Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 31, 2009

POLIS BERUSAHA MEMBERSIHKAN NAJIB

Malaysia sebelumnya Tanah Melayu telah pun mengecapi nikmat kemerdekaan sejak 1957 lagi, pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu amat strategik kerana ianya tidak seperti apa yang berlaku di negara jiran Indonesia, Indonesia kemerdekaan di tuntut dengan limpah darah perjuang bangsa.

Atas dasar mudah dan senang dirunding itulah menyebabkan negara kita tidak sebebas apa yang sepatutnya, semua dilarang, semua tak boleh, perlu ikut saja apa kata pemimpin, mesti mendapat restu dari pemimpin.

Kita lihat saja bagaimana ada kalangan pemimpim yang bealtantuya razak baginda mongolian murder case 030907nar bersalah tapi oleh kerana mereka berkuasa dan bertaktha di singasana pemerintahan mereka boleh buat apa saja ikut selera. Walaupun perkara yang dibuat itu benar salah. kita ambil contoh perbicaraan mantan TPM DSAI. Semua hujah yang boleh membuktikan tidak adanya pertuduhan dilarang. Hinggakan pertuduhan untuk beliau juga perlu di ubahsuai untuk memastikan beliau bersalah.

Kini di PRK 2 bukit 1 batang ini juga ada isu yang dilarang dan tidak dibenar untuk di bincangkan. Apakah ini yang dikatakan Malaysia ke arah dan sedang berusaha memiliki title Negara Maju.

Isu pembunuhan agensi Monggolia di Malaysia, Polis melarang penceramah dari parti alternatif untuk mengulas isu pembunuhan ini. Kerana ianya ada kaitan dengan bakal PM. Ini kerana bakal PM mesti mencerminkan image yang bersih, walaupun masyarakat seantara dunia telah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Arahan sebegini amat mendukacitakan. Isu rasuah tak boleh, isu pembunuhan tak boleh, isu rampasan kerajaan tak boleh, isu PPSMI tak boleh, isu derhaka tak boleh. semua isu ini tak boleh dari pihak pembangkang tapi jika ianya dilafazkan oleh pihak BN / UMNO ianya relevan.

Implikasi dari arahan sebegani memberikan kesan negatif kepada kepimpinan negara, yang jadi masalah ialah kepada polis itu sendiri, laksana cuba menyelindung kepada mereka yang melakukan kesalahan. Kita bukan mencegah tapi kita melindungi mereka yang melakukan kesalahan. Sebab itulah jika kita perhatikan apa yang berlaku dewasa ini, bukan semakin berkuragan tapi bertambah kalut lagi, dadah makin teruk, semua kes bukan diselesaikan tapi bertambah rumit. Kes budak hilang terus hilang.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

1 comment:

  1. entahle yop...temanpun getik je nengok muka najib tu..macam muke oang monggolia jer...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA