Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Tuesday, March 17, 2009
Raja Azlan, Ir Niza n 786
Kemelut politik di Perak kini telah menular ke akar umbi, setiap individu menyoalkan apa yang akan terjadi di sebalik ujian dari Allah khusus untuk rakyat Perak yang mana Sul. Azlan adalah Sultan yang memerintah. Ketidak tentuan ini membuatkan jentera pentadbiran baik di Pejabat SUK, mau pun di Pejabat Daerah hatta di pejabat JKK / JKKP turut mengundang masalah.
Tidak adakah individu yang rasa simpati terhadap apa yang berlaku, walau bagaimana pun rakyat terus diberikan berita-berita tentang kehebatan kerajaan rampasan bertugas, dimaklumkan kepada rakyat sudah berbilion-bilion pelabor melabor di Perak, pengurusan pentadbiran sudah normal, rakyat yang dilahirkan dengan dasar KBSR ( kurikulum baru sekolah rendah ) yang didedahkan dengan daya pemikaran yang pelbagai ( leteral thinking, futuristic thinking dsb ) terus di tipu, tapi apakah kita fikir mereka ini dapat di tipu dengan mainan helah politik. Daya pemikiran mereka adalah dibantu dengan ICT, sudah tentu inya telah lebih kehadapan mungkin dari setengah pemimpin yang memimpin ketika ini.
Berbalik kepada pengurusan dan pentadbiran, apakala di SUK, Pej. Daerah bermasalah, sudah pasti kepimpinan akar umbi juga turut menerima impaknya. Perbicangan banyak berkait dengan JKKK mau pun JKKKP ( JKKK adalah agensi yang ditubuhkan oleh keranaan negeri yang memerintah ) JKKKP pula di tubuhkan apakan setiap negeri yang lazimnya di perintah oleh kerajaan BN bertukar tangan kepada pentadbiran pembangkang. Pembentukannya terus dari Putra Jaya, sudah tentu menimbulkan masalah.
Kini, Perak diambil dengan cukup berhemah oleh Dr. Zambry kini menjawat jawatan MB, walaubagaimana JKKK lantikan kerajaan PR bawah pimpinan YAB Ir. DS Niza akan tamah tempoh hanya pada Ogos 2010, ini sudah diberikan watikah perlantikan bertarikh 7 Ogos 2008.
Kini ada kalangan Pengerusi JKKKP ( anak buah Dr. Zambry ) sudah bagitu ego dengan kedudukan kerajaan BN yang kedudukannya masih samar ( 28-28-3 ), pengambil alihan kerajaan juga masih dalam tindakan mahkamah, tapi mereka sudah mendesak agar kemudahan yang ada di kampong di serahkan. Disinilah kekeliruan pengurusan mula ujud di kampong, harmoni masyarakat sudah tidak.
Adalah diharapkan agar Dr. Zambry dan YAB DS Ir. Niza dan DYMM Tuanku dapat memainkan peranan dalam mengatasi kemelut kepempinan, kata pepatah " gajah sama gajah berperang, pelandok yang mati ", fikir-fikirkan lah untuk masa dan generasi yang mendatang, kenapa Melayu dengan Melayu berperang yang untuk cina dan hindu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment