Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, June 29, 2011

UMNO MATI / BN TUMBANG. DESAKAN BERSEH

Kini sejarah akan membuktikan kepada dunia selama ini UMNO sebagai parti teras dalam BN adalah sebuah parti yang hidup dalam serba kekurangn, penakot, tamak haloba, dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan.

Mengapa Barisan Nasional ( UMNO / BN) harus takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini, kemana pergi kejantanan mereka selama ini? Apakah masa kini bayang-bayang sendiri telah menghantui kepimpnan mereka selama ini? Bayang-bayang salah laku, buruk perangai, kaki rasuah, kaki betina ( lihat berapa ramai kalangan mereka yang di tuduh membunuh, merogol ). Bayangan inilah yang amat ditakuti oleh mereka.

Perhimpunan BERSIH 1 pada 2007, dan kini BERSIH 2011 sepatunya BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan. Serahkan sahaja kepada SPR untuk membersihkan diri mereka.

Perangkap YB Azmin Ali telah mengena dan disahkan oleh pihak SPR, memang ada pemilih yang " tersalah " alamat. Manakan tidak di rumah ibu YB Azmin ada pengundi Cina dan Melayu yang berjumlah 11 orang. Tapi malangnya Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, masih tidak akor dengan pendedahan dan pengesahan tersebut sebaliknya terus mendakwa pembangkang bukan anak jantan, malah tunggulah PRU kita berdepan di PRU kenapa perlu perhimpunan? Najib malu dengan pengakuan tersebut, ngape tak arahkan Tim. Pengerusi SPR tersebut letak jawatan, kerana telah memalukan UMNO / BN.
Mana juak-juak UMNO, mana PERKASA, mana Pemuda UMNO, Mana panglima Silat Lincah, sepatunya mereka bersuara dan memberikan restu kepada BERSEH untuk menuntuk 8 perkara semasa PRU nanti. Malahan SPR masih membisu dan tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. Kalau itulah keadaannya, siapa yang jadi anak pondan? BN atau PR? sendiri boleh fikir.

Masa kini, rakyat serta pemilih siapa yang penakut, siapa yang pondan, siapa yang tak jujur, siapa yang tamak. Apakah UMNO / BN menang pilihaanraya dengan mainan kotor? Kalau kita dipihak yang benar mungkin hari ini kalah dan tak tentu akan datang kita menang kembali? Berani Kerana Benar Takut Kerana Memang Kita Bersalah.

Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini. Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu.
Dan jangan lupa, undi rakyat pada pilihanraya 2008, bilangan yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat adalah lebih kurang sama dengan Barisan Nasional!

Carta taburan pengundin ini amat merisaui UMNO / BN
dapatan PRU 12 - 2008


Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat.

Apakah dengan penerimaan tuntutan 8 perkara sudah memastikan UMNO / BN sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN /Umno. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih.

Atau apakah Najib dan kepimpinan yang lain merasakan bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang.

Kesimpulannya kepimpinan UMNO / BN memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran yang cukup menjijikan.

2 comments:

  1. Aku lagi bimbang bila PKR/PAS/DAP jadi kerajaan. Mereka ni berlianan ideologi dan kehendak. Cuma yg sama ialah nak memerintah dgn apa cara sekali pun.Mereka akan cuba tukar perlembangaan. memansuhkan ketuanan melayu dan keistemewaan raja dan sultan..Mereka akan berebut kuasa, mencari harta dan mengagih2kan di antara mereka . Akhirnya mereka menjadi lebih teruk dari BN dan kuncu2nya....Jadi aku rasa lebih baik aku sokong hantu yg dah aku kenal dari sokong hantu2 baru yg aku tak kenal dan sedang kemaruk nak cekek darah.... lagi susah nak kawal nanti ..akhirnya keamanan yg ada akan tergadai....

    ReplyDelete
  2. ....SAYA SETUJU KERANA SEMUA PEMIMPIN PEMBANGKANG YG ADA LA NI TERUK BELAKA . KAKI BETINA, TAK MENGHORMATI RAJA , OBSESS, TIDAK ADA JATI DIRI SAYANGKAN NEGARA DAN BANGSA. APA YG MEREKA NAK IALAH JADI KETUA DAN MENGEKAKLAN KEKUASAAN DAN KEDUDUKANYA DGN MENABUR FITNAH YG MUDAH DIPERCAYAI OLEH PENGIKUT2NYA YG NARROW MINDED DAN FRUSCODIGAMA....SIAPA YG MENYERTAI DEMONSTRASI BERSIH TU ADALAH BODOH DAN TELAH DIPERALATKAN OLEH KETUA2 MEREKA YANG KANDID....

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA