Satelah Perak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sejak 11 bulan yang lalu, PR telah membentuk jawatankuasa tadbir di peringkat 'grass root' ( ketua kampong ), semua ketua kampong di pilih cara undian oleh masyarakat kampong tersebut. Semua JKKK ini telah menjalankan tugas dengan berkesan sekali, pihak kerajaan persekutuan, sebagaimana yang berlaku di Kelantan, sudah hampir 4 kali pilihanraya JKKKP ini gagal memainkan peranan untuk memastikan kerajaan negeri dapat diambil alih. Mereka tidak sedar, tidak prihatin, tidak memahami hakikat dan kemahuan masyarakat setempat, lantas yang demikian PRU12 membuktikan Kelantan terus dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan di tambah lagi dengan 4 negeri lain, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Wiliyah Perseketuan.
Kini kekelamkabutan daya pemikiran pimpinan UMNO jelas sekali, mereka berusaha untuk menidakkan hak kerajaan negeri untuk berurus dengan jabatan-jabatan persekutuan, Dato Seri Zahid Hamidi, Menteri DiJabatan Perdana Menteri, mengarahkan semua agensi persekutuan tidak melibatkan diri dalam aktiviti kelolaan kerajaan negeri. Yang sedihnya arahan ini berkuatkuasa sekambalinya beliau dari menunaikan fardhu haji di Mekah. Agaknya semasa di sana, beliau berdoa dekat kaabah untuk mendapatkan ilham tersebut.
Tindakan ini amat malang bagi pengundi-pengundi Perak dan khasnya kawasan Parlimen Bagan Datoh dari mana beliau datang. Cara tak lansong, tindakan beliau juga seperti tidak mengiktiraf kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang melantikan YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak.
Untuk itu, jika pengurusan pentadbiran peringkat kampong, daerah dan negeri sudah boleh dilaksanakan dengan baik dan rakyat negeri sudah boleh menerima sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat apa salahnya kita berusaha kearah MEMERDEKAKAN diri kita pula ? ....... fikri-fikirkanlah:
Mengkritik tidak bererti menentang
Memuji tidak semestinya menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
dan Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik
No comments:
Post a Comment