Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label MUAFAKAT. Show all posts
Showing posts with label MUAFAKAT. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

Sah - satu lompatan bernilai rm50 juta.

Ketua-ketua Kampong Pakatan Rakyat dari 3 bahagian, Parlimen Pasir Salak, Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Bagan Datoh, yang mengadakan perjumaan kekitaan diadakan di Bilik Gerakan Pas, Padang Tembak pada 14 Februari dengan di hadiri oleh YB Changkat Jong dan YB Hutan Melintang serta turut sama Penyelia DUN Kampong Gajah.

Semua ketua kampong yang hadir difahamkan bagaimana hebatnya pimpinan UMNO menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat, bagaimana jijiknya perlantikan Menteri Besar dari UMNO dan bagaimana tamakanya YAB Dato Dr. Zambry - MB Haram, yang menyandang sampai 8 fortfolio untuk mengendali uruskan Negeri Perak. Perak hanya ada 6 EXCO dan dibandingkan dengan Perlis ada 7 EXCO, UMNO sudah berjaya memanupulate fizikal kedua-dua negeri ini, bermakna Perlis lebih luas dan ramai penduduknya dari Perak. Agaknya di masukan juga sebahagian kawasan dari Selatan Thai, untuk senang pergi nikah kahwin.

Bagitu juga bagaimana sopan dan tertibnya YAB DS Ir. Mohd. Niza berbincang dengan baginda sultan beliau menggunakan bahasa istana, memohonkan agar titah baginda untuk memecat tidak diteruskan sebaliknya memberi pandangan agar DUN Perak di bubarkan. YANG MENDERHAKA HANYA ORANG-ORANG UMMO.

Dalam taklimatnya ADUN Hutan Melintang mengesahkan, beliau di hubungi oleh Tim Pengerusi Pehubungan UMNO Perak yang juga MP Bagan Datoh merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri melamar dengan mas kahwin RM50 juta jika bersetuju bersama-sama UMNO/BN untuk memastikan Kerajaan BN di Perak kukuh dan mantap. Pengerusi majlis mengistiharkan YB Hutan Melintang yang dari PKR - rakan India sebagai Jutawan Segera. Beliau juga sudah pasti mengisi kekosongan EXCO untuk rakan-rakan dari kumpulan orang Indian. Tapi dengan semangat yang tinggh, beliau tidak berminat untuk menyertai BN, dan disambut dengan tepok sorak para hadirin.

Kepada Seluruh Ketua Kampong diharapkan dapat meneruskan tugasan yang diamahkan kerana kuat kuasa sebagai Ketua Kampong lantikan Pakatan Rakyat berakhir pada 31 Ogos 2010. Selamat bertugas dan pastikan semakin ramai rakyat yang sah menjadi ahli PAKATAN RAKYAT samaada PKR, PAS mau pun DAP.

Lawan tetap lawan.

Wednesday, February 11, 2009

Pakatan yang tidak BERMUAFAKAT

PRU 12, memang tidak dapat dinafikan, tsunami politik melanda tanah air, BN yang selama ini gah dengan slogan Berkhidmat Untuk Semua, Bersih Cekap Amanah, Cemerlang Gemilang dan Terbilang telah gagal untuk mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen dan disamping gagal merampas semula Kelantan Darul Naim sebaliknya, Darul Aman, Darul Ridzuan, Darul Ehsan serta Pulau Mutiara terlepas kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaiman pun keujudan Pakatan Rakyat di Perak Darul Ridzuan menjadi panas semenjak ianya dicadangkan untuk penubuhannya lagi. Bukan kerana apa, kerana majoriti kerusi hak DAP 18, PKR 7 dan PAS 6.

Undang-undang tubuh Perak, MB perlu dari kalangan Orang Melayu. Disinilah mula pergesaran yang diperhatikan oleh UMNO yang kecundang cuma dengan majoriti 3 kerusi sahaja. DAP tak sangguh menerima kalangan PAS untuk menerajui Perak. Kalangan PKR pula hanya 3 Melayu dan 4 lagi juga bukan Melayu. ( kenapa dipilih wakil PAS, wallah waalam )

Pakatan = kata akarnya pakat : mengikut kamus Dwi Bahasa keluaran Sasbadi: to discuss dan come to an areement, to agree, to collaborate. Sepakat pula: to be in agreement, aggreed. Bersepakat: to agree.

Bagi kamus digital eleksis; pakatan bermaksud persetujuan daripada perundingan.

Kini benar-badi apakah selepas dipercayaai oleh pihak istana, dan persetujuan semua pihak dari ADUN ( DAP, Keadilan & PAS ) bersetuju melantik YAB dari kalangan PAS, EXCO 6 ke DAP, 2 PKR seorang PAS.

Kesan sampingan yang diluar jangkaan dalam kabinate yang dibentuk, suara-suara jahat melaporkan, DAP memonopoli semua keperluan yang ada di Perak, semua EXCO penting di bawah kawalan mereka termasuk melantik pegawai GLC juga dari kalangan DAP, PAS pula seolah memonopoli semua yang berkaitan dengan pentadibran di peringkat keagamaan. Difahamkan ada kalanya keputusan tidak mengikut apa yang sepatutnya cara bermuafakat tidak ada consensus kalangan exco, kata-kata kasar seperti kami ramai ADUN dan EXCO, kami pula mengepali pentadbiran negeri, jadi ini sudah pasti akan mengecilkan hati kalangan tertentu.

Adala diharapkan apa yang berluku kini dijadikan satu pengajaran kepada gabungan ini, memang bukan mudah untuk menjaga semua kehendak setiap indivudu atau pun kumpulan tapi gunakan pepatah ' seperti menarik rambut dalam tebung, rambut tak putus, tepung tak bertaburan '.

Kepada DAP perlu memahami hakikat walaupun gabuangan pakatan ini diujudkan ianya juga bergerak seperti BN, ' give n take ' kalangan antara ketuanan Melayu juga perlu difikarkan. Pakatan Rakyat mampu pergi lebih jauh lagi jika kesefaman dapat dipupuk dan rasa pertanggongjawaban ada dikalangan pemimpin, tak kira DAP, PAS & Keadilan. Tugas yang hampir ialah untuk memastikan Bukit Gantang dan Bukit Selambu menjadi hak Pakatan.

BERSATU KITA TEGUS BERCERAI KITA ROBOH


Tuesday, February 3, 2009

PERAK MERDEKA

Satelah Perak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak 11 bulan yang lalu, PR telah membentuk jawatankuasa tadbir di peringkat 'grass root' ( ketua kampong ), semua ketua kampong di pilih cara undian oleh masyarakat kampong tersebut. Semua JKKK ini telah menjalankan tugas dengan berkesan sekali, pihak kerajaan persekutuan, sebagaimana yang berlaku di Kelantan, sudah hampir 4 kali pilihanraya JKKKP ini gagal memainkan peranan untuk memastikan kerajaan negeri dapat diambil alih. Mereka tidak sedar, tidak prihatin, tidak memahami hakikat dan kemahuan masyarakat setempat, lantas yang demikian PRU12 membuktikan Kelantan terus dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan di tambah lagi dengan 4 negeri lain, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Wiliyah Perseketuan.

Kini kekelamkabutan daya pemikiran pimpinan UMNO jelas sekali, mereka berusaha untuk menidakkan hak kerajaan negeri untuk berurus dengan jabatan-jabatan persekutuan, Dato Seri Zahid Hamidi, Menteri DiJabatan Perdana Menteri, mengarahkan semua agensi persekutuan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kelolaan kerajaan negeri. Yang sedihnya arahan ini berkuatkuasa sekambalinya beliau dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Agaknya semasa di sana, beliau berdoa dekat kaabah untuk mendapatkan ilham tersebut.

Tindakan ini amat malang bagi pengundi-pengundi Perak dan khasnya kawasan Parlimen Bagan Datoh dari mana beliau datang. Cara tak lansong, tindakan beliau juga seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang melantikan YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak.

Untuk itu, jika pengurusan pentadbiran peringkat kampong, daerah dan negeri sudah boleh dilaksanakan dengan baik dan rakyat negeri sudah boleh menerima sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apa salahnya kita berusaha kearah MEMERDEKAKAN diri kita pula ? ....... fikri-fikirkanlah:

Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
dan Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

MAJLIS MUAFAKAT

Majlis Permuafaktan Ketua-Ketua Kampong Pakatan Rakyat, Parlimen Pasir Salak telah ditubuhkan pada 29 Januari 2009 dengan ucap utama oleh Y. Bhg. Us. Misbahur Munir bin Masduki Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak.

Dengan gabungan ketua-ketua Kampong DUN Kampong Gajah dan DUN Sungai manik, jumlah kesemua ketua kampong dalam Parlimen Pasir Salak ialah seramai 98 orang.

Aktiviti pertama ialah mengadakan Kursus Pemimpin Prihatin Masyarakat diadakan serentak pada 29 Januari yang lalu. Selain dari merapatkan saliturahim serta dapat bertukar-tukar fikiran dalam pengurusan dan pentadbiran kampong, majlis ini akan memastikan perancangan Pakatan Rakyat untuk menguasai kerusi DUN dan Dewan Rakyat pada PRU13 akan menjadi kenyataan.

Kedua-dua Penyelia DUN, Tn. Haji Mustafa Kamil bin Ayub, Penyelia DUN Sungai Manik yang juga Naib Presiden PKR dan Tn. Haji Mustaffa bin Shaari, Penyelia DUN Kampong Gajah, yang juga Yang DiPertua PAS Pasir Salak, memberikan keyakinan, majlis ini dapat menunaikan amanah yang dipertanggongjawabkan.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA