Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label BAJET. Show all posts
Showing posts with label BAJET. Show all posts

Saturday, October 25, 2014

KDNK NEGARA MENINGKAT KE 86.6%





KUALA LUMPUR 13 OKT: Jumlah hutang isi rumah Malaysia mencecah 86.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 81 peratus pada tahun 2012, kata Ahli Parlimen Permatang pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ( gmbar )


 Apakah benar kata Tengku Razali ini?

Jelasnya, laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isi rumah menunjukkan 50 peratus pewarta berpendapatan kurang daripada RM4,258 sebulan.

Manakala masih terdapat 28.7 peratus daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

“Angka terkini nisbah hutang isi rumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140 peratus, antara yang tertinggi di dunia.
“Purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4 peratus setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4 peratus dan 3.6 peratus setahun.

 

Benarkah PM Najib berjiwa Rakyat ? sedangkan beliau
tidak pernah merasa penghidupan perit seorang rakyat,
Apakah kenyataan di atas benar?

“Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8 peratus hingga 10 peratus setahun. Ini meningkatnya hutang isi rumah negara kita,” katanya di parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Anwar  berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menyebut tentang pentingnya negara memiliki pasaran saham yang rancak.
“Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70 peratus daripada golongan ini adalah Bumiputera.

 

Tidakkan ini satu projek pembaziran?,
siapakah yang menerima padahnya?

“Golongan 10 peratus terkaya dilaporkan memiliki 77 peratus aset kewangan negara pada tahap 14,211 peratus, lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5 peratus daripada aset kewangan,” ujarnya.

Rakyat diteruskan sebagai " kambing hitam " dalam
urusan membayar hutang negera.

Short URL:
 http://www.keadilandaily.com/?p=63319

Friday, October 10, 2014

INTIPATI BAJET 2015

Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan "BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT" yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015.

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan.

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014.

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014.

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Oktober 2014.

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini.

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009'

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK.

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara.

* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini.

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion.

* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Hasil kutipan daripada GST pada 2015 dianggarkan sebanyak RM23.2 bilion.

* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada GST berjumlah RM3.8 bilion.

* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion.

* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M.

* Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanya berjumlah RM690 juta.

* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama

* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan

* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS

* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta

* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta

* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta

* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta

* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS

* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018

* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan

* Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun

* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain

* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017.

* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020.

* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina.

* Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sejauh 276 kilometer dengan kos pembinaan RM5 bilion akan dibina.

* Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan RM1.6 bilion akan dibina.

* Menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu, dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan RM150 juta.

* Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya dengan kos pembinaan RM23 bilion.

* Projek LRT 3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang dengan anggaran kos RM9 bilion.

* Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dengan nilai pelaburan RM69 bilion untuk mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan

* Dana Mobiliti Mapan berjumlah RM70 juta akan disediakan di bawah SME Bank untuk membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik.

* 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* Peruntukan RM200 juta bagi MyCreative Ventures pada 2012.

* Peruntukan RM100 juta bagi Dana Industri Kandungan Digital.

Wednesday, October 30, 2013

GULA NAIK - KERANA PENGIMPOTAN YANG MAHAL

Agak pelik kali ini dan ramai juga yang tertanya-tanya mengapa dalam hal menaikkan harga gula Perdana Menteri dan juga lain-lain Menteri langsung tidak membandingkan harga yang dinaikkan itu dengan harga-harga di luar negara..

Biasanya mereka akan menggunakan alasan standard mereka iaitu 'Harga barangan tersebut adalah jauh lebih murah dari harga dinegara luar'.. tetapi tidak dalam hal gula ini..

Semua mereka memberikan alasan dengan mengaitkannya dengan faktor kesihatan hingga menyebabkan Perdana Menteri sendiri kelihatan seperti penjual ubat seks dipasar malam..

Mereka sepatutnya boleh menggunakan alasan standard mereka dalam hal ini kerana ianya adalah satu fakta bahawa selain Thailand kebanyakkan negara di Asean menjual gula pada harga yang lebih tinggi dari apa yang terjual di Malaysia iaitu RM2.84 setiap kilogram.

Di negara Thailand setiap Kilogram dijual pada harga RM2.39, di Cambodia RM3.04, Myanmar juga RM3.04, Vietnam RM2.88 setiap Kilo, Indonesia RM3.44, Singapore RM4.08 dan Philippines ialah RM4.17 bagi setiap Kilo.

The Nation
Jika alasan itu digunakan sudah pasti mereka tidak ditertawakan oleh rakyat kebanyakkan..

Bagaimanapun sebab sebenar gula dinaikkan sebanyak 34 sen terdedah jua... kerajaan sebenarnya telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi..

Jadi sekali lagi kerana kesilapan mereka rakyat terpaksa menanggung beban akibat kesilapan mereka itu.. Adilkah?

Laporan berkaitan...

Kerajaan beli gula mahal punca subsidi dipotong, kata DAP  
Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP. 
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42. 
“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran. 
“Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi. 
“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. 
Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu. 
Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia. 
“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia. 
“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula. 
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. 
“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya ~ The Malaysian Insider

Saturday, October 13, 2012

BELANJAWAAN PR LEBIH MENARIK

Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat, yang terdiri dari Sdr. Rafizi Ramli ( ketua ), YB Nurul Izzah dari PKR, YB Liew Chin Tong dari DAP dan YB Dr. Dzulkili Ahmad dari PAS telah dapat menghasilkan satu bajet alternatif untuk rakyat Malaysia, Bajet ini cukup " mesra Rakyat " dan juga berjaya memberikan satu tamparan kepada bajet yang dibentangkan oleh Najib di Parlimen tempoh hari. Selain itu, bajet ini juga telah di analisa oleh pihak Jabatann Perangkaan Malaysia atas arahan Najib.

" kami menyambut baik kenyataan Tim. Menteri Kewangan 11
 sebagaimana yang tersiar di The Sun dan bersedia untuk di kaji oleh jabatan Perbendaharaan " 

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.

" Hampir semua angka yang di perturunakan oleh Pakatan Rakyat adalah amat bersesuaian dan tepat dengan analisa yang dibuat oleh mereka " kata Rafizi. Di bawah di perbandingkan anggaran belanjawan antara PR, Anggaran Perbedaharaan dan Kerajaan ( BN )

PROGRAM PAKATAN RAKYAT
 ANGGARAN PR (RM bilion)
ANGGARAN   PERBENDAHARAAN[2] (RM bilion)
ANGGARAN BN TERDAHULU[3]
Menghapuskan tol
6.0
6.0
50.0
Kos menyediakan pendidikan percuma
4.0
5.0


18.5
Kos menghapuskan hutang PTPTN
2.0
Tidak diperincikan, tetapi RM30b boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun pada kos RM2b setahun
Pelarasan gaji kakitangan awam untuk melaksanakan gaji minima RM1,100

2.0

4.4
Tidak dinyatakan
Caruman Wanita Nasional 3.0 Tidak dibantah,
 maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Bonus Warga Emas 3.0 Tidak dibantah, 
maknanya bersetuju
Tidak dinyatakan
Kenaikan royalti 20% kepada negeri-negeri pengeluar minyak
12.5

Tidak dibantah, 
maknanya bersetuju

12.5
Pengurangan duti eksais secara berperingkat untuk menurunkan harga kereta
2.0


Tidak dibantah, 
maknanya bersetuju

8.0

 Paparan di atas, jelas menunjukkan kepada kita bagaimana kepimpinan PR memperlihatkan mereka " berjiwa rakyat " kita ambil contoh bonus Warga Emas dan Caruman Wanita Nasional, yang ini memang tidak pernah terlintas di fikiran kepimpinan UMNO. Jabatan Perbendaharaan tidak membantah malahan " diam " tu bersetuju le.

Kalau diperhatikan bagaimana Tol boleh dihapuskan hanya memerlukan sejumlan 6B - angka ini pula sama dengan perbendaharaan, tidak seperti UMNO jumlah nya cukup jauh iaitu 50B. Untuk Pendidikan Percuma dan pelarasan gaji kakitangan awam sikit berbeza antara keduanya tapi keranaan BN tidak mampu menyediakan sebarang peruntukan.

Bagi peruntukan untuk pengurangan duti eksais kereta secara berperingkat pula, Rafizi berkata, Pakatan memerlukan RM2 bilion setahun dan jumlah itu turut dipersetujui Perbendaharaan, tidak seperti anggaran Umno BN sebelum ini sehingga RM8 bilion.

“Untuk menghapuskan tol, kita sediakan RM6 bilion, pendidikan percuma (RM4 bilion), hapus PTPTN (RM2 bilion), gaji minima (RM2 bilion), Caruman Wanita Nasional (RM3 bilion), bonus warga emas (RM3 bilion), royalti minyak (RM12.5 bilion), duti eksais kereta (RM2 bilion), suntikan dana perumahan (RM5 bilion) dan elaun khas perguruan RM500 sebulan (RM2.4 bilion),” katanya.

Semua yang digaris dalam bajet itu adalah menjuruskan kepada keperluan ekonomi tuan punya Negara ini iaitu rakyat. Apabila ia diisi dengan keperluan rakyat, maka moga-moga negara pun berkat. Ia menuju kepada sebuah negara yang berkat. Kerajaannya adalah kerajaan dunia, tetapi menyediakan segala yang diperlukan oleh orang yang hendak  ke akhirat.

Saturday, September 29, 2012

BAJET - PEMBENTUK ROHANI DI TIADAKAN



Bajet 2013 telah pun di bentangkan dengan " penoh " rasa tanggongjawab ke kepada rakyat, dan sebagaimana yang diramalkan BRIM akan di sambung lagi dengan pendekatan baru iaitu BRIM2.0 yang juga melibatkan generasi berusia 21 tahun ( bujang ) keatas. Tapi apakah dengan pembentangan bajet ini akan melemahkan cita-cita rakyat untuk menidakkan UMNO / BN terus menguasai Putra Jaya,  atau benarkan belanjawaan PR lebih realistik untuk rakyat dari bajet BN?

Walaupun bajet yang dibentangkan agak mempengaruhi pengundi tapi beberapa insiden yang berlaku sebelum ini juga boleh mempengaruhi hati budi rakyat, kita ambil contoh " budaya fitnah " yang diamalkan oleh sebahagian besar kempimpinan, seolah-olah ianya sudah menjadi satu fenomena dalam Umno-BN. Sudah tentu fenomena gagal untuk menawan hati pengundi dan ianya gagal untuk memberikan pembaharuan dalam penghidupan harian rakyat. Ini membuatkan rakyat Malaysia gagal untuk berteduh di bawah BN dan apakah hanya dengan cara " memfitnah " sahaja yang termampu oleh Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat sekarang.

Selain memfitnah budaya samseng yang sudah menjadi budaya dalam Umno-BN yang dijadikan senjata penting bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Budaya samseng amat berleluasa dalam Umno-BN setelah mereka gagal berhujah dengan Pakatan Rakyat secara gentleman. Kita boleh lihat bagaimana setiap program PR khususnya PKR di " zalimi " dan yang peliknya mereka ini pula " mendapat " laluan mudah dari pihak penguasa, bagimana bas " jelajah kemerdekaan " di simbah cat, bagaimana semasa Anwar di sebuah masjid yang sedang memberikan tazkirah di ganggu oleh sekumpulan anak muda, dimana perginya PDRM?

Kegagalan pihak polis perlu bertindak adil. Kini tindakan mereka ( PDRM ) yang berat sebelah juga memberikan kredit kepada PR, walaubagaimana pun sehingga sekarang rakyat masih lagi menaruh harapan kepada pihak keselamatan dan meletakkan mereka sebagai tempat mengadu untuk mendapatkan keadilan. Pihak polis perlu profesional. Mereka perlu bertindak secara profesional.Tidak memihak, dan PDRM juga perlu ingat bahawa parti politik dan kerajaan akan bertukar ganti tapi pasukan PDRM tidak seperti kepimpinan politik. Mereka perlu meletakkan diri mereka pada tahap neutral. Pihak keselamatan perlu sedar tentang diri mereka yang dijadikan tempat oleh rakyat untuk mendapatkan keadilan.
 
Budaya Rasuah perlu ditamatkan segera. Rasuah akan memusnahkan sesebuah parti dan negera. Mana - mana parti yang terbabit dengan rasuah pasti akan ditolak oleh rakyat. Rasuah bukan hanya akan memusnahkan seseorang pemimpin, sesebuah parti tetapi juga sesebuah negara. Jika pemimpin sesebuah parti yang memerintah itu terbabit dengan rasuah, ia pasti akan melumpuhkan negara. Pakatan Rakyat akan mengubah keadaan ini.

Kegagalan pengurusan kewangan, ini jelas  “Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. jadi di mana wibawahnya kepimpinan Najib, 

Bajet 2013 telah pun di bentangkan dengan " penoh " rasa tanggongjawab ke kepada rakyat, dan sebagaimana yang diramalkan BRIM akan di sambung lagi dengan pendekatan baru iaitu BRIM2.0 yang juga melibatkan generasi berusia 21 tahun ( bujang ) keatas. Tapi apakah dengan pembentangan bajet ini akan melemahkan cita-cita rakyat untuk menidakkan UMNO / BN terus menguasai Putra Jaya,  atau benarkan belanjawaan PR lebih realistik untuk rakyat dari bajet BN?

Walaupun bajet yang dibentangkan agak mempengaruhi pengundi tapi beberapa insiden yang berlaku sebelum ini juga boleh mempengaruhi hati budi rakyat, kita ambil contoh " budaya fitnah " yang diamalkan oleh sebahagian besar kempimpinan, seolah-olah ianya sudah menjadi satu fenomena dalam Umno-BN. Sudah tentu fenomena gagal untuk menawan hati pengundi dan ianya gagal untuk memberikan pembaharuan dalam penghidupan harian rakyat. Ini membuatkan rakyat Malaysia gagal untuk berteduh di bawah BN dan apakah hanya dengan cara " memfitnah " sahaja yang termampu oleh Umno-BN untuk menghadapi Pakatan Rakyat sekarang.

Selain memfitnah budaya samseng yang sudah menjadi budaya dalam Umno-BN yang dijadikan senjata penting bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Budaya samseng amat berleluasa dalam Umno-BN setelah mereka gagal berhujah dengan Pakatan Rakyat secara gentleman. Kita boleh lihat bagaimana setiap program PR khususnya PKR di " zalimi " dan yang peliknya mereka ini pula " mendapat " laluan mudah dari pihak penguasa, bagimana bas " jelajah kemerdekaan " di simbah cat, bagaimana semasa Anwar di sebuah masjid yang sedang memberikan tazkirah di ganggu oleh sekumpulan anak muda, dimana perginya PDRM?

Kegagalan pihak polis perlu bertindak adil. Kini tindakan mereka ( PDRM ) yang berat sebelah juga memberikan kredit kepada PR, walaubagaimana pun sehingga sekarang rakyat masih lagi menaruh harapan kepada pihak keselamatan dan meletakkan mereka sebagai tempat mengadu untuk mendapatkan keadilan. Pihak polis perlu profesional. Mereka perlu bertindak secara profesional.Tidak memihak, dan PDRM juga perlu ingat bahawa parti politik dan kerajaan akan bertukar ganti tapi pasukan PDRM tidak seperti kepimpinan politik. Mereka perlu meletakkan diri mereka pada tahap neutral. Pihak keselamatan perlu sedar tentang diri mereka yang dijadikan tempat oleh rakyat untuk mendapatkan keadilan.
 
Budaya Rasuah perlu ditamatkan segera. Rasuah akan memusnahkan sesebuah parti dan negera. Mana - mana parti yang terbabit dengan rasuah pasti akan ditolak oleh rakyat. Rasuah bukan hanya akan memusnahkan seseorang pemimpin, sesebuah parti tetapi juga sesebuah negara. Jika pemimpin sesebuah parti yang memerintah itu terbabit dengan rasuah, ia pasti akan melumpuhkan negara. Pakatan Rakyat akan mengubah keadaan ini.

Kegagalan pengurusan kewangan, ini jelas  “Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini. jadi di mana wibawahnya kepimpinan Najib, 


Bajet 2013 oleh regim Umno BN: Satu lagi temberang Syaitan
Kepimpinan UMNO / BN, tidak mengindahkan apa yang berlaku pada masalah masyarakat masa kini, masyarakat sudah hilang pedoman, sudah hilang keyakinan terhadap keagamaan, kes buang bayi, kes buli rakan sebaya, kes bunuh - kes bunuh sudah tidak mengenal siapa, kes curi -  rumah polis pun pencuri sedia untuk pecahkan. “Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat. “Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS. Mana ada bajet untuk pembentukan moral generasi muda?
Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia. “Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.

Tuesday, February 14, 2012

BRIM - TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT



RM 500 untuk sepenggal 4-5 tahun.
Tetapi musibahnya seumur hidup
(selagi membenarkan Umno menang).

" Duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit " duit atau wang kini bukan lagi untuk membeli barangan keperluan semata-mata. Duit boleh membuat manusia menjadi hamba, juga mereka sanggup menghambakan diri untuknya. Duit juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan khususnya dalam arena kepiminan Mashab UMNO.

Apa yang dapat kita perhatikan pada bajet 2012, amat sukar di fahami kerana ianya tidak membentangkan Pendaptan Negara tapi Perbelanjaan tetap ada. Dari mana sumber wang yang diperlukan untuk perbelanjaan mungkin tidak perlu diketahui oleh rakyat. Dengan itu berbagai-bagai " umpan duit " di luluskan untuk rakyat. Sejak 57 tahun merdeka mana pernah kerajaan memberi belanja wang sekolah, mana pernah beri wang untuk beli buku pelajar-pelajar di IPT, mana pernah beri wang " dapor " serta mana ada kerajaan meluluskan peruntukan wang untuk membeli saham. Tapi ada kelainann untuk tahun 2012, kenapa ya? apa yang nak di pancing oleh kerajaan? Mungkinkah kerajaan UMNO ingin membeli undi rakyat untuk PRU13? itu hanya persoalan sahaja.

Budaya membeli undi memang sudah dipraktik dari peringkat akar umbi lagi dalam UMNO, jika ada pemilihan di peringkat cawangan, sama ada ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita mau pun puteri, sudah lama. Ketua Bahagian dengan " wang & duit " mereka mamapu menguruskan siapa yang " patut " di rancangkan untuk jawatan yang di inginkan oleh mereka. Kesan dari mainan wang inilah budaya rasuah bermaharajalela. Jadi apakah pemberian RM100 untuk murid sekolah, RM200 untuk pelajar di IPTA, BRIM untuk rakyat berpendapatan bawah RM3000 dan akhirnya terbit pula SARA - saham satu Malaysia kepada mereka yang berpendapatan rendah. Apakah ini usaha terdesak oleh UMNO untuk PRU13?

Dato' Tajuddin Abd Rahman

( YB Dato Tajuddin )

Ada benarnya, pemimpin UMNO mengambil kesempatan dari pengagihan peruntukan tersebut, lihat sahaja bagaimana ada kalangan mereka seolah-olah menyiksa ibubapa yang di arah untuk mengambil RM100. Di Pasir Salak contohnya, ibubapa dari SK Sri Changkat yang jauhnya hampir 60km perlu ke Dewan Besar Felcra Changkat Lada hanya untuk mengambil wang tersebut. Ada kalangan penerima BRIM dari Langkap ke Dewan Felcra Changkat Lada.
Semua sumbangan ini perlu diserahkan secara terus oleh Kepimpinan Politik Kawasan berkenaan - pemimpin dari parti pemerintah sahaja.

Cuba kita perhatikan pula dalam keadaan negara dan dunia di hujung jari, bukan sekadar maklumat tapi untuk urusan " transaksi " wang pun boleh diurus dengan hujung jari, tapi mengapakah agaknya UMNO mengambil jalan dan cara " traditional " atau mereka ada niat lain disebalik pemberian itu? Dengan RM100 dan RM500 boleh di masukan saja dalam akaun tak perlu mereka bergerak ada yang hampir 60Km dari rumah ke destinasi yang ditetapkan.

Apabila penerima di kumpulkan banyak " faedah " yang akan diterima oleh pihak UMNO, dapat bertemu muka, dapat meluahkah kata-kata, dapat mengutuk parti lawan malahan kadang-kadang pemimpin pula yang menerima " pekikan " dari orang ramai. Pengajaran dari cerita ini ialah UMNO sengaja nak tunjuk duit tu depa yang bagi...padahal duit tu duit rakyat...ini yang rakyat kena faham. Pendek kata Sebelumnya mencari publisiti dan seSudahnya mencari undi.

Saturday, February 4, 2012

BAJET 2012 - KEPERLUAN RAKYAT MULA DINAIKAN





Bajet 2012 yang mempelihatkan tiadanya pembentangan " pendapatan " sebaliknya perbelanjaan yang melimpah ruah kini mula menampakkan apa cara kerajaan mendapat da menampong perbelanjaan yang dicadagkan. Perbelanjaan mengejudkan seperti Bantuan RM100 untuk setiap pelajar / murid, Rm200 untuk semua siswa di IPT dan BRIM RM500 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah Rm3000 dan terakhir kini ialah SARA 1Malaysia





Sudah dijangkakan apa yang berlaku

Memang sepatutnya rakyat mula mencurigai apa yang akan di lakukan oleh UMNO / BN untuk cara mana mendaptkan sumber kewangan bagi mengatasi bajet 2012 yang diumumkan perbelanjaan tanpa pendapatan tersebut. Tiba-tiba kejutan pertama di lakukan, ledakan bom bermula dengan cukai insuran dinaikan.

Bank Negara Malaysia ( BNM ) telah memulakan pencarian sumber kewangan tersebut. Dengan berdasarkan ini adalah buat pertama kali selepas 30 tahun kadar tarif premium itu dinaikan, dan tarikh 16 Januari 2012 di jadikan tarikh kuatkuasa pelaksanaannya.

Motorsikal berkapasiti 110cc cuma penambahan 30sen sebulan ( maksima ) atau pun di naikan antara RM1 - RM3.50, juga pelaksanaannya cara beransur-ansur selama 4 tahun. Bagi kereta berkapasiti 1400cc kenaikan cuma pada kadar RM2.80sebulan tau pada kadar RM6-RM34 setahun.

Naik tetap naik, kecil pun tetap naik juga, yang pasti merana setiap kali harga barangan naik ialah kesengsaraan RAKYAT - ( RAKYAT DI DAHULUKAN ), dengan kenaikan itu cuba kita bayangkan berapa jumlah wang yang dapat dipungut dari rakyat ini, kalau dikaji-kaji besar nilainya tu, itu sudah pastilah rakyat yang menjadi mangsa untuk memastikan kerajaan sentiasa penoh kantongnya dan memudahkan mereka untuk berbelanja.

Sebagai rakyat yang sentiasa sensitif dengan kehendak kepimpinan dan mungkin juga ingin memberikan sedikit " keistemewaan " kepada pemimpin rakyat sedia untuk menerima kenaikan setiap barangan, apakah selepas insuran cukai jalan pula akan dinaikan, untuk tol pula macam mana, sudahlah tolnya bertaburan di sana sini.

Yang anehnya setiap kali mereka ( pemimpin ) memberikan ucapan, rakyat perlulah berjimat, tidak gelojoh dalam setiap perbelanjaan, sebaliknya mereka ( pemimpin ) lah yang gelojoh, keluar negara dengan wang rakyat, berbelanja dengan wang rakyat, belanja pula beribu-ribu, seperti di rasok syaitan.

" Itu lah kita sendiri yang degil, kan najib sebelum ini sudah ingatkan rakyat supaya berjimat cermat, tapi rakyat degil tak mahu dengar nasihat najib. lihat contoh jelas apabila dengar nasihat najib, rosmah isteri beliau, kerana berjimat cermatlah dapat beli cincin permata. jangan merungut salah kita sendiri.kita tak bijak menabung dari kecil lagi "

Wednesday, November 2, 2011

BAJET 2012 - KETIRISAN BERLELUASAN

Permasalahan kaitan dengan bajet 2012 yang di bentang oleh PM pada awal Oktober lepas masih belum sejuk lagi, malahan ianya terus di perbincangkan oleh semua pihak, tambahan pula bajet itu tidak pula menampakkan penambahbaikan dalam pengurusan kewangan negara. Najib boleh umum perbelanjaan sebaliknya gagal pula menlaporkan punca pendapatan negara. Persoalannya bagaimana nak berbelanja jika pendapatan tiada?

Perasaan rakyat bertambah marah lagi apabila Ketua Audit Negara membentangkan hasil audit untuk 2010, mana tidaknya cuba kita lihat dan tatap betul-betul bagaimana mereka berbelanja, kementerian dan agensi kerajaan menggunakan wang rakyat seperti wang " mak bapak " mereka. Rakyat terus sengsara.

MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta

Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

note: apakah pihak MSN tidak ada kepakaran dalam hal pembelian ini atau semamangnya mereka merencana untuk tujuan tertentu?

Lima kuda lain - yang dinamakan Edenfels Zephyr, Blue Bronco, Amira Alborada, Navidad, Brookleigh Kentara, bagaimanapun didapati layak dan bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.


Harga binocular zoom 29 kali lebih tinggi

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binocular marine’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827.
Ia juga didapati ‘terlebih bayar’ RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing.

Note: Sebenarnya pihak JTLM memessan sejumlah 29buah teropong tersebut tapi pihak pembekal gagal untuk memenuhi pesanan dan hanya sanggup bekalkan satu sahaja. LO ( local oreder ) dah buat kira teriama aje le.

Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Laporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah pro
gram rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan m ereka.

Berikut beberapa barang yang dilap
orkan dalam laporan berkenaan:

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini.

Mengapa agaknya Pengurusan MARA sanggup dan sampai hati mendera rakyat dengan berbelanja tidak mengikut keperluan dan mereka langsung tidak melambangkan amanah pada tugas dan takut dengan seksaan Allah apabila mati nanti?

Pelapran Audit Negara juga menyentuh beberapa buah kementerian.
Kementerian terbabit ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; dan juga Kementerian Pengangkutan.
Turut dipanggil ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri serta Stadium Negara Corporation.

Atas keprihatinan PAC ( Jawatankuasa Kewangan Negara ) dan ketegasannya semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memberikan maklum balas kaitan dengan pelaporan audit tersebut. Apa yang sedihnya PAC di pengerusikan oleh Dato Seri Azmi bin Khalid ( siapa beliau ) agaknya semua orang tahu apakah keputusan dan hasil siastan jawatankuasa ini nanti.

Ini disebabkan Jawatankuasa ini sering gagal dalam siasatannya,

Keretan Akhbar dari Australia

Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).
Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).

Rosman dengan isteri perwakilan lain.

eshan ; Mkini.

Thursday, November 26, 2009

BAJET - UMNO TERUS MENINDAS ORANG MELAYU

Saban tahun apakala satu-satu bajet yang dibentangkan mesti respon ahli, masyarakat khususnya masyarakat yang tidak tahu tentang ekonomi, tidak tahu dimana sumber kewangan negera,tidak tahu bagaimana agihan wang tersebut, menteri mana yang banyak diperuntukan dan entah apa-apa lagi menyatakan yang bajet itu cukup baik, cukup relevan, yang terbaik dan yang " mesra rakyat " dan tahun ini bajet juga mengikut apa yang laung-laungkan oleh pihak PM - bajet 1M rakyat di dahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Kini - mengikut Harakah keluaran 10-12 Zulhijjah / 27 - 29 November edisi 1492, YB Dato Mahfuz Omar dengan penoh yakin dan berkemampuan menyatakan bagaimana pihak Kerajaan yang di tunjangai oleh UMNO menganiyaai orang Melayu, ( Melayu terdiri dari orang PAS, PKR, DAP serta yang paling ramai dari gulongan orang UMNO ), jelas bagaimana mereka menjatuhkan hukuman kepada bangsa sendiri.

MARA - Majlis Amanah Rakyat adalah agensi yang paling kanan dalam memastikan kebangkitan Melayu di Tanah Airnya, di bawah MARA itu sendiri terdiri dari badan-badan yang dikhususkan untuk mendidik, melahir, malahan ditugas untuk memastikan kesenambungan kepimpinan negera juga dilahirkan dari institusi ini.

Tapi malang selepas PRU12, dengan kehilangan kepercayaan dari gulongan CINA dan INDIA, ( MCA DAN MIC serta GERAKAN ) kepimpinan UMNO mula mengorak langkah dan mencari formula di mana untuk memastikan gulongan pemilih dari MCA, MIC Gerakan kembali bersama-sama dengan UMNO dalam BN. Setalah berfikir dan meneliti perancangan yang sesuai, maka bajet 2010 telah digunaka pakai dalam hal ini. dan Agensi MARA yang 100% untuk orang Melayu perlu digunaka pakai.

IKM RM403 juta ( 2009 ) RM143juta ( 2010 )
Giat MARA RM28 juta ( 2009 ) RM28 juta ( 2010 )
MRSM & Kolej Mara RM254 juta (2009 ) RM115 juta ( 2010 )
MARA RM883,785 juta ( 2009 ) RM374,537 juta ( 2010 )

Perkembangan dan kemajuan sesebuah negera adalah melalui perkembangan pendidikan rakyatnya, dan oleh Kerana Malaysia di domisi oleh Melayu tambahan pula adanya akta 153 untuk kepentingan Melayu, kenapa agak nya kepimpinan UMNO sanggup menodai keperluan dan kepentingan bangsanya sendiri. Apakah ini yang dikatakan meletak dan memastikan Melayu tidak hilang di buma Malaysia.

Apa yang menyedihkan ialah, apa yang dilaungkan tidak menjadi kenyataan, malahan orang Melayu yang masih lagi ramai di perkampongan terus di tipu oleh kepimpinan UMNO yang mendapat kepercayaan orang kampong. Sebagai balasan orang kampong ditipu dengan penoh tanggongjawab oleh mereka.

Kenapa agaknya tidak ada orang Melayu ( UMNO ) yang terasa dengan tipu helah ini, kepada AP dan ADUN tidak bersuara dengan penoh rasa tanggongjawab untuk membetulkan kecelaruan ini? Sampai bila orang UMNO perlu di perbodohkan. Janganlah sampai cucu cicit kita hidup melarat di buminya sendiri, malahan KEPIMPINAN MELAYU BOLEH BERCAKAP TAPI MALANG TIDAK BOLEH BERTINDAK.

Masyarakat Malaysia kini sanggup menerima setiap kesalahan dan membantah setiap yang benar. Mahkamah juga tidak lagi berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri, sentiasa menyebelahi kepimpinan yang rosak. APA NAK JADI DENGAN KEPIMPINAN UMNO UNTUK MALAYSIA.

SUMBER HARAKAH EDISI 1492

Friday, October 23, 2009

BAJET 2010 - BAJET BAGAN PINANG

bajet 2010 telah dibentang dan pasti ianya ada pro dan kontra, kalau tanya orang umno pasti jawapanya ini adalah belanjawan yang terbaik, serba lengkap dan belanjawan bertaraf mesra masyarkat semua penduduk merasa agihannya, dari mereka yang tinggal di pendalaman, dalam lautan, atas bukit, dalam hutan apa lagi mereka yant tinggal di bandar-bandar. Bagi kakitangan awam, harapan tinggal harapan, bonus 2 bulan yang dipohon cuma Najib sanggup melebar luaskan pemberiaan RM500 kepada semua kakitangan kalau dulu kepada kakitangan sokongan sahaja. Jadilah Rakyat di Dahulukan. BELANJAWAN MESRA RAKYAT - BERKONSEPKAN 1 MALAYSIA.

Kita tertanya-tanya, apakah dalam strategi kedua belanjawan pihak Najib beriaya-iya untuk memerangai gejala rasuah? apakah rasuah sudah menjadi tokak ( sejenis kudis yang bernanah dan berbau busuk )atau pun penyakit ini memang menjadi darah daging kepada masyarakat Malaysia. Kalau kita berhatikan memang benar, rasuah sudah menjadi " culture live of Malaysia people " selagi negera di bawah kepimpinan UMNO rasuah adalah cara hidup untuk hidup mewah dan cepat kaya. Nak kaya rebut dan jadilah " Pemimpin UMNO "

Dalam strategi ke2 juga, pihak pemerintah mengharapkan kakitangan kerajaan bekerja dengan lebih cekap dan bekesan - kecekapan dan keberkesanan dituntut untuk memastikan urus tadbir negera di tahap yang paling maksima. Tapi bagaimana kakitangan kerajaan dapat melaksanakan tugasan jika mereka sentiasa dan perlu mengikut apa kata pemimpin UMNO yang gila dan penoh dengan tipu helah. Mereka sentiasa menggunakan kakitangan kerajaan untuk kepentingan peribadi - untuk memastikan kepimpinan tidak tergugat.

Kita lihat saja apa yang dibuat boleh sistem kehakiman, contohnya KESALAHAN DI DEWAN RAKYAT - semua orang tahu resolusi di dewan adalah bidang kuasa dewan. tapi lihat pa yang berlaku dengan Perak. Kes 2 MB dan 2 Speaker. Sistem mahkamah lansung tidak ada pendirian, bagaimana pula dengan institusi istana, institusi yang penoh dengan pertangongjawaban kepada rakyat ini telah di manipulasi oleh kepimpinan UMNO. Apakah kata UMNO saja, istana perlu ikut. Apakah sudah ada " unjuk kiri dan unjuk kanan " dalam setiap perancangan?

Lagi satu strategi - ke 3 pihak kepimpinan UMNO merancang untuk memastikan aktiviti jenayah dikurangkan, " whatever " perlu di benteras, pendekatan yang digunakan untuk ini juga jika dilihat secara dekat memang perlu penjegahan dilaksanakan tapi apakah ianya nak dilaku secara yang lebih effisyen, kerana jika kita lihat, penjegahannya juga perlu ikut keperluan, berpilih-pilih ada yang perlu diambil tindakan segera ada yang perlu di perlengah-lengahkan. Lihat saja dalan jenayah rasuah, seluruh rakyat Malaysia telah didedahkan dengan berbagai rasuah yang berprofil tinggi yang melibatkan kepimpinan dalam kerajaan tapi apakah ianya diambil tindakan atau pun sebaliknya.

Kesimpulannya dalam pembentangan bajet kali ini ianya berkaitan dengan hadiah yang perlu diterima oleh rakyat dengan kemengangan PRK di Bagan Pinang, bajet yang berlandaskan undi pos ini bagitu membanggakan cukup menyeronokan walaupun sudah kalah sejumlah 6 kali tapi ianya di tutup dengan kemenangan calun yang juga pengamal rasuah.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA