Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 15, 2009

Sah - satu lompatan bernilai rm50 juta.

Ketua-ketua Kampong Pakatan Rakyat dari 3 bahagian, Parlimen Pasir Salak, Parlimen Teluk Intan dan Parlimen Bagan Datoh, yang mengadakan perjumaan kekitaan diadakan di Bilik Gerakan Pas, Padang Tembak pada 14 Februari dengan di hadiri oleh YB Changkat Jong dan YB Hutan Melintang serta turut sama Penyelia DUN Kampong Gajah.

Semua ketua kampong yang hadir difahamkan bagaimana hebatnya pimpinan UMNO menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat, bagaimana jijiknya perlantikan Menteri Besar dari UMNO dan bagaimana tamakanya YAB Dato Dr. Zambry - MB Haram, yang menyandang sampai 8 fortfolio untuk mengendali uruskan Negeri Perak. Perak hanya ada 6 EXCO dan dibandingkan dengan Perlis ada 7 EXCO, UMNO sudah berjaya memanupulate fizikal kedua-dua negeri ini, bermakna Perlis lebih luas dan ramai penduduknya dari Perak. Agaknya di masukan juga sebahagian kawasan dari Selatan Thai, untuk senang pergi nikah kahwin.

Bagitu juga bagaimana sopan dan tertibnya YAB DS Ir. Mohd. Niza berbincang dengan baginda sultan beliau menggunakan bahasa istana, memohonkan agar titah baginda untuk memecat tidak diteruskan sebaliknya memberi pandangan agar DUN Perak di bubarkan. YANG MENDERHAKA HANYA ORANG-ORANG UMMO.

Dalam taklimatnya ADUN Hutan Melintang mengesahkan, beliau di hubungi oleh Tim Pengerusi Pehubungan UMNO Perak yang juga MP Bagan Datoh merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri melamar dengan mas kahwin RM50 juta jika bersetuju bersama-sama UMNO/BN untuk memastikan Kerajaan BN di Perak kukuh dan mantap. Pengerusi majlis mengistiharkan YB Hutan Melintang yang dari PKR - rakan India sebagai Jutawan Segera. Beliau juga sudah pasti mengisi kekosongan EXCO untuk rakan-rakan dari kumpulan orang Indian. Tapi dengan semangat yang tinggh, beliau tidak berminat untuk menyertai BN, dan disambut dengan tepok sorak para hadirin.

Kepada Seluruh Ketua Kampong diharapkan dapat meneruskan tugasan yang diamahkan kerana kuat kuasa sebagai Ketua Kampong lantikan Pakatan Rakyat berakhir pada 31 Ogos 2010. Selamat bertugas dan pastikan semakin ramai rakyat yang sah menjadi ahli PAKATAN RAKYAT samaada PKR, PAS mau pun DAP.

Lawan tetap lawan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA