Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 28, 2009

BUDAYA TAMADUN RIMBA - GAYA HIDUP UMNO

Setelah ujud sekian lama, dan diberikan kepercayaan oleh rakyat dan berjaya memerintah negara dari bernama Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya ujud Malaysia dari Semenanjung Tanah Melayu yang di rangkumkan dengan Singapura, hingga Singapura terlepas bebas merdeka dan di jemput pula negeri-negeri di Borneo ( Sabah & Sarawak ), pemerintahan pula dari kerajaan ' kapal layar ' dengan di naungai oleh UMNO, MCA dan MIC akhirnya ujud pula gabungan berbelas-belas parti gabungan, dengan nama Perikatan ditukarkan ke Barisan Nasional.

Dari Tunku Abdul Rahman dan sampai saat ini di perintah pula oleh Abdullah Ahmad Badawi. Pemerintahan UMNO dari masa ke semasa langsung tidak menunjukkan sistem pemerintahan yang melambangkan kekitaan untuk masyarakat. Kita lihat sahaja peristiwa " MENDERHAKA " kalangan pemimpin mereka sejak ditubuhkan lagi, hingga hari ini, raja yang di pertanggongjawabkan sering menjadi bahan kritikan dan rasa tak puas hati. Apabila ianya tidak memihak kepada UMNO siapa saja akan menjadi bahan kutukan mereka.

Sistem pentadbiran negera sudah cukup baik, keujudkan kementerian sudah cukup baik, perjalanan pengurusan pentadbiran negera boleh dikatakan baik, tapi apa bila pemerintahnya lebih mementingkan personnal dan kaum kerabat, semua sistem yang baik akan punah. Kita perhatikan saja bagaimana kuasa digunakan oleh Tun Mahathir, semua agensi di bawah naungan kerajaan dipergunakankan dalam kes " Mata Lebam " DSAI. Peristiwa ini juga memual dan memalukan. Perbicaraan di atur, keputusan di bincang dengan TM, para pendakwa di berikan imbuhan untuk memastikan yang bersalah tetap bersalah. Rakyat terus melebelkan hakim yang bertugas sebagai " Hakim Hacks ".

Polis sanggup mencederakan OKT ( orang kena tahan ) sejak akhir-akhir ini ada pun yang mati dalam lokap, apakah ini sudah menjadi satu kebiasaan dalam pemerintahan negara ini? Timbang rasa dan rasa perikemanusiaan sudah hilang dalam daya pemikiran dan ingatan yang jelas dan diharapkan hanya untuk memastikan pemerintah dalam keadaan yang benar walau pun tak benar.

Kita lihat sahaja, ketidak mampuan mereka menerima tamparan dan perubahan yang rakyat maukan, peristiwa di DUN Perak DR, amat mengecewakan sekali, sultan di permainakan dan diugut untuk mendengar kehendak mereka saja, perlembagaan dan undang-undang tubuh sudah tidak releven dan tidak menjadi tiang kepada pemerintahan. Yang tinggal kepuasan " Nafsu " saja.

Peristiwa " pencerobohan " di parlimen oleh Pemuda Balaci UMNO tempoh hari, ( Pemuda Serdang, Gombak & PJ Utara ) jelas kemerdekaan 51 tahun, menteliti pemimpin pemuda UMNO masih saperti orang-orang di zaman batu. ( kenapa ini berlaku - kerana setiap kesalahan mereka ada tangan ghaib yang memastikan perlakuan mereka dapat di bela ) inilah tamaddun rimba. Yang sedihnya perlakuan hanya untuk orang UMNO sahaja.

SILEMAH MAKANAN SI GANAS
SIBODOH MAKANAN SI CERDIK
RAKYAT MAKANAN PEMIMPIN ( pemimpin yang rakus )

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA