Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 13, 2009

PENTADBIR - PENGURUSAN YANG BERHEMAH

Coretan ini berkaitan dengan seorang pentadbir yang sedang mentadbir sebuah organisasi pendidikan iaitu di sekolah. Jawatan ini adalah satu jawatan yang tertinggi dalam organisasi persekolahan, kalau di sekolah rendah namanya GURU BESAR dan di sek. menengah PENGETUA. Kini masa bertugas kedua-dua penjawat awam di sekolah ini telah melampaui batas, jika dulu ianya cuma 6 jam kini sudah sampai ke satu pusingan jam. Selain dari memastikan pengurusan pentabiran di pantau dengan berkesan, permasalahan guru dan murid, pengurusan peningkatan akademik, masalah guru, bertindak sebagai kaunselor, ' motivator ', ' arbitrator ' serta juga perlu memahami kerenah masyarakat sekeling yang menjadi pelanggan kepada sekolah yang diurus.

Sebagai seorang rakyat, Guru Besar dan Pentadbir juga adalah sebagai ' icon ' kepada masyarakat, perangai, tingkah laku, setiap perbuatan sudah pasti menjadi ikutan dan contoh kepada rakyat jelata, jauhkan diri dari scandal, mesti pandai ' bersosial ' tetapi mulut tidak perlu celupur, terutama kepada mereka yang diluar bandar. " icon " sentiaasa menjadi idola kepada pelanggannya dan masyarakat sekeliling.

Dalam arena pendidikan di Malaysia, penjawat awam selalunya menikmati kenaikan pangkat pada ketika usia yang sudah agak lanjut seperti antara usia 45 ke 50 atau pun mereka yang agak berusia muda sentiasa di pindah randahkan. Kalau usia agak lewat sudah tentu kekuatan fizikal menjadi halangan, dan tidak dinafikan ada kalangannya pula ' tidak mengamalkan hidup sihat '. Jika yang awal pula, akan sentiasa berdepan dengan ' client ' atau ' downline ' yang sentiasa baru. juga mengambil masa untuk penyesuaian diri.

Di institusi pendidikan, pengurus adalah laksana ibubapa / penjaga kepada anak-anaknya, semua pertanggojawaban, responsibilities adalah di bawah tanggongan mereka. Kegagalan, kejayaan, kecemerlangan, kemunduran dalam pencapaian adalah tanggongjawab pengurus atau pun Guru Besar / Pengetua.

Untuk itu akan dibincangkan bagaimana seorang Guru Besar / Pengetua/ pengurus perlu bertindak untuk mengatasi permasalahan yang dinayata. Mereka perlu sentiasa cergas, dari aspek mental dan fizikal, uruskan masa ketahab optima, kawal stress, kawal tingkah laku. " Effective principles are respected by their superiors,subordinateds and the students they oversee "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA