Pengarah Pilihanraya di PRK Bukit Gantang Asmuni bin Alwi, telah mengesahkan pendekatan yang akan digunakan dalam kempen di " by election " ini ialah dengan Menerang, Mendampingi dan Menawan Hati ( 3M ), bagi pihak DS Najib pula pendekatan yang lebih kepada memperdayakan pengundi dengan Royal ( taat pada raja ), Religion ( keagamaan ) dan Race ( bangsa ).
Sebagai seorang pemilih sudah pasti pendekatan 3M lebih um lagi, kerana ianya sudah pasti menjalinkan kemesraan antara satu sama lain. Pemupukan ukwah antara individu, di samping dapat menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku dewasa ini. Sudah pasti pengarah PRK ini akan menyediakan apa yang telah di buat oleh UMNO khusus berkaitan dengan Ketaatan Kepada Raja, bagaimana cara mereka menjual bangsa dan bagaimana mereka memainkan isu agama untuk kepentingan mereka sendiri.
Untuk itu, adalah diharapkan semua maklumat khusus berkaitan dengan 3R dapat disediakan secukup yang mungkin dan sentiasa di edarkan kepada pemilihan. Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment