Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label ISTANA. Show all posts
Showing posts with label ISTANA. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

APAKAH MEREKA " RELEVEN " SEBAGAI KETUA AGAMA

Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?
Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.
Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.
“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).

Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang
Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.
Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.
Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid
Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.
Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru? 
Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!
Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan




Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap ada
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia
AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?

Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

UmmiAnni - Ini baru ketua agama bagi negeri Selangor..macamana dengan negeri2 lain...bagi aku Sultan Kelantan Sultan Muhahammad V adalah sebaik2 contoh ketua agama..tuanku adalah yang TERBAEEKKK..!!

perkongsian oleh: malaysiacrisis

Friday, June 1, 2012

KEKEBALAN ISTANA - CERITA MUNCUL KEMBALI



Di atas adalah di paparkan dialog YB Niza di FB beliau kaitan dengan cadangan dan pandangan terhadap isu kontrovosi bidalan kereta WWW 1 dengan harga 520k. Akhirnya YB Niza terperangkap dalam isu cadangan dan pandangan tersebut:

Sebagai rakyat dan pemimpin kepada rakyat adalah dan sememangnya beliau meluahkan perasaan tersebut kerana memang di anggap satu " pembaziran " dengan sejumlah itu semata-mata untuk mendapatkan nombor untuk sebuah kereta. 



Dr. Mohd. Asri pula dalam twitternya, kaitan dengan pandangan dari Niza. Jika golongan raja tak boleh di dipetikaikan tindakan dan perangai mereka, ini bererti rakyat mempertuhankan merekan dan menghambakan diri .






















NONE
  
Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"
 1- sidang khas untuk menghapuskan kekebalan Raja - usaha siapa ini?




UMNO mengusulkan agar harta raja-raja - kalau gitu bagaimana agaknya 
bidalan RM520k leh di terima oleh pencacai-pencacai UMNO masa kini?

 Ungakapan ini memang menghina sultan - ianya sah dari UMNO
dan mereka sanggup mengatakan Sultan itu Natang ( binatang )
 
Di paparkan keretan akhbar kaitan dengan usaha dan rasa benci sebilangan warga Malaysia terhadap rajanya sendiri. Usaha mereka sudah lama, gulongan ini terus berusaha untuk menidakkan kuasa-kuasa istana terhadap rakyatnya sendiri. Bermua pada pemerintahan PM ke4 kuasa-kuasa istana di kurangkan. Tapi mereka langsung tidak menyalahkan diri sendiri sembaliknya apabila ada peluang untuk menuding jari kepada orang lain, tundingan di usahakan, pencacai-pencacai terus mengambil kesempatan untuk menyalahkan pihak lain, tambahan pula mereka yang di anggap bersalah itu dari kumpulan pembangkang.

NONEPergerakan Pemuda Umno Khusus dari Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor. Bagi PERKASA ( Bhaghim Ali - gambar ) terus mencadangkan agar anugerah kebesaran dari istana di tarik balik dan Niza juga mesti memohon kemaafan secara terbuka atas pandangan yang " mengaibkan " pihak istana itu.

Mereka tak terima permohonan maaf dari Niza, sebaliknya Niza pula akan di siasat mengikut akta keselamtan dalam Negeri. Oh hebat betul Malaysia masa kini. Apakah dengan hanya menyatakan pandangan dan pendapatan rakyat untuk " tuannya " itu satu kesalahan?  Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana. -sozcyili

Sunday, August 15, 2010

KENAPA PERLU ADANYA PERPADUAN?


Isu Perpaduan kaum, isu tuntutan kaum, isu salah guna agama, isu mementingkan kroni, isu salah guna kuasa, isu menidakan hak perlembangaan, isu " tidak " lagi ingin berteraskan kepada pelaksanaan Rukun Negara, isu " kami yang menurut perintah " isu ingin menagih simpati, isu disiplin pelajar, isu istana, isu lompat parti, isu sekolah anak luar nikah, entah apa-apa isu lagi yang kini diturunkan bala oleh Allah SWT untuk diberikan perhatian oleh kepimpanan negera.

Terakhir di Ipoh pihak istana Sultan Perak, Sultan Azlan Shah juga melahirkan kebimbangan dan risau baginda dengan sikap sebahagian daripada generasi baru yang semakin jauh fahamannya dengan salasilah dan asal-usul sejarah tanah air walaupun negara kini di ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-53.

Apa kaitan bena ini dengan instutusi raja berpelembagaan?


Malaysia telah memilih sistem berkerajaan berteraskan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Titih baginda di Majlis Mesyuarat Dewsan Negara Perak ke 147 di Istana iskandariah, Kuala Kangsar. ‘‘Sistem tersebut dicapai berdasarkan formula persepakatan di antara istana dan rakyat; masing-masing ada peranan tertentu terutama dalam suasana yang genting dan kritikal. ‘‘Ia memberi satu perimbangan peranan dan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan kestabilan negara,” titah baginda. Malah titah baginda, kemuliaan institusi raja perlu didokong secara bersama dan peranan itu harus dilaksanakan dengan bijak oleh Raja Bergelar, Orang Besar dan Ahli-Ahli Dewan Negara Perak dalam menjaga nama baik dan imej institusi raja agar tidak tercemar.

Rukun Negara dengan jelas memperuntukan " Kesetiaan kepada Raja dan Negara " sebagai Rukun Kedua dan juga sebagai tunggak kepentingan negara. Tapi apakah peranan institusi tersebut dan kesetiaan di amalkan oleh rakyat pada masa kini, atau adakah rakyat yang telah " berilmu " kini mula sedar bahawa " instutusi raja " juga adalah sebagai sebuah organisasi yang mudah di pengaruhi oleh anasir yang berkepentingan. Rakyat mula dapat melihat, ada kalanya Raja yang tidak dilindungi oleh undang-undang kini telah memihak dan tidak lagi menjaga kepentingan keseluruhan rakyat, institusi ini juga memihak kepada kalangan yang berkuasa " eksekutif ", kenapa agaknya berlaku sedemikian rupa? Apakah pada masa kini cara hidup gulangan istana juga perlu seperti " rakyat jelata ", mereka perlu berniaga, mereka perlu mohon tanah, mereka perlu perlindungan lain untuk penghidupan yang lebih selesa

Raja Qazan berkenan untuk menjamu hadirin di majlis tersebut. Tapi apa yang anehnya Ibn Taimiyyah tidak menyentuh makanan tersebut:

" Mengapa engkau tak mahu makan ? " Tanya Raja Qazan

" Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasan mu ke atas harta orang ramai, kamu memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok pokok milik ramai "
jawab Ibn Taimiyyah

" Berdoalah untuk ku " sambung Raja Qazan


" Ya Allah, jika hamba-Mu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimah-Mu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaanya. Namun, jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya."


Ulama yang lain terkejut dan terus berselubung dengan jubah meraka, merisaui yang Raja akan memenggal Ibn Taimiyyah.

catatan dari Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan
Himpunan Tulisan Dr. Asri Zainul Abidin dalam kolum " Pena Mufti "
BICARA BUAT PEMIMPIN DAN RAKYAT






Sunday, September 27, 2009

ISTANA - TALIAN HAYAT TERAKHIR UMNO / BN

UMNO / BN kini memang terdesak sekali, semua agensi kerajaan telah diguna pakai untuk kepentingan parti, semua menteri telah mengarahkan setiap kementerian di bawah kelolaan mereka untuk memastikan setiap kemengangan di se tiap piliharaya, tapi yang lebih mencemaskan ialah selepas tsunami politik pada PRU12 tempoh hari. Keanihan ini juga, setakat ini sudah 8 PRK , kelapan-lapan PRK ini di menangai oleh PR kecuali di Batang Ai - Sarawak.

Lepas satu demi satu stragegi yang dimainkan, tapi ianya masih gagal untuk menaraih simpati rakyat, sudah pasti agensi yang memainkan peranan yang penting ialah SPR itu sendiri. Macam-macam helah di terjemahkan untuk membantu kemengangan memihak kepada UMNO BN, setiap perancangan juga di akhiri dengan kegagalan, kerana yang mengundi ialah MANUSIA - yang pada ketika ini telah dianugerahkan daya fikir yang cukup baik. Disamping di zaman IT ini pula peranan "blogger' juga dapat menangkis setiap tohmahan yang di lemparkan oleh media cetak dan elektronik milik UMNO / BN.

Apa yang anihnya, setiap kali kegagalan mereka yang salah ialah rakyat, PR. hatta mereka langsung tidak meletekan kesalahan di bahu mereka sendiri. Apa mereka dah buat, sedang buat dan akan dibuat seperti kata-kata " Dulu, kini selama-lamanya "

Talian hayat demi talian hayat di gunakan kini sudah sampai ke kemuncak penggunaan tersebut. Apa tidaknya kini pihak istana telah memainkan peranan untuk kepentingan tersebut. Sultan Pahang jelas memohon jasa baik rakyat untuk memastikan memberi setiap undi kepada calun UMNO / BN, walau pun mereka seperti pengamal rasuah Khir Toyo dan kini peraih calun Isa Samad. kenapa ini harus terjadi, mengapa agaknya terang-tengan pihak istana pula merayu bagi pihak UMNO/BN bagi memastikan kemenangan mereka, dan adakah istana pula akan meletakkan calun pada masa akan datang. Bukankah pembiayaan di istana juga ada sumbangan dari pihak pembangkang atau bagaimana?

Apakah, ATM, PDRM, SPRM, SPR, badan-badan lain seperti Felcra, Felda, Ketengah sudah kehabisan idea untuk memberikan bantuan? kalau ini menjadi kenyataan maka memang sepatutnya institusi istana memberikan talian hayat terakhir buat UMNO / BN. Moga-moga pihak istana akan hidup mewa lagi di masa akan datang dengan menidakkan keperluan rakyat marhaim yang lainnya.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA