Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label PO44. Show all posts
Showing posts with label PO44. Show all posts

Friday, May 8, 2015

PERUTUSAN KEMENANGAN DARI AZIZAH



Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, di atas kurnia-Nya, memberi kemenangan kepada calon KEADILAN bagi Pilihan Raya Kecil P.44 Permatang Pauh yang berlangsung hari ini, 7 Mei 2015.

Kemenangan hari ini adalah bukti bahawa rakyat, khususnya pengundi-pengundi di Permatang Pauh, mahukan sebuah Pakatan Rakyat yang kuat.

Kemenangan ini, bukan hanya kemenangan KEADILAN sahaja. Tetapi ianya adalah kemenangan rakyat, yang menentang kezaliman Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar Ibrahim dan ianya merupakan suatu referendum rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), penentangan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Dalam Pilihan Raya Kecil ini, kita menyaksikan peningkatan undi kepada KEADILAN sekitar 4 hingga 5 peratus daripada kalangan masyarakat Melayu, khususnya anak-anak muda.

Ternyata pemenjaraan bermotifkan politik oleh Barisan Nasional terhadap Saudara Anwar, menzahirkan simpati yang tinggi dan ianya adalah bukti bahawa beliau masih relevan kepada rakyat.

Menerusi Pilihan Raya Kecil ini menterjemahkan manifestasi kepada kekecewaan rakyat terhadap kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dipenuhi dengan pelbagai ketirisan, kemewahan pemimpin dan pelbagai skandal, terutamanya skandal 1MDB, yang terkini terpaksa menggunakan dana dari Tabung Haji.

Pilihan Raya Kecil ini adalah pencetus dan pemberi inspirasi kepada sebuah gerakan rakyat yang lebih besar untuk menuntut suatu perubahan yang total, bagi mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh kepimpinan serta pendukung Pakatan Rakyat, daripada KEADILAN, PAS dan DAP yang sejak awal-awal lagi bertungkus lumus membantu kita memenangi pilihan raya ini.

Walaupun saya, Saudara Anwar dan KEADILAN difitnah menerusi media arus perdana setiap hari, walaupun mereka berusaha sedaya upaya memburukkan prestasi saya di Kajang, walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memecah belahkan kesatuan kita dengan pelbagai isu, namun ternyata segala tohmahan mereka tidak berkesan.

Terima kasih kepada pegawai SPR dan polis yang bertugas untuk memastikan Pilihan Raya Kecil ini berjalan lancar.

Bagi pihak KEADILAN, insya Allah segala isu dan permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat sepanjang Pilihan Raya Kecil ini, akan kami tangani seberapa segera. Untuk itu juga kita berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah membuat pengumuman untuk membantu kita di Permatang Pauh ini.

Terima kasih rakyat Permatang Pauh yang sudi menerima Kak Wan untuk kembali berbakti. Reformasi! Hidup Rakyat!

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
Calon KEADILAN Permatang Pauh.

Wednesday, May 6, 2015

UMNO - PRK PERMATANG PAUH PETUNJUK UNTUK PRU 14

PRK Rompin beberapa hari lepas telah mengejudkan kepimpinan UMNO, majoriti undi telah merosot dengan hebatnya, kemenangan di peti undi Felda bertambah, kesimpulannya Felda bukan lagi fixdeposite untuk UMNO, Isa Samad perlu memikikar semula tindak buat dan kerja buat dia kepada peneroka dan perta Felda.

Apakah kesan ini juga akan terjadi di PRK Permatang Pauh? Permatang Pauh hanya selang 2 hari dari PRK Rompin, Permatang Pauh 7 Mei dan 5 adalah di Rompin?

Nampaknya terpenjaranya Anwar membuatkan lagi memberikan kegelisahan kepada kepimpinan UMNO. Apakah Anwar turut memainkan peranan di Rompin dan juga Permatang Pauh?

Betulkah BN Tanpa Asakan Anwar?

Diperhatikan, dengan tiadakannya Anwar telah memberikan kesan samping mau pun kesan terus kepada UMNO itu sendiri. Mana tidaknya adalah kalangan berpendapat masih ada yang rasa tempias dalam pemenjaraan itu, ada juga yang merasa ketiadaan beliau mereka dapat menarik nafas lega dan ada juga memberikan pandangan yang UMNO akan berdepan pula yang mereka akan menghadapi cabarfan baru dalam bentuk "  undi simpati " atau pun undi protes dari kalangan pemilih-pemilih muda.

Yang di khuatiri ialah dengan ketiadaan akan menyebabkan lahirnya lagi ramai penentang, hujah yang lagi hebat, tapi apa mengejudkan ialah dengan kelahiran ahli umno lama dengan kepimpinan, dalam pentadbirn negara, bagitu vokal terhadap tuntutan untuk Najib meletakkan jawatan.Cara langsung Mahathir pernah pada 12 Feb. menyarankan agar Najib mengundurkan diri kerana sudah tidak popular lagi.

Kemengangan di Rompin juga memperlihatkan bagaimana beza pendapat antara PM dan TPM itu sendiri. PM kita sudah menang, TPM kita perlu berfikir semua dengan kemerosotan undi kali ini.

Percanggahan pendapatan ini jelas memperlihatkan ketidak seragamannya mereka berdua.


Umno yang lahir 1946 dan sudah menenpuh 13 PRU dan sudah pun memerintah di semua PRU tersebut dan kini telah melantik PM ke 6. Andarai ini menyebabkan UMNO semakin tua. Dengan itu Umno memerlukan rawatan anti-penuaan yang radikal. Tanpa rawatan Umno akan mati sakit tua. Tetapi kalau menjalani rawatan “stem cell” yang radikal, proses penuaan boleh disekat dan sel-sel baru akan tumbuh bagi memudakannya semula.

Memang tidak dinafikan, kalangan UMNO ada yang merasai ketuan ini dan inginkan penambahbaikan tapi ramai juga kalangan pemimpin yang tak sedar malahan mereka masih di bawah daya fikir zaman sebelumm perang lagi. Andaian ini dapat kita perhatikan dengan kenyata-kenyataan kaitan dengan GST tempoh hari. Cukup memalukan.

Tetapi di kalangan kepemimpinan tertinggi dan ibu pejabat Umno mereka tahu keadaan sebenar cuma mereka tidak tahu atau tidak berani memilih rawatan yang diperlukan.

 Apakah UMNO masih mampu mempetahankan eerusi yang di menangai masa kini? PRU 14 nanti pengundi " remaja " dengan daya fikir " antarabangsa " akan menjadi pemilih sedangkan daya fikir kepimpinan UMNO masih di takuk lama. Jika pendedahan dan Kajian ini tidak diambil tindakan tidak mustahil kerusi parliman dari 88 mungkin hanya tinggal antara 70 atau 60 sahaja

Esok 7 Mei 2015 dengan PRK Permatang Pauh menjadi petunjuk untuk PRU 14 nanti, dan PRK Rombin sudah pun menunjukkan petanda ke arah kemusnahan UMNO.

KETUA PEMBANGKANG - PRK PERMATANG PAUH PENENTU.

Mainan politik, siapa cekap dia dapat, siapa sanggup berpura-pura dia lepas dari segala ikatan dan gangguan, peranan dan daya fikir memainkan peranan untuk memastikan satu satu kejayaan. " kill or to be kill " memamg sudah menjadi mainan dalam politik. sebab itu belum panas ranjang penjara Anwar di Sungai Buluh perancangan sudah di buat, parti-parti gabungan pula sudah seperti anak ayam kehilangan ibu. 

Dengan kehendakNya, berlakulah dua PRK - Rompin dan Permatang Pauh, kebetulan Permatang Pauh kawasan Anwar dan milik PKR dan Rompin pula milik BN dan rakan PAS wakil Pakatan Rakyat. Apakah ini satu ujian untuk PR dan gabungannya serta sejauh mana kemampunan PR dengan ketiadaan Anwar?

Ini adalah kenyataan sulung dari PKR?
" Dalam sidang akhbar selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 10 Februari, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), (Datin Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilaporkan berkata belum ada kepastian yang Mohamed Azmin Mohd Ali akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang menggantikan Anwar kerana keputusan belum dibuat " 

Ketiadaan dan rehatnya DSAI memberi kesan kepada PR, isu mengetuai sebelah pembangkang amat meruncingkan.

Pertama, PR memerlukan ketua yang berwibawa bagi meneruskan kelangsungan (survival) dalam suasana di mana parti-parti anggota masih berbalah mengenai isu-isu ideologi dan dasar.
Kedua, PR memerlukan ketua yang boleh meyakinkan pengundi dan rakyat jelata mengenai kelayakannya memimpin negara.

Ketiadaan DSAI dalam kancah politik Malaysia boleh meninggalkan kesan yang strategik sekali, apa tidaknya kerana sistem demokrasi model Westminster, jawatan Ketua Pembangkang sangat penting kerana penyandang akan dilihat sebagai Perdana Menteri bayangan (shadow Prime Minister) atau Perdana Menteri menanti.

Sejak DSAI di penjarakan ketua pembangkang di parlimen disandang oleh (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang (PAS) 2002–2004,  Lim Kit Siang (DAP) 2004–2008 dan (Datuk Seri) Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) Mar–Jul 2008 dan DSAI ambil ambil selepas di pilih semua sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 2008.

Kesimpulannya, untuk bertindak sebagai Ketua Pembangkang - Pakatan Rakyat telah melahirkan dari ketiga-tiga parti gabungan. Kini PR sudah pasti dalam keliru untuk melantik siapa bagi untuk mengisi kekosongan tersebut. Antara Azmin, Lim Kit Siang dan Hj. Hadi siapakah agknya akan mengisi kekosongan tersebut? Antara mereka bertiga semuanya ada kelebih dan kekuatan.

DSWA bukan ahli Palimen - sudah pasti nama  beliau tidak disenaraikan ( kecuali beliau menang di PRK Permatang Pauh ) Azmin ( kedua-dua dari PKR ) masih muda, kerana tindakan ketua Pembangkang bukanlah jawatan yang ringan dan Mudah. Dengan itu mereka mungkin dari PAS atau DAP. Jadinya Ketua Pembangkang kini cukup memberikan kesan sampingan kepada PR - Kalau Lim Kit Siang dengan kerusi yang terbanyak 38 kerusi sudah pasti mengecewakan PAS, ahli-ahli PAS pula akan rasa tesisih.

Apakah Ketua Pembangkang " memerlukan " jelmaan dan pepolariti DSAI? kalau jawapan " ya " sudah pasti Azmin yang jadi pilihan. Apakah kesan sampingan jika Azmin di latik? Kalau Mohamed Azmin dilantik Ketua Pembangkang ia akan memudakan lagi kepemimpinan PR dan ini akan memberi rangsangan tambahan kepada generasi muda menyokong PR.
Apa pun?

Keputusan perlu dibuat segera atau apakah PR menuggu keputusan PRK Permatang Pauh baru nak buat keputusan?  Bagi Anwar, penjara sudah menjadi darah dagingnya. Bagi beliau, tidak ada keadaan yang tidak menjanjikan kemungkinan. Beliau berpegang kukuh kepada frasa “politics is the art of the possible.”

Thursday, April 30, 2015

PEMUDA PAS - KINI BERSAMA DI PRK PERMATANG PAUH

Ini Dia Pukulan Maut Buat BN Di PRK Permatang Pauh. Langkah Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini, yang bersetuju bekerjasama dengan PKR di Permatang Pauh, diterima baik PAS Pusat dengan pimpinan parti menyifatkan ia contoh "mereka yang berjiwa besar" dan keputusan itu "pukulan maut" kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( gambar atas ) berkata semua sayap di semua peringkat kawasan perlu sentiasa bersikap tegas dalam prinsip dan pada masa sama anjal dalam setiap tindakan tanpa menjejaskan perjalanan organisasi parti.

Katanya, organisasi PAS selama ini dibentuk dengan mengamalkan konsep wala’ pada keputusan parti dan jemaah, iaitu taat pada sesuatu perkara yang diputuskan pimpinan walaupun tidak mempersetujuinya.

"Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang membuat keputusan yang tepat membantu jentera Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan Umno-BN terus tewas di Permatang Pauh.

"Hanya mereka yang berjiwa besar dapat mengamalkan dan menghayati konsep wala’ sepenuhnya," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS Pulau Pinang atas kejayaan mengekalkan semangat wala' itu pada saat yang sukar.

Ini Dia Pukulan Maut Buat BN Di PRK Permatang Pauh

"Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang yang akur dengan keputusan parti merupakan pukulan maut kepada Umno-BN dan medianya yang sememangnya mengharapkan isu ini bakal berlanjutan sehingga hari pengundian," katanya.

Pagi ini, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah mengumumkan menukar pendirian mereka yang sebelum ini tidak menyertai kempen untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Katanya, mereka memutuskan untuk mematuhi pendirian yang ditetapkan pemimpin PAS Pusat dan akan membantu PR memenangkan PKR sambil menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kerusi Parlimen itu tidak jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Yusni mengarahkan jentera dan aset Pemuda PAS negeri dibekukan daripada terlibat dalam semua gerak kerja PRK itu kerana PKR tidak mengendahkan desakan mereka supaya memohon maaf susulan kenyataan mengenai hudud yang dianggap menghina presiden parti.

Pada masa sama, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini turut melahirkan harapan Pemuda PKR menarik balik kenyataan mereka demi meningkatkan keharmonian PR dan pimpinan PKR melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan.

"PAS Pusat mendoakan Pemuda PKR Pulau Pinang juga boleh berlapang dada dan berfikiran matang untuk sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan mengkritik serta campur tangan terhadap masalah dalaman PAS.

"PAS Pusat juga mengharapkan pimpinan tertinggi PKR diberi kekuatan mengambil sesuatu tindakan dalam isu ini bagi menjernihkan lagi suasana sebagaimana yang dilakukan pimpinan PAS demi kejayaan bersama di Permatang Pauh," katanya.

Beliau juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat mengambil pengajaran bersama dan tindakan pembetulan susulan daripada episod tersebut.

Katanya, kerjasama di dalam PR perlu dieratkan dengan memperkukuhkan sikap saling menghormati dasar parti masing-masing bagi menghadapi Umno-BN yang "semakin rakus dan zalim menekan rakyat".

Wednesday, April 29, 2015

PRK PERMATANG PAUH - PKR ADA PELUANG

PRK Permatang Pauh nampaknya lebih diberikan perhatian oleh semua pihak, dari peringkat akar umbi hinggalah kepringkat tertinggi pengurusan parti. Kalau kita lihat di pihak BN, macam-macam janji di janjikan, macam-macam peruntukan di umumkan pengundi parlimen ini akan menerima " durian runtuh " selepas PRK ini.

Memang tidak dinafikan dengan memilih slogan " cukuplah, kali ini kami pulak " seolah-olah BN gagal untuk memberikan kepercayaan kepada pengundi masa ini sedangkan pihak pembangkang di selubungi dengan berbagai-bagai isu, dengan GST, IMBD . Persoalannya sejauh mana pengundi Permatang Pauh boleh menerima slogan tersebut.Tidak ada. Kosong. Hanya sebagai ‘permohonan’ kepada pengundi agar mengubah ‘haluan’ untuk tidak mengundi Pakatan Rakyat dan sebaliknya mengundi BN. Itu saja. Slogan ini seolah-oleh cuba menipu diri sendiri.

 

Penentangan dari pembangkang dengan slogan " say no to GST dan IMBD " dapat menenggelamkan slogan dari BN, serta slogan dari Pembangkan sudah memberikan satu kepuasan kepada pengundi, mungkin pihak DSWA dengan gerombolannya tidak perlu menyusahkan diri dengan berkunjung dari rumah ke rumah untuk " membeli " undi kemenangan. Rakyat sudah tersiksa dengan GST dan tertipu dengan 1MBD. Rakyat tahu. Rakyat bandar tahu. Rakyat luar bandar lagi tahu tentang perit yang dialami oleh mereka selepas pengenalan GST.



Agaknya GST pula sinonim dengan BN (barang naik). Maknanya ‘gandingan’ GST dan BN adalah amat sesuai digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini samada di Rompin atau di Permatang Pauh.
Kesimpulannya, penceremah amat mudah dengan GST itu ialah BN, dan BN itu adalah GST.

PRK di Rompin dan Permatang Pauh juga memudahkan PR kerana adanya ‘penceramah’  yang tidak diundang ia itu Tun Mahathir sendiri. Beliau telah memulakan ‘kempen’ ini beberapa minggu yang lepas dengan menempelak pelaksanaan IMDB oleh kerajaan. Dan telah dijelaskannya tentang ‘malapetaka’ yang ditimbulkan oleh IMDB kepada rakyat Malaysia yang mana kesannya yang amat mendalam ialah tentang rakyat Malaysia dari beberapa generasi yang akan datang yang terpaksa menanggung hutang yang berbilion ringgit.

Cuba kita perhatikan pula siapa DSWA yang di calunkan semula untuk Perlimen Permatang Pauh?
 1- DSWA adalah isteri DSAI- dan DSAI adalah kesayangan pengundi-pendungi di parlimen ini.

2- Anwar lagak seperti Nelson mandela dengan meletakkan Permatang Pauh di tempat yang tinggi dan sentiasa di bibirnya dan masyarakat atau pengundi di sini sentiasa memberikan sokongan padu untuknya. keakraban DSAI dengan masyarakat laskana seperti aur dengan tebing saling perlu memerlukan.
3- DSAI juga sebagai anak kandung pengundi di sini, dan mereka akan terus mempertahankan DSAI dan tidak mempercayaai apa pertuduhan yang diterima olehnya, dengan kata lain pengganti DSAI adalah DSWA atau pun dari kalangan kerabat mereka sendiri.

Bagi MAY gambar ( Mohammad Agus Yusof )  hujjah UMNO kaitan dengan tidak relevennya DSWA untuk menerajui kepimpinan di Permatang Pauh dengan beberpa isu seperti beliau caliun kitar semula, PKR parti keluarga, perjuanga hanya untuk kepastian DSAI. 

Keadaan PR dengan ketidak kesanggupan PAS membantu urusan kempen PRK ini juga di katakan memberi advange kepada UMNO- tapi bagi PKR wakil dari PR hanya dengan menggunakan GST dan BN sudah mempunyai asset yang kuat dalam ceramah dan besar kemungkinan dapat mempengaruhi pengundi itu sendiri.

Rakyat sudah leteh dan penat dengan tipu helah yang di mainkan oleh UMNo dan BN.

Tuesday, April 28, 2015

GST - UMNO TERUS GELISAH

Panas! Pimpinan Tertinggi Umno beri amaran kepada Ahmad Maslan

‎PAGI tadi Ahmad Maslan buat hal lagi, apabila mengeluarkan tweet merapu menuduh peniaga pro pembangkang sebagai punca kenaikan harga barang — peniaga pro pembangkang naikkan harga barang
Barangkali kerana bimbang dengan keghairahan Ahmad Maslan yang berterusan mengeluarkan kenyataan bodoh tentang GST, beliau dilaporkan telah diberi amaran oleh pimpinan tertinggi Umno‎.

Kenyataan bodoh Ahmad Maslan tentang GST dibimbangi akan mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional di PRK Rompin, serta menggagalkan cita-cita BN untuk menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Nampaknya pemimpin tertinggi Umno‎ sendiri tidak sanggup mempertahankan cukai GST yang sebelum ini bermati-matian didukung dan disokong oleh mereka.

Bila majoriti rakyat‎ tidak menyokong perkara yang dikatakan baik oleh kerajaan, itu tandanya kerajaan sedang 'syok sendiri' dan tidak memahami suara hati rakyat.

Bantah cukai rakus! #BantahGST — Pastikan BN kalah teruk di PRK Permatang Pauh dan Rompin

Jangan lupa! 
Tandatangan dan sebarkan, 

Monday, April 27, 2015

GST - KESAN DI PRK ROMPIN DAN PERMATANG PAUH

PILIHAN Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh dan Rompin sangat istimewa. Ia diadakan di kala pihak pembangkang mempunyai segudang isu, semuanya besar-besar belaka. Jika himpunan isu seperti itu berada di sebuah negara demokrasi selain Malaysia, maka hampir pasti parti kerajaan kalah dengan mudah.
Sekarang adalah ketika rakyat umumnya sangat marah dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang baru diperkenalkan pada 1 April 2015.


Janji para pemimpin BN, bila buat GST harga barang turun. Sebaliknya yang berlaku harga barang terus naik; sama ada naik kerana GST atau naik kerana kesan kenaikan GST. Para menteri, khususnya menteri penerangan menjadi sasaran serangan rakyat Malaysia saban hari.

Isu skandal kewangan yang berbilion-bilion sekalipun besar nilainya, sukar untuk menembusi hati nurani rakyat kerana mereka tidak faham. Isu kenaikan harga barang dan tekanan hidup serta segala akibat darinya betul-betul menimpa batang hidung rakyat.

Maka rakyat mudah untuk faham tanpa perlu pembangkang atur ceramah untuk fahamkan. Memang ada yang masih buta hati akibat menyokong kerajaan BN macam menganut sesuatu agama sehingga terus redho dengan kezaliman kerajaan terhadap mereka. Namun golongan itu semakin mengecil.
Golongan yang semakin besar ialah pihak yang membenci tindakan kerajaan kenakan GST.

Lagi isu besar adalah semua perkara yang berkaitan dengan Perdana Menteri yang dijadikan Segudang isu, belum tentu dapat membantu bahan serangan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Isu 1MDB, kekayaan keluarga Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, pembelian jet mewah, Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar, kejatuhan nilai ringgit, hutang negara, BR1M dan desakan letak jawatan – semua itu adalah isu besar setelah dimainkan oleh tokoh besar.

Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sanusi Junid yang turut membantu kempen Mahathir juga adalah tokoh-tokoh besar. Bahan percakapan mereka dalam mengulas isu Najib juga banyak boleh membantu Pakatan Rakyat. Daim dengan tegas nyatakan, bahawa satu saja punca kejatuhan nilai ringgit, iaitu rakyat tidak percaya pada kerajaan!
Lagi bekas Menteri Kewangan yang turut membidas kerajaan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, hutang negara Malaysia pada 2015 iaitu sebanyak RM847.9 bilion meletakkan negara dalam keadaan bahaya. Jumlah tersebut merupakan 63.8 peratus dari GDP. “Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia sehingga negara maju seper ti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah” dengan Malaysia,” ujar Ku Li.
Baru-baru ini kerajaan “mengganas” terhadap ramai aktivis kemanusiaan dan politik dengan memperalatkan Akta Hasutan.
Kira-kira 100 telah ditahan dan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah. Itu juga isu besar.

Selepas itu muncul pula akta baru jelmaan ISA yang sudah mati iaitu Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Akta ini juga membenarkan penahanan tanpa bicara.
Orang yang dituduh tidak berhak membela diri. Undang-undang seperti ini pernah wujud di zaman Firaun, manusia zalim yang Allah rakamkan dalam al-Quran.
Kes liwat II Anwar yang memaksa beliau merengkok dalam penjara juga isu besar, namun ia tidak begitu berkesan untuk menarik simpati berbanding tahun 90- an dahulu. Mungkin zaman sudah berubah.

Isu paling besar dalam negara ketika ini ialah serangan Mahathir terhadap Perdana Menteri Najib. Ia mewujudkan blok yang berpihak kepada Najib atau menentangnya.
Di Kedah, pergolakan itu bawa kesan besar kerana menteri besarnya adalah anak Mahathir yang melawan Najib.

Majoriti bahagian Umno sudah sepakat untuk menolak Mukhriz jika beliau enggan nyatakan sokongan untuk Najib. Dengan lambakan isu-isu yang besar itu adakah Pakatan Rakyat akan menang dengan selesa di Permatang Pauh dan memberi cabaran hebat di Rompin? Hakikatnya, isu bukanlah segalanya.
Sebahagian besar orang Melayu khususnya lebih kuat makan umpan dari makan isu.
Maka kekuatan jentera pilihan raya juga sangat penting dalam menentukan keputusan pilihan raya. Isu memang memihak kepada Pakatan, tetapi cabaran Pakatan kali ini ialah kesepaduan kerjasama antara parti-parti komponen yang tidak memihak pula. Langkah Kajang pernah merencatkan kesepaduan.

Ia diikuti isu pilihan raya kerajaan tempatan. Kini isu hudud pula.
PRK kali ini boleh membuka petunjuk baru berhubung kesan perpecahan dalaman terhadap keputusan pilihan raya.

Pemerhati politik benar-benar berminat terhadap keputusan PRK di Permatang Pauh nanti kerana ketiga-tiga parti komponen memainkan peranan yang sama penting.
Jika keputusan tidak baik bagi Pakatan, terpulanglah pada parti komponen Pakatan sama ada mahu terus bersengketa atau mencari kejernihan. Keputusan PRK jadi testimoni.
Di Rompin, pihak yang diuji adalah para pengundi Melayu.

Keputusannya nanti boleh jadi kayu ukur sama ada Melayu sudah cerdik atau boleh terus diperbodohkan. Keputusan Permatang Pauh dan Rompin, kedua-duanya menarik untuk dianalisis.

Saturday, April 25, 2015

KENAPA DSWA DI CALUNKAN SEMULA DI P044

Kenapa Azizah wajar jadi calon
Saya menyokong kuat ketika Anwar Ibrahim dicadangkan untuk menjadi calon pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada tahun lalu. Dan kemudian Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Projek untuk menjadikan Anwar calon ini gagal. Anwar Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah.

Justeru, sokongan saya beralih. Tulisan saya beralih. Propaganda dan selebaran saya beralih. Sokongan saya beralih dari Anwar Ibrahim ke Wan Azizah. Saya terus menyokong Dr Wan Azizah dari menjadi calon N25 Kajang hingga ke kerusi menteri besar.

Kali ini secara terbuka saya nyatakan saya mahu dan menyokong Dr Wan Azizah menjadi calon di PRK Permatang Pauh. Saya juga mahu Dr Wan Azizah menang. Tulisan ini adalah tanda pertama dalam usaha saya memberi sokongan ini. Dalam tulisan ini juga saya cuba memberi pencerahan kepada ahli parti dan orang ramai tentang kenapa Wan Azizah wajib dicalonkan di Permatang Pauh.

Saya bukan orang parti. Tetapi saya menyokong langkah untuk menjadikan presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai calon P044 di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil yang akan datang ini. Bagi saya, jika Dr Wan Azizah tidak dicalonkan pada Sabtu 25 hari bulan ini, maka ini kesilapan politik yang amat besar. Saya ulangi, satu kesilapan politik.

Kenapa dan mengapa saya menulis ayat-ayat ini? Apakah saya tidak sedar akan makna dari apa yang saya cadangkan ini?

Saya amat sedar tentang apa yang saya tulis ini. Malah saya menulis untuk memperluaskan lagi kesedaran saya ini. Saya mahu mempengaruhi para pengundi di Permatang Pauh dan juga sesiapa sahaja yang tidak faham kenapa Dr Wan Azizah wajib menjadi calon.

Pandangan saya, Dr Wan Azizah Wan Ismail wajib menjadi calon kerana Anwar Ibrahim. Sebab utama kenapa Dr Wan Azizah dicalonkan ialah Anwar Ibrahim. Bila saya menulis ini mungkin ada sosok-sosok yang beranggapan bahawa saya ini 'tukang kipas' atau ' kaki bodek'. Ini satu kesilapan membaca politik. Bodek dan kipas bukan mazhab politik saya.

Ketika saya menulis ini Anwar Ibrahim dalam penjara. Anwar Ibrahim dipenjara atas tuduhan meliwat. Ini satu tuduhan lawak. Ramai yang ketawa apabila membaca tuduhan ini. Kalau tidak percaya siapa ketawa, sila tanya Hishammuddin Hussein, menteri pertahanan kita. Atau sila pergi tanya menteri besar Johor Khaled Nordin. Mereka ketawa atau tidak ketika Anwar dijatuhkan hukuman kerana liwat? Jika masih belum puas ketawa sila tanya YB Azalina Osman wakil Pengerang.

Dalam bacaan politik yang betul, Anwar Ibrahim sengaja dipenjarakan kerana Anwar telah belot bukan kerana Anwar meliwat. Kata kunci di sini ialah belot dan bukan liwat.

Anwar Ibrahim ialah bekas timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden parti United Malays National Organisation. Selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bergelumang dalam sarang penyamun dan perompak. Anwar tahu cara menyamun dan merompak. Anwar akhirnya belot pada tahun 1998. Anwar tidak mahu lagi bersama gerombolan penyamun dan perompak.

Pembelotan Anwar ini menyebabkan gerombolan penyamun dan perompak ini hilang Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Gerombolan ini juga hilang kuasa majoriti dua pertiga dalam Parlimen.

Paling menyedihkan ialah kehilangan Selangor – wilayah terkaya di Malaysia dan terkaya di Asia Tenggara. Selangor – yang semenjak zaman berzaman menjadi lubuk emas serta tempat mencari dan menjual projek. Kini Selangor dikawal dan ditadbir oleh Pakatan. Semua ini terjadi kerana Anwar Ibrahim. Semua ini berlaku kerana Anwar belot.


Justeru Anwar wajib dipadamkan dari nyawa dan badan politik Melayu-Islam-Bumiputera. Anwar wajib dimatikan dari politik Malaysia. Anwar Ibrahim wajib dihapuskan dari nadi politik Asia Tenggara. Anwar Ibrahim wajib dihilangkan dari politik negara-negara Islam. Anwar Ibrahim wajib diketepikan dari arena politik antarabangsa. Jalan terbaik ialah menuduh Anwar meliwat. Jalan terbaik ialah Anwar wajib disimpan dalam penjara.

Memenjarakan Anwar Ibrahim di Sungai Buluh bermakna memadamkan nama Anwar Ibrahim dari ingatan anak anak muda Malaysia. Generasi yang teringat akan Anwar bertugas sebagai menteri pelajaran, sebagai menteri kewangan atau sebagai timbalan perdana menteri masih ada tetapi ingatan ini semakin susut. Tidak sesegar 1998.

Justeru memenjarakan Anwar Ibrahim, once and for all, untuk sekali rembat, nama Anwar Ibrahim akan dihapuskan dari mulut politik rakyat Malaysia.

Cita-cita United Malays National Organisation ialah memadamkan Anwar Ibrahim dari ingatan. Memenjarakan Anwar Ibrahim dapat menjadikan pengaruh politik sosok Anwar yang telah memporak perandakan United Malays National Organisation ditamatkan.

Ingatan kolektif tentang Anwar Ibrahim wajib dilupuskan. Generasi muda, anak pelajar, anak mahasiswa, akan tidak tahu sama sekali sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini. Semua wajib digelapkan.

Sesiapa yang membaca Salalatus Salatin atau Sejarah Melayu akan teringat akan sultan Melaka. Jika sultan murka maka si polan yang menjadi sasaran akan dibunuh satu keluarga. Tidak cukup dengan ini sultan akan memerintahkan agar rumah si polan ini dibuang ke laut. Tidak cukup dengan ini tapak rumah juga akan dibuang ke laut.


Kezaliman ini terjadi di zaman kerajaan Melayu Melaka. Hari ini jika boleh, Anwar Ibrahim, anak anak dan kaum keluarga Anwar Ibrahim juga akan dibuang ke laut dan termasuk rumah-rumah mereka sekali. Inilah sebenarnya cita-cita dan niat gerombolan Ketuanan Melayu. Inilah cara terbaik untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim dari pentas politik Malaysia.

Kerana ini niat United Malays National Organisation, maka apa sahaja niat gerombolan ini maka kita wajib lakukan sebaliknya. Jika gerombolan ini mahu hitam kita wajib mahu putih. Jika gerombolan ini mahu babi maka kita wajib mahu harimau. Jangan sesekali kita terperangkap dengan niat dan cita-cita mereka.

Dr Wan Azizah adalah Anwar Ibrahim. Wan Azizah mewakili Permatang Pauh bermakna Anwar Ibrahim masih lagi mewakili Permatang Pauh. Jika tidak ada Wan Azizah maka kita calonkan Nurul Izah. Jika bukan Nurul jika calonkan Nurul Nuha. Apakah ini keterlaluan?

Tidak, ini bertujuan untuk kita terus menghidupkan nama Anwar Ibrahim dalam persada politik Malaysia dan politik antarabangsa.

Apakah para pembaca terlupa, apabila Nurul Izzah dilokap di Jinjang, sebanyak 35 media besar dunia telah menulis dan melapor “daughter of Anwar Ibrahim detained” (anak Anwar Ibrahim ditangkap). Dalam perang propaganda politik ini yang kita mahukan.

Saya sedar ada yang beranggapan jika Wan Azizah menjadi calon ini adalah amalan kroni. Parti Keadilan Rakyat akan dilihat parti kaum keluarga. Memang betul Wan Azizah ialah isteri kepada Awar Ibrahim. Kita tidak mencalonkan Siti Saodah penjual nasi lemak dari Kubang Semang. Kita calonkan Dr Wan Azizah kerana dia isteri Anwar. Kita mengangkat Nurul Izzah atau Nurul Nuha kerana mereka anak Anwar Ibrahim.

Kita lakukan ini dengan penuh kesedaran politik. Kita pilih mereka dengan kesedaran politik dan strategi untuk menumpaskan cita-cita jahat United Malaya National Organmistion yang merancang untuk menghapuskan nama Anwar Ibrahim.

Gerombolan Ketuanan Melayu tahu bahawa Wan Azizh adalah calon menang untuk PKR. Justeru mereka berharap PKR akan jadi bodoh untuk meletakkan Mak Jah dari Kampung Mengkuang Mati sebagai calon.

Kepada yang menganggap Dr Wan Azizah ini adalah calon kroni, sebenarnya mereka ini tidak faham tahap perkembangan sosioekonomi Tanah Melayu. Mereka termakan propaganda sengkek akhbar United Malays National Organisation.

Harus diakui pada hari ini - tahun 2015 - Tanah Melayu masih lagi di tahap ekonomi separuh feudal dan separuh kolonial. Tahap ini bukan sahaja di Tanah Melayu, malah watak ekonomi ini wujud di Indonesia, Sri Lanka, India, Bangladesh atau Pakistan. Tahap ekonomi sebegini melahirkan budaya separuh feudal dan separuh kolonial.

Dalam budaya separuh feudal ini nama keluarga amat penting. Pertalian darah amat penting. Justeru di Pakistan kita ada keluarga Bhutto, di India kita ada Ghandi, di Bangladesh kita ada Mujibur. Di Indonesia kita ada Megawati, di Filipina kita ada Macapagal dan Aquino. Di Tanah Melayu kita ada Najib, Hishamuddin, Khairy Jamaluddin, Lim Guan Eng, Dr Tan, Nurul Izzah, Gobind Singh, Affendi Nawawi, Musa Aman dan Kitingan.

Nama-nama ini adalah pemain politik dalam negara kita. Mereka ini muncul dari budaya feudal.

Bukan satu jenayah untuk dilahirkan sebagai anak atau menantu perdana menteri. Bukan juga jenayah jika dilahirkan dalam keluarga politik. Inilah hakikat tahap sosiobudaya dalam negara kita pada ketika ini. Tahap ini wajib kita lalui dan kita terima.

Apakah ini budaya yang baik? Untuk saya pada ketika ini bukan persoalan sama ada ini baik atau tidak. Untuk saya pada tahap ini yang wajib kita bincangkan ialah bagaimana boleh menggunakan jalur budaya ini untuk menumbangkan kerajaan United Malays National Organisation.

Tujuan kita menumbangkan kuasa parti ketuanan Melayu ini ialah untuk melahirkan budaya keunggulan sosok yang berfikrah. Sosok yang dijadikan pemimpin kerana keupayaan, kerana merit bukan kerana nama keluarga atau kerana menantu PM, anak PM atau anak menteri.

Mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail di P044 Permatang Pauh adalah sebahagian dari perancangan jangka panjang untuk menggagalkan rancangan jangka pendek United Malaya National Organisation. Rancangan jangka pendek gerombolan Ketuanan Melayu ialah agar kita semua melupakan Anwar Ibrahim. -Hishamuddin Rais/mk

DARI PERMATANG PAUH


RAKAMAN : SUASANA PENAMAAN CALON PARLIMEN 044 PERMATANG PAUH. 







Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA