Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label FITNAH. Show all posts
Showing posts with label FITNAH. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

AKHIRNYA TV N UM MOHON MAAF PADA DSAI


SISTEM Televisyen (M) Bhd (TV3) akan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siaran Buletin Utama malam ini selepas kes pertikaian undang-undang antara mereka diselesaikan di mahkamah tinggi hari ini.

Permohonan maaf turut akan diterbitkan oleh Utusan Melayu (M) Bhd dalam akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia sebelum 2 November.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan satu saman fitnah pada tahun 2015 melibatkan tuduhan beliau telah merasuah hakim dan pendakwaraya.



Anwar telah menamakan bekas calon Barisan Nasional Permatang Pauh, yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 Datuk Dr Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai defendan pertama, kedua, dan ketiga dalam samannya.

Dalam perbicaraan hari ini, peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya, TV3 dan Utusan Malaysia telah bersetuju untuk menyelesaikan saman berkenaan dengan cara baik iaitu menerusi permohonan maaf yang akan disiarkan dan diterbitkan oleh defendan.

Peguam Anwar turut memberitahu mahkamah bahawa di dalam persetujuan penyelesaian berkenaan, TV3 dan Utusan Malaysia bersetuju untuk menarik balik tuduhan fitnah terhadap anak guamnya.

Pesuruhjaya kehakiman Datuk Faizah Jamaludin kemudian merekodkan persetujuan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, Sangeet dilapor turut memberitahu bahawa pihak defendan telah bersetuju untuk membayar kos keseluruhan sebanyak RM130,000

"TV3 akan membacakan teks (mengandungi permohonan maaf) yang telah dipersetujui pada jam 8 malam ini."

"Utusan juga akan terbitkan teks yang sama sebelum 2 November," katanya.

Peguam Azhar Arman Ali mewakili Utusan Malaysia, manakala Lim Qi Shi wakili TV3.

Pada 28 September, Mazlan telah membuat permohonan maaf kepada Anwar melalui satu kenyataan maaf yang dibacakan di dalam mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Anwar telah memfailkan satu saman fitnah pada 15 Oktober 2015, mendakwa ketiga-tiga defendan telah memfitnah beliau merasuah hakim dan pendakwaraya.

Menurut beliau Mazlan telah membuat satu sidang media yang mana perkataan fitnah yang dilemparkan olehnya telah disiarkan oleh TV3 dalam siaran 'Buletin Utama' pada jam 8 malam 2 Ogos 2013, dan akhbar Utusan Malaysia pada 3 Ogos 2013.

Kata Anwar tuduhan itu menggambarkan beliau seorang yang tidak beretika, tidak jujur, tidak bermoral dan penipu.
Read more: http://www.milosuam.net/2018/10/tv3-dan-utusan-malaysia-mohon-maaf.html#ixzz5Uld1Eyj1

Sunday, September 20, 2015

KINI ROSMAH PULA DI FITNAH DENGAN BANK RAKYAT


Skandal Bank Rakyat RM32 juta yang mendapat perhatian ramai tahun lepas kini 

diceritakan dalam sebuah buku berjudul "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" tulisan Shahbudin Husin, yang dilancarkan oleh pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid. 



Buku yang dikarang penulis blog terkenal itu menampilkan wawancara dengan bekas pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik, yang juga bekas setiausaha agung Umno.



Dalam buku terbaharu Shahbudin ini, beberapa perkara dibongkar melibatkan peranan usahawan permaidani, Deepak Jaikishan dalam skandal Bank Rakyat.



Buku itu mendedahkan hubungan Deepak dengan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan layanan istimewa diberikan kepada beliau dalam isu pinjaman Bank Rakyat.



Sanusi semasa berucap melancarkan buku itu di Petaling Jaya hari ini, berkata tidak pernah dalam sejarah Umno seorang bekas setiausaha agung dimalukan dan dihina seperti dilakukan terhadap Sabbaruddin.



"Belum pernah daripada 21 bekas setiausaha agung Umno dimalukan dan dihina seperti yang dilakukan ke atas Sabbaruddin," kata Sanusi, yang merupakan menteri semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.



Kontrak Sabbaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat berakhir pada 8 April 2014 dan tidak disambung di atas arahan Datuk Seri Hasan Malek.



Hasan, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, didakwa masuk campur isu penyambungan kontrak Sabbaruddin kerana tidak berpuas hati dengan bekas pengerusi Bank Rakyat tersebut.



Sabbaruddin berkata tujuan buku ini diterbitkan adalah bagi menegakkan keadilan bagi dirinya.



"Saya rasa ini tidak adil kepada saya dan mereka yang terlibat. Beliau (Hasan) menyalahguna kuasa," katanya.



Buku itu mengandungi 26 bab dan diterbitkan Special One Publication.



Antara artikel yang dimuatkan adalah kenyataan Sanusi dan juga Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang membangkitkan skandal tersebut.


Turut hadir pada majlis hari ini bagi menyatakan sokongan adalah bekas ketua pengarang The New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.


Deepak sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 2013.


Beliau pernah menyaman Putrajaya kerana melanggar perjanjian tanah di Bukit Raja, Selangor, dan ditarik balik pada hari yang sama.


Kemudiannya, syarikat milik tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Bhd mengumumkan pada 2012 membeli 80% saham syarikat individu tersebut, Astacanggih Sdn Bhd dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor, Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.


Penerbitan buku ini dijangka menambah tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah berdepan pelbagai skandal, antaranya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pendedahan New York Times mengenai harta pusaka.


Kedudukan Najib juga tidak berada dalam keadaan baik pada ketika bekas perdana menteri, Dr Mahathir juga lantang mengkritik pentadbirannya.sumber


Written By canang on Jumaat, 18 September 2015 | 9/18/2015 09:38:00 PTG

Sunday, April 7, 2013

FITNAH MAINAN UMNO / BN

Tsunami PRU 12, 2008 menampakkan betapa pihak pemerintah tidak boleh menerima kekalahan dan perubahan daya fikir masyarakat. Kekalahan mengejut ini menyebabkan daya fikir pemerintah ingin mencari jalan mudah untuk memperdayakan rakyat. Jalan terdekat ialah dengan mencipta " fitnah " boleh dikatakan semua agensi penyebar maklumat melakukan jenayah fitnah.

Fitnah di jadikan " modal " utama kepimpinan UMNO, boleh di katakan setiap masa ada saja isu fitnah yang di reka cipta. Kalau di sebutkan DSAI, sedih sekali, dari diri beliau seterusnya kepada kaum keluarga. Malang mereka terus di fitnah. Terakhir, Ahli Parlimen Lembah Pantai " the giant killer " yang berjaya menumpaskan Sharizat Jalil ( ketua wanita UMNO ) di PRU 12.

Selain dari keluarg Anwar ramai lagi kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat di dijadikan bahan " fitnah " ini. Akhirnya Tuan Guru Nik Aziz juga dilaporkan sedemikian. Pemfitnah dari papagomo contohnya, walau pun sudah berkali mohon maaf tapi tak serik-serik dengan kerja jahat itu. Melalui blognya, dan ada kalanya bahan fitnah ini di muatkan di dada akhbar perdana hak milik kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. 

Baru-baru ini RTM juta terpalit dengan menyiarkan berita yang berunsur fitnah' 


ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan. 
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) . Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat. Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat. 
Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah. Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman. 
Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011. Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga. 
Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011. Sementara itu, ketika ditemui, Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun. 
“Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah.
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.
Sumber : Sinar Harian

Monday, January 7, 2013

MEMFITNAH MEMANG SUDAH MENJADI DARAH DAGING UMNO


Blogger mesra-Umno dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ekoran artikel memfitnah ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Blogger tersebut dikenali dengan nama Dr Novandri ( gambar ) yang memiliki blog Minda Intelek Melayu (MIM) memohon maaf di hadapan hakim sebentar tadi.

Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop (paderi Kristian) itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.


Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu artikel dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.

Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.

Perbicaraan bermula jam 9 pagi tadi dengan kedua-dua plaintif dan defendan hadir di mahkamah yang agak sesak dengan kehadiran puluhan penyokong Pakatan Rakyat.

Khalid dwakili peguam PAS, Hanipa Maidin manakala Novandri membuat pengakuan tersebut tanpa diwakili mana-mana peguam Umno sehingga ditegur mahkamah beberapa kali sebelum ini.

Beberapa blog pro-Pakatan Rakyat sebelum itu mendakwa Dr Novandri merayu kepada Khalid supaya menyelesaikan saman tersebut di mahkamah namun Khalid menegaskan ia menjadi pengajaran berguna kepada sesiapa yang cuba memfitnahnya.

"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar Khalid menerusi panggilan telefon sebelum masuk ke mahkamah.

Manakala beberapa bloggers Umno turut mendesak agar Dr Novandri diwakili peguam Umno bagaimanapun sehingga pengakuannya tadi tiada seorang pun kelihatan hinggalah muncul di saat-saat akhir.

Blognya juga memaparkan permohonan maaf sebagai syarat penyelesaian di luar mahkamah.

 
 
ehsan Blog List Malaysia.

Monday, March 26, 2012

FITNAH - USAHA TERAKHIR UMNO

Kesan tindakan Mahathir zaman pemerintahan beliau untuk menidakkan pengelibatan terus Anwar di arena politik negara menyebabkan " fitnah " telah menjadi budaya hidup kalangan ahli politik untuk terus survive. Apa yang terjadi antara kedua mereka masih dalam ingatan setiap rakyat di Malaysia, sama ada mereka yang menentang atau pun penyokong kerajaan.

Segala keringat dipergunakan oleh Mahathir zaman itu untuk memastikan Anwar di singkir dan di penjarakan. Rakyat masih ingat bagaimana perbicaraan, sistem penghakiman, tindakan PDRM yang tidak lagi sama berat. Tak pernah berlaku penghakiman sungguh mengaibkan, tilam hotel di usung kehulur kehilir, pertuduan oleh mahkamah untuk OKT diubai suai oleh Peguam Negara. Akhirnya dengan kehendak ekskutif OKT di penjarakan.


Sistem politik peninggalan Mahathir ini terus dipergunakan oleh Politik Najib. Kenapa pula Najib terus mengamalkan amalan yang tak sepatutnya ini. Bukankah ramai kalangan bijak pandai agama mengeliling beliau, mengapa Najib tidak menjadikan modus operadi ini sebagai batu sempadan dengan atau apakah politik itu memang sentiasa " kotor " dan benarlah kata-kata bahawa dalam politik " u will be kill or being kill " Akhirnya ahli poliltik pemerintah terus mengamal politik fitnah dan mengaibkan maruah serta cubaan rasuah tokoh pembangkang dijadikan modus operandi utama di dalam mengekang kebangkitan rakyat menyokong perubahan.

Bagaimana pada 1990, hanya dengan tengkolok Sabah yang ada corak seakan salib, telah di canang merata alam, kononnya Tengku Razaleigh - ketua Angkatan Perpaduan Ummah - sedang meresapkan fahaman Kristian kepada orang melayu. Akhirnya gagasan APU ( Angakatan Perpauan Ummah dan Semangat 46 ) berkubur dan UMNO masih berjaya dalam usahanya untuk terus kekal dengan pemerintahannya.

Kemusnahan APU, di ulang lagi oleh pemerintahan Mahathir, pada 1998 memecat timbalanya sendiri Sdr. Anwar, bukan setakat memecat malahan beliau di fitnah, malahan diracun ditumbuk ( matanya lebam kata Mahathir Anwar sendiri yang mencederakan ) dan akhirnya Anwar terus di simpang selama 6 tahun di Sungai Buluh. Terpenjaranya Anwar hanyalah kerana fitnah.

Kempipinan UMNO nampak, dengan adanya Anwar karier politik mereka mungkin padam pada satu masa nanti, ini jelas dengan perkembangan politik negar bermula pada 1999, Malaysia membuka sejarah besar politiknya apabila pakatan pembangkang diperkukuhkan hasil daripada konspirasi politik pertama Anwar dengan tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan semua parti pembangkang dan pertandingan satu lawan satu sewaktu PRU ke-10. Hasil daripada pakatan ini Barisan Alternatif memenangi 42 kerusi, mengekalkan kemenangan di Kelantan dan merampas Terengganu. Akhirnya, apakala Anwar di " rehatkan " di penjara Sungai Buluh, gagasan BA ini berkubur dan BN dapat kembali Terengganu walaupun Kelantan masih kekal pada PAS.

Ketiadaan Anwar BN hebat, dan PRU11 memperlihatkan bagaimana mereka merampas kembali dan mengurangkan kerusi BA dan PKR nya kemenangan kepada Wan Azizah sahaja, dan beliau ada tokoh wanita pertama yang dianggat sebagai Ketua Pembangkang.

Rupanya Anwar tidak rehat di Sungai Buluh malahan otaknya terus memikirkan bagaimana untuk membunuh BN, dan mengembalikan semula Malaysia kepada hak rakyat. Dengan pembebasan Anwar pada 2006 dan PRU12 melihatkan bagaimana BN gagal untuk memerintah dengan selesa, BN gagal untuk memperolehi majoriti 2/3, dan dengan pembebasan itu lahirlah Pakatan Rakyat, gagasan ini dianggotai oleh ( PAS, DAP dan PKR ) PR berjaya bukan setakan menidakkan majoriti 2/3 tapi dengan tumbangnya 4 lagi negeri pimpinan BN ( Selangor, Kedah, Perak dan Pulau pinang - Kelantan terus kekal pada PAS ), tapi atas rakusnya BN, mereka merampas Perak.

Fitnah kedua bermula, apabila Datin Sri Wan Azizah meletakkan jawatan dan pengisiannya dicalunkan kepada Anwar sendiri, kali ini Shaiful pula menjadi Pak Sanggup dalam kes ini, dan melalui fitnah ini akhirnya Anwar menang besar di Permatang Pauh, dan terus dianggat sebagai Ketua Pembangkang. Akhirnya perbicaraan kedua ini berakhir dengan Anwar tidak bersalah. Gegar gempita Malaysia, penyokong Anwar bersorak riang, penyokong Najib dukacita, dan terus memikirkan bagimana " fitnah " seturusnya perlu dilaksanakan.

Rakyat Malaysia tersilap perkiraan, dan sudah tentu kepada Anwar sendiri, memang tidak di duga UMNO terus melancarkan serangan peribadi untuknya, mereka terus memfitnah Anwar, tak cukup kes pertama, kedua dan Najib mencuba kali ke tiga untuk memastikan Anwar dapat di bicara dan sumbat kembali ke Sungai Buluh.

Tapi perancangan yang melibatkan Trio Dato T dalam fitnah 3 ini, tidak meninggalan kesan dan akhirnya vidoe salah laku Anwar ini didiamkan bagitu sahaja. Mereka yang terlibat Datuk T, Rahim Tamby Chik dan Shazyl Eskey Abdullah. Persoalan yang timbul apakah ketiga-tiga mereka ini di tajah oleh kepimpinan UMNO? itu satu persoalan yang amat sukar untuk di jawab.

Dalam keadaan Anwar tertekan dengan berbagai-bagai fitnah, kepimpinan PR terus berusaha untuk memastikan rakyat memahami perjuangan mereka, dan dengan lahirnya Buku Jingga sebagai menifesto PR untuk PRU13, telah merunsingkan UMNO/BN, kerusingan ini tidask dapat di elakkan lagi. Tawaran buku ini rakyat memang boleh memadangkan cita-cita UMNO/BN untuk terus berada di Putra Jaya. Sejumlah besar PRK seluruh negera juga memperlihatkan bagaiman rakyat mula memihak kepada PR. UMNO / BN terus runsing. Mereka terus merancang untuk terus memfitah Anwar.


s nallakaruppan pc 240312Terkini, rakan-rakan Anwar dulu mula mencang untuk terus berusha memastikan Anwar " gagal " dalam usaha menuju ke Putra Jaya. Dalam Pc terseut turut hadir bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha peribadi Anwar, Anuar Shaari dan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali yang kini bersama-sama berikrar untuk menjatuhkan ketua umum PKR itu. Permuafakatan ini di ketuai oleh Nalakurapan.

Semua mereka masih menyimpan pita-pita salah laku Anwar semasa mereka bersama Anwar tempoh hari.

Rakyat Malaysia telah matang dengan segala politik fitnah yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional. Rakyat tidak akan berganjak dari menuntut perubahan dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Saturday, August 21, 2010

SURAT TERBUKA UNTUK UM


SALAM. Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Mengasihani. Surat ini ditujukan kepada Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia.

Semoga saudara dilindungi Allah dan diberikanNya hidayah agar dapat mengetuai setiap urusan dalam menghasilkan akhbar setiap hari dengan sempurna. Semoga Allah juga memberi keberkatan kepada saudara dan kakitangan saudara dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Suka saya menarik perhatian saudara bahawa sejak kebelakangan ini akhbar Utusan Malaysia sering sahaja dikritik kerana dikatakan seolah-olah sengaja memainkan isu yang sensitif dan menerbitkan berita tertentu sehingga menggusar dan mengelirukan pembaca.

Sebagai contoh diambil berita muka depan Utusan Malaysia terbaru yang memainkan isu mengenai isi kandungan khutbah di masjid di sekitar Pulau Pinang. Akhbar saudara memainkan isu berkenaan seolah-olah ia benar-benar berlaku dan rentak pemberitaan yang ditonjolkan seolah-olah mahu meletakkan kesalahan itu kepada umat Islam, orang Melayu dan kerajaan negeri berkenaan.

Akhbar saudara memetik beberapa ulasan daripada pemimpin Umno, seolah-olah juga kesalahan itu telah dan boleh sangat dibuktikan. Akibatnya, sentimen terutama emosi pembaca tersentak kerana terkeliru konon memang benarlah nama Ketua Menteri disebut-sebut di dalam khutbah berkenaan.

Pada masa yang sama, tentulah ia membabitkan juga nama DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan. Saya faham akhbar saudara mempunyak hak untuk melaporkan isu berkenaan dalam acuan dan gaya pemberitaan tersendiri, namun dalam hal-hal tertentu tidakkah saudara terfikir isu itu terlalu berat dan sensitif. Sementelah pula tidak dapat lagi disahkan kesahihan berita itu. Ingin dijelaskan, bagaimana perasaan saudara apabila membaca semula isu itu untuk kali kedua dan seterusnya. Terutama apabila meletakkan perasaan saudara di dalam perasaan mereka yang terlibat,

Saudara, sebenarnya isu itu sarat dengan cela perkauman, cela agama dan cela ke atas darjat mulia DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan. Sepatutnya, pada fikiran saya saudara harus mempertimbangkan sehalus-halusnya isu berkenaan sebelum membuat keputusan menerbitkannya. Ini kerana di dalam isu itu hanya ada dua pilihan. Pertama benar dan keduanya tidak benar. Kalau benar, beruntunglah tetapi kalau tidak benar bagaimana? Bagaimana kesannya?

Sudah tentu kerosakanlah yang terjadi kalau berita itu tidak betul. Kerosakan kepada perpaduan kaum, keharmonian beragama dan kemuliaan DYMM Yang DiPertuan Agong. Anekdot orang menggigit anjing dalam dunia kewartawanan seperti yang saudara sedia faham, bukanlah boleh dipakai untuk semua berita. Apatah lagi kalau hidup di dalam sebuah negara majmuk yang rencam bangsanya dan pelbagai agamanya.

Sebagai pengamal media berpengalaman, saya yakin saudara mempunyai tahap pertimbangan yang amat halus dan teliti dalam menerbitkan berita, khususnya pada muka depan akhbar yang saudara terbitkan. Berharap sangat saya kiranya saudara menggunakan segala sisi pertimbangan itu sebelum sesuatu isu melibatkan agama, kaum dan raja dijadikan bahan baca.

Pernah dulu akhbar saudara menerbitkan berita hampir serupa, konon seorang exco kerajaan negeri membuat salah laku dalam rukun khutbahnya ketika mengimamkan solat Jumaat. Malang dan sedihnya, berita itu terbukti tidak benar apabila pihak berkuasa sendiri mengesahkan ia tidak berlaku dan pemantau yang turut berada di dalam masjid turut mengesahkan khutbah Jumaat itu tiada cacat celanya.

Saya memohon dengan rendah diri termasuk menasihatkan diri saya, supaya pada masa depan semua yang terbabit dalam dunia kewartawanan bukan sahaja mengamalkan etika bersantun dan sesuai, tetapi turut menggunakan pertimbangan sehalus-halusnya dalam menerbitkan berita. Ini bagi mengelakkan ia memalukan orang Melayu dan Islam. Berpihak dan berpuak dibenarkan, tetapi ada batasnya.

Semoga saudara menerima teguran ini secara terbuka dengan hati lapang dan fikiran tenang.
Salam.
Hamid Karim (Singalautmetro) : Kota Raja
keizinan untuk memanjangkan blog. sdr.

Sunday, October 25, 2009

ANTARA YB DENGAN KSU / SUK

Malaysia kini terus kucar kacir, kita tad dapat nak bezakan antara kuasa ekskutif dan legislatif. Antara pemerintah dan kuasa politik. Kuasa politik telah memainkan peranann disemua sudut.

Pegawai kerajaan dari Ketua Setiausaha, sehingga PAR ( Pembantu Am Rendah ) semuanua di arahkan oleh orang politik. Sebagai contoh, keperluan dan peralataan sekolah boleh digunakan oleh persidangan UMNO, kerana disekolah tersubut PARnya adalah jawatankauasa Bahagian. kenapa jadi begitu. Di peringkat kementerian, kuasa politik boleh mengarahkan KSU kementerian untuk memastikan orang ini dan itu perlu dibekalkan atau pun diperuntukan dengan projek-projak di pohonkan. Bukan mengikut kredebiliti atau kesungguhan dalam kerja tapi kerana ianya panggilan dari menteri, maka KSU perlu menyediakan projek untuk orang tersebut.

Jadi kelebihan dan kepakaran pengurusan yang dimiliki oleh pegawai kerajaan ketika ini boleh dipertikaikan, mereka terpaksa menjadi " yes " men saja. Lihat di pejabat tanah di mana-mana dalam Malaysia, fail permohonan di bawa balik oleh wakil rakyat dan keputusan di tangan mereka, pengesahan saja semasa mesyuarat MTN ( majlis tanah negera ) kerana YB adalah ahli mesyuaratnya.

Agensi kerajaan yang kini sudah menjadi akrab dan rakan kongsi kepada UMNO / BN seperti SPRM, SRP, PDRM dan kini dilaporakan pula Setiusaha Kerajaan Negeri juga berkhidmat seperti budak pelayan pejabat untuk kerajaan negeri. SUK pula menyusun atur perancangan untuk kepentingan mereka.

Apa nak jadi dengan pengurusan dan pentadbiran negera kita.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA