Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 16, 2009

BN rampas JKKKN

Apa yang tertulis dalam akhbar Sinar Harian pada 14 April 2009, maka terbubarlah JKKKN yang dilantik oleh Pentadbiran Dato Seri Ir. Mohd. Niza melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang berusia lebih kurang 11 bulan. Walau pun perlantikan sah semua ketua kampong JKKKN hanya akan berakhir pada Ogos 2010. Apakah D Dr. Zambry lupa yang perlantikan semua Ketua kampong JKKKN adalah di perkenankan oleh pihak istana?

Mulai 17 April 2009, secara terus semua pengerusi JKKKP akan mengambil alih pengurusan dan pentadbiran kampong, kita ucapkan selamat bertugas kepada semua pengerusi JKKKP serta dapat menjalankan tugas dengan penoh rasa tanggong jawab. Tapi sendiri mau ingat, bahawa pemilihan ketua kampong yang di guna pakai oleh JKKKP adalah kehendak pentadbiran parti bukan ianya dipilih olih ahli-ahli kampong tersebut. Ini sedikit sebanyak sudah pasti akan memberikan kesan dalam pengurusan dan pentadbiran.

Kepada kerajaan rampasan kuasa Perak - khusus kepada Dr. Zambry, walaupun lebih kurang peranan yang dimainkan oleh JKKKN hanya 8 bulan, ia telah menampakkan kerjasama yang erat dan padu dari kalangan masyarakat, ini disebabkan pemilihan mereka adalah kehendakan masyarakat setempat, mereka tahu dan kenal hati budi ketua kampong, ini jelas kerana bukan semua ketua kampong yang mentadbir kampong dari kalangan peminat dan ahli PAS mau pun Keadilan, kerana dalam proses pemilihan, inya adalah hak pengundi di kampong tersebut.

Ini jelas kerana ada juga kalangan ketua kampong semasa PR memerintah dari kalangan Ahli-ahli UMNO, kerana mereka terpilih melalui pilihanraya. Untuk itu adalah di sarankan agar Kerajaan Rampasan ini jika benar-benar inginkan kemajuan dan kelancaran pengurusan dan pentadbiran kampong serahkanlah kepada penduduk kampong itu sendiri, bukannya dipilih atas kertas oleh Ketua Bahagian.

Ini juga, kalau Dr. Zambry dan pemimpin BN/UMNO berani dan ada niat untuk membangunkan Perak, apa salahnya bubarkan DUN kita bertanding untuk merebut kerusi untuk menjadi ahli dewan negeri Perak. Ini keadaan bertambah kucar kacir, ini lah juga yang akan terjadi di peringkat kampong nanti.

Kepimpinan UMNO memang tidak iklas dalam pentadbirannya, walau pun slogan demi slogan yang dicipta tapi ianya hanyalah untuk kepentingan kroni dan pribadi, lihat saja lah apa jadi dengan " BERSIH, CEKAP N AMANAH ", " BEKERJA DENGAN SAYA " ianya semua satu pembohongan dan kini tercetus pula " SATU MALAYSIA " rakyat di dahulu dan pecapaian diutamakan. Kita lihat sajalah dengan slogan ini nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA