Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label RASUAH. Show all posts
Showing posts with label RASUAH. Show all posts

Wednesday, October 24, 2018

PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN UTK ZAHID

Kes Zahid Hamidi: Menyelak syarikat 'misteri' Mastoro Kenny 

Mastoro Kenny – apa sebenarnya syarikat 'misteri' ini? 

Persoalan ini timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa syarikat ini membayar RM13.25 juta kepada Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan projek MyEG. 

MyEG bagaimanapun dalam kenyataan di Bursa Malaysia selepas itu berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan syarikat itu dan tidak pernah berurusan dengannya. 

Carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat perunding teknologi maklumat (IT) itu turut membekalkan perisian, membina laman web dan membekalkan aksesori komputer. 

Malaysiakini mengenal pasti pemiliknya M Kumaraguru, 46, sebagai orang yang sama yang memiliki syarikat Mentari Maju Textiles. 

Sebagai pemilik Mentari Maju, dia telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 14 Mac lalu. 

Beliau dilapor melakukan kesalahan itu antara 17 Januari hingga 23 Februari 2017. 

Ia kebetulan waktu yang sama ketika Mastoro Kenny didakwa membayar RM13.25 juta kepada Zahid. 

Menurut pertuduhan kedua dan ketiga melibatkan Mastoro Kenny, Zahid dikatakan menerima 23 cek yang keseluruhannya bernilai RM13 juta antara 7 Disember 2016 hingga 8 Februari 2017. 

Dalam pertuduhan pertama pula, Zahid dikatakan menerima RM250,000 pada 15 Julai 2016. 

Pemberian itu dibuat sebulan sebelum Kumaraguru mendaftarkan Mastoro Kenny pada 19 Ogos tahun itu.

 Alamatnya didaftarkan di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. 

Setakat ini masih belum jelas projek apa yang dipercayai SPRM cuba diperoleh dari MyEG dengan memberikan wang kepada Zahid. 

Kedua-dua syarikat itu, Mastoro Kenny atau Mentari Maju Textiles, tidak wujud di alam maya.

 Menurut SSM juga, pendaftaran kedua-dua syarikat itu juga tamat pada 18 Ogos 2017 dan 11 Julai tahun yang sama. 

Pertuduhan terhadap Zahid melibatkan Mastoro Kenny adalah berkaitan kesalahan menerima suapan. 

Jika sabit kesalahan, Zahid boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. 


Zahid berdepan lapan pertuduhan menerima suapan, 10 pertuduhan pecah amanah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram. -malaysiakini


Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Monday, May 21, 2018

LAGI ISU RASUAH - KINI DI MINDEF PULA......



ULASAN | Centre for Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) melihat pelantikan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan yang baru adalah satu perkembangan yang baik dalam demokrasi negara ini. 

 Beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu amat lantang mempersoalkan salah laku dan pembaziran wang yang berlaku semasa era Umno-BN sebelum ini. 

 Sudah pasti, amalan pembaziran wang dan salah guna kuasa dalam tadbir urus sebelum ini perlulah diberikan siasatan penuh agar dapat dibentuk polisi pengurusan baru di dalam Kementerian Pertahanan (Mindef). 

 COMPETENT menyeru menteri pertahanan agar dapat membuka kembali fail siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang telah membuat teguran berkenaan harga yang terlalu mahal. 

 Dilaporkan bahawa harganya adalah RM690,000.00 seunit sedangkan baginda Sultan pernah membelinya dengan harga RM150,000.00 sahaja. 

 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan pada waktu itu turut berjanji akan membuka kertas siasatan namun kes tersebut kelihatan seperti ditutup terus. 9 Kaji polisi komisen 

 Begitu juga kes berkenaan pembelian 257 unit Armored Personnel Vehicle daripada syarikat Turki yang berharga RM7.5 bilion. Harga tersebut dikatakan naik mendadak daripada harga asal sebanyak RM1.76 bilion seperti yang dilaporkan oleh akhbar Turki sewaktu perjanjian ditandatangani pada 2011. 

 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada waktu itu, Tony Pua, pernah mempersoalkan perkara ini di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri pertahanan pada ketika itu. 

 COMPETENT juga menggesa Mindef untuk mengkaji polisi komisen yang melampau kepada syarikat orang tengah yang menjadi broker kepada pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

 Perkara ini juga telah menjadi buah mulut rakyat apabila Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Razak Baginda yang juga sahabat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, mendapat ‘habuan’ sebanyak Euro114 juta (atau RM535 juta mengikut kadar hari ini) dalam proses pembelian dua unit kapal selam Scorpene. 

 Skandal ini menjadi lebih hangat lagi apabila Razak Baginda dikaitkan pula dengan kematian mendiang Altantunyaa Sharibu yang masih menjadi misteri sehingga kini. 

 Gagal tunai perjanjian 

 COMPETENT turut mendesak supaya pembekal atau kontraktor kepada Mindef yang pernah terlibat dengan projek sakit disenaraihitamkan dan disaman untuk kerugian yang ditanggung. 

 Sebagai contoh, projek pembinaan 27 unit Patrol Vessels yang berharga hampir RM1 bilion setiap unit yang gagal disempurnakan mengikut jadual oleh syarikat PSC-Naval Dockyard. 

 Syarikat ini dimiliki oleh Tan Sri Amin Shah yang diketahui sebagai kroni besar Umno-BN. Syarikat hak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, akhirnya terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard untuk memastikan kelancaran projek tersebut. 

 Negara kita juga mengalami kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat hak milik tokoh wanita Umno, Raja Ropiaah, yang langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan. 

 Skandal ini hangat diperkatakan di media apabila didedahkan oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah) yang marah kerana Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan PUSPAHANAS tersebut. 

Sekali lagi anak syarikat LTAT terpaksa mengambil alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek. 

 Akhirnya, COMPETENT mengharapkan agar satu tadbir urus yang cekap dan berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik (best practices) dapat dijadikan amalan di Mindef dan aset-aset yang terbaik turut dapat disediakan dan diselenggara untuk kegunaan perwira-perwira negara dalam angkatan tentera.

 Wan Anwar Wan Ibrahim adalah Ketua Eksekutif Centre For Malaysian Political And Economic Transcendence (COMPETENT) dan merupakan Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara. 

Malaysiakini - Oleh Wan Anwar Wan Ibrahim 

Thursday, March 8, 2018

PENGARAH JSJ - DIMANA SILAPNYA

Wan Ahmad Najmuddin Mohd (tengah) adalah ketua polis Johor ketika beliau
meminta bantuan seorang rakan rapat, warga India untuk mengendalikan urusan
pemindahan wang di Australia pada 2016. – The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

 SEJUMLAH 54 transaksi, setiap satu di bawah paras AU$10,000(RM30,210). Di negara mana sekali pun di dunia ini, ia sudah tentu mencetuskan rasa keraguan, dan syak wasangka. 

 Apatah lagi jika ia akaun seorang pegawai polis.

 Wan Ahmad Najmuddin Mohd ialah pegawai polis kanan, bukan anggota biasa. Beliau pernah menjadi ketua polis Johor dan kini mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). 

 Bukan itu saja, beliau memberitahu pihak berkuasa Australia bahawa beliau tidak akan menuntut AU$320,000 yang dirampas. Walaupun ia hasil daripada penjualan rumahnya dan hendak digunakan untuk membiayai pendidikan anaknya. 

 Polis Malaysia membebaskannya daripada segala salah laku sementara Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata Wan Ahmad “naif” tentang perundangan di Australia. 

 Isu Wan Ahmad menjadi tumpuan minggu lalu selepas Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia merampas wang itu selepas disyaki akaun bank miliknya di Sydney terbabit dalam penggubahan wang haram. 

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low yang bertanggungjawab memantau kegiatan anti rasuah di negara ini berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat kes itu. Pandangannya itu dikongsi beberapa kumpulan persatuan sivil. 

 Berikut antara fakta kes itu, kenyataan daripada pihak berkuasa Malaysia dan persoalan yang kekal tidak berjawab : 

 SMH melaporkan Wan Ahmad membuka akaun “Goal Saver” di Commonwealth Bank pada 2011, menggunakan alamat di Bankstown dan kemudian Glebe di Sydney. Sejak 2011, Wan Ahmad berkunjung ke Australia sembilan kali, biasanya menggunakan visa pelancong, dan berada di sana kurang seminggu, dan kadangkala dengan wang tunai yang banyak.

Sepanjang tiga perjalanan pada 2011 dan 2012, beliau mengisytiharkan AU$112,000 (RM338,357) kepada kastam Australia. Beliau membuka akaun ketika salah satu lawatan itu menggunakan namanya sendiri di Commonwealth Bank cawangan Haymarket di Sydney. Wang itu katanya bagi pengajian bidang penerbangan untuk anak lelakinya. 

 Pada Disember 2012, sehari selepas tiba di Australia, sebanyak AU$30,000 (RM90,631) dimasukkan ke akaunnya dari beberapa lokasi berbeza iaitu Merrylands, Ryde, Strathfield dan Burwood. Sejumlah AUD$8,000 (RM24,167) dikeluarkan di Haymarket.

Ketua Polis Negara (KPN) Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan sehari selepas laporan SMH disiarkan. Beliau mempertahankan pengarah JSJ itu dan berkata siasatan dalaman diadakan dan Wan Ahmad dibebaskan daripada segala salah laku.

 KPN juga berkata wang itu diperoleh daripada jualan rumah Wan Ahmad di Shah Alam, yang dijual pada harga RM700,000 (AU$260,770). 

 SOALAN: Dari mana Wan Ahmad memperoleh RM338,357 yang diisytiharkan kepada kastam Australia pada 2011 dan 2012? Adakah ia juga hasil jualan rumahnya? Siapa memasukkan wang itu ke dalam akaun Wan Ahmad? Dan kenapa deposit itu dibuat di beberapa cawangan sekitar Australia. 

 Aliran wang itu tidak terhenti di situ. Satu afidavit yang dilihat oleh SMH kemudian mendedahkan wang kembali masuk ke akaun berkenaan pada 2016, selepas ia tidak aktif selama beberapa tahun. 

 Kali ini, deposit dibuat di lima daerah berbeza dari Biloela di Queensland hingga ke Devonport di tara Tasmania ke Lakemba di barat Sydney dan Melbourne, enam hari selepas Wan Ahmad berkunjung ke Australia pada September 2016.

 Terdapat 54 transaksi, setiap satu deposit di bawah paras AU$10,000 (RM30,210). Jumlah di atas paras itu akan mencetuskan perhatian daripada pihak berkuasa Australia. Dalam tempoh sebulan saja, jumlah yang dimasukkan ke akaun Wan Ahmad ialah AU$290,000 (RM875,961). Wang itu dikatakan untuk program pengajian sarjana anak perempuannya. 

 SMH juga melaporkan bahawa siasatan mendapati Wan Ahmad pada ketika itu ketua polis Johor meminta bantuan seorang rakan rapat, warga India bernama Seenisirajudeen Mohamad Basith untuk mengendalikan urusan pemindahan wang itu, yang kemudiannya pulang ke India. 

 SOALAN: Siapa Seenisirajudeen Mohamad Basith? Kenapa tidak Wan Ahmad pindahkan saja wang dari bank Malaysia ke banknya di Sydney? Apa yang cuba dielaknya? Dan sekali lagi, adakah RM875,961 itu juga hasil jualan rumahnya? 

 SMH juga melaporkan Wan Ahmad tidak mahu menuntut semula wangnya atas alasan mudah iaitu tindakan mahkamah terlalu mahal. 

 SOALAN: Siapa agaknya yang dengan sewenang-wenangnya melepaskan wang hampir RM1 juta? Siapa pula akan membiayai pengajian anak perempuannya? Adakah pengajian itu akan ditangguhkan? 

 Menurut sumber yang tahu tentang transaksi seperti itu, biasanya orang akan mengelak cara konvensional memindahkan wang (bank ke bank) kerana jumlah yang besar, seperti dalam kes Wan Ahmad, akan mendapat perhatian daripada Bank Negara Malaysia dan agensi kerajaan lain. 

 “Akan ada terlalu banyak soalan untuk dijawab. Dari mana wang itu datang? Kenapa ia dihantar ke luar negara? Bukti dan dokumen perlu disediakan.

 “Terlalu leceh dan birokrasi. Jadi untuk elak semua itu, mereka dapatkan bantuan rakan yang kaya dan tinggal di negara berkenaan untuk membuat deposit ke akaun.

 “Jumlah yang terlibat akan dibayar oleh pengirim kepada rakannya di sini. Mudah, tidak ada soalan ditanya,” kata sumber.

 Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata Wan Ahmad Najmuddin Mohd naif tentang perundangan di Australia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

 Dalam mempertahankan Wan Ahmad, timbalan perdana menteri berkata pegawai itu naif tentang undang-undang Australia ketika memindahkan wang ke negara itu bagi membiayai pengajian anak-anaknya. 

 “Perkara ini timbul sejak 2016, Wan Ahmad ada sebut sumber sebenar wang itu dengan penjualan rumah untuk biaya pendidikan anaknya di Australia, cuma undang-undang di negara itu jika ada transaksi lebih daripada AU$10,000, ia harus mendapat kebenaran khusus. 

 “Tapi dia (Wan Ahmad) menjelaskan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa dan juga secara peribadi kepada saya sendiri. Kita terima penjelasannya dengan niat yang amat baik,” kata Zahid. 

 SPRM juga berkata tidak ada keperluan untuk menyiasat Wan Ahmad kerana beliau dibebaskan daripada salah laku oleh siasatan dalaman polis. 

 The Malaysian Insight cuba untuk menghubungi Wan Ahmad beberapa kali tetapi setakat ini belum mendapat respons. – 6 Mac, 2018. ~ Themalaysianinsight

 Nota : Sprm mula siasat kes akaun Pengarah Bukit Aman

Monday, February 26, 2018

RASUAH, RASUH, RASUAH DI MANA LETAKNYA MALAYSIA.....


BENARKAH?

Mahfuz Omar and Salahuddin Ayub jailed for opposing Mahathir – Malaysia Today


INDEKS PERSEPSI RASUAH NEGARA (CPI) JATUH MERUDUM: 

PERASUAH KEKAL SEBAGAI MO1


1. Kedudukan Malaysia yang jatuh sebanyak tujuh tangga dalam indeks rasuah dengan kini berada di kedudukan ke 62 di bawah Greece daripada 180 buah negara amat memalukan dan menjatuhkan maruah Malaysia. Kedudukan ini menjadikan prestasi negara menjadi yang terburuk dalam tempoh lima tahun lepas.

2. Malaysia hanya mencatat skor 47 daripada 100 dalam tinjauan CPI tahun lalu, menurun dua mata berbanding 49 pada 2016 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 yang dikeluarkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M), sebuah badan yang mengkaji tahap rasuah di negara-negara di dunia ini yang berpangkalan di Berlin, Jerman. Pertubuhan ini mentakrifkan rasuah sebagai "penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan peribadi".

Walaupun Malaysia berada pada kedudukan ke tiga dalam kalangan 10 buah negara Asean, namun ia masih jauh ketinggalan daripada negara-negara lain. 

3. Menghairankan apabila Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi respons terkejut dengan pengumuman kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan beliau sebenarnya  gagal memahami peranan sebenar SPRM atau buat-buat tidak faham dengan alasan data tersebut ‘tidak berpijak di bumi yang nyata' kerana SPRM telah bertindak agresif dengan pelbagai tangkapan yang dilakukan oleh pihaknya sejak dua tahun lalu tetapi pengumuman CPI negara membuktikan usaha SPRM itu tidak memberi kesan dalam menurunkan kadar rasuah negara dan kedudukan ke-62 setaraf negara komunis Cuba.

4. Dalam hal ini, elok jika Tan Sri Dzulkifli Ahmad belajar daripada Pengerusi TI-M Datuk Akhbar Satar yang mana dalam kenyataannya beliau menjelaskan  kegagalan Malaysia untuk menyelesaikan skandal rasuah berskala besar membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji, skandal Felda serta Jabatan Air Negeri Sabah menyumbang kepada prestasi buruk Malaysia.

Datuk Akhbar Satar turut mengakui bahawa kedudukan Malaysia akan terus jatuh dalam tempoh beberapa tahun lagi jika skandal yang membabitkan dana awam ini tidak diselesaikan segera.

EPISOD 'MAHARAJA LAWAK 2018', PERASUAH IKRAR LAWAN RASUAH

5. Pengumuman CPI 2017 membuktikan kegagalan SPRM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selama ini. Tan Sri Dzulkifli tidak perlu berdolak dalik dengan menyalahkan data CPI TI-M atau mencadangkan mewujudkan indeks rasuah khas 'ala SPRM'. 

Cadangan beliau bukan boleh selesaikan masalah, tetapi sekadar melarikan diri dari masalah. Sepatutnya beliau fokus dengan masalah yang dibangkitkan, iaitu selesaikan kes-kes berat yang menyebabkan rasuah negara jatuh merudum dan bukan untuk melarikan diri. Apa yang SPRM lakukan hanya majlis tandatangan dan ikrar bebas dan lawan rasuah sedangkan sebahagian yang berikrar adalah perasuah. 

Penyumbang terbesar kejatuhan CPI negara adalah dengan membiarkan perasuah memimpin negara dan berikrar lawan serta bebas rasuah diwaktu mereka itu adalah pemakan najis rasuah.

6. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh SPRM ialah tindakan kepada perasuah negara bukannya meminta perasuah berkuasa berikrar lawan rasuah. Ambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin berprofil tinggi termasuk mereka yang berjawatan menteri hatta Perdana Menteri sendiri.  

Jangan hanya garang dan agresif terhadap penjawat awam, pemimpin pembangkang dan ahli politik pertengahan tetapi apabila berhadapan dengan pembesar utama negara, SPRM ‘kecut perut’ dan diam membisu.

Sikap berpilih-pilih SPRM terhadap rasuah menjadi sebab indeks rasuah negara jatuh merudum walaupun mereka menangkap beratus orang sehari tetapi membiarkan perasuah kekal sebagai MO1.

7. SPRM perlu buktikan kepada rakyat dan dunia bahawa Malaysia bebas dari kepompong pemimpin klaptokrat, korup, menindas, menyeleweng, rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM mesti tegas dan bertindak adil kepada semua pihak, tanpa mengira siapa dan latar belakang mereka.

Tidak ada nilai Malaysia menjadi sebuah negara maju atau membangun, tetapi dari sudut integriti kualiti Malaysia sama seperti negara dunia ketiga sahaja. 

Jika Malaysia berterusan dalam keadaan begini, bukan CPI ala SPRM yang perlu dibentuk, tetapi 'SPRM baru' dengan struktur, peranan, tanggungjawab yang lebih telus dan bebas perlu dibentuk.

Pakatan Harapan memberi jaminan  reformasi institusi menyeluruh dalam tempoh 100 hari  apabila PH mendapat mandat rakyat memerintah Malaysia untuk memerangi rasuah tanpa pilih kasih.

Rakyat mesti bangkit dan menolak kerajaan kleptokrat yang bertanggugjawab  terhadap hak-hak ketelusan dan integriti dalam tadbir urus kerajaan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik serta merosakan nama baik Malaysia.


 DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
24 Feb 2018/8 Jamadilakhir 1439H.

Wednesday, November 29, 2017

JOHOR PULA DI KAITKAN DENGAN RASUAH....

Betulkah MB Johor songlap RM12 juta?


Adun Senai Wong Shu Qi hanya bertanya bukan menuduh berkenaan pembabitan wang rasuah sebanyak RM12 juta terhadap Menteri Besar (MB) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah dinyatakan dalam sebuah portal.

YB Wong hanya bertanya berkenaan sama ada perkara itu munasabah atau tidak bahawa MB Johor Datuk Seri Khaled mengambil wang sebanyak RM12 juta itu dan jika beliau di pihak yang benar kenyataan penafian perli dibuat segera.

Tetapi Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Tan Sri Mohamad Aziz telah bertindak melampau dengan menghalau YB Wong Shu Qi keluar dewan.

 Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan kesal dan keciwa dengan tindakan speaker tersebut.

 "MB Johor perlu menjawab soalan berkenaan bukan dengan hanya melarikan diri serta mengambil tindakan kepada mereka yang bertanyakan soalan berkenaan wang sebanyak itu yang mana wang sebanyak RM11.2 juta ditemui dalam keadaan tunai,” jelas Aminolhuda.

“Pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu ini dan pihak kami termasuk dari Pakatan Harapan tidak akan duduk diam dengan apa yang berlaku kerana duit yang diseleweng itu adalah milik rakyat negeri Johor serta ia bukan hak milik peribadi,” tegas beliau lagi. ~ sumber

Sementara itu Milosuam melaporkan Saksi SPRM mengaku beri wang tunai jutaan ringgit kepada MB Johor.
Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah melibatkan Exco negeri Johor tersebar di internet. 
Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut: 
16 April 2014 — RM1 juta
1 Oktober 2014 — RM1 juta
20 Oktober 2014 — RM1 juta
2 Disember 2014 — RM1 juta
17 Jun 2015 — RM700,000 
 Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd. ~ 
Kalau korang rajin nak mentelaah pasal skendal korupsi Umno BN Johor, kliklah di sini

Thursday, November 9, 2017

BENARKAH 1.04B - UTK ELAK BANJIR DI PULAU PINANG


 Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), berkata Kerajaan persekutuan membelanjakan RM1.04 bilion daripada jumlah RM2.57 bilion yang diperuntukkan untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang, Dewan Rakyat diberitahu.~ sumber

Sebelum ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. yang juga merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri kerana banjir masih berlaku walaupun kerajaan pusat membelanjakan  RM2 bilion untuk 10 projek tebatan banjir.

Mana satu yang benar ni??

 Menteri kata dah belanjakan RM1.04 bilion, tetapi Pengerusi Tindakan Persekutuan Pulau Pinang kata dah belanja RM2 bilion! Kah! Kah! Kah! Masing-masing menggelabah sampai tak tahu angka sebenar!

Dua-dua orang tu mohong saja kerjanya!

 Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik Dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion bagi projek tebatan banjir di Pulau Pinang.

Menurutnya  hanya RM443 juta daripada RM2.6 bilion sahaja yang dibelanjakan.

 “Sebenarnya RM2.6 billion adalah nilai projek-projek yang dipohon oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang tetapi peruntukan asal ini telah dipinda dan jumlah sebenarnya dibelanjakan adalah cuma RM443 juta sahaja,” katanya 

 Kenyataan ini dibuat ekoran dakwaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman.

 Mereka dilaporkan berkata bahawa kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek tebatan banjir sebanyak RM2.6 bilion di Pulau Pinang dalam tempoh Rancangan Malaysia (RMK) ke-9 hingga ke-11 (2006 hingga 2020).

“Daripada kenyataan Menteri dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan , jelasnya Kerajaan Persekutuan mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan projek-projek tebatan banjir,” kata beliau.

 Beliau berkata, Kerajaan Negeri berhak menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menunaikan kewajipan untuk menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.

“Sekiranya projek-projek yang dilaksanakan seperti dirancangkan dengan peruntukan yang asal, adalah dipercayai lebih banyak kawasan hotspot dapat dibebaskan daripada masalah banjir kilat,” katanya lagi.

Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang - Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan komitmen mereka.

Friday, September 8, 2017

RAFIZI - AZWAN - MARAH n RASUAH

Khairul-Azwan-Harun-rafizi-ramli-gavel-court-mara-logo
Pemimpin Pemuda Umno perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Mara di Australia, selepas mahkamah memutuskan saman fitnah terhadap Rafizi tiada merit.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun kini perlu menjelaskan hubungannya dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia, selepas mahkamah menolak rayuan Khairul 30 Ogos lalu, kata Rafizi Ramli.
“Khairul sudah kalah 2 kali berturut-turut,” kata naib presiden PKR itu pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.
“Khairul sendiri setelah mahkamah bersetuju bahawa kenyataan saya bersifat berkepentingan awam dan bukannnya fitnah.”
Khairul memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi pada 30 Julai 2015, selepas naib presiden PKR itu mendakwa Khairul mempunyai hubungan dengan individu yang dikaitkan dengan skandal urusniaga hartanah Mara di Australia.
Beliau membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Rafizi 20 Oktober tahun lepas.
Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel 3 hakim, bagaimanapun mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan rayuan Khairul tiada merit.
“Dalam kenyataan asal saya, saya sebenarnya menuntut pimpinan Pemuda Umno yang dinamakan atau ada kaitan perniagaan dengan individu yang dinamakan sebagai dalang kepada urusniaga yang menipu Mara itu tampil memberi penjelasan,” kata Rafizi hari ini.
Dua tahun lalu, Rafizi mendakwa Mara terlebih bayar RM129 juta bagi pembelian 4 aset di Melbourne. Empat hartanah itu ialah Dudley House, Dudley Street; 333, Exhibition Street; 51, Queen Street; dan 746, Swanston Street.
Menurut Rafizi, Khairul merupakan rakan kongsi perniagaan dengan individu tertentu yang dikaitkan dengan penerimaan komisen hasil dari penjualan bangunan kepada Mara pada harga yang berlipat ganda.
Rafizi turut menggesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengumumkan tindakan yang akan diambil terhadap individu Pemuda Umno yang “tidak pernah sekali pun menafikan keterlibatan beliau di dalam skandal Mara”.
“Sudah sampai masanya Khairy Jamaluddin dan Khairul menyatakan apakah tindakan yang diambil,” kata Rafizi.
Sementara itu, Rafizi, yang terkenal dengan siri pendedahan dan pendakwaan, berkata beliau akan kembali fokus kepad Mara.
“Saya juga mahu umumkan akan menumpukan kembali prestasi dan kedudukan semasa Mara bersempena pelantikan Datuk Awang Adek Hussin sebagai pengerusi Mara yang baharu,” katanya.
Awang Adek menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang tamat memegang jawatan itu sejak 10 Ogos lepas. Beliau mula bertugas semalam.


Wednesday, August 30, 2017

NOH JUGA RASUAH......

Lepas 5 tahun, ahli Umno adukan Noh pada SPRM
 Zulaikha Zulkifli Seorang pemimpin akar umbi Umno membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu-isu pentadbiran Tan Sri Noh Omar semasa menjadi menteri pertanian dan industri asas tani. 


Dua laporan itu berkaitan pembelian 30 ekar tanah di Tanjung Karang yang didakwa bawah harga pasaran serta tender benih padi bernilai RM164.8 juta yang dikatakan diberi kepada pembekal tidak layak. 



Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail membuat laporan itu di SPRM Putrajaya pada jam 11 pagi tadi. 



"Sebelum ini ADUN Sekinchan (Ng Suee Lim) ada mendedahkan mengenai isu pembelian tanah pada 2012 tapi sampai sekarang tidak ada apa-apa tindakan. 



"Dengan aduan ini saya minta SPRM dapat lakukan siasatan sekiranya berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Noh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. 



Syed Rosli berkata, beliau turut memberi dokumen berkaitan dua isu tersebut bagi menyokong laporannya. Dokumen itu tidak didedahkan kepada pemberita. 



Sementara itu, ditanya mengapa selepas lima tahun baru beliau membuat laporan kepada SPRM, Syed Rosli berkata memandangkan pilihan raya umum semakin hampir, beliau mahu seorang pemimpin BN yang bersih mentadbir Selangor. 



"Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Tan Sri Noh Omar ini dan selama ini pun dia hentam kerajaan negeri, tuduh kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan tapi beliau juga ada skandal yang perlu disiasat oleh SPRM," dakwanya Syed Rosli. 



Malaysiakini juga menghantar pesanan WhatsApp bagi mendapatkan respon Noh berhubung dakwaan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada pengerusi perhubungan Umno Selangor itu. 



Ng lima tahun lalu mendakwa Noh terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang. Pengarah syarikat Pristine Agrofood Chu Bak Tec berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan berkenaan dan beliau hanya merupakan pemilik tanah. 



Isu itu ditimbulkan dalam Dewan Undangan Negeri (ADUN). Wakil BN Sulaiman Abdul Razak berkata Noh mendapat tanah itu sebelum menjadi anggota parlimen lagi. 



Beliau juga berkata tiada sebarang salah laku dalam isu itu. 



Dalam isu tender padi, dua orang petani tampil membuat laporan polis pada Oktober 2012 kerana mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihannya bagi tahun 2013 hingga 2014. 



Noh bagaimanapun berkata isu kuota itu cuba dipolitikkan oleh pembangkang "seolah-olah pemberian kuota mementingkan kroni semata-mata". 



Sambil menafikan dakwaan itu, Noh berkata, kementerian sebenarnya memberikan peluang kepada syarikat berminat walaupun tarikh tender telah tamat dan ekoran daripada kelonggaran tersebut, 10 syarikat diberikan peluang. 



Syed Rosli terkena sebagai seorang pemimpin akar umbi Umno yang lantang terhadap kepimpinan partinya dan pernah mencetuskan kontroversi mahu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil.


Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Tuesday, March 21, 2017

LAP SABAH RAHSIA TERBONGKAR......

Semalam di laporan Buletin Utama satu laporan polis dibuat terhadap individu yang dikatakan masih lagi mengaitkan skandal 3.3b dengan UMNO Sabah. Ini adalah apa yang mengundang pihak UMNO Sabah membuat laporan polis terhadap individu tersebut kerana menyebarkan perkara di bawah ;

FAKTA BARU SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH: 5 PERSOALAN PANAS KEPADA PEMERINTAH PEROMPAK WANG RAKYAT SABAH
.


1) SPRM mahu siasat Musa Aman dan VVIP UMNO-BN lain tetapi Najib Razak tidak benarkan untuk siasat dan tidak benarkan untuk ditahan reman? 

2) Hafez Musa iaitu anak Musa Aman terus terbang ke luar negara selepas serbuan SPRM ke atas Jabatan Air Negeri Sabah untuk elak disoal siasat?

3) Ramlee Marahaban (Pembantu Menteri Kewangan Musa Aman) turut terlibat dengan skandal rompakan wang air di Sabah? Benarkah beliau terlibat sama dalam percaturan merompak wang ini kerana syarikat sekutunya telah memonopoli projek air yang diberikan Musa Aman dan Pairin di Semporna? 

4) Musa Aman dan konco-konconya ke Putrajaya untuk menghadap Najib Razak bagi menjelaskan duit rompakan wang air yang ditemui SPRM ini adalah untuk kegunaan UMNO-BN pada PRU ke-14? Duit ini dicuri untuk beli tangki biru 1 Malaysia walaupun tiada air bersih?

5) Adakah skandal air ini akan "ditutup" seperti mana skandal duit kayu balak yang melibatkan Raja Korup di Sabah "ditutup" oleh Peguam Negara (AG) dan Maharaja Korup di Putrajaya?

Jawapan kepada lima persoalan panas ini hanya boleh ditemui jawapannya jika UMNO-BN ditumbangkan oleh aku, kau dan majoriti rakyat Sabah pada PRU ke-14.

#TUMBANGUMNOBNPRU14
#TUMBANGMUSAAMAN
#SELAMATKANSABAH

JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH

Friday, January 27, 2017

LUTH - APAKAH RAFIZI BENAR?

Nor Badli didakwa melakukan pecah amanah lima keping cek
Maybank. Astro AWANI / Shahir Omar
Naib Presiden PKR berkata pendakwaan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TH Heavy Engineering Bhd (THHE), Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti atas tuduhan pecah amanah membuktikan pendedahannya selama ini berasas.

 Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan penyelewengan itu bukan sahaja berlaku di THHE, malah melibatkan pelaburan besar Tabung Haji yang membawa kerugian.

 "Maka pendakwaan ke atas Datuk Nor Badli hari ini membuktikan bahawa pendedahan saya mengenai penyelewengan dan salah tadbir pelaburan Tabung Haji ada asasnya dan bukannya fitnah seperti yang menteri-menteri Umno mahu rakyat percaya.

 "Sejak setahun lalu saya juga telah buktikan bahawa penyelewengan dan ketirisan bukan sahaja berlaku di THHE, tetapi melibatkan banyak pelaburan besar Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat tertentu (yang diceburi oleh Tabung Haji sebagai pelaburan strategik, bukannya pelaburan biasa) yang lebih banyak rugi dari untung," kata Rafizi pada kenyataan media.

 Katanya, dengan pendakwaan itu beliau berharap menteri-menteri bertanggungjawab seperti Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhenti mengatakan Tabung Haji menjadi mangsa fitnah beliau.

 Selain itu Rafizi turut menggesa Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menjawab persoalan mengenai siapa bertanggungjawab mencadangkan pelaburan dalam syarikat-syarikat berkenaan sehingga menyebabkan kerugian ratusan juta ringit.

 "Sudahkah individu-individu ini dikenalpasti dan disiasat di peringkat pengurusan kanan Tabung Haji? Sudahkah tindakan diambil terhadap mereka di peringkat dalaman Tabung Haji? Sudahkah laporan kepada pihak berkuasa dibuat terhadap mereka?," soalnya.

 Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta, empat tahun lalu.

 Tertuduh sebagai CEO THHE ketika itu didakwa melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek Maybank berjumlah RM2,575,800.

 Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat THHE Fabricators Sdn Bhd, Tingkat 23, Tower B, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama 1, Kuala Lumpur antara April dan Oktober 2013. 

Komen al-Husseyn : 

 Ketika berita penahanannya pada November lalu oleh SPRM, beliau bersama adiknya dilaporkan terlibat dengan rasuah lebih RM39.9 milion.

 Tetapi laporan diatas menyatakan bahawa : Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, hari ini mengaku tidak bersalah di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta, empat tahun lalu.

   Kenapa jauh sangat perbezaannya daripada jumlah yang dipalorkan pada awalnya?
 Kes pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah yang pada mulanya dilaporkan menghadapi 37 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur berjumlah RM61.48 juta dalam bentuk tunai dan simpanan bank serta memiliki barangan berjenama mewah secara menyalahi undang-undang. Tetapi kemudiannya SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa tiada unsur rasuah dalam kes tersebut dan di luar bidang kuasa SPRM.

 Apakah pula dengan kes Datuk Nor Badli selepas ini nanti? Apakah SPRM juga akan kata benda yang serupa?

HARAP-HARAP SPRM TIDAK BUAT U TURN.

Update : Saya ingin buat pembetulan sedikit mengenai jumlah sebenar yang melibatkan kes pengarah dan timbalan pengarah Air Sabah itu bukan RM61.48 juta. Jumlah sebenarnya ialah melebihi RM114.5 juta diperolehi dari suspek dan keluarga merek

Wednesday, November 9, 2016

KPN PULA TEPERANGKAP .......

Sanjeevan buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara.
Gambar sumber dari di sini

 Kita berharap Ketua Polis Negara jangan buat bodoh tidak mahu menjawab pertanyaan Sanjeevan adakah benar rumah tersebut miliknya dan jika benar, dari mana datangnya sumber pendapatan untuk membina rumah tersebut ?

Buat-buat bodoh.... nanti nampak sangat memang bodoh kan? kan?

Pada 7 Nov 2016, satu laporan SPRM telah dibuat keatas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar :
Pengerusi MyWatch Dato' Sri Sanjeevan telah membuat satu laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengenai pembinaan "Istana Mantin" yang bernilai RM5.5juta di Kampung Gebok, Mantin.

 MyWatch minta KPN menjawab adakah benar rumah ini miliknya dan jika benar, dari mana datangnya sumber pendapatan untuk membina "Istana Mantin" ini?

 Atau adakah ini harta keluarga yang dibina menerusi keuntungan daripada syarikat Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd milik anak perempuan KPN dan Unggul Shooting Academy Sdn Bhd milik abang KPN? ~ sumber
  KPN Khalid dalam reaksinya berkata semalam, beliau tidak mahu melayan tuduhan Sanjeevan tersebut.

Sebaliknya beliau menuduhnya tuduhan tersebut adalah gara-gara akibat daripada siasatan polis keatas Sanjeevan, ketua NGO itu marah dengan dia.

 "Saya tidak akan bertindak balas terhadap keadaan terdesak beliau. Beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan saya serahkan kepada mereka untuk menyiasat," katanya. 

Sejak dia ditangkap pada Jun kerana didakwa memeras ugut RM25,000 daripada seorang ahli perniagaan.

  Minggu lalu, sepasukan polis merampas siri BMW 6 dan empat motosikal di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram.

Apakah tindakan Sanjeevan ini semata-mata kerana marah dan berdendam terhadap tindakan polis keatasnya? 

Walau apa pun kita berharap siasatan yang tuntas dapat dilakukan oleh SPRM keatas semua yang terlibat dan di bawa ke muka pengadilan supaya dihukum dengan setimpal.


Jangan hanya siasat Banglo RM2.8 juta Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia dari parti pembangkan. Tetapi bila melibatkan banglo RM5.5 juta KPN tidak mahu bertindak.

Buktikan pada rakyat  bahawa SPRM berani menjalankan tugas tak kira siapa sahaja yang kena tudoh. Biar rakyat percaya dan hormat pada pegawai SPRM dan perundangan negara.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA