Jika diperhatikan kenapa agaknya, DSN/TPM sanggup menerima kedatangan DUN Behrang dan Changkat Jering? Ini semua adalah budaya dan mainan sebilangan besar kepimpinan dalam UMNO yang sentiasa mengamalkan rasuah. Apa yang digembar gemburkan berkaitan dengan TPM tentang, erocopter, kapal selam, shukhoi, cubaan mendapatkan IJN semua ada ' link ' antara satu sama yang lain.
Akhirnya dirancanakan dengan tertangkapnya kedua-dua DUN tersebut sebelum PRK Permatang Pauh, khusus untuk dijadikan isu kempen PRK bagi memastikan ' orang PKR ' perasuah dan mungkin dapat mengurangkan majoriti undi DSAI, walaubagaimana pun isu ini tidak mencurigakan pemilihan di Permatang Pauh, sokongan untuk DSAI semakin bertambah majoritinya.
Mereka mengaku tidak bersalah dan pendengaran pertuduhan akan diadakan pada 10 Feb. ini. Ketika dan menjelangnya tarikh ini, pihak tertentu dengan budaya rasuah yang tinggi telah memerangkap kedua-dua DUN ini agar menyertai BN kerana hanya BN / DSN yang dapat menggugurkan pertuduhan tersebut. Lantas yang demikian bergolaklah kerajaan PR di Perak semata-mata survival masa depan kedua-dua DUN ini.
Apa yang berlaku jelas menunjukkan pemimpin yang rasuah hanya berminat kepada pengamal-pengamal rasuah sebagai pemimpin. Keputusan kehakiman berkaitan dengan kes ini semua peminat politik dah tahu. SPRM adalah agensi kerajaan, dan kerajaan adalah di kuasai oleh BN dan BN di ketuai oleh DSAB dan DSN.
Didoakan agar mereka diberikan petunjuk oleh Allah dengan meletakkan pertanggongjawaban kepada rakyat lebih penting dari kepenting peribadi.
No comments:
Post a Comment