Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label RPK. Show all posts
Showing posts with label RPK. Show all posts

Tuesday, February 4, 2014

TERGAMAM - PRK KAJANG PKR DINGIN


Kesiannnn!!!! .. Nampaknya DSAI sudah kena pulau dan boikot bukan saja oleh penduduk dan pengundi berdaftar DUN N25 Kajang tetapi para petugas dan sukarelawan KEADILAN sendiri.

Mesti para pemimpin UMNO/BN tersenyum lebar apabila dimaklumkan akan berita riang ini.

Cuba lihat rakam gambar-gambar diatas ... mana ada orang .. gambar paling atas lagi dahsyat .. kosong betul sebab dirakam jam 6.00 petang sedangkan program bermula jam 9.00 malam.

Kalau jam 9.00 malam alamatnya Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang tempat pelancaran itu diadakan sudah pasti penuh sesak sampai melimpah keluar dewan.

Rupa-rupanya senyuman para pemimpin UMNO/BN sekadar sekejap saja.. bila jam mencecah 8.30 malam dewan dah padat.

Ucapan alu-aluan di mulakan oleh YB Tian Chua, diikuti YAB Dato Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali dan seterusnya YB DSAI.DSAI memberitahu kepada hadirin bahawa beliau akan tetap turun padang berkempen sepenuh masa walaupun beliau cukup yakin akan menang.

Secara beseloroh beliau memberitahu .. kalau beliau berlawan dengan Datuk Lee Chong Wei dalam pertandingan badminton memang gerenti dia kalah tetapi dalam gelanggang politik beliau cukup berkeyakinan tinggi akan menang .. Ins'yAllah. DSAI juga berjanji akan membela nasib setiap Rakyat Selangor...beliau juga telah bentangkan beberapa cadangan memajukan Ekonomi Negeri dan Negara.

Ingatkan dengan propaganda jahat isu seks lucah yang dijaja oleh UMNO siang malam pagi petang di semua media arus perdana milik dan kawalannya,  maka tiada rakyat dan sukarelawan nak turun membantu, sebaliknya bertambah ramai yang datang memberikan sokongan.

Itu belum masuk jentera PAS dan DAP rakan sekutu KEADILAN dalam Pakatan Rakyat.

Nampaknya hasrat UMNO/BN mau melihat DSAI kecundang tidak menjadi kenyataan.

Omak Kau cukup yakin DSAI akan menang bergaya dengan majoriti makin bertambah... Ins'y Allah.

Mood rakyat sudah mau melihat UMNO tumbang sebab sudah tidak tahan dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.

LAWAN TETAP LAWAN ... MENANG KAJANG PUTRAJAYA DALAM GENGGAMAN.

Friday, November 5, 2010

SEKITAR PRK DUN GALAS - KECEWA TAPI RASA PUAS

suasana penyokong dan peminat dari parti-parti yang bertanding, mereka berseronok dan menikmati kemeriah RPK ini


Penyokong PAS sentiasa giarah menunggu Pemilih yang lalang
untuk ke pusat pembuangan undi

Calun BN En. Abdul Aziz bersama-sama dengan perayu undi

Kaunter Shuhaman, kononnya untuk menerima aduan
dari setiap individu khusus dalam PRK kali ini.

Rakan Gagasan Pakatan Rakyat dari PKR turut sama di PRK kali ini
PRK ini mewakili Cabang Ulu Langat



UPU SMK Tengku Indre Petra, Masjid Jame Sungai Terah dan UPU Bandar Lama
UPU yang sempat di rakamkan.



Beberapa sepanduk yang dapat kelihatan untuk memancing undi, tapi nampaknya orang " kita " langsung tidak peka dengan perubahan yang berlaku, dan sanggup menerima apa sahaja yang di beri kan 0peh pihak BN


Calun PAS Dr. Zul, walau pun ber" akademik " orangnya tapi, masih belum boleh diterima oleh daya fikir orang " kita " untuk memastikan perubahan di buat.

Blogger - bersama dengan YB Kamaruddin bin Jaafar AP Tumpat
di UPU SMK Tengku Indre Petra, Gua Musang

Sunday, October 11, 2009

APA DAH JADI YE?

PRK ke 9 di Negeri 9 berakhir dengan kekalahan yang memang di jangkakan, tapi jangkaan kemorosotan majoriti memang tidak diduga. Semua UPU, PR kalah, malahan undi pos juga amat jauh ketinggalannya, kalau PRU 12, PAS memperolehi hampir 2 ribu undi tapi kali ini gagal dengan jauh sekali merosotnya, cuma hanya menghampiri ke 7 ratus sahaja. Angkatan Tentera yang keluar mengundi sejumlah 4611, untuk PAS cuma 601 dan BN memperolehi 3521 dan ada juga kalangan ahli ATM yang tak berminat sama ada PAS atau BN dengan merosakan undi sejumlah 134.

Dengan majaroti melebihi 5ribu bermakna peningkatan 2 kali ganda dari majoriti pada PRU12. Dimana salah dan silapnya. Apakah ini bertanda yang pengundi sudah memahami konsep 1M, apakah dengan menjual rumah di Bandaraya Kuala lumpur dengan harga murah dapat mempengarudi pengundi di Bagan Pinang, apakah daya fikir, orang di Bagan Pinang termakan dengan umpan projek pembinaan sekolah, pembinaan jalan raya serta pemberian sumbangan KWAMP atau pun dengan mengujudkan " makkal sakti " berjaya menarik minat kalangan orang India terus membuat " turning point " dan meninggalkan PR? persoalan yang diutarakan perlu diberikan jawapan oleh kepimpinan PR. Rasanya tidak.

Apakah gulongan muda juga telah berpatah balik dengan menyokong UMNO / BN. sedangkan kepimpinan muda BN / UMNO juga tidak bersetuju dengan pencalunan Isa untuk mempertahankan kerusi Bagan Pinan. Dimana silapnya ya?

Walau apa sekali pun andaian yang diberikan, kepimpinan PR perlu mengkaji dan meneliti kemampupan, keiklasan, kejujuran, keakraban serta tidak menimbulkan banyak isu yang boleh di politikkan pihak lawan. Jika di senaraikan banyak isu yang boleh memihak kepada PR - Beng Hock, Kugan, perarakan kepala lembu semua isu yang kuat untuk mempengaruhi pengudi. Tapi apa dah jadi ye?

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA