Padang Esplanade berhadapan Wisma Perbandaran Taiping telah menjadi saksi di mana satu perjuangan pencinta keadilan menuntut kebeneran teserlah lagi, selepas Permatang Pauh, bergerak ke Kuala Trengganu kini, Taiping menjadi medan penyambung untuk perubahan tersebut. pagi tadi sungguh meriah. Taiping menjadi tumpuan para pemerhati politik dan penyokong kedua-dua parti khasnya BN dan Pakatan Rakyat pagi tadi kerana di sanalah berlaku proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang.
Calon PAS Dato Ir Nizar Jamaluddin akan berhadapan dengan calon BN-UmnoIsmail Saffian dan calon Bebas Kamarul.
gambar MStar
Sebagaimana biasa, sekatan antara dua penyokong parti yang bertanding amat diperlukan, walaupun polis ramai tapi dengan semangat yang tinggi, pasti polis akan kecundang untuk mengawal perasaan mereka. Para penyokong YAB Niza, berhimpun bermula waktu magrib lagi di kesemua kawasan masjid yang terdapat di Bandar Taiping, setiap lot parking telah dibooking lebih awal, sehinggakan sebuah sekolah di bandar raya ini, SK King Edwar juga menjadi kawasan parking untuk mereke yang ketiadaan parking, terima kasih kepada tuan punya sekolah yang membenarkan premis untuk kawasan parking. Ada antara mereka yang berjalan hampir 4 km dari tempat parking ke lokasiti penamaan calun, peristiwa ini lebih hebat lagi dari apa yang berlaku semasa penamaan calun di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Hebat dan sungguh berkayakinan sekali YAB Niza dengan di iringi Tuan Guru Haji Hadi serta lain-lain pemimpin PR. Dengan doa restu di pohonkan agar YAB Niza akan menang dengan majoriti yang tinggi. Insyaallah.
Keyakinan yang tinggi memungkinkan keputusan sebaliknya. Kawal perasaan...
ReplyDelete