"
Kini sahlah sudah di mana Lembaga disiplin UMNO telah memutuskan Rustam dan Khairy bersalah. Rustam tidak dibenarkan bertanding dan Khairy boleh bertanding dan diberikan amaran. Sementara itu Khir Toyo pula didapati tidak bersalah. Dalam UMNO semuanya ganjil dan terus tidak difahami apa sebenarnya yang sedang di lakunkan oleh pelakun-pelakunnya.
Ada yang bersalah di hukum dan ada yang bersalah tidak dihukum
Selain dari itu, badan yang menyiasat salah laku kepimpinan UMNO juga di bahagikan kepada 2 kategori, ada kes perlu di siasat oleh SPRM dan sebaliknya dengan hanya menggunapakai Perlembagaan UMNO sahaja dengan menggunakan Lembaga Tatatertib parti sahaja untuk menyiasat dan menjatuhkan hukuman. Atas dasar itu juga kita dapati kalau menggunakan wang untuk program parti ada yang di lebalkan sebagai politik wang dan rasuah politik.
Rakyat terus menjadi tanda tanya dengan perjalanan UMNO waktu ini, apa sahaja yang diambil tindakan oleh kepimpinan UMNO semuanya tidak dihiraukan oleh agensi kerajaan seperti polis, tentera, SPR hatta SPRM. Rakyat terus di rundung malang denga keadaan yang berlaku waktu ini.
Berdoalah kita dan memohon restu dari Allah untuk penambahbaikan dalam pengurusan pentadbiran negera khususnya selepas 1 April nanti.
No comments:
Post a Comment