Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Showing posts with label UNDI. Show all posts
Showing posts with label UNDI. Show all posts

Friday, November 6, 2009

UDIAN CARA POS MASIH ADA KELEMAHAN

Negara telah mengadakan PRU sejumlah 12 kali dan yang terakhir ialah pada 2008, disamping PRK entah dah berapa kali, walaubagaimana pun, sejak akhir-akhir ini, pengundian cara pos telah dipertikaikan, tak kira terutama pihak pembangkang, undian cara pos boleh dikatakan sentiasa di anggap tidak mengikut kreteria yang sepatutnya.

Kenapa jadi sedemikian rupa, apa tak kenanya, dan mengapa pilihan cara ini masih diperlukan dalam keadaan dunia sudah dihujung jari? Serta sebenarnya kepada siapakah undian cara pos ini diperlukan, atau tidakkah SPR mengkaji dan membuat " reaserch " untuk penambaikan pilihan cara ini.

UNDIAN CARA POS - ianya diperlukan kepada setiap pemilih yang tidak ada di kawasan dimana mereka mendaftar sebagai pemilih. Tapi teori ini hanya untuk pasukan keselamatan ( polis dan tentera ) apakah pula ianya melibatkan isteri dan anak-anak mereka pula ( yang layak )Kalau isteri dan anak-anak pula layak menerima undian cara pos, bagaimana pula orang awam yang berkeadaan yang sama, mendaftar di tempat lain dan menetap di tempat lain. Alamat masih belum ditukarkan.

Kepada pegawai keselamatan, tak semestinya mereka mengundi ditempat mereka berada ketika itu, contoh; kalau mereka sudah mendaftar di Kem Terendak dan pada PRU atau PRK mereka berada pula di Kem Sungai Besi, berlaku PRK di kawasan Kem Sungai Besi, apakah mereka juga boleh mengundi di Kawasan Kem Sungai Besi, bukankah pemilih mengundi mengikut alamat terakhir mereka, kecuali mereka telah menukar alamat dari Kem Terendak ke Kem Sungai Besi.

Cuba fikirkan permasalahan ini:

1- suami isteri berdaftar di Kawasan A - si suami seorang ATM dan isteri suri rumah, berlaku satu PRK di kawasan A: kedua-kedua mereka berada di kawasan lain, sudah pasti kedua-duanya tak dapat menunaikan tanggongjawab, tapi tidak pada suami, kerana suami layak menggunakan peruntkan undian pos, tapi bagaimana dengan isteri. Isteri tidak layak menerima kemudahan ini. Maklumat dari Nazri perkara ini boleh dilakukan, kalau boleh kenapa perlu pemilih balik kampong yang berada di perantuan, bagilah saja kertas undi pos.

2- Bagaimana pula kalau berlaku PRK di kawasan A, kedua-dua suami isteri tadi ada di kawasan tersebut, apakah mereka perlu menggunakan undian pos? sudah pasti tidak kerana mereka ada di kawasan yang sama di mana mereka mendaftar, sepatutnya mereka mengundi seperti pemilih yang lain, tapi ini tidak berlaku di Bagan Pinang, inilah yang menjadi masalah. Undi pos diperlukan tapi cuba kaji semula cara yagn terbaik untuk pelaksanaannya.

Kesimpulannya kenapa pihak BN tidak mengadu kesalahan dan kelemahan tersebut, mungkin kesalahan tersebut boleh memihak kepada mereka, dan BN tidak akan protes setiap kali kekalahan kerana mereka ada kuasa untuk digunakan untuk memastikan pihak lawan terperangkap dengan cara yang ada. Untuk itu undian cara pos, memang patut di kaji dan difikirkan cara yang terbaik untuknya.

Kekahalan PR bukan keraja Undi pos tapi kerana mainan yang digunakan untuk memastikan undian pos memihak kepada BN.

h mereka berhak hanya kerena berada di kem
Semenjak lahirnya negara dan negera mengamalkan sistem pemerintahan " ala demokrasi " dengan mengadakan pilihanraya dan sistem piliharaya berpandukan apa yang dilaksanakan " Ala British ". kenapa British mungkin kerana dari negara penjajahan telah berjaya menerapkan cara kepimpinan mereka. Negara dijajah oleh British dengan mempelbagai cara mereka, pecah perintah, ujudnya Negeri-Negeri Selat, Negeri Bersekutu dan Tak Bersekutu, pecah perintah dalam penempatan penduduk, Melayu di kampong, India di ladang dan cina di kawasan yang membangun. kesannya kini negara terus bermasalah.

Tuesday, June 2, 2009

PILIHANRAYA DI MALAYSIA

Apa yang terjadi di Penanti, salah sebuah DUN di Pulau Pinang pada PRK yang lepas jelas menujukan kepada kita bahawa Malaysia kini sedang dalam proses dari sebuah negara demokrasi ke negara pemerintahan kuku besi. Bagaimana dalam sebuah negera ketiga yang di dakwa sudah maju, matang dan sedia menghadapi setiap risiko yang di hadapi, bak kata pepetah " melintang lalu membujuk patah "

Tapi ianya tidak semudah itu, kita lihat saja ( khusus kepada pemiliha yang telah acap kali memilih ( mengundi ) satu ketika dulu mengundi hanya di ruang yang ditetapkan, dan perlu " memangkah " calun yang menjadi pilihan, tapi kini kita lihat, diman-mana pun aci, asalahkan di dalam ruang calun yang menjadi pilihan. Kan kah itu menandakan pemilihan di malaysia bukan bertambah matang dalam pilihan raya tapi sebaliknya. Walau bagaimana pun undi rosak masih banyak.

Balik ke PRK Penanti, BN parti pemerintah menarik diri, Polis mengawal di pusat pengundian, bukan mengawal keselamatan tapi memastikan ahli-ahli UMNO tidak mengundi, kerana apa semata-mata kerana UMNO/ BN tidak bertanding? Kenapa perlu diarahkan pemilih untuk tidak keluar mengundi, walau pun pernah satu ketika PAS berbuat demikian, kenapa perkara yang tidak demokratik itu menjadi garis panduan dalam proses demokrasi, apa itu yang di tuntutan - kah itu melihatkan betapa bodohnya Ketua pemuda UMNO.

Kepada CalunPR - dari PKR tahniah walaupun lawannya agak mudah tapi sampai dapat menghilangkan wang deposit ketiga-tiga calun bebas agak membanggakan terutama kepada Puan Minah Joget. Apa cam sekarang adakah nak diteruskan dakwaan salah laku ahli PKR tempoh hari atau pun kita bersedia pula ke Manik Urai.

Kepada kepimpinan UMNO tak usahlah berdolak dalik, " kalau kail panjang sejengkal jangan di duga lautan yang dalam " akuilah keadaan parti UMNO dalam keadaan amat kritikal, seeloknya jangan terlibat dengan semua pilihan raya sebaliknya tumpukan kepada penambahbaikan kepada parti sahaja.

Hanya pandangan, ubahlah perangai buruk laku, jangan pandai cakap yang dah diketahui oleh rakyat apa maksud setiap apa saja yang diucapkan. Rakyat dah pandai menilai dan memberikan andaian apa yang tersirat dari setiap ucapan.

Majoriti 5ribu lebih tu kalau UMNO meletaknay calun pun kalah dalam tangan, tindakan tidak menyertai PRK memang tepat, tapi kenapa gatal pula nak joint di Manik Urai. PAS memang dah kuat di kelantan, dari majoriti satu pada PRU11 kini UMNO / BN hanya tinggal tak berapa kerusi pun. Untuk DS PM dan TS TPM tak usahlah mencari malu di manik urai.


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA