3 R ( read, write and matematic ) sama dengan singakatan 3M ( menulis, membaca n mengira ) semasa Kementerian Pendidikan ( ketika itu ) melaksanakan dasar KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ada juga kalangan guru yang nakal menyebut sebagai ( kerja berat sampai rebah ) dan lain-lain lagi.
Dalam arena politik, setelah segala usaha dan tipu helah politik khususnya dari parti pemerintah galah untuk memanjing undi secara feudal, iaitu dengan cara melaksanakan projek " mee segera " kata TPM, cara memberi suapan saat- saat akhir di akui
tidak memberikan keberkesanan bagi mempengaruhi para pengundi, ini jelas pemilih di saluran 3, 4 , 5 sudah tidak memberikan undi mereka kepada lambang dacing. Lantas yang demikian cara feudal itu perlu di berikan satu perubahan secara drastik.
3R bagi TPM bermaksud - ROYAL, RELIGION n RACE. ( Taat setia, Keagamaan dan Bangsa ), sudah tentu ianya memberikan satu ransangan dan penambahbaikan kepada para pemilih semasa PRK di 2 Bukit ( Bukit Gantang n Bukit Selambau ) 1 Batang ( Batang Ai ), macam disusun ianya berlaku di 3 negeri, 2 bawah pemerintahan Pakatan Rakyat dan 1 bawah Pimpinan BN.
Balik kepada 3R - kalau kita bincangkan ROYAL - apakah benar pihak TPM mahukan setiap rakyat khususnya UMNO untuk menunjukkan ketaat setiaan mereka kepada Raja Berpelambagaan, apakah dengan tragedi " derhaka " YAB Ir. Mohd. Niza di Perak di jadikan asas untuk meraih undi untuk mereka mengundi BN. Rasanya kalau itu lah niat yang terpahat di dada TPM rasanya " ROYAL " ini akan makan tuan, kerana sudah banyak agenda yang menyakitkan hati dan derhakanya UMNO kepada institusi istana. " kami nak deris natang ", ayat ini cukup jelas kepada siapa ahli UMNO tujukan semasa pemilihan MB untuk Negeri Terengganu tempoh hari. Cukup lah satu contoh.
RELIGION - semasa zaman pemerintahan Tun, pernah di rakamkan di sebarkan kepada rakyat di mana Nabi juga di tuduk tidak mempunyai " gillet" untuk mencukur jambang di mukanya, menggalakkan pembukaan ruang berjudi untuk rakyat, amalan rasuah, tidak telus dalam pengurusan dan pentadbiran, tidak amanah, apakah ini tanda-tanda individu itu mengamalkan ketaan setiaan kepada agama?
RACE - kini rakyat telah keluar kejalanan untuk memastikan Bahasa Melayu di martabatkan semula dengan menghapuskan PPSMI, Khir Johari, adalah pemimpin UMNO yang menghentikan pelajaran Jawi semasa menjadi Menteri Pelajaran tempoh hari, apakah tindakan sebagini melambangkan mereka memperjuangkan hak bangsa?
Contoh-contoh lain banyak lagi, dengan itu rasanya, slogan 3R untuk mempengaruhi hari pengundi di ketiga-tiga PRK ini mungkin UMNO akan menggigit jari, tambahan pula pemilihan ini adalah dari kalangan mereka yang berada di saluran 3, 4 dan 5. Selamat mengundi kepada pengundi di kawasan PRK dan inilah masanya kita menunjukkan 3R ini satu strategi makan tuan.
No comments:
Post a Comment