Perhimpunan Agung UMNO, mereka para perwakilan berhimpun lagi, MKT dan semua sayap dalam parti tersuhur dengan salah laku dari setiap sudut ini akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, pertandingan di maklumkan agak sengit, walaupun kita dah hilang yakin dengan UMNO tetapi sebagai rakyat perlu ambil tahu dan mengkaji setiap sudut berkaitan dengan perjalanan dan strategi mereka untuk membaik pulih UMNO yang sudah hampir karam ni.
Mereka yang berpeluang memberikan ucapan, khususnya dari kepimpinan pemuda baik ketuanya maun perwakilan semuanya menyalahkan orang lain, kekalahan PRU 12, bukan sepatutnya menjadi igauan untuk penambahbaikan tapi kekalahan itu di salahkan kepara orang lain, malang sekali nasib DSAI.
Dari mula DSAI menyertai UMNO yang berhajat besar untuk memperbaikinya dari dalam hinggalah beliau di sumbatkan ke penjara, malahan ada kalangan perwakilan menyalahkan " pembebasan " sebagai satu kesalahan kepada kepimpinan Dolah Badawai, kesilapan yang maha wahid dalam pengurusan UMNO, sepatutnya DSAI di hukum mati sahaja. Kalau dah mati maka senang lah UMNO bermaharaja lela dalam penipuan untuk rakyat.
Dalam persidangan kali ini yang ke 59 jelaslah kepada kita bahawa untuk terus hidup dalam hiraki kepimpinan UMNO seseorang pemimpin itu perlu merestui apa saja yang dibuat oleh pemimpinnya, apakah mereka redha dengan apa yang berlaku, salah guna kuasa, semua agensi kerajaan tidak bergerak dengan yang sepatutnya, kepimpinan UMNO ramai yang rasuah, salah guna kuasa, mengumpul harta untuk kepentingan peribadi dan menjadi kelompok tertentu sahaja.
Adala malang sekali, ucapan dan berbahasan pemimpin dan perwakilan tidak menujuk ke arah penambahbaikan dalam kepimpinan UMNO itu sendiri, sepatutnya, carilah jalan atau pun arah petunjuk untuk membaik pulih UMNO / BN pada PRU 13, mengkritik dan menghentam DSAI seperti ucapan En. Mohd. Zaidi ( Pulau Pinang ) serta wakil EXCO ( en.ABdullah bin Md. Yusuf ) melambangkan dan mengarahkan penghapusan UMNO lebih cepat lagi.
Kepada generasi pemimpin muda, buka minda dan fikirkan masa depan anak bangsa, dengan apa yang sedang berlaku di bawah kepimpinan yang diterajui oleh UMNO ini. Fikirkanlah apa yang diperluangkan oleh DSAI itu merugikan Melayu atau menidakkan hak dan mengisi temolok
orang tertentu sahaja. Lihatlah sekeliling, bagaimana hidup mewah pemimpin UMNO kini, hidup mewah sebaik sahaja menjadi wakil rakyat mau pun ketua bahagian hatta ketua cawangan hinggakan keluar ayat " nak hidup mewah jadilah pemimpin UMNO " hari ini jadi pemimpin, esok pasti anda akan hidup mewah
No comments:
Post a Comment