DSAI memang dilahirkan sebagai saorang pejuang, dengan berlatar belakangkan seorang anak dari Kampong Cerok Tok Kon, dan menyambung pelajara di Kolej Melayu, sama dengan Sanusi Junid ( senior anwar ) dan akhirnya menamatkan pengajian di bidang kesusteraan melayu di UM, anak kampong ini langsung tidak berminat dengan perkhidmatan dengan pihak kerajaan, sebaliknay meneruskan karier dalam bidang pendidikan dengan penubuhan Yayasan Anda yang beralamat di Jalan Hamzah, Kampong Baru.
Institusi pendidikan swasta ini, di monopoli oleh kepimpinan dan semangat juang yang tinggi oleh beberapa pemimpin Melayu. dan ianya termasuk jugalah Sanusi Junid, Osman Bakar, dan akhirnya institusi ini dapat melahirkan ramai pejuang Melayu, Anwar dengan kawan-kawan merasakan penubuhan institusi ini sebagai satu ibadah, kerana bukan semua pelajar yang berjaya untuk ditempatkan di universiti, disinilah mereka menuntut ilmu untuk meneruskan kerjaya yang di ingini.
Selain, itu daya kepimpinan beliau memang tidak dinafikan dengan daya aspirasi yang tinggi Angkatan Belia Islam di tubuhkan ( ABIM ) sampai masa ini ABIM masih bergerak dan berjaya melahirkan ramai pemimpin yang berlatar belakangkan keislaman. Beliau juga berjaya mewakili negara dalam kempimpinan belia dengan memimpin WAMY ( kepimpinan di peringkat antara bangsa.
Masyarakat Malaysia, amat terkejut apakala Anwar mengumumkan untuk bersama-sama dengan UMNO, telah dibuat untuk menyertai PAS dalam perjuangan kepartiannya. UMNO telah memberikan satu tempat yang istemewa untuk Anwar, beliau meningkat dalam kepimpinan seolah-olah seorang olahragawan berlari 100m pantasnya. Semasa dalam UMNO, banyak kementerian di terajuinya, kebanyakkanya semua menteri bertarap 5 bintang, dan akhirnya menteri yang mengawasi harta pesaka negera.
Dari sinilah Anwar dapat melihat bagaimana ragusnya kepimpinan dalam UMNO menghalalkan semua harta benda kerajaan dan wang ringgit rakyat di salahgunakan. Di kementarian inilah rakyat mula rasa sukacita kerana sudah ada orang yang cuba berbelanja dengan berjimat cermat, tapi malangnya, apa yang dilaksanakan tidak memberikan kepuasan kepada pemimpinan lain, kerana beliau sering bertelagah dengan arahan dan rancangan pembaziran yang cuba dilaksanakan. Akhirnya Anwar di singkirkan dengan cukup memalukan.
Setelah direhatkan hampir 7 tahun di penjara Sungai Buluh, Anwar ' come back ' dengan memastikan satu perancangan yang cukup rapi bagi memastikan BN dapat di goyah dan dihancurkan. Perjuangan beliau cukup gigih, dan akhirnya PRU 12 pertama kali dalam sejarah BN tidak mendapat 2/3 majoriti di parliman dan kehilangan 5 kerajaan negeri.
Akhirnya dengan berkat doa seluruh rakyat, Anwar kembali semula ke dewan rakyat dan bertindak sebagai ketua Pembangkang. Suara Permatang Pauh memberikan satu pengajaran kepada parti pemerintah. Insyaallah, rakyat terus mendoakan agar perjuangan suci dan iklas dapat di teruskan.
Mata lebam akan menjadi satu retorik kepada satu perjuang anak bangsa yang sentiasa bersedia untuk memastikan agama, bangsa dan negera sentiasa di bela.
No comments:
Post a Comment