Perletakan jawatan TKM 1 Pulau Pinang telah membuka minda semua pemimpin dan peminat jalanan politik, pasti ada yang gembira dan ramai juga yang besedih tapi yang terus teperangkap dalam isu ini juga ramai. Apa tidaknya, Ketua Puteri terus melenting dan idea beliua untuk menggubal rang undang-undang perletakan jawatan perlu di kaji dan ianya disokong pula oleh SPR, agensi yang berkuasa dalam persiapan setiap pilihanraya tak kira le, PRU atau PRK.
Najib PM ke 6, sebaiknya sahaja di umumkan oleh Fairus untuk letak jawatan, terus menyatakan tak sudi untuk bertanding, buang duit, negera sedang mengalami kemelesatan ekonomi, rakyat perlu diutamakan, saranan beliau di sambut oleh sebilangan besar kepimpinan dalam BN dan juga dari kalangan cerdik pandai di Malaysia. Tapi apakah Najib akan mengotakan cakap-cakapnya, apabila mentornya sudah bersuara untuk jangan diberikan kemenangan percuma kepada PKR, kita memerintah, kita ada wang yang banyak, kita mesti kalah kerana berlawan bukan menarik diri, bagitu juga kata dari Naib Ketua Pemuda UMNO, apakata ahli-ahli UMNO di Penanti nanti, mereka juga ghairah untuk mengundi lagi. Lawan mesti Lawan Pemuda akan bekerja untuk memastikan kemenangan di Penanti. Tapi sampai setakat ini Ketua Pemuda KJ belum bercakap lagi, agaknya beliau sudah tidak digunakan walaupun menjawat jawatan Ketua Pemuda.
Berkata pula Setiausaha Pehubungan UMNO Pulau Pinang, menang ke kalah ke tak meninggalkan kesan kerana majoriti masih pada PR lagi, tak perlu bertanding, kalau mereka jujur dan iklas bubarkan saja DUN Pulau Pinang. Apeke bodohnya Dato ini, sedangkan apa yang terjadi di Perak Tuanku tak nak pun buburkan DUN, sebaliknya dengan rakus dan tidak bertemadunnya kepimpinan UMNO terus berlagak dan menjawat jawatan MP dan melantik EXCO untuk memerintah.
Dengan isu TKP l ini, jelaslah pada kita, kepimpinan UMNO sudah hilang kewarasan dalam pemikiran dan sudah tidak tahu yang mana baik dan buruk, apa yang penting bagi mereka ialah bagaimana negara dapat di perintah, dan bagaimana dapat menggunakan dana yang ada untuk kepentingan peribadi.
Rakyat sudah masak dengan cara UMNO, kita akan memastikan apa yang dipelajari akan diamalkan, yang buruk dan menanah akan kita buang dan yang bathil akan di hukum. Insyaallah Penanti akan terus dalam genggaman PR. Untuk UMNO lupakan hasrat untuk bertanding.
No comments:
Post a Comment