Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 14, 2016

MAHATHIR - JAWAPAN NYA DI RAGUI....

Tidak ada satu pun jawapan 1MDB boleh dipercayai, kata Dr M

Walaupun 1MDB memberi jawapan pantas terhadap kontroversi demi kontroversi yang menghantuinya, tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercaya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Banyak soalan telah dijawab oleh 1MDB. Tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai," tulis Dr Mahathir dalam blognya semalam.

Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada jawapan 1MDB terhadap kenyataan International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa firma Aabar BVI (British Virgin Islands) di mana 1MDB telah membuat pembyaran, adalah bukan anak syarikatnya, Aabar Investment PJS, yang sepatutnya menerima bayaran tersebut.

Menurutnya, IPIC dan Aabar juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima bayaran dari Aabar BVI, dan mereka juga tidak pernah membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).

"1MDB menjawab bahawa dalam kenyataan terbuka yang diaudit pada 31.03.2014 menunjuk rekodnya telah dibayar kepada Aabar BVI.

"Segala kenyataan oleh 1MDB tidak pernah disokong oleh dokumen apa-apa. Ini termasuk pemulangan wang dari Kepulauan Caymans yang kononnya di simpan di BSI Singapura." tulis Mahathir dalam blognya.

Beliau berkata BSI juga, seperti IPIC dan Aabar Investment, kemudiannya mempertikaikan dakwaan 1MDB itu.

BSI, tegas Dr Mahathir, kemudian berkata tidak ada wang berkenaan yang disimpan oleh 1MDB dengannya. Bagaimanapun, 1MDB menjawab bahawa simpanan itu bukan berbentuk wang tetapi berbentuk “unit”.

"Jelas bahawa dakwaan ini adalah satu pembohongan," tulisnya.

Begitu juga, Mahathir menyentuh tentang dakwaan derma berjumlah RM2.6 bilion, yang mana RM2.3 bilion dikatakan telah dipulangkan kepada penderma dari Timur, yang menurutnya wang atau "unit" itu juga kemudiannya didakwa telah dibekukan.

"Kalau dah beku, bagaimana dan bila wang ini dicairkan dan dipulangkan kepada “penderma” yang tidak boleh dikenalpasti? soal Mahathir.

Hakikatnya, hujah Mahathir, beliau mendapati semua kenyataan berkaitan dengan dana 1MDB tidak boleh dipercayai. 
-mk

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA