pemilihan Pemuda UMNO yang lepas adalah landasan terbaik untuk memastikan ke arah mana Pemuda UMNO nak pergi, kekecohan demi kekecohan terjadi, ketidak percayaan antara kalangan pemimpin berlaku terus, " one Malaysia " pula terus mendapat kritikan.
Pemuda sudah tidak diberikan kepercayaan dalam kepimpinan negara, KP bukan lagi kerusi untuk melatihkan diri untuk lebih maju, kalau dulu ya, Hishamuddin, Najib, Zahid ( kecualai DSAI ) semuanya berjaya menapak dalam arena politik, tapi bagi KJ hanya berbekalkan menantu mantan PM maka ianya berjaya untuk mendapatkan kerusi tersebut itu pun kerana adanya hukuman terpilih antara oleh Lembaga Tatatertib UMNO, beliau di dapati bersalah tapi boleh bertanding.
Kini Pemuda di kejutkan lagi ( petikan Perak Express 10/4 ) 4 orang dari kalangan kepimpinan pemuda di utara yang bersempadankan dengan Thailand. 2 dari pemuda tersebut adalah anggota jawatankuasa kepada pergerakan pemuda di salah satu bahagian UMNO di Malaysia, dan 2 lagi adalah ahli UMNO biasa, mereka telah diintip agak lama, dan kerana menggunakan kenderaaan rasmi UMNO, tindakan dan gerak lagu mereka seolah-olah tidak kelihatan oleh pihak berkuasa tempatan, tapi akhirnya tindakan di ambil oleh pihak negera jiran.
Tertangkapnya mereka, pihak bewajib bahagian terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk memastikan mereka tidak di dakwa arena kehakiman negara tersebut. Sedih melihat apa yang terjadi kepada bakal pelapis pemimpin negara yang dilahrikan oleh UMNO.
Kini Pemuda UMNO di bawah kepimpinan sang menantu seperti telah hilang segala-galanya. Khairy sentiasa di boo dan kini sentiasa dalam perhatian untuk diambil tindakan yang sewajarnya untuk tidak lagi bersama-sama dalam UMNO. Beliau di singkit cara berkala dan dengan penuh tertib oleh PM. Tidak cukup dengan itu, Khairy tidak terpilih di dalam barisan kabinet baru yang diumumkan oleh PM Datuk Seri Najib. Dan sejak itu, Pemuda UMNO umpama OKU yang lebih teruk keadaannya dari Karpal yang diserangnya dahulu.
No comments:
Post a Comment