Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label MBD. Show all posts
Showing posts with label MBD. Show all posts

Saturday, October 31, 2015

1MBD - ANTARA SAYA DENGAN NYA.

APA KESUDAHAN DENGAN SIASATAN SKANDAL 1MDB DAN RM2.6 BILION? 

1. Saya percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap skandal 1MDB dan RM2.6 bilion ini sedang berjalan.  

2. Saya percaya ramai yang tidak tahu apa yang Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang lakukan sekarang dengan kedua-dua skandal ini setelah beliau dilantik menjadi Peguam Negara. 

 3. Saya juga percaya ramai yang tidak tahu sejauh mana siasatan pihak polis yang diketuai oleh Ketua Polis Negara terhadap kedua-dua skandal ini. 

 4. Saya dan rakyat Malaysia juga sudah lama tidak mendengar hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap RM2.6 bilion dan SRC International.  

5. Yang saya dan ramai rakyat Malaysia tahu, mereka yang serius mengkritik skandal ini pula yang diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan yang terbaru adalah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan di bawah SOSMA atas dakwaan cuba mensabotaj negara.  

6. Beginikah tahap kecekapan badan-badan besar yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion? 

 7. Apa yang menyebabkan badan-badan ini mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiasat skandal ini?  

8. Mengapa terlalu sukar untuk badan-badan ini untuk menemui bukti-bukti penyelewangan dan salah laku yang berlaku di dalam kedua-dua skandal ini?  

9. Selama ini ramai yang memuji dan menyatakan bahawa PDRM dan SPRM adalah badan penyiasat yang cekap dan tangkas dalam menangani kes-kes rasuah dan jenayah. Tetapi apabila melibatkan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion, ramai menjadi was-was dan ragu-ragu serta bernyata mengapa kedua-dua badan ini kelihatan tidak bermaya dan lembap?  

10. Mengapa siasatan terhadap kedua-dua skandal ini dilihat seperti dilengah-lengahkan?
  
11. Mengapa penyelewengan yang berlaku di dalam skandal ini perlu disembunyikan?  

12. Apa yang telah badan-badan ini lakukan terhadap Najib dan suspek yang terlibat di dalam kedua-dua skandal ini?  

13. Apa sudah jadi dengan badan-badan ini? Adakah mereka hendak menyelamatkan Najib dan kuncu-kuncunya atau hendak menyelamatkan Malaysia?  

14. Akhirnya, adakah siasatan ini hanya sekadar satu lakonan dan sandiwara atau bagaimana?  

15. Apa kesudahannya, rakyat mahukan jawapannya !  Amanah . Progresif . Peduli ‪#‎HarapanBaru‬  MOHD FITRI ASMUNI  Timbalan Ketua Pemuda AMANAH (AMAN) Negeri Perak Anda mungkin juga meminati:



Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, October 17, 2015

SPRM - SIASATAN 1MDB TIDAK DI YAKINI OLEH RAKYAT


Bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah ragu-ragu orang ramai akan percaya dengan dapatan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dijadualkan siap hujung tahun ini.

Beliau berkata, sesuatu yang sangat sukar untuk membuatkan orang ramai percaya dengan laporan itu kerana keseluruhan rantaian penyiasatan ke dalam firma milik negara yang bermasalah itu tertakluk kepada gangguan dan campur tangan.


kepimpinan yang di pecat

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, ini termasuk pemecatan 2 menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal – yang mengkritik 1MDB, penyingkiran bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun ia kemudiannya dibatalkan.

Saifuddin juga memetik "gangguan" yang dibuat terhadap pemberi maklumat seperti bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang didakwa kerana mensabotaj ekonomi, serta penyalahgunaan undang-undang keselamatan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) terhadap pengkritik kerajaan.
"Saya sangat percaya dengan integriti dan menggalakkan integriti. Tetapi selepas semua yang berlaku, saya menyimpulkan, keadilan nampaknya tidak dilaksanakan dengan cara yang adil.

"Oleh itu, apa yang akan berlaku sekarang ialah, apabila kerajaan mengemukakan laporan mengenai 1MDB, saya tidak akan mempercayainya. Selepas semua yang berlaku, bagaimana boleh anda percaya dengan kandungannya?

"Walaupun jika mereka katakan 1MDB betul atau tidak melakukan sebarang kesalahan, atau pun jika mereka katakan 1MDB ada buat salah, bagaimana hendak harapkan orang seperti saya percaya?

"Ini kerana, seluruh rantaian penyiasatan tertakluk kepada gangguan dan campur tangan," kata Saifuddin dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider.

Beliau meninggalkan Umno semalam bagi menyertai PKR, atas alasan tidak berpuas hati dengan pengendalian Putrajaya dalam kes skandal 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1MDB, syarikat yang ditubuhkan hasil buah fikiran Najib, kini menanggung hutang RM42 bilion yang dikumpul dalam tempoh 6 tahun beroperasi.

Dana pelaburan negara itu pada ketika ini sedang berdepan pelbagai siasatan kerana dakwaan salah laku kewangan. –TMI

Tuesday, October 13, 2015

SPRM - MEMULAKAN LANGKAH SUMBANG


SPRM dedahkan siasat individu paling berkuasa di Malaysia 
OLEH DIYANA IBRAHIM 



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Zakaria Jaffar ( gambar ) mendedahkan agensi itu kini sedang melakukan siasatan terhadap individu paling berkuasa dalam negara. 





 Zakaria yang secara rasminya bersara hari ini berkata, siasatan SPRM merujuk kes SRC International dan dana RM2.6 bilion. 



 SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.  



Manakala skandal derma RM2.6 bilion didedahkan dalam laporan The Wall Street Journal (WSJ) di mana ianya disalurkan dalam akaun peribadi Najib.  



"Sepanjang saya berkhidmat di BPR dan SPRM, saya tidak pernah terfikir dan terlintas pada diri saya yang SPRM akan menghadapi cabaran terbesar dan paling hebat seperti yang dilalui sekarang," katanya merujuk kepada Badan Pencegah Rasuah.  



"Semua sedia maklum SPRM sedang menjalankan siasatan paling besar sejak 1967. Oleh itu pegawai- pegawai yang terlibat dalam siasatan kes ini harus diberi sokongan dan suntikan semangat kepahlawanan untuk berjuang di medan yang paling sukar ini. 



 "Kita berhadapan dengan satu siasatan yang melibatkan orang paling berkuasa dalam negara," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.  



Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai 'serangan' yang diterima SPRM, menyaksikan 7 pegawainya disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Pedana Menteri yang diberikan kepada 2 pengarah kanannya pada Ogos lalu.9 "Peristiwa ini sepatutnya tidak berlaku sama sekali," katanya. 



 Justeru, beliau menyeru pegawai yang terlibat menyiasat kes SRC International dan RM2.6 bilion untuk menjalankan tugas tanpa gentar.  "Saya yakin pegawai yang terlibat dalam kes semasa, melibatkan personaliti tinggi dan mendapat perhatian antarabangsa, akan menjalankan tugas tanpa gentar. 



 "Berdasarkan kepada tradisi, siasatan tetap perlu dijalankan meskipun kita difahamkan ada saksi hilang, lari atau dilarikan," katanya. – 12 Oktober, 2015.~ sumber

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Friday, October 9, 2015

1MDB, BANK NEGARA MULA BERTINDAK....




Bank Negara Malaysia ( BNM ) membatalkan 3 keberan yang diberikan kepada 1 Malaysia Development Bhd ( 1MDB ) di bawah Akta Kawalan Petukaran Wang 1953 ( ECA ) untuk pelabuaran di luar negeri sebanyak AS$1.83 bilion ( RM7.53 bilion )


Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata ia turut meminta 1MDB untuk membawa balik jumlah tersebut ke Malaysia dan mengemukakan kepada Bank Negara perancangannya berkaitan perkara itu.



Ini Janji Najib?

Di bawah siasatannya, Bank Negara berkata ia merumuskan kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu.


Bagaimanapun, didapati maklumat yang diberikan adalah sama ada tidak tepat atau tidak lengkap.

"Sebagai pihak berkuasa siasatan, Bank Negara bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan sebarang permohonan di bawah ECA," katanya.
Sebagai hasil daripada siasatan, Bank Negara berkata, ia mencadangkan peguam negara melaksanakan pendakwaan jenayah terhadap 1MDB di atas kesalahan di bawah ECA.
"Perlu diketahui di bawah Perlembagaan Persekutuan, keputusan untuk memulakan sesuatu pendakwaan jenayah terletak sepenuhnya pada peguam negara," katanya.
Bank Negara berkata ia akan terus memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Bernama, 9 Oktober, 2015.

Thursday, October 8, 2015

1MDB - ISTANA JUGA INGINKAN PENJELASAN

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa bekas majikannya, Datuk Seri Najib Razak menyahut saranan Majlis Raja-raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan dengan segera siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin berkata Raja- raja Melayu tidak akan mengeluarkan kenyataan berkenaan 1MDB jika ia bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

“Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara.

“Maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah perdana menteri selaku ketua kerajaan.
"Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu perdana menteri sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Timbalan presiden Umno itu berkata, Najib mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak.

Katanya, apa yang lebih penting ialah jika hasil siasatan mendapati terdapat pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.

“Perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan.

"Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala.

"Sepertinya ada tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak tertentu," katanya.

Monday, October 5, 2015

1MBD - SPRM TERUS BONGKAR


Bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador mendakwa terdapat pihak berkuasa yang ‘sanggup berbuat apa saja’ untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1Malaysia Development Berhad termasuk menggunakan isu perkauman.
Kaum Cina menjadi sasaran sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian daripada kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas timbalan ketua pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador dalam satu surat terbukanya kepada Putrajaya.
Dalam surat terbukanya, Hamid mendakwa mereka yang berkuasa “sanggup berbuat apa saja” untuk mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB termasuk menggunakan isu perkauman.
“Serentak dengan usaha itu, mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk menggulingkan kerajaan.
“Siapa yang nak gulingkan kerajaan? Kononnya orang-orang Cina nak rampas kuasa. Daripada isu jenayah pecah amanah dah bertukar pula jadi isu perkauman,” tulisnya dalam surat terbuka itu.
Pada 16 September, perhimpunan “baju merah” dianjurkan untuk mempertahankan maruah Melayu disebabkan perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung skandal 1MDB dan dihadiri majoriti Cina.
“Siapalah agaknya penasihat strategi ‘perompak’ ini ye.
“Pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,” tulis Hamid.
Dalam surat terbukanya, Hamid menggesa ketua setiausaha negara, peguam negara dan ketua polis negara membuat keputusan tegas dan mendedahkan penyiasatan yang sudah dilakukan terhadap 1MDB.
Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan wang 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Najib pada 2013 dan lumpuh selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan perdana menteri.
Hamid turut menggesa Gani mendedahkan tentang penyiasatan yang dijalankannya berhubung 1MDB.
“Sesudah ‘dipecat’ Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri?
“Ada pihak menyatakan Tan Sri diugut agar tidak melawan,” tulis Hamid.
Beliau turut menyeru supaya pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur seperti mendiang Kevin Morais yang dibunuh kerana dikatakan enggan menerima rasuah.
“Jangan gentar dengan cubaan-cubaan ‘blackmail’ oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan.
“Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau ‘bermain tarik tali’ maka gunakan Interpol untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini,” kata Hamid. 

Tuesday, September 29, 2015

NAJIB - ZETI DAH MELUAT


Kalau sebelum ini Gebenur Bank Negara  Zeti Aziz selalu tampil dengan penuh keyakinan mengumumkan pertumbuhan Keluran Dalan Negeri Kasar (KDNK) dengan setiap tiga bulan sekali, atau pun diulang bila-bila masa diperlukan dengan penuh bangga, tetapi kini tidak lagi.

KDNK negara masih lagi berlegar di sekitar 4.5% hingga 5.5%.

Zeti yang sangat berhati-hati membuat kenyataan berhubung 
perkembangan ekonomi negara kerana suaranya sangat penting bimbang mempengaruh sentimen pelaburan, tampaknya tidak dapat 
terus mempertahankan "keselamatan" negara dalam aspek data ekonomi dan kewangan yang kian meruncing ketika ini.


Beliau akhirnya terpaksa juga bercakap dengan nada yang tidak 
menyenangkan pihak kerajaan apabila tidak dapat membohongi keadaanyang berlaku kini. Kita memahami apa dilakukan Zeti itu suatu keadaan yang sangat memaksa dirinya.

Beberapa hari lepas Zeti telah mengeluarkan kenyataan pedas dan menghiris jiwa kerajaan apabila beliau menduga kedudukan ringgit Malaysia kini yang merudum berbanding dengan mata wang asing tetap tidak akan stabil dan berada diparas rendah selagi isu 1MDB tidak diselesaikan.


Zeti secara terang-terang telah menyalakan skandal 1MDB menyebabkan pelabur kurang berminat untuk terus melabur di negara ini.


Kenyataan Zeti itu adalah telus dan dianggap berani sehinggakan ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang menjadi pembodek dan pendolor jubur PM.


Sehubungan itu beliau lantas menggesa kerajaan agar menyelesaikan perkara tersebut. Dalam gesaan itu sudah tentu beliau meletakkan tanggungjawabnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Jelas beberapa perkara dibangkitkan berhubung syarikat perlaburan 1MDB itu tetapi dijawab secara tuntas oleh Najib sehingga sekarang.



Salah satu faktor kenapa Dr Mahathir Mohamad masih meneruskan menyerang Najib ialah kerana Najib gagal menjelaskan kedudukan sebenarnya mengenai syarikat pelaburan strategik itu.


Sementara dana RM2.6 billion yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Najib yang masih dipertikaikan juga tidak dijawab dengan jelas. Gara-gara itu menyebabkan para pelabor boleh beranggapan Malaysia adalah negara penerima dan pemakan rasuah dalam skala besar.


Sudah tentu bagi tanggapan pelabur wang RM2.6 billion itu adalah untuk tujuan rasuah.


Untuk menyelamatkan negara Zeti tidak terhenti setakat itu sahaja.Terbaru beliau terus bersuara untuk memulihkan keadaan ekonomi negara kali ini meminta agar kerajaan terus memberi keyakinan kepada pelaburan asing. Kali ini beliau merujuk kepada penarafan status 

sampah (junk status) yang dibuat ke atas Malaysia.


Minggu lalu agensi berita Bloomberg melaporkan berdasarkan data daripada agensi Penarafan Moody's Corp pelabur melibatkan enam negara membangun termasuk Malaysia layak diturunkan penarafan ke "status sampah" (junk status) sama seperti Brazil.

Laporan itu telah meletakkan Malaysia dalam sebuah negara yang kritikal dan menakutkan palaboran asing untuk datang melabor ke sini.

Status itu kata Zeti bukan dilakukan oleh agensi penarafsan, tetapi ia perlu dilakukan oleh negara kita sendiri dengan menjelaskan apa yang berlaku. Apa yang dimaksudkan Malaysia perlu menjelaskan tanggapan umum yang telah menarafkan ekonomi kita sama dengan Brazil. Malaysia kena menafikan dan membuktikan bahawa tuduhan itu tidak betul.

Tanggungjawab ini, menjelaskan keadaan negara kita, menurutnya terletak ditangan kita seperti mana yang pernah kita hadapi sebelum ini semasa negara menghadapi krisis ekonomi pada tahun 1999.


Kali ini Zeti tidak mengulangi gesaannya supaya kerajaan meyelesaikan isu 1MDB tetapi dengan memberi pandangan untuk mengubah persepsimelemahkan pertumbuhan ekonomi negara seperti mana dilaporkan itu dengan meminta kita sendiri menanganinya.



Semua orang perlu faham apabila Gebenur Bank Negara membuat ulasan seperti itu ia menunjukkan masalah ekonomi Malaysia yang buruk kini dapat diatasi sekiranya Najib Razak berundur dari kerusiperdana menteri. Umum tahu isu 1MDB adalah ilham Najib dan beliaulah yang bertanggungjawab ke atasnya.


Kedegilan Najib untuk terus melangok disitu akan membebankan negara.

Apabila Zeti yang dianggap begitu berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan yang boleh mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, tiba-tiba beliau bersuara juga jelas menunjukkan ekonomi kita sangat teruk dan beliau sendiri seakan sudah berada dalam dilema berada di Bank Negara.


Hal seperti ini belum pernah berlaku kepada mana-mana Gebenur Bank Negara sebelum ini tetapi terjadi ketika Malaysia dipanggungi leh Najib.


Syabas Gabenor Diatas Keberanian Demi Untuk Rakyat.



Sebarkan agar Rakyat Malaysia tahu masih ada Insan yang 
berani menentang arus.

  


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA