Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ANWAR. Show all posts
Showing posts with label ANWAR. Show all posts

Sunday, April 17, 2016

ANWAR - TERTUDUH JUGA PEGUAM BELA

Herman Sha Fernandez's photo.

UCAPAN ANWAR DALAM MAHKAMAH MENIKAM 5 HAKIM
"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelik ini – insiden ini tidak pernah berlaku.
Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.
Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia.
Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!
Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.
Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman.
Kalian menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukar ganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.
Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.
Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat.
Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.
Benar, kalian menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.
Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan.
Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik. Mahasiswa undang-undang dan kalangan profesor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus.
Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.
Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.
Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif?
Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.
Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat negara ini Saya berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat. Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.
Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. Allah SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!" - 
Herman Sha Fernandez
 to

Wednesday, November 4, 2015

ANWAR - APAKAH MASIH ADA MENTARI UNTUKNYA






Najib Ketar Lutut Baca Perutusan Ini. Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa semua pihak agar menghormati hak pengadu kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan, serta proses perundangan di Malaysia dalam kes itu.



Kenyataan itu dibuat susulan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera kerana beranggapan perbicaraan kes liwat antara bekas ketua pembangkang itu dan Saiful tidak sah. 

"Bukannya kerajaan, tetapi mangsa itu, Saiful, seorang individu perseorangan dan pekerja Anwar, yang membuat laporan polis dan mengemukakan kes itu.

 "Anwar disabitkan dengan satu jenayah, dan ia kes yang bersifat jenayah, bukan politik. Ia tiada kena mengena dengan kerajaan.

"Kami menyeru semua pihak termasuk mereka di luar negara agar menghormati proses perundangan, penghakiman mahkamah Malaysia, dan hak mangsa mendapatkan keadilan," kenyataan itu dipetik.

Menurut pejabat PM, keputusan akhir kes tersebut diperolehi mahkamah selepas proses perundangan menyeluruh yang lengkap dan memakan masa bertahun-tahun.

"Dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan tentunya sudah mengambil kira semua bukti," katanya.

Ia turut menegaskan, sistem kehakiman Malaysia bebas di mana ramai tokoh kanan kerajaan pernah disabitkan bersalah di mahkamah.

Najib Ketar Lutut Baca Perutusan Ini

Perkara itu sekaligus membuktikan kerajaan tiada kuasa untuk melangkaui proses dan keputusan mahkamah.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pagi ini membacakan kenyataan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar haram dan beliau perlu dibebaskan serta-merta.

"Kumpulan ini mengeluarkan pendapat berikut: 
Pemenjaraan Anwar adalah arbitrari.

"Mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat, jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan itu.

Kumpulan kerja PBB itu terdiri pakar dari 5 negara – Australia, Benin, Mexico, Korea Selatan dan Ukraine.

Anwar, 68, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun pada Februari selepas didapati bersalahmeliwat Saiful – tuduhan yang beliau nafikan dan sifatkan satu perangkap oleh kerajaan yang memerintah untuk mengekang pembangkang yang semakin mendapat sokongan rakyat.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA