Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label POLITIK PERAK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK PERAK. Show all posts

Saturday, July 10, 2010

KAMI DIPUKUL, DIKASARI KATA-KATA KESAT - ADUN TEJA

Memori Rampasan kuasa DUN Perak
" Saya diheret macam binatang oleh orang yang bukan berpakaian pereman polis, kepala saya di tekan ke lantai dan tangan saya dikilas ke belakang. Saya seorang ADUN dan saya diperlukan ketika saya berada dalam dewan dimana tempat saya seharusnya berada dan merupakan tempat persindngan ADUN. Tapi mengapa polis dan mreka yan tidak dikenali pula harus masuk campur " Keluh ADUN Teja - Chang Lih Kang, mengulas insiden DUN Perak pada 7 Mei yang lalu.
Beliau menambah dan mengibau kembali apa yang berlaku di DUN tempoh hari. Speaker pada masa itu V. Sivakumar mengarahkan 10 ADUN yang digantung termasuk ADUN Bebas untuk meninggalkan dewan, mereka sebaliknya berkumpul di sudut dewan dengan mencuba untuk melantika Speaker yang baru, tindakan mereka sudah tentu mendapat tentangan dan dipertikaikan oleh ADUN Pakatan Rakyat, mereka terus memporak perandakan keadaan dan akhirnya polis di panggil untuk masuk sedangkan yang berkuasa pada setiap persidangan ialah speaker.
Kekecohan ini memyebabkan berakhir dengan semua ADUN Pakatan dan Speaker di usir dari dewan, polis dengan angkoh langsung tidak memperdulikan dari perutukan manakah yang digunaka oleh mereka untuk mengusir ADUN Pakatan. Pihak polis juga seolah-olah tidak mengetahui yang ramai kalangan ADUN Pakatan adalah dari golongan peguam yang amat mahir dengan perundangan tubuh Negeri Perak khasnya dan amnya perundangan negera Malaysia.
Tindakan pihak polis cuba dihalang tapi gagal, ADUN Simpang Pulai, ADUN Pinji dan ADUN Pasir Pedamar meneruskan usaha dan menghalang V. Sivakumar dari di kerumuni oleh pihak polis. Gagal. " Saya ditolak hingga hampir terjatuh, saya tidak mengenali mereka, adakah mereka kumpulan samseng yang memasuki dewan pada 3 Mac lalu dan menyebabkan Pakatan Rakyat mengadakan persidangn di bawah pokok. Akhirnya tangan saya di gilas kebelakang, mereka langsung tidak memberi apa-apa respon dengan soalan yang diajukan, mereka bertindak memang cukup ganas, saya direbahkan ke lantas, kepala di tekan, tangan di gilas kebelakang, anggota polis seramai 4 orang mengerjakan saya seorang " Tambah ADUN Teja.
Kenapa agaknya, pihak polis bertindak memihak kepada BN walaupun pada ketika itu BN ternyata tidak mematuhi peraturan dewan serta melanggar arahan speaker. " P0lis merupakan sebahagian dari konspirasi yang membantu BN dalam rampasan kuasa DUN Perak, ini adalah agenda yang terancang oleh polis untuk menghalalkan cara BN memerintah semula sedangkan seharusnya pihak polis bertindak berkecuali dan tidak menyalahgunakan kuasa yang ada " ADUN Teja dengan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan polis tesebut.
Petikan Buku: Tumbangkan Gergasi Tua Yang Tempang
Nukilan pena: Lotfi Ismail

Saturday, June 26, 2010

ZAMBRY BANYAK MEMBAZIR

Pada masa ini, pihak Mahasiswa UITM kampus Seri Iskandar sedang mengumpul maklumat berkaitan dengan pengurusan kepimpinan Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak dan kerajaan di bawah pentadbirannya.



Walaupun kajian itu ada kaitan dengan pelajaran mahasiswa tersebut tapi berkemunginan ianya akan dijadikan kayu ukur kepada Dr. Zambry itu sendiri. Sebagai contoh, penemuduga bertanyakan apakah Dr. Zambry selaku MB telah dapat menjalankan tugas dengan berkasan dan dapat meningkatkan ekonomi Negeri Perak.

Persoalan kaitan penjimatan ini terjawab di Malaysiakini 26 Jun 2010, dengan pendedahan buruk laku beliau dan melakukan pembaziran kewangan negeri. Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang juga setiausaha DAP Perak berkata mengapa perlunya EXCO kerajaan mengadakan mesyuaratnya di luar Perak dan kali terakhir mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Rabu lalu - Kata YB Nga.

Kenapa YB Zambry bagitu boros dalam membelanjakan kewangan negeri, dan ketika rakyat Perak sedang menghadapi kekangan kewangan dan defisit kerajaan negeri mencecah RM70 juta pada tahun ini, kerajaan negeri pula boros berbelanja.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamry Kadir diminta memberikan rasionalnya mengapa mesyuarat exco kerajaan negeri kerap kali diadakan di hotel bertaraf lima binatang di Kuala Lumpur.

Apakah Negeri Perak kekurangan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat tersebut, dan apakah tidak ada rasa simpati kepada rakyat yang perlu diberikan sokongan dalam menangani belanja hidup harian mereka, dengan semua harga barangan keperluan masa kini sudah melambong tingginya, atau adakah pemergian mereka ke luar Perak tidak di tanggong oleh rakyat?

Kadang kala rakyat tertanya-tanya dengan dialog pemimpin, mereka sering menyarankan agar rakyat berjimat, kawalan keperluan harian, tapi apakah mereka juga bertindak sedemikian. Buruk laku pemimpin ini memang mengamalkan " cakap tak serupa bikin "

Monday, June 14, 2010

PERAK - KATAK SEDANG KEPANASAN.

Apa yang dilakukan oleh YB Bota, Dato Nasarudin melompat kedalam PKR sebelum dia berpatah balik dulu, memang memberikan kesan sampingan dan sudah tentu beliau ada membawa rakan-rakan dalam perundingan dengan pihak PKR dalam usaha " melompat " tersebut. Angin sepoi-sepoi bahasa membayangkan bersama YB Nasa malam perundingan tersebut di iringi oleh YB. Ahmad Pakeh Adam dari Sungai Siput, YB Raja Ahmad Zainudin dari Kubu Gajah dan YB Hamdi Jaafar dari Pengkalan Baru. Pertemuan rahsia ini di ketemukan dengan wakil PKR. dibuat di hotel Syuen dimana bilik ditempah oleh Hamdi Jaafar. ( ikhsan ureka )

Kini PKR Perak, walau pun tidak berminat dengan " lompat - melompat " ini tapi berkemungkinan ada pihak telah terbau yang kedududkan BN itu sendiri telah kucar kacir dan sudah hilang hala tuju, semua apa yang dibuagt serba tak kena. Hinggakan berjudi juga telah dihalalkan oleh kepimpinan UMNO itu sendiri. Bak kata pepatah Melayu Baru " kalau tak ada gempa bumi mana kan ada tsunami " Pergesaran dan rasa tidak berpuashati dengan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memang tidak boleh dinafikan.

Melalui sidang akhbar di Ipoh, Sdr. Zulkifly Ibrahim yang juga Ketua penerangan PKR Perak mendedahkan penglibatan beberapa orang YB dan mereka yang berjawatan Ketua Bahagian dari UMNO sedang di " screen " untuk bersama-sama PR dengan menganggotaik PKR, dalam temu bual tersebut, rata-rata mereka marah pada YAB Zambry, YAB Zambry lebih memberi muka kepada " pendatang " UMNO dari PKR yang telah melompat, kedudukan YB Jamaluddin yang masih ada pejabat di SUK ( beliau bukan EXCO ), melantik beberapa orang dari PKR ke jawatan penting di SUK, termasuk Sdr. Hamdan Taha, Sdr. Hanafiah Man.


YAB Datu Zambry mengesahkan ketidak puasan hati sebilangan YB BN di Perak

Kalangan pemimpin Umno di Perak mengakui memang wujudnya rasa tidak berpuas hati, termasuk di kalangan ADUN BN, terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berhubung peruntukan bagi menjalankan program khidmat masyarakat di kawasan masing-masing.

Walaubagaimana pun, YAB Dr. Zambry penoh yakin bahawa ini hanya satu gimit politik dan sudah pasti tidak ada mana-mana YB yang akan menyeberang ke sebelahan PKR, ini hanyalah satu pembohongan dan mereka PKR amat kecewa dengan keintiman yang berlaku kepada YB UMNO / BN pada masa ini. YAB Zambry penoh yakin.

Selain dari isu tersebut, ramai juga kalangan kepimpinan semua parti khususnya dari " Orang Melayu Muslim " amat kecewa dengan memberikan kelulusan kepada aktiviti judi oleh pihak kerajaan. Kini Ascot Sports Sdn. Bhd milik Tan Sri Vincent Tan telah ditawarkan package perjudian tersebut sepanjang Bolasepak Piala Dunia 2010 ini.

Pandangan Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata. "Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu. Dengan alasan dan pendapatan Tun M ini sepatutnya UMNO di bubarkan.

Minat mereka untuk meninggalkan UMNO juga ada kaitan dengan UMNO Perak itu sendiri yang kini sedang dalam keadaan berpecah dengan di bahagikan kepada 3 kelompok. Kelompok YAB Dr. Zambry, Kelompok Ramli Zahari dan kelompok Raja Ahmad. Bukan kerana apa, Ramli adalah pilihan Najib untuk MB dan Zambry adalah pilihan Pk Lah, tapi bagi Ramli adalah orang lama dalam UMNO dan beliau ditinggalkan bagitu sahaja, sedangkan orang baru di berikan layanan yang cukup baik.

Apakah akan menjadi realiti lompatan ini ? kita tunggu dan lihat apa yang sebenarnya akan berlaku di Perak. Mungkin lompatan tidak berlaku kerana, PKR sudah tentu tidak mampu membiyaan harga untuk penyeberangan tersebut. Yang banyak duit ni ialah UMNO. Untuk itu PKR bersedialah dengan PRU 13 dan tidak meletakan impian tinggi untuk lompatan tersebut.

Saturday, June 12, 2010

POLITIK PERAK TERUS DI LANDA MUSIBAH KEPIMPINAN

SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.

Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.

Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.

"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.

Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.

Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.

Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.

"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.

Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.

"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.

"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.

Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.

"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya. - Muslimeen United.

Saturday, June 5, 2010

GEMPAR - KAMPONG GAJAH DI KUNJUNGI ADUN PR


Ramesra adalah " kapal terbang " yang digunakan oleh ADUN Pakatan Rakyat sebagai pengangkutan ekspedisi ke 2 mereka untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat. Ekspedisi kedua ini bermula dari Manong di Kuala Kangsar ke Bruas, Ke Parit, Ke Pasir Salak, Ke Hilir Perak, Ke Teluk Intan, ke Bagan Datoh dan akhirnya ke Lumut. Seramai 15 orang ADUN PR turut serta dan rombongan di ketuai oleh YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin.


Gambar sebelah YAB Niza, YB Nga, YBh. Ahmad Awang dan YBG Uzt. Mustafa sering mendengar ucapan dari YAB Niza, YAB Niza sempat memberikan kata-kata semengat kepada hadiran agar dapat memastikan pemerintahan " kuku besi " UMNO / BN selama 52 tahun dapat di tamatkan menjelang PRU13 nanti. Rakyat sudah cukup sengsara, harga barangan, ketirisan, penyalahgunaan kuasa semuanya memberikan impak kepada keberkesanan pengurusan dan pentadbiran negera. YB Nga pula memaklumkan pada masa kini semua pihak antara Melayu dan Cina sudah mula saling faham memahani antara satu sama lain. Islam bukan lagi penghalang untuk mereka bekerjasama.

YB Anuar Sudin bersama dengan tetamu yang hadir


Ybhg. Ahmad Awang, turut sama menyampaikan " hamber " kepada penduduk kampong sekitar Kampong Gajah, dan seramai 50 orang keluarga miskin yang telah dikenal pasti menerima sumbangan tersebut, ini adalah daya usaha Pas kawasan



YAB Niza, Ybhg Ahmad Awan dan YB Zainuddin sedang menjamu selera

Sebagaimana biasa, pihak polis sentiasa memberikan khidmat terbaik untuk memasti semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan sebaik yang mungkin, ucapan sekalungan tahniah dan terima kasih kepada anggota keselamatan yang hadir walau pun mereka tidak dijemput oleh pihak urusetia. Tapi atas dasar memastikan keselamatan di tahap paling maksima mereka hadir
sama
untuk bertugas. Tahniah.




Sebahagian dari rakyat yang turut hadir.



Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat meninggalkan majlis dengan diringan oleh rakyat, dan rakyat telah dapat satu suntikan baru untuk memastikan PRU 13 nanti menjadi realiti kehancuran UMNO / BN. Mereka menuju ke Langkap.


Friday, May 7, 2010

MCA DAPAT PERUNTUKAN KHAS

BN Perak mengikut satu kajian oleh Sinar telah membuktikan rakyat sudah mula boleh menerima kepimpinan " haram " mereka. Pengakuan Sinar Harian tersebut tidak pun memberikan apa-apa kredit kepada BN Perak. Bukan sekadar nak bubar DUN sebaliknya untuk mengiakan kajian tersebut pun Dr. Zambry takut.

Apa tidaknya, janji kepada DUN Behrang dan DUN Changkat Jering masih belum selesai lagi, malah ura-ura untuk mengisikan kekosongan EXCO untuk mereka juga telah di berikan amaran oleh kepimpinan UMNO yang lain. Jika di tawarkan jawatan EXCO kepada kedua-dua katak puru ini, UMNO akan bergeser dengan lebih hebat dan silap-silap mereka pula ( ahli UMNO ) akan meninggalkan UMNO.

Implikasi dari PRK Hulu Selangor, yang memperlihatkan penambahan % pengundi Cina amat ketara dan menakutkan pihak UMNO, dan kini di Sibu pula yang mana peratus Cina sampai ke % 60 lebih dan kawasan ini pula tidak konsistan pada pemilihan AP mereka. Ianya silih berganti. Dengan itu Sibu juga akan menjadi indikator untuk UMNO / BN secara khususnya pula kepada Kerajaan Negeri Sarawak sendiri.

Keadaan ini telah menyebabkan kepimpinan Dr. Zamry di Perak mula merasakan sesuatu yang pasti memberikan tekanan kepada pemilihan kerajaan pada PRU 13 nanti. Berbagai-bagai cara telah digunakan pakai, sehinggakpan apa yang dibuat oleh PR dan menjadi bahan tohmahan kini di laksanakan oleh mereka. Lantas yang demikian untuk memastikan kaum Cina dapat kembali mengundi BN, Kerajaan Perak " membeli " mereka dengan mengadakan beberapa projek yang dikenal pasti dengan perutnukan RM50k setiap bahagian MCA.

" MCA bahagian hanya menjadi pemantau untuk mengenal pasti keperluan rakyat, khususnya masyarakt Cina di bahagian bekernaan , Malahan peruntukan tidak disalurkan secara fizikal kepada MCA sebaliknya kepimpinan bahagian MCA akan hanya menganal pasti projek serta program berkepentingan rakyat setempat " kata Ramly Zahari s/u BN Perak. Agaknya bila pula nak bagi peruntukan demikian untuk bahagian MIC, yang mana MIC lebih terkebelakang dari MCA?

Apa saja alasan dan jawapan yang diberikan dari sudut kepentingan politik ianya lebih dahsyat kalau Hj. Nizar di katakan boneka DAP dan kini bukan kah UMNO jadi leih teruk bukan setakat boneka tapi " balaci " untuk kepentingan undi. Lihat sahaja bagaimana PM memberikan 3 juta untuk sekolah Cina di Hulu Selangor walaupun undian kaum CINA tidak ke BN. Bagitu juga apa yang sedang dan akan berlaku di Sibu menjalang PRK nanti. Sibu ada 67% undi Cina, 11% Melayu/Melanau dan 22% kaum Bumiputra.

Kempimpinan UMNO terus menidakkan hak orang Melayu, kerana kini diadakan pula peruntukan khas untuk kaum Cina, dan tak mustahil akan diadakan juga peruntukan khas untuk kaum India, bukanhkah sudah ada peruntukan untuk kepentingan semua rakyat tak kira dari kaum mana, dan plan pembangunan untuk meliputi semua ceruk rantau dalam daerah, yang diketuai oleh Pejabat Daerah.

Atas dasar keperluan semasa perlu diujudkan peruntukan khas untuk kaum Cina sahaja. Mungkin selama ini UMNO gagal menyalurkan peruntukan untuk kaum Cina dan India sebab itu kawasan yang mereka diami ketinggalan. Apabila mereka protes kini diujudkan peruntukan khas untuk mereka.

Peruntukan RM 50 ribu kepada setiap MCA Bahagian seluruh Perak untuk tujuan pembangunan. Rakyat Perak pasti mempertikai tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukkan tersebut kepada setiap MCA Bahagian bagi tujuan pembangunan. MCA adalah sebuah parti politik yang telah dikecundangkan oleh DAP Perak. MCA hanya menang satu kerusi di Perajek. Disini jelas mengambarkan bahawa Zambrylah boneka MCA, semua kemahuan dan tuntutan MCA dipenuhi. Berbeza dengan Hj Nizar yang tidak memberi peruntukan kepada parti-parti politik sekalipun PAS, apatah lagi DAP dan PKR. Peruntukan kerajaan disalurkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul.

Satu persoalan di mana PERKASA, dimana PEMUDA UMNO?

Wednesday, May 5, 2010

MIC JUGA AKAN DAPAT 50k DARI KERAJAAN PERAK

Kini, Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang diterajui BN, kian terdesak dan mereka akan mengguna dan menghalalkan setiap sudut cara untuk memastikan PRU13 nanti semua pihak berpaling tadah dan terus bersama-sama dengan BN. Kekalahan teruk rakan kongsi mereka MCA dan MIC telah mengajar mereka bahawa agihan wang negeri perlu dikonsikan bersama antara parti yang bernaung dengan BN.

Untuk itu pihak Sekretariah PR Perak, telah membongkar satu usaha dimana Kerajaan Perak ( kerajaan haram ) mengikut setiausaha sekretariatnya Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, satu peruntukan khas bernilai 1.2 juta ringgit telah diluluskan untuk kepentingan dan kegiatan MCA, jumlah tersebut bermakna setiap bahagian MCA akan mendapat satu grant sejumlah 50k, agaknya dalam pemikiran kita darimana wang dan sejumlah itu diperolihi oleh Dr. Zambry?


Pada waktu ini, mengikut satu kaji selidik, pihak BN telah pulih dan rakyat telah memberikan kepercayaan semula untuk mereka mentadbir uruskan negeri, hampir 68% penduduk di Perak telah bertaubat dan kembali serta memberikan kepercayaan kepada kerajaan di bawah pimpinan Dr. Zambry, untuk kenapa lagi perlu menggunkan wang rakyat untuk kepentingan sesebuah parti, apakah wang sejumlah itu akan membazir sahaja, kerana memberikan wang kepada MCA adalah seperti " mencurah garam ke laut " kerana MCA adalah parti yang kaya, kerana mereka di dokong oleh taukeh besar sama ada di peringkat negeri mau pun negera.


Rakyat di Malaysia kini terus di pedaya oleh kepimpinan yang ada, semua halal jika keperluan itu memihak untuk kepentingan mereka. Wang kerajaan boleh diberikan untuk kepentingan parti, kawasan dan hak negera seperti telaga minyak di blok L / M boleh diserahkan kepada negera lain, para hakim kerajaan sudah tidak ada integriti dalam bilang kehakiman contoh kes liwat 2 DSAI. Agensi kerajaan PDRM, SPRM, SPR, boleh dikatakan 99% mereka di kementerian langsung tidak berusaha untuk mengagihkan keperluan dan keuntungan untuk semua rakyat dengan tampa memikirkan fahaman politik.


Kepimpinan menjadi " lemak " kerena mereka yang " dulu, kini & selama-lamanya " bermatian-matian langsung tidak terbuka minda dan daya fikir untuk memperbetulkan hala tuju pemimpin mereka, kalau salah di yakan, kalau betul memang patut di sokong. contoh di mana suara mereka tentang isu APCO, isu GST, apa tegoran mereka dengan tindakan Tun Dolah menyerahkan telaga Blok L/M ke Brunei, apa kata mereka berkaitan dengan kes salah tembak PDRM kepada orang ramai, apa tindakan mereka majoriti undi Melayu di Hulu Selangor ke BN tapi yang dapat faedah kepada MIC - wakil parlimen MIC, MIC juga dapat Senator dan pencacai UMNO dulu Sdr. Ezam juga dapat Senator, yang penat untuk memastikan kemenangan hanya dapat sehali baju t dan payung - ini satu realiti, bukan perkauman.

Kepada mereka yang " dulu, kini & selama-lamanya " berfikirlah untuk masa depan, bangsa, agama dan tanah air.

Saturday, March 27, 2010

URUSAN PENTADBIRAN NEGARA HAK MILIK UMNO

Implikasi dari PRU12, telah menampakan belang dan taring katakutan yang amat sangat, mereka telah menggunakan seluruh tenaga dan kuasa yang ada untuk memastikan saki baki pemerintahan masih di tangan mereka, semua agensi kerajaan yang sepatut bergerak untuk rakyat Malaysia tapi kini telah beralih kepada memastikan kerajaan yang terkapai-kapai ini di bantu agar tidak hilang terus dari bumi Malaysia.

Sebut saja SPRM, aktiviti mereka ke arah untuk kepentingan parti keris ini, untuk SPR pula jelas menggunakan tipu helah dan sudah tidak mengiktiraf peranan dan tugas yang perlu dimainkan oleh dewan perundangan sama negeri mau pun parlimen. Kuasa dewan sudah diambil alik oleh mereka. lihat saja apa yang berlaku di Perak. Kedah, mereka bertindak sebagai penasihat bukan bekerja apa yang di arahkan oleh dewan.

Anggota pasukan berunifom khususnya PDRM, memang jelas bertindak dan bergerak amat berat sebelah, tunjuk perasaan jalanan anjuran UMNO di berikan laluan malahan di awasi agar mereka " menunjukan perasaan " tidak diganggu oleh samseng jalanan yang lain. Apa jadi dengan perarakan kepala lembu, tunjuk perasaan di Pulau Pinang, semuanya dapat laluan.

Kini tugas penghulu mukim juga telah di " rampas " oleh mereka, di sebuah kampong dalam sebuah negeri yang diperintah oleh BN, semua borang SPN yang dibekalkan oleh Putra Jaya di ambil oleh wakil perhubungan YB dan di simpan di pejabat YB, untuk mengagihan di buat oleh wakil perhubungan YB, lantas yang demikian sasaran untuk memastikan mereka yang berhak untuk mendapatkan rumah terjejas kerana yang memohon dan di berikan borang hanyalah mereka yang rapat dengan wakil perhubungan tersebut.

Selain dari itu, perlantikan AJK masjid juga tidak lagi di lantik oleh Pejabat Agama daerah sebaliknya senarai nama yang diterima pakai ialah yang di cadangkan oleh Pejabat Wakil Rakyat.

Cuba kita perhatikan bagaimana kerajaan Pulau Pinang berusaha untuk mengadakan piliharan kerajaan tempatan, ini melambangkan keterbukaan dan setiap rakyat berhak untuk memilih wakil mereka. Di Perak juga pernah dilaksanakan di mana semua ketua kampong di pilih olh rakyat, tapi apabila rampasan kuasa di lakukan, lantikan ketua kampong semua menjadi hak Ketua Bahagian. Kenapa UMNO takut berhadapan dengan suara rakyat?





Saturday, February 20, 2010

5-0 MAHKAMAH MENUJU KEHANCURAN

" Road show 5-0 di Kampong Gajah- mereka yang melibatkan diri terdiri dari Hanapiah Maidin penguambela DSAI dalam Kes Liwat siri 2, YAB MB rakyat YB Ir. Mohd. Nizar serta turut menyampaian ceramah SU Politik MB Perak serta tuan rumah Us. Mustafa bin Shaari. Program ini diadakan pada 20 Feb. 2010 bertempat di markah PAS Kg. Gajah.

antara peminat dan tetamu ada antaranya dari kalangan orang " UMNO " , tapi mereka hadir perlu menyerupai orang PAS, perlu berkopiah putih, ianya juga berlaku kepada pegawai keselamtan seperti polis. Perilaku ini dapat mengelabui mata peminat setia PAS.

Lagi hadirin di majlis tersebut khusus mendengar penerangan dan pendedahan oleh penceramah, mereka cukup ceria dan puas hati dengan pendedahan " mahkamah " yang di berikan oleh Peguam Sdr. Hanapiah maidin.


Tetamu jemputan di majlis tersebut kiri pengerusi majlis, ustas Mustafa shaari, Naib YDP3 PAS Perak juga YDP PAS kawasan Pasir Salak, Us Misbahul Munir dan Sdr. Hanapiah Maidin. YB Nizar sendang menyampaikan ceramah.


Aliran jemputan terus memenuhi ruang ceramah, dan mereka dapat menikmati aneka jualan, seperti buku-buku akademik, agama, gerai buahan, minuman sebelum mengambil tempat yang disediakan di depan pentas utama.


Sdr. Hanapiah Maidin, menceritakan bagaimana kes Liwat 1 DSAI yang penuh dengan misteri, dimana kes liwat ini " belakang lawan belakang ", bagaimana tidak adilnya mahkamah dalam kes siapa berhak menjawat MB Perak. Beliau juga mendedahkan sistem kehakiman di Malaysia kini menujuk ke zaman kehancuran, kerana badan ini telah mencipta terlalu banyak masalah kerana matlamatg mereka untuk memenangkan UMNO / BN. Kini DUN dan Dewan Rakyat boleh bertukar MB atau PM hanya dengan laporan oleh parti yang yang mendapat majoriti kepada Sultan mau pun Agong.

Tetamu puas dengan penerangan yang diberikan, dan mereka terus tergagam dengan cerita terus dari seorang peguam bela apa yang belaku di mahkamah, termasuk bagaimana " bodoh " anggota keselamatan semasa dalam perbicaraan.


Peminat YB Niza di Kampong Gajah hampa kali ini kerana YB Nizam yang akhir-akhir ini boleh menyanyai dan suaranya ada mirip Awie tapi malam tadi beliau tidak menyanyai sebaliknya menceritakan bagaimana kisah seorang pelajar tingkatan 5 yang tahap pencapaianya agak lemah dalam setiap peperiksaan bulanan, hinggakan pihak sekolah tidak langsong menaruh harapkan kejayaan beliau, tapi apa yang terjadi apabila result di umumkan, pelajar tersebut setanding dengan pelajar cemerlang di sekolah dengan keputusan 18A.

Diatas kejayaan " cemerlang " ini semua pihak berasa sangsi dan apabila di siasat, ada guru yang rasa malu dan sudah pasti pelajar itu sendiri yang lebih curiga kerana guru yang membantunya memberikan bantuan yang sungguh di luar dugaan.

Masyarakat dapat menerima cerita ini dan mengandaikan cerita sebegini ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam perbicaraan antara Niza dan Zambry dalam rebutan YB Perak. Keputusan 5-0 memang macam tidak dipercayaan oleh semua pihak.








Sunday, February 14, 2010

NIZAR BERJAYA PERANGKAP UMNO/BN

Di Malaysia tanah air ku, medan politik adalah medan dan profesion yang amat di gemari oleh masyarakatnya, ini dapat dibukti dengan penglibatan semua pihak, cuba lihat dari generasi muda berusia lingkongan belasan tahun telah di panggil untuk bersama-sama di arena tersebut. Keujudan Puteri, Pemuda, adalah bukti jelas kenyataan di nyatakan diatas. memang tidak dinafikan perlembagaan negara menetapkan corak pentadbiran tersebut.

Parti politik dibenarkan, parti politik boleh bergerak mengikut perlembagaan masing-masing asalkan tidak menjejaskan keharmornian kaum sudah cukup, tidak mengadu dumbakan kaum yang ada di negera ini, masyarakat di Malaysia ada lah masyarakt berbilang kaum, berbagai jenis agama anutan, berbagai suku kaum yang ada. Jadi setiap parti politik perlu memahami hakikat ini. Parti yang ulung seperti UMNO, MCA, MIC, PAS adalah parti pengasas dalam sistem demokrasi di tanah air. PAS pula terbit dari UMNO. Keujudan PERIKATAN ( UMNO, MCA dan MIC ) adalah gabungan yang memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Sejak 1957 merdeka dan piliharaya pertama 1955 Negara Ku terus aman dan kepimpinan saling faham memahami antara satu sama lain, walau pun pada 1955 dari 55 kerusi perlimen hanya 1 dimenangi oleh PAS.

Piliharan Raya 1969 telah menampakan satu senario yang menakutkan untuk Tanah Melayu ujudnya Malaysia dan Perikatan ujud lah Barisan Nasional juga lahirlah DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) di matlamat utama ialah penyusunan semula masyarakat Malaysia. Pada PR tahun 2004 berlaku lagi kejutan di mana kerajaan BN di Terengganu runtuh dan Terengganu di kuasai oleh PAS.

Dari kekalahan ini, BN mula menggunakan kuasa dan kepakaran mereka untuk membaca dan menterjemahkan undang-undang negara, yang penting akta petroleum juga di pinda demi dendam mereka kepada kerajaan PAS di Terangganu, hak royaliti minyak di Terengganu di tukarkan kepada Wang Ehsan, maka kerajaan PAS terengganu bersedih kerana wang ehsan diberikan terus kepada JPP ( jawatankuasa Pembangunan Persekutuan ) bermakna pemberian terus kepada pucuk pimpinan UMNO. Malanglah nasih pemimpin PAS. Teruslah mereka berdukacita dan perputih mata. Menteri yang bertangongjawab mengubah dan mentafsir undang-undang petroleum ialah Rais Yatim. Sama juga masa kini.

Peristiwa di atas ada kaitan dengan apa yang disarankan oleh YB Nizar, saranan ini juga ada kaitan dengan " peristiharan " Zambry sebagai MB Perak. kerjasama boleh dilaksanakan kata Nizar tapi apakah kerjasama itu untuk kepentingan UMNO sahaja atau untuk kepentingan rakyat ? Tuntutan seperti, menggunakan semua kemudahan untuk semua parti seperti dewan orang ramai, ADUN dari pembangkang juga perlu bersama-sama dalam semua jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mau pun di peringkat daerah, terutama jawatankuasa pembangunan. Apa tah lagi peruntukan untuk semua wakil rakyat juga perlu dinikmati oleh semua YB terutama dari kalangan pembangkang. hanya itu yang diperlukan untuk " kerjasama " kedua-dua belah pihak.

Tapi dukacita semua tuntutan ini amat berharga untuk UMNO, jika tuntutan ini diberikan sudah tentu kelibat Pakatan Rakyat akan bertambah di geruni oleh UMNO / BN. mereka tak mau dan memberikan berbagai-bagai alasan. YAB Timbalan Perdana Menteri seperti orang bodoh mendengar permintaan tersebut. Bagi beliau ianya cukup menyiksakan. bagi UMNO / BN istilah " win win " tidak ada dalam kamus mereka. Akhirnya PR akan terus di hukum dan semua kemudahan sebabagai wakil rakyat tidak akan diberikan keistemewaan.




Thursday, February 11, 2010

RAMPASAN KUASA PERAK - MAHKAMAH SETUJU

Apa yang berlaku dan terjadi memang tidak dinafikan ada baik dan buruknya, tapi kita perlu mengambil iktibar dari apa akan jadi lagi 10, 20 atau 30 tahun lagi khusus tentang nasib masa depan anak mau pun cucu kita dalam keadaan sebuah negara yang boleh melakukan apa saja untuk kepentingan peribadi. Isu di Perak, semua kita merasakan apakah demokrasi itu masih ada atau pun kita akan pulangkan sistem yang diamal hampir 60 tahun lalu berkubur hanya apakala berlakunnya tragidi PRU12.

Kronologi peristiwa di Perak:-

- Speaker YB Sivakumar menerima surat perletakan jawatan oleh 3 ADUN - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Yang pasti SPR mengesahkan kekosongan dan diadakan PRK. Tapi sebaliknya selepas beberapa hari terus YAB PM mengumumkan ketiga-tiga mereka sebagai ADUN bebas tapi " mesra " BN.

- Pihak istana pula akor dengan kehendak UMNO / BN dan mengumumkan tidak perlu diadakan PRK untuk Perak. Dengan " mesra " UMNO / BN untuk 3 orang ADUN tadi, terus pihak BN mendapat kepercayaan dari istana dan melantik MB baru.

- Bermula dari peritiwa ini, YB Nizar menggunakan platform mahkamah untuk memperjuangkan nasib PR dalam pentadbiran negeri Perak.

- Akhirnya pada 11 Mei 2009, YB Nizar di sahkan oleh Mahkamah Tinggi segagai MB, tapi dengan kuasa pemerintahan di peringkat pusat yang ada di tangan BN, esoknya, denagn pertolongan Pusat Dr. Zambry dapat kuasa ghaib dengan merayu agar YB Nizar di gantong sementara jawatannya dan dipersetujui oleh mahkamah rayuan.

- YB Nizar meneruskan perjuangan dengan merayu di mahkamah persekutuan, dan dalam persidangan tersebut mahkamah memutuskan pada 5 Nov. 2009 menangguhakan keputusan sehingga 9 Feb. 2010. Dan akhirnya Dr. Zambry di sahkan sebagai MB. dengan " title MB Mahkamah "

Peristiwa tangkapan kerana rasuah, ada dan ujudkan rasuah sex terhadap ADUN PKR telah menyebabkan mereka rasa terpanggil untuk menentukan masa depan hidup mereka, sebag itu hingga kini kes mereka langsung tidak kedengaran, mungkin setelah Dr. Zambry memerintah kes ini akan terus di lenyapkan. Kes habuan sex sudah terus di " peti aiskan "

Tak salah juga mungkin agaknya rasa tamak untuk menjawat jawatan tertinggi selaku MB ada di sanubari ADUN PKR tersebut dan ini telah dijadikan senjata oleh pihak sebelah tapi kemampuan dan kelebih akademik tidak ada pada kedua-dua ADUN ini, kerana calon Behrang hanya bertugas sebagai posmen dan ADUN Changkat Jering hanya bekas seorang perajurit tanah air.
Tapi atas dasar PR kedua-dua mereka diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan EXCO.

Tregidi demi tragedi, yang berlaku sampai lah ke rampasan kuasa, pihak UMNO / BN menggunakan kekerasan, menggunakan semua jentera kerajaan khususnya polis untuk memastikan perancangan berjaya, Memang memalukan peristiwa rampasa kuasa tersebut. Semua ini halal belaka kerana ianya atas kehendak UMNO / BN. Apakah selepas ini peristiwa di Perak akan menjalar ke negeri-negeri lain khususnya negeri bawah PR atau terus ke parlimen. Kerana ada pendapat mengatakan apa yang di benarkan oleh mahkamah memberikan " lampu hijau " untuk berlakunya di peringkat parlimen pula.

Kita berdoalah agar Malaysia sentiasa aman dengan pimpinan yang penoh dengan rasa bertanggongjawab, dedikasi, amanah, serta dapat menjiwai hati nurani rakyatnya. Serta badan penghakiman di wakili kalangan mereka yang sentiasa mengamalkan sikat " keadilan " untuk semua pihak.


Wednesday, February 10, 2010

KALAH BUKAN UNTUK BESEDIH MENANG BUKAN SELAMA-LAMANYA


Tahniah kepada Dr. Zambry, telah di mahkotakan sebagai salah saorang Menteri Besar dalam sebuah negeri di Malaysia, walaupun perlantikan beliau ke jawatan tersebut " terpaksa " di umumkan melalui mahkamah, apa yang penting jawatan tersebut " perlu " menjadi hak milik UMNO / BN. Apa yang perlu daya usaha untuk mendapatkan semula perlu di laksanakan walau dengan apa cara sekali pun. Senyum Zambry sungguh menawan kerana beliau adalah MB Pertama di Malaysia ( dulunya Persekutuan Tanah melayu ) yang dilantikan ke jawatan tersebut di umumkan oleh pihak mahkamah. Di doakan moga-moga beliau terus berusaha " dalam keadaan tidak diredhai oleh rakyat " untuk memastikan UMNO / BN menghadapi laluan sukar pada PRU 13 nanti.

Dr. Zambry juga adalah MB pertama yang berjaya mendapat dan meluluskan bujet di DUN dalam jangka masa yang amat pendek iaitu cuma 20 minit dan berjaya menghalang agar semua ADUN dari pembangkang di nafikan hak mereka untuk berada dalam dewan bagi membincangkan bersama berkaitan dengan bujet tersebut. Akhirnya sekali lagi di doakan agar Perak dan rakyatnya dapat membuat penafian kepada Dr. Zambry di PRU13 nanti.



Wajah dan lagak seorang pejuang, sentiasa mendampingan rakyat, kalah menang adat pertandingan tapi kalah di mahkamah, kalah dengan rompakan, kalah dengan penyalah gunaan kuasa, kalah dengan nasihat istana, kalah dengan tindakan penjahat itu bukan kalah itu adalah satu titik permulaan untuk menuju ke satu distinasi yang lebih cemerlang. Teruskan perjuangan YB Nizar.




Luahan perasaan atas tindakan yang menidakkan hak rakyat, rasa kecewa atas keputusan yang menerima tindakan " ala samseng " oleh pihak UMNO / BN, kecewa dengan keadaan pengurusan dan pentadbiran negera yang kini tidak lagi berpusat kepada kehendak rakyat. Luahan perasaan keadilan di negera ini juga sudah hilang arah tuju. Luahan perasaan apa akan terjadi kepada Negera Ku Malaysia jika ia berterusan di tangan mereka yang zalim dan meneruskan penindasan.

Tuesday, February 9, 2010

NIZAR TIMBALAN MB PERAK.


The image “http://rajasedaka.files.wordpress.com/2009/05/zambry-nizar.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Sah kini, Zambry adalah MB Perak yang dipilih oleh Mahkamah, Zambry dengan penal peguam telah dapat membuktikan apa saja yang dibuat oleh Mohammad Nizar adalah satu kesalahan dan tidak perlu dipertimbangkan. walau pun apa yang terjadi sejak lompatan 3 wakil PR ke parti bebas dengan mesra UMNO dan di persetujui oleh pihak istana.

Perbahasan demi perbahasan di adakan, setiap hari selepas rampasan yang di buat telah menjadi bahan ceramah di merata alam di Malaysia, khususnya di Perak. Buat apa saja yang terdaya, semua mereka yang memahami keadaan sebenar merasa yakin, keputusan memihak kepada Nizar tapi, keputusan di tangan hakim.

Kini semua peminat dan ahli PR akan bersabar untuk menunggu PR13 untuk menghukum keadaan yang ada pada masa ini, kita boleh lihat bagaimana keadaan di DUN dan mungkin keadaan ini akan menjalar ke parlimen satu hari nanti. Apakata istana itu adalah pemutus, Perak ada negeri pertama menerima pilihan rakyat tidak diguna pakai sebaliknya sistem yang diguna oleh BN dengan meletakkan istana sebagai perisai untuk menentukan kedudukan. Apakah demokrasi di Malaysia akan menjadi hak milik Istana satu hari nanti? ianya terpulanglah kepada rakyat untuk menentukan.

Awani menemuramah 2 profesor dari 2 universiti yang pakar dalam menganalisi politik Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman UKM dan Dr. Ahmad Mahtkar Mohd dari UUM bersetuju agar kuasa penentu untuk menerajui pemerintahan ialah ditangan rakyat. Ini disebab daya fikir rakyat tidak setanding dengan pemimpin, rakyat akan terus berdendam dan mereka akan terus tidak berperang pendapan di ruang tertentu, kedai kopi, di surau ( kini surau juga terbahagi kepada dua - surau BN dan Surau PR ) Pertelingkahan akan terus berlaku.

Kita pulangkan kepada kebijaksanaan pemimpin, terutama mereka di peringkat " grass root " untuk memastikan rakyat faham apa yang terjadi kepada negera.

Saturday, February 6, 2010

PERHIMPUNAN SETAHUN PERAK DK BAWAH DRL. ZAMBRY

YB penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang sedan menyampaian ucapan, dan bertanyakan apakah kerajaan Perak yang ada kini " kerajaan halal atau haram " soalan di sambut dengan Perak kini di perintah oleh sebuah Kerajaan yang haram.

Peminat dan pengundi yang hadir dan mendengar ucapan dari pemimpin ulung negara, YB DSAI, YB Nge, YB Nga, YB Nizar juga YB Lim Kit Siang.

YAB Pakatan Rakyat Ir. Nizar bin Jamaluddin sedang berucap dengan penoh semangat dan meyakinkan untuk terus menerajui kepimpinan Perak.

Suasana di luar dewan, kelihatan mereka peminat dan pencinta keadilan menyerbu dewan ini sehinggakan melimpah ke luar dewan

Pemandangan dalam dewan di mana YAB Niza sedang berucap.

Ini adalah "plug " perasmian Dewwan Persatuan Kutien Daerah Manjung di mana perhimpunan memperingatai 1 tahun Perak DK di bawah pimpinan Rampasan Kuasa.

Saturday, January 30, 2010

SAH - BY ELECTION UNTUK PERAK DARUL KARTUN

Rakyat Perak DK akan pasti mengundi untuk memilih semula wakil rakyat yang akan berkhidmat untuk rakyat, pemilihan kali ini di buat berdasarkan mahkamah memutuskan YB Niza adalah MB yang sah dan YB Zambry di dapati bersalah kerana melakukan jenayah politik dengan mengadakan rampasan kuasa tempoh hari.

Khabar dari rakan pesara tentera seluruh negeri Perak, melalui Persatuan Bekas Perajurit dari daerah-daerah mereka telah dikerahkan untuk hadhir beramai-ramai sama ada mereka ahli mau pun mengamalkan dasar berkecuali berada di Dewan Bankuit pada 6 Feb. 2010 untuk mendengar satu taklimat khas dari Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Perak. Taklimat ini khusus memastikan arah tuju Bekas Perajurit dalam menangani isu siapa MB sebenar untuk Negeri Perak.

Perkhabaran ini pasti memberikan satu pengesahan di mana mahkamah akan memutuskan MB sebenar untuk Perak ialah YB Ir Nizar Jamaluddin bukan YB Dr. Zambry Abd. kadir. Pastinya kepimpinan UMNO / BN ngelabah waktu ini. Selain itu, pejabat-pejabat UMNO juga kini sedang giat mengadakan mesyuarat parti, mesyuarat dari semua peringkat Puteri, Pemuda, Wanita, Cawangan, Bahagian dan hatta persiapan ke Persidangan Agung peringkat Kebangsaan.

Parti gabungan PR memang dari rampasan kuasa dulu inginkan PEMBUBARAN DUN kerana hanya dengan pembubaran tersebut rakyat dapat menentukan siapa yang mereka inginkan untuk menerajui negeri ini.

Thursday, January 28, 2010

YB HAMIDAH BAKAL MB PERAK

Malam dingin dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, mata masih lagi ligat dan terpaku pada blog-blog dan face-book yang banyak sekali menyiar dan memaparkan isu-isu semasa, tapi memang tidak dinapikan ada kalanya isu yang dipaparkan perlu difikirkan keesahan dan ketulinannya.

Kebanyakan blog menyatakan peristiwa pada bulan Feb. 2010 ini dengan berbagai-bagai peristiwa dan tragedi yang boleh menyebabkan ramai warga negara " pening " untuk memikirkannya. Apa tidaknya dari kes perbicaraan DSAI dengan kes liwat kedua beliau yang terus ditunda dan tunda, betul juga agaknya ada kah DSAI " takut " dengan pertuduhan ini, kerana beliau sering memohon untuk penangguhan? Benarkan masih ada ketidak adilan dari kalangan orang di mahkamah yang menerima arahan untuk memastikan DSAI di penjarakan semula. Untuk itu mereka sering tidak memberikan kerjasama kepada apa saja yang dipohon oleh DSAI. Akhirnya DSWA pula dijadikan saksi kepada kes suaminya.

YB Hamidah ( EXCO Perak ) pula adalah diantara pemimpin UMNO yang dianggap masih " bodoh " dan masih hidup dan bernyawa di bawah tempurung. Apakah beliau menafikan kemampuan rakyat Malaysia kini untuk berfikir dan bukan kah rakyat kini sudah meletakan dunia dihujung jari mereka. Dengan dasar pendidikan yang laksanakan pula, negera telah berjaya melahirkan rakyat yang berfikiran luas, jauh, kreatif, inovatif dan berfikiran terbuka ada daya imigenasi yang tinggi, kritis dan kreatif.

Jadi Hamidah menjadi serba salah dengan tafsiaran dan andaian rakyat atas keputusan penghakiman siapa MB Perak yang sah. Ada kalangan yang mengatakan berkeputusan 4:1, 5:0 juga 3:2 sebaliknya ketiga-tiga andaian ini memihak kepada YB Nizar. Tak ada siapa atau gulongan yang memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry.

Pada dasarnya jika mengikut perundangan batang tubuh perak, memang YB Nizar telah lama menang hanya orang yang kurang siuman saja memberikan kemenangan kepada Mamak Zambry. Para hakim yang terikat dengan projek memberian kerajaan saja yang perlu memihak kepada pemberi projek. meraka akan mencari jalan bagaimana setiap persoalan di iringi dengan jawaban " soalan tidak releven " buat kata hakim Hacks.

jadi pada kesimpulannya, rakyat dah fikir apa yang akan terjadi, dah tau apa nak jadi, dah fikir apa nak buat lagi untuk memastikan daya fikir pemimpin kerajaan masa ini dapat di explotasikan dan melambangkan " ketidak cerdiknya " mereka.

Wednesday, January 27, 2010

YB NIZAR BELUM PASTI MB PERAK.

Akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan untuk mengumumkan petisyen dari YB Nizar berkaitan dengan siapa sebenarnya MB Perak Darul kartun. Semua pendakwa dan pembela kes ini lega dan sebak serta ternanti-nanti pada 9 Februari ini sebagai penentu. Siapa sebenarnya MB Perak.

Ada kalangan masyarakat memberikan kemenangan kepada YB Niza dengan 4:1, ada juga yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut hanya mainan pihak Nizar dan PR untuk memastikan rakan UMNO / BN agar tidak bersuara. Ada juga kalangan kepimpinan yang merasakan tindakan YB Niza ini menderhaka kepada raja, kerana membelakangi pihak istana kerana terlalu cepat membuat mengistiharan.

Tapi yang peliknya tiada siapa yang mengatakan UMNO / BN yang berketuakan Dr. Zambry akan memangani penghakiman ini.

Sebenarnya setiap tekaan yang dibuat oleh rakyat adalah kerana rakyat Malaysia bukan kalangan mereka yang buta undang-undang, khususnya undang-undang tubuh kerajaan Malaysia. Kerana bagi mereka sejak akhir-akhir ini pihak mahkamah langsung tidak memainkan peranan sebagai agensi yang bebas dan tidak terikut-ikut dengan kehendak orang tertentu. Banyak sangat andaian dan keputusan yang memang memihak kepada orang tertentu.

Dalam kes MB Perak, pihak Kerajaan bawah pimpinan YB Niza di putuskan untuk memerintah Perak, tapi dengan sekelip mata pihak mahkamah memutusankan rayuan yang dibuat diterima pakai dan ianya diputuskan dalam kamar hakim sahaja. Dan untuk membuat keputusan rayuan YB Niza pula pihak mahkamah mengambil masa hampir setahun.

Contoh yang lain, kes liwat DSAI yang pertama dahulu, kamar ketua Pendakwa mengubah-ngubah tarikh tragedi kerana pada tarikh yang pertama villa tempat berlakkunya liwat belum siap di bina, dan diubah tarikh yang lain. Akhirnya mahkamah melaksanakan penghakiman berpilih-pilih. Atas alasan itu masyarakat kini sudah mula hilang kepercayaan terhadap badan kehakiman.

Monday, January 18, 2010

KECELARUAN ORANG UMNO

UMNO / BN, khususnya dari kalangan kepimpinan UMNO kini begitu khairah untuk memastikan semua pengurusan masjid di bawah kelolaan mereka. Mereka langsung tidak menilai dan memikirkan apakah jawatankuasa yang baru dalam lantikan mereka dapat melaksanakan tugasan sebagai seorang kakitangan masjid.

Sifat dan stail " kuno " masih lagi menjadi daya kepimpinan mereka dengan itu slogan " dulu, kini selama-lamanya " cukup tetap sekali untuk ditauliahkan kepada UMNO. kita lihat saja di Perak. Semasa PR memerintah, kepimpinan kampong sanggup di adakan pemilihan, jawatankuasa masjid diagihkan sama rata, kerena rumah allah adalah untuk semua umat manusia, bukan hak UMNO sahaja.

Tapi malang bagi negeri Perak dan mungkin negeri-negeri di bawah kepimpinan UMNO yang lain juga berperanan sedemikian rupa. Mereka langsung tidak mempercayaai orang lain. Tidak ada langsung sikap keterbukaan dalam bermasyarakat. Tidak berani menghadapi kenyataan. Sepatutnya mereka boleh menguji sejauh mana suara rakyat memihat kepada mereka.

Apa salahnya sebagai ujian diadakan pemilihan ketua kampong, dan biarkan masyarakat kampong sendiri memilih pemimpin mereka, tapi bagi UMNO, kepimpinan ketua kampong adalah menjadi hak dirinya. Kini menular pula kepada kepimpinan di masjid-masjid, semua yang terlibat mesti dari kalangan orang UMNO, walaupun mereka sakit, walaupun mereka masih belajar, walau pun mereka tak pernah ke masjid, tapi asalkan mereka berkiblatkan " Keris " mereka boleh di lantik.

Apa nak jadi dengan orang UMNO dewasa ini. makin hari makin menampakan ketidak warasan hidup mereka. yang penting bagi mereka hidup mewah, kenduri secara mewah, kadang-kadang tak ikut kemampuan langsung. Fikirlah untuk masa depan bangsa, agama dan negera. Negara akan hancur jika orang umno penoh dengan noda dan dosa.

Wednesday, December 30, 2009

ZAMBRY PENGGANAS

Jelas kini, Malaysia sedang dilanda satu tiupan angin kencang untuk meruntuhkan kepimpinan yang ada dan menggantikan dengan yang baru. Konvensyen PR pada 19 Disember yang lalu seolah-olah sudah kena pada masanya. Kenapa kita kata demikian, semua rakyat Malaysia sudah merasakan dah ada petanda keruntuhan ini.

Tragedi terbaru bagaimana seorang pemimpin negera, dan menerajui sebuah negeri walaupun beliau mendapat jawatan tersebut dengan rampasan kuasa tapi cuba perlagak dengan hebat bahawa " aku " adalah pimpinan yang di sokong dan disukai oleh rakyat. Kini rakyat Perak dan Malaysia Amnya serta pengundi di Pangkor Khas sudah kenal secara peribadi siapa sebenarnya Dr. Zambry Abdul Kadir.

Bagaimana Perak dan Malaysia khususnya UMNO boleh menerima seorang " pengganas " untuk menerajui kepimpinan negeri, memimpin parti. Kerana dengan tertangkapnya beliau semasa di Lapangan Terbang San Francico Amerika syarikat, kononnya beliau kesana atas urusan untuk menarik pelaboran Amerika ke malaysia.

Amat malang sekali - kunjungan dagang tersebut tertangguh dan hanya sempat sampai di lapangan terbang sahaja, pihak imegrasyen di lapangan terbang tersebut dapat menyakinkann bahawa nama beliau tersenrai dalam kumpulan militan di peringkat antarabangsa dan pihak Amerika tidak inginkan mereka yang sedemikian perlu meninggalkan secepat yang mungkin.

Dengan tersebarnya berita ini ( maaf dalam akhbar perdana ) tidak disiarkan, maka dengan itu rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat di Malaysia perlu mengambil iktibar dan memberikan satu tamparan kepada pemimpin yang sedemikian.

Apa yang kita perlu lakukan, manusia jenis ini sudah tidak ruang di negera kita, pastikan di bila-bila masa Piliharaya Perak, UMNO / BN perlu di penjarakan selama-lamanya.

Wednesday, December 23, 2009

YEOP JUNIOR MLN KHUSAIRI

Kepimpinan UMNO terus membencikan istana, terus menunjukan tidak sehaluannya dengan istana, mereka kata istana macam sudah tidak ada nilainya pada mereka, cuma akhbar perdana saja yang mengatakan kepimpinan UMNO masih menghormati istana. Kalau masih ingat, bagaimana mana pengikut UMNO di terengganu masih mahu mengekalkan Idris Jusoh sebagai MB, sedangkan istana memerlukan individu lain, mereka sanggup " kami mau idris natang ( pada siapa natang ditujukan ), sedangkan untuk melantikan MB adalah hak mutlak istana. Untuk itu biarlah keadaan sahaja yang menentukan kedudukan UMNO dengan pihak istana.

" bajet 2010 dengan kelebihan 3 undi, Agong juga boleh menasihatkan Najib untuk memburbarkan Parlimen kerana dari 133 AP dari BN hanya yang memberikan kepercayaan kepada Najib cuma 66 orang sahaja. Ini bermakna 67 tidak memihak kepada Najib "

Isu Dato Khusairi di Slim, memang jelas persetujuan dari pihak istana di perlukan untuk memastikan keanggotanaan jemaan pentadbir masjid mesti memdapat kelulusan dari pihak istana, dan mereka yang dipertanggong jawabkan pula mestilah dari kalangan mereka yang berbudi perkerti mulia, bukan dari " kaki nombor " atau pun memilik perangai yang tak setimpal deengan tigasan yang akan dipikul.

Penentangan Dato Khusairi ADUN Slim terhadap anggota jawatankuasa masjid yang dilantik oleh MAIAIMP ( Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perak ) yang mana ianya di pengerusikan DYTMM Sultan perak jelas menunjukan penentangan beliau terhadap keputusan baginda sultan. Kan kah ini durhaka namanya. Untuk itu saranan dalam " Malaysiakini " untuk menarik balik gelaran yang dimiliki amat bersesuaian sekali.

Keterlanjuran kepimpinan UMNO kini sudah melebihi had dan batasnya.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA