Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 24, 2009

MP Pekan, P. Pauh, Gua Musang bakal PM


Sebaik sahaja, perhimpunan agung UMNO berakhir, apa yang sudah pasti, berlakunya pertukaran pucuk pimpinan, Najib sudah pun menang percuma sebagai presiden, timbalan akan terpilihlah antara Mike Thyson atau pun Mahyuddin, kedua-duanya ada salah laku yang tak perlu di pertikaikan, ini dibuktikan dengan tuntutan sebilangan ahli UMNO bahagain nya sendiri, sedangkan Mike Thyson telah tersebar luas bagaimana beliau membawa wang berjuta ke Australia dan melarikan puteri baginda Sultan Selangor, buruk perangai baginai lah yang menjadi pilihan kepada para perwakilan UMNO dewasa ini.

Walau bagaimana pun, belum lagi berakhirnya perhimpunan dan belum lagi di nobatkan secara sah, Najib telah pun mengumumkan rombakan kabinate akan dilaksanakan sebaik sahaja beliau menganggkat sumpah. Justeru itu mereka yang berkiblat kepada Pak lah, perlu berwas pada, khususnya mereka dari kalangan ahli kabinate.

Lepas satu satu rakan kongsi Pak lah telah di cantas, bermula dari Ali Rustam, sdr. Norza dan diberikan lampu kuning kepada Azalina dan Khairi, jika ingin selamat pastikan membuat ' turning 360 darjah '

Benarkan Najib akan angkat sumpah sebagai PM ke 6, dewasa ini seluruh masyarakat Malaysia seolah-olah tidak menaroh harapan kepada perlantikan Najib, suara-suara sumbang telah kedengaran agar beliau tidak dilantik, malahan ada yang berani seolah-olah menasihatkan agung agar tidak mempekenankan Najib menjawat jawatan tersebut.

Spekulasi, dari Gua Musang juga amat hebat, dalam tangan dah ada 35 orang MP yang akan ikut beliau ( agaknya no 1 MP Pasir Mas ), ini sudah pasti menyusahkan pergerakan Najib. malahan tidak mustahil juga parti tertua dan terulung ini di batalkan pendaftaranya sekali lagi, kerana ada juga suara memohon agar, perhimpunan ini ditangguhkan kerana, kerenah politik wang yang begitu ketara sekali.

Untuk itu, satu kumpulan lagi juga telah bersedia untuk proses mengadap DYTM Agong untuk di perkenankan sebagai PM. Mungkin agaknya MP Gua Musang, atau pun MP Permatang Pauh tak mungkin juga MP Bukit Gantang yang akan dinobatkan pada 7 April nanti.

Tidak mustahil semua boleh terjadi di Malaysia yang ku cintai ini.



2 comments:

  1. Que sera sera,
    What ever will be, will be,
    The futures not ours to see,
    Que sera sera,
    What will be, will be.

    ReplyDelete
  2. slogan umno tradisi membela rasuah dulu kini dan selamenya.....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA