Saya tertarik dengan ucapan Baginda Raja Dr. Nazrin Shah di Bangi semalam, dan ucapannya yang penuh makna yang tersirat itu telah disiarkan di dalam akhbar Utusan hari ini. Ucapan yang panjang itu disudahi dengan..
“Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung di dalam hikayat-hikayat lama..”
Di antara punca yang berkemungkinan menyebabkan kepupusan Melayu, daripada ucapan Baginda ialah hilangan identiti mereka dari sudut agama Islam, bahasa dan budaya, dan terdapat tindakan yang cuba menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu ini.
Apa yang menyedihkan, walaupun titah tuanku Dr. Raja Nazrin ini di paparkan di akhbar perdana, yang sudah pastinya di baca oleh semua pihak. Namun ada pemimpin sudah pasti titah tuanku adalah untuk perhatian PR ( PKR, DAP n PAS ), walau pun pada masa ini PR belum lagi memerintah seluruh negera, hanya 5 buah negeri ( itu pun baru setahun jagung ) dan akhirnya tinggal 4 sahaja, kerana Perak di rampas dengan rakus sekali olih kepimpinan BN.
Kehilangan Identiti Agama, Bahasa & Budaya, penghapusan tradisi dan meruntuhkan instisuti Melayu ini semua berlaku di zaman pemerintahan BN. Kerajaan mana yang menghapuskan Tulisan Jawi di sekolah - Perikatan. Kerajaan mana yang menanggalkan imuniti raja Melayu - Barisan Nasional, Ahli Parti mana yang engkar dengan arahan istana untuk lantikan MB untuk Terengganu dan Perlis - ahli UMNO, Ahli parti mana yang menulis " kami nak deris natang " - ahli UMNO
Manusia mana yang melarikan dan seterusnya berkahwin dengan anak sultan Selangor - MB UMNO, tapi yang sedihnya semua tragedi diatas tidak menjadi kesalahan kerana yang terlibat ialah UMNO. Kesan dan implikasinya UMNO adalah lebih kebal dari istana itu sendiri.
Raja Nazrin telah bertitah juga bahawa Bangsa Melayu akan menghadapi dua kemungkinan, samada :
“Melayu akan terus berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global atau bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.”
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Saturday, March 14, 2009
TITIH DR. RAJA NAZRIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment