tidak melihat kepada bendera yang banyak dan pondok panas yang ramai. Pengundi sekarang bermaklumat, mereka menilai bahan kempen yang masuk ke dalam handphone mereka. Pada hari mengundi seolah-olah mereka bersama parti lama tapi di dalam peti undi mereka memberi undi kepada PH. 

Ada sahabat parti lama bagi tahu parti lama akan menang jika dua DM tidak dikeluarkan dari Dun berkenaan. Tidak juga, bila penulis buat semakan dengan memasukkan keputusan undi di dua DM tersebut ternyata yang menang bukan parti lama tapi BN. BN akan menang dengan majoriti 14 undi jika dua DM ini tidak dikeluarkan. Kasihan BN, SPR dipergunakan mengeluarkan dua DM yang majoriti pengundi parti lama untuk memenangkan BN tapi sebaliknya pula berlaku.   

Kekalahan parti lama di kedudukan ke 3 sepatutnya menjadi pengajaran kepada parti lama. Jangan sombong, jangan angkuh, jangan suka menghina, jangan suka memaki, mencaci parti baru. Jangan anggap parti lama seperti agama.  

Allah tidak suka sombong, parti lama sombong, Allah tidak suka caci maki, parti lama caci maki. Insaflah , bukan satu keizinan hanya kerana berada dalam parti lama boleh berakhlak buruk. Jangan putuskan silaturrahim hanya kerana saudara seagama menyokong parti baru. 

Inggatlah, Allah mengutuk dan melaknat orang yang memutuskan silaturrahim. Walaupun menang 3-0, tidaklah parti baru merasa megah kerana banyak kerja yang perlu dibuat. Cawangan parti baru perlu ditambah bagi mengukuhkan akar umbi. Ahli yang setiap hari bertambah perlu diuruskan. 

Program kebajikan perlu diteruskan dan dipertingkatkan. Program dakwah yang strategik perlu diperkenalkan. Menjadi kerajaan tidak bermakna selesai kerja. Banyak yang perlu dilakukan. Selamat berjuang…… Wassalam 


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Monday, April 30, 2018

MMPUKAH HARAPAN MENANG DI PRU 14 INI.





M0nday, April 30, 2018 ‘Masa makin suntuk untuk cetuskan tsunami Melayu’ Setakat hari ini, Pakatan Harapan, di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohmad, dikatakan berjaya menimbulkan “kocakan” di kalangan masyarakat Melayu, namun janjinya untuk mencetuskan “tsunami” masih sukar dilihat lagi. 


Dengan berbaki 09 hari menjelang pilihan raya umum 9 Mei, HARAPAN perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 10 hingga 14 peratus lagi sokongan Melayu di Semenanjung Malaysia jika mahu peluang realistik menawan Putrajaya, menurut satu kajian Merdeka Center. 



Kajian itu mendapati bahawa di Semenanjung Malaysia, sokongan Melayu terhadap BN semakin terhakis, terutamanya di pantai barat berbanding dengan pilihan raya umum ke-13.



 Kira-kira 7.9 peratus pengundi Melayu dikatakan telah beralih dan meninggalkan gabungan pemerintah itu pada awal bulan ini. 






Bagaimanapun, peralihan sokongan Melayu itu tidak mencukupi untuk menumbangkan BN kerana perpecahan dalam pembangkang dengan kedua-dua, HARAPAN dan PAS menentang BN secara berasingan. 



Bagi HARAPAN, untuk memenangi 100 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, dan 12 kerusi lagi dari Sabah dan Sarawak untuk mengambil-alih Putrajaya, mereka memerlukan tambahan sokongan 14 peratus pengundi Melayu. 



Setakat 9 April, kajian itu mendapati sokongan Melayu ke atas HARAPAN di Semenanjung Malaysia berada pada tahap 20 peratus, diikuti oleh PAS pada 27 peratus dan BN pada 53 peratus. 



Walau bagaimanapun, HARAPAN dibantu dengan sokongan pengundi Cina dan India yang tinggi masing-masing pada 85 peratus dan 54 peratus. Ini diterjemahkan kepada undi popular sebanyak 50.5 peratus. 



ementara itu, sokongan Cina dan India kepada BN masing-masing berjumlah 15 peratus dan 41 peratus manakala sokongan Cina terhadap PAS hampir boleh diabaikan manakala sokongan India berada pada tahap lima peratus.



 Ini boleh diterjemahkan sebagai undi popular sebanyak 37.8 peratus untuk BN dan 24.5 peratus untuk PAS di Semenanjung Malaysia.







Kedua-dua angka itu jauh lebih rendah daripada sokongan terhadap HARAPAN yang berada pada tahap 50.5 peratus tetapi mengikut sistem First Past The Post (FPTP) dan gerrymandering, undi popular tidak menjamin kemenangan. 



Andaian semasa, jika corak berkenaan tetap sama pada hari mengundi, BN dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung Malaysia tetapi tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. 



Menurut kajian itu, PAS mungkin kehilangan mana-mana kerusi yang mempunyai kurang 80 peratus pengundi Melayu. 



Berbanding di pantai barat, sokongan pengundi Melayu di pantai timur yang dikatakan menjadi kubu PAS mula berpindah kepada BN. 




Menurut kajian itu lagi, bagi PAS untuk mengekalkan 20 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia, parti itu perlu meningkatkan sokongan orang Melayu dari 27 peratus kepada hampir 40 peratus, satu perkara yang sukar dilakukan oleh parti tersebut. 




Di sebalik pandangan suram itu, PAS memutuskan untuk bertanding di lebih 160 kerusi parlimen. Tindakan itu dilihat berpotensi menggagalkan usaha HARAPAN untuk menawan Putrajaya. 




HARAPAN kini hanya mempunyai 12 hari lagi untuk mencuba dan mencetuskan tsunami Melayu, yang diperlukan untuk mengatasi 'gelombang hijau' PAS sebelum dapat mengusir BN dari Putrajaya.


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Saturday, April 28, 2018

MAMPUKAH CUCU TUN GHAFAR MENACABAR ANAK TUN RAZAK?

Cucu Tun Ghafar lawan Najib di Pekan


Meskipun hanya terkemudian dicalonkan, pemilihan Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip untuk menentang Najib Razak di kerusi Parlimen Pekan pada pilihanraya 9 Mei depan secara umumnya disambut baik oleh para pencinta perubahan.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pekan, tetapi Tun Mahathir Mohamad telah membuat perubahan di saat-saat akhir mengenainya.

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir tentu mempunyai alasan tersendiri yang difikirkannya terbaik dengan meminta Kamarul Ariffin melakukan suatu pengorbanan dengan memberi laluan kepada Zahid untuk menentang Najib.

Kamarul Ariffin menerima baik keputusan Tun Mahathir itu dan berjanji akan terus bekerja keras dalam pilihanraya ini demi Bersatu dan juga Pakatan Harapan.
Pemilihan Zahid yang merupakan penceramah popular dalam Bersatu untuk menentang Najib di Pekan secara kasarnya tidak ubah seperti "kalah dalam tangan, menang belum tentu."

Memang teramat sukar untuk mengalahkan Najib atas kedudukannya  sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri, tambahan lagi pengundi di Pekan sentiasa ditambah dengan angka yang drastik tahun demi tahun sejak 1999 yang lalu.

Ia tidak lain ialah memastikan Najib sentiasa selesa untuk mengekalkan kawasan itu menjadi miliknya, setelah hanya mampu menang tipis 241 undi pada pilihanraya 1999 itu.

Pada pilihanraya 1999, jumlah kertas undi yang dikeluarkan bagi Parlimen Pekan ialah sebanyak 26,797 iaitu mewakili 74.78 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, tetapi pada pilihanraya 2013 lalu, jumlah pengundi Pekan direkodkan telah meningkat kepada 80,260 orang.

Pada pilihanraya 2008 pula, jumlah pengundi berdaftar di Pekan ialah seramai 58,217 orang.


Bayangkan betapa tingginya pertambahan jumlah pengundi di Pekan dan daripada mana mereka didatangkan, hanya Najib dan jentera BN saja yang mengetahuinya.

Untuk itu, selain kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN, secara realitinya pertarungan Zahid di Pekan bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun begitu, kelebihan Zahid ialah beliau merupakan seorang penceramah popular yang mampu menggamit kehadiran orangramai dengan kelantangan serta cerita-cerita lucu yang banyak dalam memorinya, selain wataknya yang mudah mesra dengan sesiapa saja.

Perkara itu tidaklah menghairankan kerana darah politik memang sudah lama mengalir dalam tubuhnya di mana beliau adalah cucu saudara kepada Tun Ghafar Baba, bekas timbalan perdana menteri serta salah seorang pejuang tulin dalam UMNO.

Dengan kemampuan Zahid berceramah tiga atau empat kali sehari  serta menggunakan sepenuh masanya menemui seramai mungkin pengundi Pekan sepanjang tempoh berkempen, manakala Najib mungkin terhad masanya kerana perlu pergi ke seluruh negara memastikan BN tidak kalah dan jawatan Perdana Menterinya tidak terlepas, di sinilah kelebihan memihak padanya.
Lebih daripada itu, dengan kedudukannya sebagai bekas pegawai khas Pengerusi Felda, Isa Samad sebelum ini, Zahid tentunya juga ada ramai rakan akan kenalan di kawasan-kawasan Felda yang terdapat di Pekan.

Satu lagi kelebihan Zahid ialah beliau merupakan pemimpin Bersatu yang turut popular dengan kritikan mengenai pelbagai isu semasa melalui klip video yang kemudian disebarkan secara meluas menggunakan saluran youtube, facebook dan juga whatsapp.

Dengan menjadi calon, jika Zahid menerbitkan video kempennya setiap hari dengan menjadikan Najib, Rosmah, Jho Low, 1MDB dan  Riza Aziz sebagai sasaran misalnya, sambil ia kemudian disebarkan seluas mungkin kepada para pengundi Pekan, sedikit-sebanyak tentu membuatkan anak Tun Razak itu terganggu juga dibuatnya.

Zahid juga boleh mengatur satu program ceramah besar-besaran di Pekan yang melibatkan kehadiran Tun Mahathir dan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan yang lain bagi membuktikan beliau benar-benar serius berlawan dengan Najib.

Akhirnya, kalau Zahid mampu melakukan gangguan berterusan sepanjang tempoh berkempen nanti, fikiran dan jiwa Najib bukan saja pasti akan terganggu, malah tidak mustahil turut  "pening kepala"  dibuatnya.

Gangguan dan "pening kepala"  yang diakibatkan oleh Zahid itu secara langsung akan menyebabkan lebih tekanan kepada Najib.

Dari segi ini, tindakan Tun Mahathir memilih cucu Tun Ghafar berbanding calon-calon untuk melawan anak Tun Razak di Pekan adalah dikira suatu tindakan strategik dalam usaha Pakatan Harapan menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya 9 Mei nanti. (ShahbudinHusin 25/04/2018).

Friday, April 27, 2018

TIGA PENJURU - SIAPA YANG AKAN RUGI?





- Gambar hiasan 

PADA 9 Mei ini akan menyaksikan persaingan sengit tiga penjuru antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (Harapan) yang dilihat akan menentukan keputusan PRU14. 

Namun, adakah benar tiga penjuru ini akan menguntungkan BN dan merugikan Pas serta Harapan, atau sebenarnya Harapan dan Pas mampu cipta kejutan pada hari pengundian nanti. 

Beberapa pemerhati politik melihat senario ini sangat penting dalam menentukan keputusan siapa yang akan memerintah negara selepas PRU14 kerana kuasa undi orang Melayu amat penting termasuk di kerusi-kerusi campuran Melayu, Cina dan India. 

Sukar ramal siapa akan menang 

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpandangan, keputusan untuk menilai parti yang akan memenangi dalam persaingan tiga penjuru dalam PRU14 nanti sukar diramal kerana terdapat beberapa faktor penting bagi menilai perkara itu, antaranya adalah peratusan pengundi iaitu Melayu, Cina dan India.

 “Sekiranya pengundi Melayu lebih daripada 80 peratus, BN ada peluang kerana pengundi Pas dan PKR berpecah dua. Andaian undi bukan Melayu sebanyak 20 peratus itu juga akan pecah. 

“Situasi ini juga serupa sekiranya jumlah pengundi di bawah 80 peratus tetapi lebih daripada 60 peratus,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. 

Mengulas peluang Pas, Nik Ahmad Kamal berkata, Pas berpeluang memenangi kerusi Parlimen atau Dun sekiranya pengundi Melayu lebih daripada 80 peratus. 

Namun, sekiranya pengundi Melayu lingkungan 40 hingga 60 peratus, peluang PKR untuk menang adalah cerah dengan sokongan pengundi bukan Melayu. 

“Jika pengundi bukan Melayu majoriti, Harapan lebih banyak peluang untuk menang,” katanya. 

Bagaimanapun katanya, itu adalah andaian dalam senario pengundi Melayu majoriti dan minoriti sahaja, belum dilihat dalam angkubah lain seperti peratusan pengundi muda di bawah 30 tahun, pengundi pertama dan sebagainya. 

BN dapat kelebihan 

Menurut Pakar Geostrategis, Azmi Hassan, analisis sesetengah pihak berhubung situasi tiga penjuru yang dijangka memberi kelebihan kepada BN mungkin ada benarnya. 

“Apabila Pas memberi kenyataan akan bertanding 160 kerusi Parlimen maka isu pertandingan tiga penjuru sudah pasti berlaku di kebanyakan kerusi Parlimen dan juga Dun. Ini kerana Pas dianggap sebagai pembangkang walaupun ketika ini mesra BN dan semestinya penyokong Pas terdiri daripada kumpulan yang tidak akan undi BN. 

“Sebab itu dihujahkan perpecahan undi akan berlaku dan pihak yang paling terkesan secara negatif adalah Pas dan Harapan, manakala status quo kekal bagi BN iaitu BN akan terima kesan positif,” katanya. 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir pula berkata, dalam pertembungan tiga penjuru, Pas dilihat tidak mempunyai kelebihan kerana kekuatan parti berteraskan Islam itu tidak sama seperti PRU13. 

“Harus diingat pada PRU13 kemenangan besar itu adalah disebabkan dokongan kuat parti komponen Pakatan Rakyat. Jadi saya menjangkakan kekuatan Pas terhakis 30 peratus,” katanya. 

Disebabkan itu Jeniri mendakwa, Pas tidak boleh bermimpi untuk menjadi ‘kingmaker’ andai PRU13 menjadi kayu pengukur. Pas sukar menang 

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula berpendapat, pada PRU14 ini, Pas tidak berupaya untuk menang kerusi Parlimen atau Dun kerana parti berkenaan bertanding di atas tiket parti itu sendiri dan tidak bertanding berdasarkan kerjasama dengan parti-parti politik yang lain. 

Katanya, Pas boleh menang sekiranya mendapat kerjasama daripada parti-parti lain. 

Jelasnya, peperangan hanya berlaku antara BN dengan Harapan dan di antara kedua-dua parti ini, keputusan bergantung kepada sejauh mana sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu. 

Beliau menambah, kajian statistik dari Invoke, Ilham Center, Merdeka Survey Center, Unisel dan beberapa NGO menunjukkan bahawa secara umumnya, tahap sokongan pengundi Melayu terhadap BN kurang daripada 40 peratus dan tahap sokongan pengundi Cina pula melebihi tahap sokongan Melayu. 

“Jadi, kalau tidak ada apa-apa aral melintang dan semua berjalan dengan baik, Harapan boleh memenangi lebih daripada tujuh atau sembilan negeri. 

“Cuma Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Perlis, BN boleh menang,” katanya. Harapan terima kesan negatif 

Sementara itu, Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib pula berpendapat, pertembungan tiga penjuru yang sengit pada PRU14 ini pasti menyaksikan salah satu parti ‘bungkus’ atau kalah serta mengulangi episod PRU13 yang lalu. 

Menurutnya, jika berlaku pertempuran tiga penjuru antara BN, Pas dan Harapan, sudah pasti Harapan akan mendapat kesan negatif.

 “Parti yang akan mengalami trauma ialah PKR berbanding DAP, itu pun jika masyarakat Cina berterusan tidak mengubah polarisasi sokongan dan dalam hal ini yang dapat untung besar ialah DAP,” katanya. 

Apapun pandangan dalam isu ini, tiada siapa pun menolak PRU14 kali ini akan berkisah tentang kuasa undi Melayu. 

Pengundi Melayu walaupun dipecahkan kepada pelbagai parti politik, namun masih lagi merupakan penentu kepada pembentukan kerajaan. 

Sama ada BN dapat untung atau Pas jadi ‘kingmaker’ selepas PRU14 atau Harapan mampu cipta kejutan merampas Putrajaya, diharap perjalanan pilihan raya kali ini berlangsung dengan harmoni. 


Ini penting supaya rakyat dapat keluar mengundi dengan tenang dan boleh membuat pilihan tepat pada 9 Mei nanti.


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Wednesday, April 25, 2018

SELANGOR, JOHOR, PERAK DAN P/PINANG - MANTAN MB/KM TANDING DUN DAN MP

Dalam UMNO, bukanlah suatu kelaziman bagi mana-mana pemimpinnya bertanding dua kerusi - satu Parlimen dan satu DUN - secara serentak.

Ini kerana UMNO dan BN merupakan parti yang besar dan ramai yang berebut-rebut mahu menjadi calon.

Selain itu, UMNO dan BN juga sudah lama menjadi kerajaan, maka pembahagian untuk bertanding itu perlu dilakukan secara lebih menyeluruh agar lebih ramai berpeluang menjadi wakil rakyat.

Hanya di Sabah dan Sarawak menjadi kebiasaan ada sesetengah pemimpinnya turut merupakan ADUN dan Ahli Parlimen di waktu yang sama.

Di Semenanjung, pada pilihanraya 2013 lalu, Mustapha Mohamad pernah diamanahkan bertanding dua kerusi secara serentak di Kelantan dalam usaha UMNO dan BN mahu merampas negeri tersebut daripada Pas.

Mustapha yang sudah pun memegang jawatan menteri di peringkat Pusat, cuba dipertaruhkan kerana UMNO dan BN Kelantan tidak mempunyai calon yang berwibawa yang untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar.

Kali ini, Mustapha sekali lagi dipertaruhkan untuk bertanding di dua kerusi - Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas - sebagai cubaan seterusnya untuk merampas Kelantan setelah hampir 30 tahun UMNO dan BN kehilangan kuasa di negeri tersebut.

Dalam konteks ini, oleh kerana BN masih merupakan pembangkang di Kelantan, cubaan bertanding dua kerusi itu tentu saja boleh difahami di mana sekiranya gagal menawan negeri itu, Mustapha akan terus dikekalkan sebagai menteri di peringkat Pusat.

Di kalangan pembangkang, bagaimanapun bertanding dua kerusi itu bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana tokoh yang popular dalam sesebuah parti itu amat diperlukan untuk ditonjolkan bagi mencipta lebih kemenangan di banyak kawasan.

Dalam sesetengah keadaan, ia berlaku kerana tidak ramai yang sedia menjadi calon serta tidak yakin terhadap kemenangan.

Itulah yang menjadikan Lim Guan Eng dan Azmin Ali misalnya bertanding dua kerusi pada pilihanraya 2008  dan kini kedua-duanya terus kekal dengan pegangan dua kerusi tersebut.

Guan Eng kekal bertanding di Parlimen Bagan dan DUN Air Putih, manakala Azmin di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Untuk pilihanraya 9 Mei depan ini, beberapa lagi pemimpin PKR dan DAP turut diketengahkan untuk bertanding dua kerusi, antaranya Johari Abdul di Kedah,  Saifuddin Nasution di Kedah dan Pulau Pinang, Shamsul Iskandar Mohd Akin di Melaka dan Nga Kor Ming di Perak.

Pemimpin Bersatu seperti Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir juga bertanding dua kerusi dalam pilihanraya kali ini.

Misinya tetap sama iaitu perlunya tokoh yang popular diletakkan bagi memungkinkan kemenangan, selain mungkin untuk memberi peluang kepada mereka untuk memilih sama ada berkhidmat di peringkat pusat atau pun negeri.

Tetapi, kenapakah Khaled Nordin dan Zambry Abdul Kadir yang sudah menjadi Menteri Besar Johor dan Perak turut memilih bertanding dua kerusi dalam pilihanraya kali ini?

Untuk pilihanraya kali ini, selain bertanding mengekalkan kerusi DUN Permas yang dipegangnya sejak 2013 lalu, Khaled akan turut bertanding kerusi Parlimen Pasir Gudang yang pernah diwakilinya ketika menjadi menteri sebelum ini.

Begitu juga dengan Zambry, di samping mengekalkan kerusi DUN Pangkor yang dipegangnya, beliau juga akan turut bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut, satu cubaan kali pertamanya.

Oleh kerana dalam senarai calon peringkat DUN di Johor dan Perak yang sudah diumumkan tidak terlihat pemimpin lain yang berwibawa serta berkemampuan untuk diketengahkan sebagai Menteri Besar, tindakan Khaled dan Zambry turut bertanding di kerusi Parlimen pada waktu yang sama tidak lain adalah gambaran ketidakyakinan mereka mampu mempertahankan kedua-dua negeri tersebut.

Tidak dinafikan, dalam gelombang perubahan yang kian meningkat sekarang ini, Johor dan Perak adalah dua negeri yang diramalkan banyak pihak akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

Jika Khaled dan Zambry benar-benar yakin mampu mempertahankan Johor dan Perak daripada gelombang itu, untuk apa mereka bertanding di Parlimen?

Bukankah lebih baik kekal bertanding di DUN dan terus menjadi Menteri Besar saja?

Jika mereka mahu dibawa ke Pusat pula, cukuplah mereka bertanding di Parlimen saja dan kerusi DUN itu lebih wajar diserahkan kepada calon lain yang tentunya ramai sedia mengisinya.

Dalam waktu yang sama, apakah dengan bertanding di dua kerusi itu yang dilihat sebagai persiapan untuk beralih jawatan ke peringkat Pusat sekiranya Johor dan Perak jatuh ke tangan Pakatan Harapan, Khaled dan Zambry benar-benar yakin Najib tidak ditumbangkan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 9 Mei nanti?

Bagaimana jika Pakatan Harapan dengan pengaruh Tun Mahathir berjaya menggerakkan berlakunya tsunami rakyat Malaysia sehingga akhirnya gabungan untuk menyelamatkan negara itu dapat menguasai Putrajaya? (ShahbudinHusin 24/04/2018)

Sunday, April 22, 2018

PRU 14 - GELOMBANG KEARAH PERUBAHAN ......



Tarikh PRU14 sudah ditentukan, semakin menyerlah sokongan rakyat mahukan perubahan. Di mana-manapun program Pakatan Harapan, terutama Jelajah Seluruh Negara – yang kini me masuki fasa kedua – telah dihadiri oleh puluhan ribu rakyat.

Program di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, naik ke Selangor, ke Perak dan Kedah dan juga Pulau Pinang, dibanjiri oleh begitu ramai rakyat.

Bukan semata-mata kerana tarikan aura Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Muhamad, tetapi juga kerana didorong oleh kesedaran rakyat mahukan perubahan justeru disebabkan rakyat merasa amat terbeban dengan keadaan ekonomi negara yang ada sekarang. Harga barangan yang terus naik, demikian juga harga minyak yang tidak menentu, pengangguran, hutang dan pelbagai lagi, menyebabkan rakyat merasa amat tertekan.

Maka bukan saja gelombang kesedar an mahukan perubahan ini diperlihatkan oleh rakyat di program ceramah Pakatan Harapan, tetapi juga tinjauan dan penga matan pelbagai pihak di lapangan, yang merakamkan keluh kesah rakyat, terma suklah di kawasan Felda sendiri yang selama ini dianggap ‘simpanan tetap BN’. Rupanya tidak sekebal mana. Jelajah Pakatan Harapan seluruh negara yang terkini, di Temerluh, Pahang, menampakkan puluhan ribu rakyat membanjiri tempat ceramah dengan gerai-gerai pelbagai jualan dan makanan begitu banyak. Bukan diberi percuma tetapi berbayar.

Begitu juga pengang- kutan seperti bas dan sebagannya. Tidak disediakan percuma, tetapi berbayar.

Setiausaha Agung AMANAH, saudara Anuar Tahir akan bertanding di Parlimen Temerloh. Beliau adalah intelektual dan pejuang lama yang sangat berpengala man serta juga sebagai penulis.

Dari apa yang dilihat, ternyata gel ombang rakyat mahukan perubahan selepas PRU14 ini menghantar isyarat yang sangat jelas. Adapun yang sangat menarik, ialah himpunan rakyat ini telah dihadiri oleh pelbagai kaum, suatu isyarat yang sangat menarik bahawa rakyat pelbagai kaum menerima Pakatan Harapan.

Sementara itu, kita kagum dengan daya tahan fizikal dan mental Tun Dr Mahathir yang kini berumur 93 tahun, masih gagah berceramah panjang penuh semangat, turun menemui rakyat di sebelah petang sebelum berceramah di sebelah malam bersama pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Sebelum ini sambutan yang sangat mengkagumkan diterima dari rakyat Johor, yang selama ini negeri selatan tanah air itu menjadi kubu kuat Umno/ BN sejak zaman berzaman, seperti tidak terkalahkan. Dengan perubahan yang ketara ini menunjukkan kesedaran luar biasa rakyat Johor. Demikian juga negeri lain seluruh negara, hingga ke Perlis.

Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan telah menurunkan para calon terbaiknya yang akan bertanding di peringkat Parlimen mahupun Dun.

Para calon itu, kebanyakkannya golongan muda, terdiri dari kalangan professional – jurutera, peguam, doktor, ahli perniagaan, arkitek dan lain-lain. Para calon terbaik ini ternyata berada dalam Pakatan Harapan.

Dalam masa yang sama penerangan mengenai manifesto Pakatan Harapan sudah disebar luas di tengah rakyat. Dis ampaikan dengan kaedah paling muda difahami oleh rakyat.

Kesimpulannya, kita yakin, PRU14 ini akan membawa perubahan ke arah membela nasib rakyat yang merasa amat tertekan, terutama disebabkan kenaikan harga barang

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA