Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, March 27, 2009

UMNO YANG SERBA SALAH

Perhimpunan Agung UMNO kalau kita perhatikan memanglah sebuah organisasi politik yang bagitu kuat dan mantap, apatahlah semua kepimpinan mereka menerjui kerajaan pada masa ini, malah pada PRU 12lah baru kita dapat mengecilkan bilangan negeri di bawah kawalan mereka. Pemerintahan mereka telah pun menjangkau ke 50 tahun lebih, dari negera bergelar Persekutuan Tanah Melayu hingga terbentuknya Malaysia. Dari keadaan negara yang dijajah hinggalah ke keadaan di mana negara merdeka. Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tanggal keramat bagi seluruh rakyat negara ini.

Untuk itu sepatutnya, daya pemikiran pemimpin sudah berubah, dari daya pemikiran yang jumud kepada daya pemikiran yang glokal, dunia sudah tiada sempadan, perhubungan antara benua sudah mudah dan dipendekan tapi malang bagi mereka yang menganggotai UMNO, daya pemikiran mereka terbalik, kini mereka sudah kembali semula ke alam MANUSIA ZAMAN BATU.

Kelemahan dan permasalah yang mereka hadapi, orang lain yang dipersalahkan. Siapa yang menderhaka kepada sultan Selangor, Perlis, Terengganu mau pun Sultan Kelantan. Pemimpin mana yang ribut dengan rasuah, individu mana yang di tangkap kerana melarikan anak dara orang, pemimpin parti mana yang mengamalkan politik wang " rasuah politik ", hatta ada kalangan pemimpin parti ini sanggup menghina agama, hingga keluar kata-kata nabi tak mampu nak beli gillet, sebab itu janggutnya panjang.

Bukan itu saja, menggadaikan pulau singapura hingga merdeka, menggadaikan maruah bangsa dengan menidakkan kemapunan bahasa Melayu sebagai bahasa antara bangsa. Malah tak terkira apa kesalahan yang telah dilakukan. Akhirnya PRU 12 telah a mengajar mereka untuk berfikir semula. Betapa tingginya langit yang di ingatkan boleh di capai dengan tangan.

Perhimpunan Agung UMNO ke 59 ini, menyerlahkan ketidak upayaan kalangan pemimpin ini untuk mengepali kepimpinan negara, mereka tidak sanggup berdepan secara ' one to one ', mereka tidak sanggup berpolitik cara politik. Sebaliknya mereka gunakan semua kemudahan kerajaan untuk kepentingan peribadi.
Semua agensi kerajaan, PDRM, Imigresyen, Tentera, SPRM, SPR hatta semua yang boleh diguna pasti menjadi tali barut UMNO, seolah-olah UMNO itu langsung tidak ada daya kepimpinan seperti seorang kanak-kanak yang baru berjalan yang perlu di pimpin tangannya.

Pembebasan DSAI juga satu kesalahan, lawanlah cara berdepan, bukan lawan diikat tangan dan di pelawa untuk bertumbuk, itu orang bodoh dan kurang akal. Terdengar pula, di mansuhkan PAKATAN RAKYAT, apalah bodoh bin tolol gulungan pemuda ni, itu hanya nama panggilan dan ianya memang tidak didaftarkan, keujudan atas dasar muafakatan, lihatlah mereka bertanding pun dengan menggunakan lambang sendiri. Kalau penggunaan
pakatan rakyat " diharamkan guna pula " rakyat berpakat ", haram juga guna pula " teruskan muafakat " atau " pakatan muafakat "

"Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu? Kata Nur Saidi Nayan di perhimpunan UMNO, ini membuktikan Pakatan Rakyat telah dan pasti mampu mengarasi UMNO. Beliau juga bagitu bangga mengatakan yang UMNO dilahirkan di istana, tapi istana di darhakai.



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA