Suara Najib dalam WEB One Malaysia telah menerima kritikan hebat oleh pengunjung, sejumlah 44 blogers telah memberikan kritikan terhadap artikal " one Malaysia ", tidak ada satu pun yang memberikan sokongan malahan yang memberikan kritikan yang meruntuhkan, bukan untuk membina, kenapa agaknya blogers ini mengkritit untuk membunuh tidak sebaliknya.
Ini mungkin kerana Najib yang menyarankan slogan tersebut adalah manusia biasa yang sebeelum ini sentiasa di curigai oleh semua pihak, maklumlah siapa tak tahu kes gadis Monggolia, pembelian jet, pembelian kapal selam, palitan terhadap dirinya masih belum cukup bersih. Kemudian untuk menduduki kerusi no. 1 ini pula di bantah sebilangan rakyat Malaysia kecuali pencaci UMNO yang masih mengharap dan memastikan diri mereka di berikan peluang untuk mencari peluang demi memanjang usia setahun lagi.
Antara komen bloger, Malaysia memang satu tapi malangnya sejah 1946 kenapa diujudkan parti yang perlu di anggotai oleh mereka yang berlainan bangsa, UMNO - Melayu, MCA - China dan MIC untuk India, sampai ke tahun ke 50 masyarakat Malaysia tidak pernah diusahakan untuk di satukan. Tiba-tiba meletup cadangan untuk bersatu, di mana nak diletakan perlembagaan persekuan yang meletkan Ketuanan Melayu, Hak-hak Orang Melayu. Apakah perkara sebagini dapat diubahsuai atau di tiadakan. Mereka mencadangkan agar di tiadakan sistem kouta mau pun laungan " ketuanan melayu " di perlahankan.
Sistem kehakiman jelas tidak menunjukan ke arah One Malaysia- penghakiman terpilih. Sistem ini telah memalukan Malaysia di mata dunia.
Satu Malaysia, seperti juga denan BCA dan CGT ( cemerlang, gelimang & terbilang ), kata petatah Inggeris - " its just an old wine in a new bottle " arah ( wine ) meminumnya tetap mabuk tak kira dari botol yang mana satu.
Atas dasar itu, Najib perlu membersihkan diri dan tidak mendampingan Mahathir untuk meneruskan krisma kepimpinannya.
No comments:
Post a Comment