Penantian memang sesuatu yang menyiksakan, apatah lagi kalau yang di nanti itu satu jawatan yang paling ' wahid ' dalam negara. Saat demi saat, minit demi minit dan seterusnya penantian di teruskan. Bersabarlah DS Najib.
Walaubagaimana pun, memang tidak di nafikan nama DS memang telah tercemar sejak akhir-akhir ni. Rasanya memang DS sendiri tau itu adalah main politik kerana politik ini menggunakan cogan kata " kill or to be kill ".
Apa yang terbaik untuk DS lakukan ialah membersihkan diri, kerana setelah di bersihkan apa saja jawatan hatta diletakan menjadi ' maharaja ' pun boleh dilakukan. Tapi kenapa DS tidak berminat untuk membersihkan diri dengan menghadirikan diri ke mahkamah. " Berani kerana benar dan takut kerana salah " ini adalah bidalan orang-orang tua-tua kita. DS buktikan kepada masyarakat diri ini sentiasa bersih dan berkeupayaan untuk menerajui negara, bebas dari segala permasalahan baik dari sudut rasuah, membela kroni mau pun apa yang dikatikan dengan pembunuhan.
Kenapa kita harus takut? Kita punya pendinding, sebagai TPM dan bakal PM sudah tentu ada keistemewaan dalam hidup ini. Apatah lagi dalam negar yang mengamalkan demokrasi. Untuk itu adalah diharapkan agar DS sebelum menjejakkan kaki ke Pejabat PM, adalah lebih baik bersihkan, tambahan pada masa ini akhbar luar negara pula dah tumpang sekaki membuat fitnah untuk diri DS.
bahasa yang ' tak lekang di panas dan tak deq hujan
No comments:
Post a Comment